12 April 2011

Mahu pendapat kalian...

Sebenarnya saya memang perlukan pendapat kawan-kawan semua. Saya ada bertanya pada Abang perkara ini. Tapi bila di tanya, dia tanya kita balik..siap kata "confirm ke nak bukak?"..

Huh..bukak apa tu?

BUKAK IMPLAN!

Sebenarnya saya bukan sengaja nak mengada-ngada untuk buka alat perancang ini. Semua ini gara-gara saya ke gym baru-baru ini. Dan apabila saya melakukan exercise yang berkaitan dengan lengan..saya akan terasa sakit di bahagian bawah lengan di mana alat itu berada. Walhal pada area lengan lah yang paling penting untuk saya kecilkan . (faham sajalah..lengan je dah sebesar betis..huhu).

Dan saya ke gym memang tidak menggunakan khidmat trainer(mahal ok!). So saya tak pasti ianya adalah baik atau sebaliknya.

Saya telah menggunakan implan tersebut sejak 2008 lagi. Dan dijangka dibuka pada bulan 11 tahun ini. Namun apa yang saya khuatiri adalah keberangkalian untuk mengandung sebelum saya berjaya menurunkan berat badan mungkin ada. Dan rasanya nak kata saya bersedia dari segi mental juga nampaknya mungkin belum ada.

Apa pendapat kawan-kawan? Adakah saya patut tanggalkan saja alat perancang ini atau membiarkan sehingga tarikh yang telah ditetapkan untuk menanggalkannya? Buntu juga memikirkannya. Lagi-lagi saya sedang teruja untuk menurunkan berat saya apatah lagi baru 3 minggu di gym saya sudah turun sebanyak 6 kg. Adoi..tak tahu yang mana 1 pilihan hati..:(

9 comments:

nur rabiatul adawiyyah said...

ina, bile terpeknen balik mmg perlukan kekuatan dr semua segi..atul dh rase..terpulang kat ina tapi bg atul kalau tak bersedia jgn bukak sampai waktu diwajibkan bukak..kalau rs perlu jugak bukak ina bukaklah..

mamasoffy said...

Salam ina...kadang2 bila mengandung kita jadi lagi kurus..saya perasan saya cam tu masa mengandung anak ke2, so x yah risau nak turunkan berat sblm preggy..lepas bersalin lagi la kurus...cer cuba cer cuba...hi hi ..(bestnya dah turun 6 kg..jeles tuh)

Yana@Noni said...

Sebenarnya apa tujuan utama Ina utk buka implan?samada utk memudahkan proses mengurangkan berat badan @ untuk mengandung lagi?Pada pendapat akak sekiranya Ina telah bersedia untuk mengandung lagi,tiada masalah untuk membuka implan tu tapi kalau belum ready..rasanya tak perlu.Biarkan sahaja sehingga Nov ini dan untuk proses menguruskan badan tu rasanya yang paling penting kene jaga pemakanan dan barulah diikuti dengan exercise dan pelbagai lagi.Tepuk dada tanya selera..coz Ina lg faham dengan kemampuan diri sendiri kan..:-)Apapun akak support ur decision...hehehe

nuyin2u said...

terujanya baca, dh turun 6kg..nak la jugak..hari2 ke g gym..syioknya..awatla saya malas sgt..

Mama Q said...

Salam ina...wah!...satu kejayaan dpt turun 6kg dlm masa 3 mgu. Tahniah!...
Pasal implan tu...klu Ina rasa sakit & x selesa bila buat exercise tentu rasa nak aje buka implan tu kan? On the other side takut plak 'ter' sebelum tiba masa (sebelum dpt berat ideal)...
Ina dah tanya pendapat Doc?
Lagi satu, Mama Q fikir klu ina bukak implan tp dlm masa sama Ina masih boleh control dr preggy secara natural...why not kan?
Yg penting perkiraan menstrual kene monitor betul2 supaya x ter accident.

Mmg susah sebenarnya klu preggy dgn berat bdn yg 'berat'. Mana nak tampung berat kandungan lg, nk tampung berat kiter lg...(jadi kat Mama Q dulu)...sakitnya smpi skang x ilang2...skt pgg la, sakit bontot la...sakit kaki la.

Jadi keputusan ina nak turunkan berat bdn sebelum preggy mmg la terbaik.

Nak bukak ke x nak bukak?...Spt yg Mama Q statekan td...klu boleh control...buka la...klu rasa x boleh...minta nasihat Doc. (Kejayaan Mama Q dulu...planning natural...conceive 2nd baby bila Sofea umur 2 thn 3 bln..utk kali ni pun natural gak...harap2 x accident..hehehehe)
All the best Ina

mama akid said...

ape2 pun mnta nasihat pakar....kerana mereka lebih berpengalam dan insyaallah ada jalannya nanti...

LYAfrina said...

kes kita seakan sama.. lya pon trauma dgn kandungan lalu... tp doc nasihatkan ikat peranakan, sbb lya x dgalakkan mgandung lagi, sbb bhayakan nyawa.. tp lya x tbuka hati nk ikat, tkut myesal d kemudian hari...

pilihan kedua y ada IUCD.. paling selamat sbb xmelibatkan perancang hormon.. jd sampai skarang lya gna iucd.. thn dpn kna buka n tukar..

pd mulanya, lya pon nk pkai implan... tp x sesuai sbb implan y cam noina pakai ada melibatkan perancang hormon.. Dan hormon tu mybe akan matikan ubt y lya makan..

apa kata kalau noina cuba memakai iucd... alat dlm rahim.. xde rasa apa2 pon & x melibatkan pembedahan.

Azma said...

iskhhh..hari2 ke ina ke gym? boleh trn 6 kg tu..akak 1/2 kg pun susah nak turun..huhu..

waktu terbaik nak kuruskan badan lps bersalin na.. sblm ngandung ni ok gak utk kshtn tp dah penat2 dpt turnkan berat bdn, bila ngandung besor balik la jadinya..

Anyway, utk get pregnant bdn kita mmg patut tip top kan. Kalau ina buka skrg pun, ina blh try cara manual utk elakkan pregnant kan...

Pnut said...

akak dari anak pertama, mmg tak der perancang apa pun, rancang semulajadi jek.. suami yg nak macam tu, skrng pun kalau ikutkan akak dah kena ikat, sebab kalau pregnant byk beno risiko, tp tak ikat pon.

Cuma hubby la kena main peranan, eheheh pepandai dia la mengawal agar kami tidak terlanjur, ehehehe

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...