30 June 2011

Perjalanan bermula semula...

Just a short entry today..

Perjalanan Nabila bermula semula... :)

Sebelum itu saya ucapkan terima kasih pada mereka yang tak putus-putus mendoakan kami..terutama pada Nabila. Yang memberi idea bagaimana cara untuk saya menyelesaikan masalah tentang sekolah Nabila..

Alhamdulillah, saya telah temui jalan penyelesaian. Walaupun agak terbeban sedikit, namun saya fikir inilah jalan terbaik untuk Nabila. Bukan mudah..namun saya cuba untuk atasi. Terima kasih buat Ita & Farid yang bantu saya dalam memberi petunjuk ini.

Jauh di sudut hati, saya doakan Nabila dapat apa yang terbaik di sana. Dan biarlah kenangan lalu mengajar saya agar lebih berhati-hati selepas ini. Saya terus berdoa agar segala yang saya rancangankan dipermudahkan demi Nabila tersayang.

Terima kasih sekali lagi pada kalian yang beri sokongan tak kira mesej melalui facebook, blog atau sms. Akan saya update apa yang bakal berlaku esok. Doakan yang terbaik yek.. :)

28 June 2011

Kenapa mereka sanggup lakukan begitu...?

Jika ada yang membaca status FB saya semalam, benar..saya memang sakit hati. Insiden semalam cukup buat hati saya tersayat dengan perilaku mereka yang saya anggap tidak berperikemanusiaan. Saya sedih bilamana mereka perlakukan darah daging saya begitu. Sungguh!! Biarpun bagi mereka ianya cukup simple..namun ia memberi kesan pada saya dan Nabila.
 
Semalam, saya menerima panggilan telefon dari sekolah yang menyatakan Nabila tidak dapat dihantar ke rumah mak atas alasan tiada driver. Dan saya bersetuju, walaupun berat hati saya semalam agak geram dengan mereka. Yelah, kita bekerja. Bukan mudah untuk pulang awal semalam. Namun, bila difikirkan semula, saya syukur kerana sekurang-kurangnya ia membuka mata saya melihat cara mereka perlakukan Nabila semasa dibawah jagaan mereka.
 
Sampai saja dipintu pagar, saya terdengar jeritan Nabila. Saya berjalan laju, namun kaki saya terhenti bila staff sekolah memanggil saya di rumah kecil dihujung sekolah. Saya terfikir, mengapa pula Nabila di situ? Mereka menjerit memanggil saya sambil melambai-lambai. Kaki ini terus laju melangkah menuju ke rumah itu. Semakin kuat saya dengar jeritan tangisan Nabila.
 
Bila saya nampak, Nabila sedang dipangku oleh Kak Asmah sambil diperhatikan oleh seorang lagi staff. Muka Nabila merah dan kelihatan Nabila menangis dalam tempoh yang agak lama. Dan saya terus mencapai dan mendukung Nabila. Hanya beberapa saat saya pujuk, terus saja Nabila diam. Saya bertanya mengapa Nabila berada di situ. Kalian tahu apa jawapan mereka?
 
"Bos suruh duduk sini. Yasmin menangis kuat sangat..."
 
Saya mendiamkan diri. Mata saya meliar melihat sekitar bilik. Memang rupa seperti stor. Penuh dengan barang. Dan tanpa fikir panjang, saya terus melangkah keluar. Bila Nabila sudah Nabila berada di tangan saya,mereka berkata..
 
"Tengok..bila dengan mak dia je dia senyap. Nakal Yasmin ni.."
 
Hei!! Anak saya bukan nakal ok. Korang yang tak reti nak handle budak macam ni. Bila menangis pujuk la. Bukannya dia tak reti nak diam. Bukan sehari dua Nabila di sekolah. Sudah setahun lebih. Takkan tak faham-faham lagi perangai Nabila nih...!!!
 
Bila saya keluar, saya perasan muka Nabila bercalar. Mungkin kerana geram, Nabila mencakar wajahnya sendiri. Saya bertanya kepada mereka, seolah-olah saya seperti tidak tahu kenapa dengan wajah Nabila. Walhal saya sudah tahu jawapannya. Saya mahu tengok respon mereka sama ada mereka ini prihatin atau tidak. Kata mereka..
 
"Tu Yasmin buat sendiri tu.." . Rasa geram pula bila saya melihat reaksi staf itu. Saya terus keluar dari sekolah.
 
Saya sempat menjeling di dalam sekolah. Dan saya nampak 'Bos' mereka ada di dalam. Dan nampak seperti ada tetamu. Mungkin pada dia, tak mahu Nabila menangis di depan tetamu, jadi dia ambil keputusan untuk menyuruh Nabila duduk di dalam stor. Suapaya jeritan Nabila tidak kedengaran. Huh!!
 
Memang BODOH!! Saya geram bila mereka lakukan begitu pada Nabila. Ya, saya akui Nabila memang kuat menangis. Tapi jika pandai memujuk, saya pasti Nabila akan diam. Nabila tidak akan menyusahkan orang lain. Saya tahu tentang itu. Saya ibunya. Mak saya sendiri mengakui bahawa menjaga Nabila memang mudah. Bila Nabila dibawah jagaan mak saya, tak pernah sedikit pun Nabila meragam.
 
Banyak cara untuk bagi Nabila diam. Tak bolehkah mereka memujuk Nabila tanpa masuk ke dalam stor tersebut? Nabila kalau berada di luar, dia pasti akan diam. Buktinya, bila kaki saya melangkah keluar dari stor tersebut, Nabila diam. Dan matanya meliar memandang sekeliling. Anak saya tahu di mana tempat dia patut berada dan tidak patut berada biarpun matanya kurang fokus dengan keadaan sekeliling. Sense of body Nabila akan kuat menyatakan dirinya berada di TEMPAT YANG TIDAK SELAMAT! Biarpun keadaan Nabila tidak seperti normal, tapi dia ada naluri. Dia juga mahu diperlakukan seperti anak normal lain.
 
Hati saya sakit. Saya rasa nak menangis melihat Nabila. Apalah dosa anak ini.... :(
 
Dan saya tahu ramai parents yang menghantar anak ke sekolah tersebut kini memang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan sekolah Nabila sejak kebelakangan ini. Pihak sekolah tidak membenarkan parents membawa kereta masuk ke dalam kawasan sekolah untuk menghantar anak ke dalam. Mereka mahu parents park kereta di luar dan menapak masuk ke dalam sekolah. Untuk anak sekecil Nabila sudah tentu tiada masalah. Bagaimana pula dengan anak-anak yang sudah besar. Berumur belasan tahun yang tidak mampu untuk berjalan sendiri. Rata-rata di situ kebanyakannnya anak-anak yang mempunyai masalah 'Severe Cerebral Palsy'. Saya sendiri sudah mendengar 2 rintahan parents yang terpaksa membawa anak mereka yang sudah besar berjalan masuk ke dalam sekolah. Pastinya sukar keadaan mereka. Mengapalah pihak sekolah tidak memikirkan itu semua...?
 
Sepertinya saya tawar hati untuk menghantar Nabila ke situ lagi. Dan saya buntu apa yang harus saya lakukan. Andai tidak bersekolah, bagaimana dengan keadaan Nabila? Untuk mencari sekolah lain, saya tak pasti di mana harus saya hantar Nabila. Andai saya tidak bekerja mungkin ianya lebih mudah. Mungkin.. Tapi jika tidak bekerja bagaimana pula kehidupan kami? Kami bukanlah datang dari keluarga yang berada.... :( Saya buntu.....
 
p/s: sengaja saya tidak menghantar Nabila ke sekolah hari ini. Mak kata biarlah dia tak ke sekolah. Biar mak yang jaga. Kesian cucu dia masuk stor semalam... :(

26 June 2011

Teruja bila dapat buat apa yang menjadi kesukaan kita...

Tajuk yang agak panjang. Dan semuanya berkisar perihal saya. Tentang Nabila? Update tentang Nabila..Alhamdulillah, Nabila sihat. Dan sepertinya Nabila memahami keadaan saya yang agak sibuk kebelakangan ini. Dan banyaknya masa Nabila dihabiskan bersama neneknya...

Semalam sempat berdating dengan Ummi Alisya dan Mummy Nadime. Pada awalnya dah kata dah pada Nabila yang dia akan berjumpa Alisya dan Nadime. Hurm..belum panas kerusi, Nabila dah buat hal. Menangis nak tidur..Adoiyaiii anak dara nih. Sudahnya ayah Nabila bawa berjalan keliling untuk tenangkan Nabila..

Layankan saja gambar-gambar ini sebelum saya ke balik kepada tajuk utama...

~Jalan-jalan makan di kedai Arab..ramai orang time kami sampai nih..saya budak KL pun tak tau ada tempat begini..hehe..~

Ok..Balik pada tajuk..

Sebenarnya saya pernah cerita tentang entry sebelum ini mengenai projek sepit rambut saya dan juga projek menjahit saya..Ingat bukan..?(ceh..macam la org nak ingat sangat entry ko ni noina oiiii)

Semalam, saya sudah melaksanakan 2 sesi kelas jahitan saya. Jahitan pertama membuat skirt. Dan Alhamdulillah..taklah sesusah mana. Pada awalnya saya agak kekok menggunakan mesin jahit. Yelah..selalu guna mesin slow je. Ni mesin laju..Mau terkezut mokcik!! hehe.. Bila dah lama-lama, barulah kaki ni dah serasi.. :)

Hampir 98% nak siap dah skirt saya. Dah selebihnya akan bersambung minggu hadapan. Untuk sesi menjahit baju kurung pula. Saya memang teruja sangat-sangat. Kelas pun agak tenang. Tak serabut ramai student. :)

Dan saya nak cerita tentang hobi terbaru saya ni.. :)

~sepanjang hari saya menyiapkan order orang.. :)~

ada lagi..

untuk closed-up bleh gi fb saya yek.. :)

dan ada lagi..


~keychain baru dapat siapkan 2..Saya sibuk nak siapkan tempahan sepit rambut dulu~


~Alligator Clip :)~

Pada awalnya memang tak terfikir nak jual. Saja nak buat suka-suka. Untuk Nabila pakai. Tapi bila dah bawa ke office ramai pula yang suruh saya jual. Dah ada tempahan pula tu. Kata mereka nak bagi Raya Aidilfitri nanti. Jadi sekarang ni, saya sedang tungkus lumus menyiapkan tempahan. Kata mak, dia juga boleh bantu saya untuk menjual hasil kerja tangan saya.

Untuk permulaan, ini saya buat kecil-kecilan. Andai ada yang mahu, saya sedia terima tempahan. Email terus ke saya..ok!! Saya ada suggest pada adik saya untuk buat cenderahati sebegini untuk majlis kahwinnya nanti. Hurm..mudah sangat !!

Tak terfikir lagi nak buat blog lain untuk hasil kraf saya. Hurm..tak tau la esok lusa nanti..hehe. Nanti saya update lagi contoh-contoh lain. Sekarang ni saya sedang menanti material dan beberapa item lain. Harapnya cepatlah sampai...

p/s : sori entry agak panjang dan rasanya entry ni paling banyak gambar..hehe..

23 June 2011

Ada suka, ada duka...

Mahu dengar berita yang mana dulu? Sedih atau gembira?
 
Saya cerita yang sedih dulu yek..
 
Tadi sudah 2 kali Nabila diserang sawan. Pertama ketika berada di rumah, dan kedua on the way nak ke PDK tadi. Keadaan Nabila? Tak nampak worse tapi sangat menakutkan. Nabila mengeraskan badan, mata seperti terbeliak dan mulutnya berbuih air liur. Walaupun sebenarnya saya tak confirm itu adalah siri sawan yang entah kali ke berapa, namun gerak hati saya kuat mengatakan ianya sawan. Walaupun hampir seminit ianya berlaku, namun ia tetap membimbangkan. Sudahlah temujanji dengan peads lambat lagi..huhu..
 
Dan tadi, nampak selepas serangan itu, Nabila tertidur keletihan. Kesian Nabila. Saya takut andai ianya berlaku lagi.. :(
 
Berita baik pula..
 
Seminggu lepas, saya berbincang dengan Abang untuk memohon kuarters kerajaan. Rumah Rawang? Saya tak sewakan kerana kata Abang, kalau dia malas nak balik KL, dia akan tidur di sana. Lagipun sayang pula nak sewakan. Rumah saya dah dipasang aircond, jadi kalau sewa takut rosak pula orang guna. Faham sajalah keadaan orang menyewa..
 
Kenapa tiba-tiba saya nak duduk kuarters pula?
 
Saya memikirkan keadaan saya berulang alik dari Rawang membawa Nabila setiap hari. Saya kesian tengok Nabila yang keletihan berada di dalam kereta untuk perjalanan yang jauh. Saya sendiri sudah bosan berulang sebenarnya. Terfikir pula nak menyewa, tapi bukan mudah untuk menyewa dengan kadar yang murah di KL ni. At least pun RM500 keatas untuk menyewa flat. Hurm..mahal bukan. Jadi saya ambil keputusan untuk menduduki kuarters. Andai dapat di Jalan Duta, lebih senang. Sah-sah sebelah je dengan Arkib Negara nih..hehe..
 
Saya telahpun memohon minggu lepas bagi mendapatkan kuarters kerajaan. Selepas mengisi borang dan fax kad OKU Nabila ke Bahagian Pengurusan Hartanah, saya mendapat feedback dari bahagian tersebut mengenai permohonan saya. Alhamdulillah, permohonan saya akan dimasukkan ke dalam senarai pemohon yang diberi keutamaan atas alasan kerana mempunyai anak OKU. Syukur sangat.
 
Harapnya urusan ini dipermudahkan dan percepatkan. Moga ada rezeki Nabila nanti. InsyaAllah.. :)

22 June 2011

Mari kita menjahit....

Sejak kebelakangan ini, saya sibuk dengan hal perihal saya bersama sepit-sepit kesayangan saya. Saya masih hutang dengan anak-anak Ayu Aisya, Kak Nanie, Anim dan Kak Pnut. Huhu..nanti ye anak-anak ku sayang. Ibu dah siapkan sepit-sepit tu. Tiba-tiba ada pula kawan yang beli..Walhal ibu tak niat nak menjual lagi...Nanti ibu buatkan yang lain yek..
 
Dan tadi saya buat satu perkara lagi. Sudah lama saya mengidam mahu ke kelas menjahit pakaian. Dan akhirnya terlaksana juga. Baru sebentar tadi saya mendaftar kelas tersebut. Dan kelas akan bermula hari Sabtu ini. Cepat bukan?
 
Kebetulan saya datang dengan langkah kanan. Kelas ada kosong untuk seorang lagi peserta dan terus saja saya mendaftarkan diri. Kalau diikutkan kelas bermula bulan 8. Mujur ada kosong lagi. Bolehlah saya mulakan secepat mungkin.. :)
 
Tujuan saya hanya satu. Menjahit untuk diri sendiri dan keluarga. Nak mengambil tempahan tu tak terfikir lagi. Tapi kalau dah mahir apa salahnya kan..Buat pendapatan sampingan.. :)
 
Saya bukannya ada basic menjahit sangat. Ya, dulu saya pernah menjahit baju kurung. Memang menjadi baju kurung saya, namun tak berapa kemas. Saya mahu belajar betul-betul. Baru best!!
 
Harapnya saya dapat manfaat dari kelas ini. InsyaAllah. Sudah lama inginkan dan saya rasa tibalah masanya untuk saya belajar itu dan ini. Yelah, kalau nak tempah semuanya mahal belaka. Sampai bila nak tempah. Lagipun bukannya susah nak jahit sehelai baju kurung. Dan kalau kelas ok nanti, mungkin saya akan sambung untuk jahit jenis-jenis pakaian lain pula.. :) Doakan saya yek..!!
 

20 June 2011

Cuak!!

Pernah tak kalian cuak bila orang berhenti rapat sangat dengan belakang kereta kita bila waktu jalan sesak...? Mesti ada kan...

Itulah yang saya rasa tadi sewaktu bawa kereta untuk pulang ke rumah. Bayangkan sajalah, dari simpang flyover depan Kolam Air Panas Selayang tu, sampai ke Kg. Melayu depan Tesco tu jalan sesak ya amat. Kalau berjalan takpe lah juga..Ni jalan slow macam siputttt!!!

Tambah pula belakang saya sebuah lori kecil. Entah kenapa bengong sangat (marah tahap gaban dah ni+cuak ya amat), boleh pula dia berhenti rapat dengan kereta saya. Kalau tercium macamana? Nak bayar ke?

Hati saya berdebar. Entah kenapa saya takut sangat. Walhal bukanlah baru dapat lesen kereta pun. Pengalaman bawa kereta kat KL ni memang boleh tahan la lamanya..tapi bila berhadapan dengan perkara tadi, saya naik cuak. Yelah..terbayang pula insiden kereta saya 'dicium' sebuah kereta Waja beberapa bulan lepas. Marah betul saya ketika itu. Baru pakai beberapa bulan kereta sudah kena 'cium'.Mau tak geram..huhu...

Dan hati saya memang rasa berdebar. Saya rasa takut setiap kali lori itu berhenti rapat dengan saya. Serius..rasa berpeluh badan ni. Dan akhirnya, saya terpaksa menggunakan lane kecemasan. Pada awalnya nak berhenti. Tapi bila melihatkan tiada tempat yang sesuai untuk berhenti, saya nekad untuk teruskan perjalanan. Saya ikut sebuah kereta Kenari yang 'tak+makan+saman' sebab potong line kecemasan. Marah penunggang motorsikal sebab guna laluan mereka. Dalam hati saya minta ampun pada mereka. Yelah saya tiada pilihan.

Kenapa pula tak nak guna lane kanan?

Huh..usah harap la nak masuk potong line orang..makin himpit, makin mereka rapat tak bagi jalan... :(

Bila dah jauh dari lori, saya rasa lega sedikit. Saya terus-terus berdoa agar perjalanan saya dan Nabila selamat. Hati saya memang tak sedap tadi. Sebab firasat hati saya memang kuat. Pernah dulu, saya kemalangan dilanggar motor (motor tu langgar kereta saya..bukan saya yang langgar ok!!) sewaktu selepas menghantar Nabila ke sekolah. Sebelum kemalangan itu, hati saya memang tak sedap. Berdebar je. Muka rasa panas. Dan last, betul sangkaan saya. Memang ada yang bakal terjadi pada saya hari itu..

~hancus kereta masa ni. Kelu tak terkata rasa. Mamat motor tu patah tangan. Nasib baik dia tau dia yang salah. Motor dia sikit pun tak rosak. Patah side mirror je. Tapi nasib baik dia bayar separuh gantirugi kereta saya. Kira settle secara baik..~

Lama saya tersangkut dengan jalan sesak tadi. Bayangkan 2 jam perjalanan dari Gombak ke Bukit Sentosa. Mak aiii..macam balik kampung..!! Nabila mula-mula nak merengek. Saya pujuk dia, tanya tentang sekolah. Nabila marah bila cerita tentang sekolah. Saya pegang tangannya. Nabila genggam jari saya dan cakar tangan saya. Kemudian, saya berlakon..konon-konon sakit. Hehehe..apa reaksi Nabila?

Elok-elok dia nak menangis, terus diam. Ceh..pandai nak main rupanya. Hurm..bagus-bagus..!!

Tapi memang benarlah..saya cuak tadi. Kalau saya tak bertindak tukar laluan, pasti saya macam cacing kepanasan dalam kereta.. Cuma saya kesal tindakan saya tadi memang tindakan kurang bijak sikit la. Huhu... :(

19 June 2011

Bilik untuk si kecil..

Beberapa minggu ini saya terfikir untuk menukar katil Nabila. Anak dara ini sudah semakin panjang. Makanya katil bayi sudah tidak sesuai lagi untuknya.

~gambar lama..Nabila masa ni kecik lagi. Hurm..umur baru 2 tahun..Tapi dalam masa umur 2 tahun nak ke 3 tahun ni, badan dia cepat plak bertambah panjang. (ikut sapa tah panjang- manjang nih..mak ayah pendek je..hehehe)~


Namun, bila difikirkan ruang di rumah ini, lebih-lebih lagi bilik saya, manalah boleh nak letak 2 katil sekaligus. Bilik saya bukanlah besar mana pun. Hanya muat untuk sebuah katil saiz queen (kalau king memang tak muat la kot), almari pakaian, meja solek dan sedikit ruang untuk saya letak katil bayi Nabila dan almari pakaiannya yang kecil. Kalau nak beli katil besar untuk Nabila, memang tak muat!!

Saya terfikir juga, bagaimana agaknya kalau Nabila tidur sendirian di bilik sebelah? Adakah dia akan menangis bila tidur sendiri? Atau tidurnya tidak lagi tenteram seperti dulu, kerana merasakan tiada ibu disisinya. Nabila bukanlah jenis tidur yang suka dipeluk. Sedari kecil bayi lagi saya membiarkan dia tidur sendirian di sebelah saya. Kerana bagi saya lebih selesa begitu. Kalau saya peluk, takut saya yang tak sedar, saya himpit Nabila. Hurm..nanti dah jadi kes lain pula..huhu..

Namun, bila difikirkan kembali andai saya tidak mengajarnya dari sekarang, sampai bilakah Nabila boleh tidur sendirian di biliknya. Mungkin ada yang fikir saya gila kerana membiarkan anak sekecil Nabila lebih-lebih lagi istimewa untuk tidur sendirian di kamarnya. Hurm..memang mengarut kot ibu Nabila ni... :P

Hurm..Saya masih mempertimbangkan lagi untuk membuat bilik khas untuk Nabila. Tapi, bila mengenangkan badannya yang sudah tidak sesuai menggunakan katil bayi..saya rasa kesian pula padanya. Susah nak pusing ke kanan dan ke kiri.. :(

Tadi saya ke Ikea bersama Abang. Cuba mencari katil yang sesuai untuk Nabila. Tapi bila tengok jenis-jenis katil yang sedia ada di pasaran, saya merasakan begitu sukar untuk memilih. Kerana struktur rekaan katil itu tidak menunjukkan ianya praktikal digunakan untuk anak seperti Nabila. Cuma ada satu jenis katil yang menarik perhatian saya. Harganya agak mahal, namun saya rasa ianya berkualiti. Dan paling penting ianya selamat digunakan oleh Nabila.

Design katil untuk anak yang berusia 3 tahun ke atas kebanyakan jarang ada palang di sisi katil. Puas saya cari, hanya ada satu yang boleh digunakan. Tapi saya belum fikir untuk membelinya kerana bilik Nabila belum lagi diubah suai. Bukan nak ubah suai beria pun, saya nak pindahkan barang-barang dalam bilik itu ke tempat lain. Tapi mana pula saya nak campak barang-barang itu? Aduhai..

~Bukan penuh dengan barang lain..penuh dengan mainan..Ni gambar lama jugak..Sekarang bilik ni saya ubah balik jadi bilik tetamu. Dan ada katil saiz queen di bilik ini juga. Hurm..kalau bilik ini ditukarkan ke bilik Nabila, mana saya nak campak katil tu? Ada bilik lagi satu, tapi itu saya jadikan bilik solat. Hurm..bilik tu lagi kecik..adoiyaiiii...~


Alamatnya semua ini bertangguh dululah. Tak boleh nak buat apa-apa lagi. Lagipun saya tengah merencanakan sesuatu untuk kami bertiga. Dan harapnya ianya lebih memberi keselesaan pada saya, Nabila dan Abang. Mohon kawan-kawan doakan agarnya ianya tercapai dan dipermudahkan..Amin.. :)

Aktiviti di malam hari...

Memandangkan Nabila tak berapa sihat sedari kelmarin, saya tidak tahu apa yang harus saya buat dengan Nabila. Dan malam tadi, Nabila nampak bosan. Badan dah tak panas, cuma ragamnya saja yang belum kurang.

Dan melihatkan mood Nabila agak baik, saya memberikannya mainan ini...

~lama dah tak main laptop ni..kat rumah nenek ada satu lagi..yang Mamanurin bagi.. :)


Aktiviti ni pun dah lama sangat tak buat.. :( (ibu sibuk sangat ler tuh.. )

~muka muncung jer.. Nabila tengah dengar bunyi 'theta wave'.. Ala bunyi ombak, kicauan burung..tapi patutnya muka tu tenang..Ni nampak stress je dik..hehe..~

Sempat juga mengurut Nabila. Ala buat urut biasa je..Nampak dia lega sangat. Agaknya penat kot berbaring sebab demam.. Sian Nabila. Last ibu plak yang sakit pinggang. hehe...

18 June 2011

Penerimaan anak istimewa...

Sejak kebelakangan ini, saya lihat banyak drama berkisar tentang anak istimewa. Tak kisahlah apa jua jenis keistimewaan anak tersebut, dan jalan ceritanya banyak bertumpu pada penerimaan orang lain terhadap anak-anak seperti ini.

Saya baru sahaja melihat kisah 'Sedepa ke Syurga' . Rasanya cerita ini dah lama ditayangkan di Astro, tapi saya baru ada kesempatan untuk melihat cerita ini. Mungkin ada yang pernah tengok cerita ini kan?

Serius, saya menangis tengok cerita ini. Walaupun jalan ceritanya takdelah buat saya sampai meraung, tapi ianya cukup menyentuh rasa. Sebab saya sendiri tahu bagaimana perasaan anak itu. Ya, bukannya dia mahu untuk lahir ke dunia dengan keadaannya begitu. Dihina dan dicaci.... :(

Kadangkala saya tak faham. Mengapa masih ada lagi diluar sana yang masih belum menerima keadaan anak bila diketahui anak itu anak istimewa? Adakah salah dia lahir berkeadaan begitu? Memang sulit untuk menjaga anak istimewa. Saya akui! Namun, adakah kita patut sebagai insan normal memperlakukan anak seperti itu? Allah berikan kita akal. Harus digunakan sebaiknya dan tahu bagaimana cara untuk handle anak istimewa. Bukan dengan cara marah atau pukul.

Anak istimewa memang perlukan perhatian yang lebih dari kita sebagai ibu bapa. Kerna itu saya memilih untuk tidak memberikan Nabila adik untuk 3 tahun pertama selepas kelahirannya. Kerana saya mahu menumpukan lebih perhatian saya pada Nabila.

Adakalanya saya sendiri sebagai ibu yang melahirkan Nabila tidak memahami kehendak anak itu. Seperti contoh tadi, Nabila mengamuk sakan. Saya puas memujuk dan memeluknya agar dia diam dari menangis. Namun Nabila meronta, malah menunjukkan tanda-tanda marah yang amat pada saya dan Abang. Buntu. Serius saya buntu. Tak tahu apa yang harus dilakukan. Makan, minum, ubat, duduk di luar, naik buai, picit badan dan kepala..segalanya saya buat. Namun entah apa yang dimahukan lagi saya tak pasti.

Memang ada kalanya saya hilang sabar dengan Nabila. Ada juga kadangkala saya 'lepuk' di punggungnya. Kerana geram dengan tingkah lakunya yang suka mengamuk marah bila tak dapat apa yang dihajatinya. Namun, bila sudah marah, saya kesal dengan apa yang saya lakukan. Apalah dia tahu tentang hukuman. Biarpun Nabila sudah berusia 3 tahun, namun akalnya? Seperti bayi lagi...

Anak-anak ini memang perlukan pengorbanan yang lebih dari kita sebagai ibu bapa. Tak kiralah pengorbanan harta, masa dan diri sendiri. Diri sendiri? Yelah, kadangkala kita sendiri perlu masa untuk diri sendiri. Tapi saya? 98% adalah untuk Nabila dan ayahnya. Kira sajalah baki untuk diri sendiri. Sebab itulah 2-3 tahun selepas kelahiran Nabila diri saya kelihatan tidak terurus..

Bila diri dikhabarkan Nabila adalah insan istimewa, saya seperti tidak percaya. Bukan mudah untuk saya menerima keadaan dirinya. Namun, kerana kasih, saya terima semua ini. Dan saya tahu Allah telah merencanakan sesuatu yang terbaik buat saya. Dan hasilnya..Alhamdulillah. Saya lebih positif berbanding saya yang dulu sebelum berkahwin. Sikap saya juga berubah.

Anak ini tidak pernah lahir untuk menyusahkan kita. Malah anak inilah pemberi rezeki kepada kita. Rezeki yang tidak putus-putus. Syukur Alhamdulillah..

Andai ada yang baru tahu anak yang dilahirkan atau dikandung adalah istimewa, jagalah anak itu sebaik mungkin. Kerana mereka adalah sumber kekuatan kita. Walaupun serba kepayahan, hasilnya kita tahu menghargai setiap apa yang kita lakukan demi dirinya.....


~hadiah hari lahir yang terhebat dalam hidup saya. Gambar diambil sehari sebelum hari lahir saya. Untuk pertama kalinya saya memegang Nabila. Sangat syahdu kerana seminggu selepas dilahirkan, barulah saya ada kesempatan untuk memegang Nabila.Terharu... :( ~

17 June 2011

Nabila demam lagi..

Sebenarnya saya tak menyangka Nabila akan demam hari ini. Patutlah mak kata Nabila asyik minum air kosong semalam. Makan pun tak mahu.
 
Semalam jam 3 pagi, Nabila terbangun dari tidur. Saya fikir Nabila mahu susu. Bila saya pegang tubuhnya..MasyaAllah..tersangatlah panas. Saya ambil suhu. Dan ia menunjukkan 38 darjah. Sah Nabila demam. Dan terus saja saya berikan ubat demam kepadanya. Dan Nabila kembali tidur..
 
Jam 5, Nabila terbangun lagi. Dan saya tak pasti kenapa. Dan saya rasa kakinya sejuk sekali. Saya terus memakaikan stokin (selalu pakai..tapi semalam agak panas jadi saya tak pakaikan) dan menukar lampinnya. Saya peluk Nabila sebab saya fikir Nabila mungkin sejuk. Tapi Nabila merengek mahu tidur di buaiannya.
 
Jam 6.30 pagi, saya bangun dan mahu bersiap untuk ke tempat kerja. Saya rasa suhu badan Nabila. Sudah kurang panasnya. Dan saya fikir mungkin demamnya sudah kebah. Dan saya terus menyiapkan Nabila ke sekolah. Nabila pula sedikit pun tak merengek. Dan di dalam kereta dia diam. Sewaktu saya hantar pun senyap saja.
 
Dan jam 9.45 pagi, saya terima panggilan dari sekolah. Arghh..apahal pulak ni. Hati saya risau. Rupanya badan Nabila panas kembali. Terus saja saya keluar pejabat menuju ke sekolahnya. Sewaktu saya sampai, saya dengar jeritan tangisan Nabila di dalam sekolah. Rupanya kakitangan di situ sedang mengelap tubuh Nabila dengan tuala basah. Dan kata mereka suhu yang mereka ambil tadi adalah 38.8 darjah celcius. MasyaAllah..panasnya.
 
Terus saja saya membawanya ke Klinik Kita Wangsa Maju. Nabila tertidur keletihan dan tiba-tiba dia tersedar. Nabila menangis sekuat hati, sampaikan nurse keluar bertanya adakah giliran saya lama lagi. Mujur ketika itu giliran kami selepas itu, cuma yang tak seronoknya saya tunggu agak lama juga. Tak sangka pula pagi-pagi ramai pula ke klinik.
 
Saya pegang Nabila pun terasa badannya hangat betul. Bila doktor check suhu, demamnya masih tinggi. 38 darjah dan doktor terus menyuruh nurse memasukkan ubat punggung. Saya risau andai serangan sawan ada bila dah kena demam ni. Mintak-mintak dijauhkan... :(
 
Dan sewaktu saya meninggalkan Nabila untuk ke tempat kerja semula, Nabila masih lagi menangis. Memang gaya Nabila tak selesa dengan keadaan tubuhnya yang panas. Saya tanggalkan pakaiannya dan hanya memakaikannya lampin saja. Ayah saya sudah standby air asam jawa untuk dilumur andai badan Nabila panas lagi selepas ini. Harapnya demamnya lekas-lekas kebah. Risau betul kalau si kecil ni demam... :(

16 June 2011

Nabila & Acik Alisa..

Kelmarin, saya ke rumah makcik saya di Sentul. Mahu menghantar baju kurung untuk hari raya nanti. Baju saya beserta baju Nabila. Hurm..Nak kata sakan beraya tu takdelah..sebab saya ni jenis tempah baju kurung setahun sekali. Sekali tempah tu banyak berpasang-pasang. Nabila hanya 2 pasang untuk tahun ini. Sebab faham sajalah budak kecil ni. Bukan selesa sangat nak pakai baju kurung tengahari rembang ni. Comot sikit terus tukar skirt atau seluar. Senang!!

Nak dijadikan cerita, makcik saya mengambil ukuran melalui baju lama saja. Jadi, untuk saya agak susah sikit. Maklum saja badan sudah kecik (cewaahhhh..). Baju lama semua dah bagi orang. Nasib baik ada sehelai baju yang saya simpan. Dan baju itulah dijadikan ukuran untuk semua baju raya saya nanti.

Untuk Nabila pula, baju tahun lepas memang tak boleh nak pakai. Bukan sebab badannya yang membesar. Tapi tingginya yang sudah bertambah. Tubuh kecil tetap begitu juga. Dan akhirnya, Nabila mengambil contoh ukuran baju Acik Alisa nya yang dipakai pada tahun lepas.

Acik Alisa Nabila ni kira pangkat sepupu dengan saya. Umur Alisa dan Nabila ni sebaya. Lahir pun selang 2-3 minggu je mereka berdua ni. Saya ingat lagi ketika saya dalam wad NICU menjaga Nabila, makcik saya bertarung melahirkan Alisa. Makcik saya koma kerana masalah komplikasi sewaktu melahirkan Alisya. Mujur Alisa dan makcik saya selamat.. :)

Dan sewaktu saya datang ke rumah makcik saya, Alisa teruja melihat Nabila. Habis dipeluk, diciumnya dan berbaring sebelah Nabila..(Tak sempat nak ambil gambar). Yolah, dah kata Nabila ni macam baby, Alisa ingat Nabila ni lagi muda la dari dia. padahal sebaya tuh.. :) Si Nabila pula, bila Alisa peluk-peluk-cium ni, bukan main suka lagi. Senyum-sengih-senyum-sengih..Dia dah tahu nak berkawan. Cuma tak reti nak bercakap je. Kalau pandai bercakap, mau riuh satu rumah..hehe...

Saya sempat berkata pada makcik saya, andai Nabila ditakdirkan sihat, sudah tentu mereka berdua sahabat baik. Bermain bersama-sama. Dan tiba-tiba timbul pula rasa ralat di hati.. :(

Saya sempat memberikan sepit rambut buat Alisa. Sepit yang saya buat khas untuk Nabila, namun melihatkan rambut Alisa yang sudah panjang, jadi saya berikan sepit itu kepadanya. Bukan main suka lagi anak dara itu. Dan sudahnya dia sibuk nak duduk di riba saya. Dan saya pula mulalah berangan. Andai Nabila sihat, agaknya beginilah perangai Nabila agaknya.... :) Nabila pula bila tengok Alisa dah bermanja-manja dengan saya, mulalah nak terpekik. Jeles ke dik? Ala, ibu pegang Alisa kejap je...

Bila kami nak pulang, Alisa sibuk nak ikut. Tambah pula saya mengajak dia datang ke rumah. Kata mainan banyak pula kat rumah. Apa lagi, meraung peluk kaki tak nak lepaskan kami pergi. Huhu..Kesiannya..Meleleh air mata dia. Aduhai....

Nabila Si Drama Queen..

Semalam, saya dan Nabila ke HSB. Appointment bersama Puan Diana untuk sesi OT nya. Sebelum itu Nabila berada di sekolah. Dan sewaktu saya mengambilnya pulang, saya nampak Nabila sedang duduk di kerusi bersama kawan-kawannya. Diam saja. Dan kemudian senyum-senyum nampak saya kerana saya sudah berjanji untuk mengambilnya waktu tengahari di sekolah untuk dibawa ke HSB.
 
Rupanya diam itu berisi. Nabila membuang sewaktu saya mengangkatnya masuk ke dalam kereta. Saya pula agak kelam kabut tak sempat untuk lihat pampersnya kerana saya tahu Nabila baru saja selesai makan dan mandi. Tak sangka pula dia membuang. Nak masuk balik ke sekolah dah malas sebab hujan mulai turun. Terus saja saya membawa Nabila ke rumah mak. Pada awalnya mahu singgah saja di stesen minyak, tapi memikirkan agak susah untuk uruskan si kecil ni seorang diri, nak tak nak terpaksalah saya pulang ke rumah mak saja.. :(
 
Selesai saja di rumah mak, saya terus bergegas membawa Nabila ke HSB. Mujur sempat.. :) Dan mood anak ini? Nampak baik saja bila mana kaki ini melangkah ke Unit Cara Kerja. Dan Nabila di sapa oleh Puan Diana. Seperti biasa, aktiviti yang selalu dilakukan. Stimulation of sensory...
 
Hurm..apa kena mengena dengan tajuk kat atas..? Huh..Memang iya pun. Semalam entah apa yang tak kena..mula-mula merengek kecil. Puan Diana meniarapkan dan rangsang bahagian tengkuk bagi membolehkan Nabila mengangkat kepala bila meniarap. Nak buat ke? Huh! Usah haraplah. Membebel sesaja Nabila ni. "Huuu..haaaa..uuuu..." . Marahlah tu orang paksa-paksa dia. Alahai dik, bukannya sakit pun. Suruh meniarap je...
 
Dan kemudian, masuk ke kolam bola. Memang dah lama tak masuk kolam ni. Dulu saya ingat, Nabila takdelah takut sangat bila masuk ke kolam ini. Tapi semalam, memang 'drama' betul. Siap menitik-nitik air mata tu. Dan pejam mata konon-konon takut sangat tenggelam dalam bola-bola tu. Sebenarnya nak tergelak pun ada tengok Nabila (apalah ibu nih..gelakkan anak pulak..) beria-ia menangis kerana takutkan bola-bola tersebut.
 
Namun, saya rasa syukur. Kerana keupayaan derianya semakin bagus. Dan nampak semakin alert dengan persekitaran sekeliling. Yelah..kalau tak mana Nabila tahu bahaya tenggalam dalam lautan bola tu. Kalau tak, mesti dia diam je dalam kolam bola tu. Sebab dulu, sewaktu Nabila kecil saya ingat lagi, Nabila memang buat tak tahu dengan kolam itu. Dia hanya diam membisu tanpa sebarang respon .
 
Tapi yang saya geram, bila dah keluar dari kolam tu, terus saja dia diam. Huh..Memang drama. Dan bila dalam perjalanan pulang, siap bising-bising dalam kereta, ketawa mengekek, konon-konon berjaya perdayakan ibu lah tuh...huhu....
 
Hari ini pun sama. Pagi tadi kami ke PDK. Menangis sakan. Entah apa yang dia marahkan saya tak pasti. Pada awalnya nak mandikan Nabila di bilik Spa (jakuzzi). Sudahnya turn Nabila lambat lagi. Tiba-tiba kelas Fisio hari ini ramai pula yang datang. Si kecil ni dah mengamuk sakan. Dan saya terus meminta untuk ke bilik Snoozelon bagi menenangkan Nabila. Meraung-raung tak nak main lampu. Sudahnya saya dukung. Mujur kami berdua saja di bilik itu. Dan saya hanya diam sambil mendukung Nabila yang sedang menangis ketika itu. Saya biarkan Nabila senyap sendiri. Dan last...dia diam juga akhirnya. Kami berdua diam sambil menikmati bunyi ombak dan kicauan burung.. :)
 
Bila dah tenang, saya bawa ke lampu yang selalu Nabila main, dan akhirnya dia sentuh lampu-lampu itu. Tapi sekejap sajalah, sebab Nabila belum diurut dan masuk Bilik Spa lagi. Masa urut menangis balik. Padahal bukan sakit pun Cikgu Gayah buat. Huh!! Drama lagi.
 
Masuk bilik spa, mandi dalam Jakuzzi diam pula. Bila dah berhenti mesin tu, menangis balik. Nak mandi lagi. Amboi..Kalau boleh duduk sendiri takpelah dik. Ni naik patah pinggang ibu menahan badan kamu. Huhu...
 
Memang tengok mood juga si kecil ni. Kalau mood baik buatlah apa jua pun, sure Nabila beri kerjasama. Hurm..bila time 'hanginsatubadan' tak dapek la ibu nak tolong..huhu...

15 June 2011

Kenapa mereka begitu kejam!!

Pagi tadi sewaktu saya menghantar Nabila ke sekolah, saya mendengar radio Hot FM. Dan topik hari ini agak menarik juga. Dan saya paling tertarik dengan kisah seorang wanita terjumpa bayi yang dibuang di hadapan Taska bersebelahan rumahnya.
 
Serius! Saya sedih bila mendengar kata-kata wanita tersebut. Dan paling menyedihkan tali pusat bayi tersebut direntap. Apa kejamnya mereka yang melakukannya. Mujur bayi itu masih hidup sewaktu dijumpai oleh kakitangan Taska tersebut. Bayangkan jam 5 pagi anak itu kedinginan di luar rumah! Kesian sungguh..
 
Memang sudah kerap benar kes pembuangan bayi ini. Kadangkala saya rasa mahu saja saya ambil anak-anak itu. Janganlah dibuang di tong sampah atau sungai. Kalau iya pun nak buang, bagilah kat orang. Pasti ada saja yang mahu mengambil anak itu. Saya memang tak boleh lihat orang buang-buang anak ni. Sebab saya tahu bukan mudah untuk lahirkan anak. Apalah dosa anak-anak ini.. :(
 
Entahlah, hati saya sayu pula pagi ini. Tadi pun selepas dengar wanita itu berbicara di dalam radio, saya terus memandang Nabila. Anak kecil, apalah yang dia tahu. Yang tahu hanya menangis lapar dan mahu dibelai.Sayang..anak sihat dibuang-buang. Andai dapat anak seperti Nabila? Bagaimana pula agaknya? Tak terbayang saya... :(

11 June 2011

Style baru...

Semalam, saya berfikir panjang. Apakah patut saya lakukan ini? Kerana sudah lama saya impikan..namun bila memikirkan semuanya demi si kecil ini, saya mengalah..

Dan akhirnya, rambut Nabila telah saya potong. Sebenarnya, saya berniat untuk menyimpan panjang dan pastinya rambut Nabila boleh diikat cantik menjelang raya nanti. Sungguh..kali ini saya mahu Nabila memiliki rambut yang panjang. Rambut ala-ala ikal membuatkan saya cuba menahan hati dari memotongnya.

Namun, bila melihatkan keadaan semalam, Nabila kelihatan kembali dengan amukannya, membuatkan saya terfikir semula impian saya itu. Saya rasakan Nabila persis ayahnya. Yang agak rimas berambut panjang, dan juga sering sakit kepala bila rambut mulai kembang.

Dan saya tekad, saya mengambil gunting dan mula memotong sedikit demi sedikit. Laungan Nabila? Usah cakaplah!! Menangis kerimasan. Dan akhirnya saya berjaya juga. Tetapi terlebih pendek pula.. :(

~ muka garang!! Marah le tuh.. ~

Huh..macamana nak jadi model sepit ibu nih dik oiiiii!!!!!

10 June 2011

Selagi boleh guna....

*muka monyok..asyik mengamuk menangis sepanjang hari. Naik tensen plak ibu..huhu..*

Buai ni dah lama saya beli. Sejak Nabila berusia 2 bulan lagi. Ketika itu, Nabila masih belum boleh naik lagi. Sebab bila dia naik buai ni badannya agak 'terponyok'. tak caya?

~maaf gambar tak clear..guna hp je time nih..hehe..~

Sebenarnya saya salah beli buai ni. Nak beli benda lain, tapi dah terbeli yang ni. Makanya, selepas beli ini...

.. terus tak guna dah buai itu.

Saya memang peminat jenama fisher price. Sebab ianya sangat-sangat berkualiti. Biarpun rocker Nabila digunakan sehingga Nabila berusia 2 tahun, kualitinya masih elok. Silap-silap kalau Nabila ada adik lagi, sure tak payah beli dah..Pakai je kakak Nabila punya..hehehe..

Pernah dulu Nabila menangis-nangis nak buai. Kebetulan ketika itu saya memang tak bawa buai sewaktu pulang ke Ipoh. Apalagi, meraung gajah la Nabila. Dan kemudian, saya dah serik tak mahu tinggal lagi buai dia. Susah juga kan kalau dah ajar berbuai ni... :(

Tadi Nabila menangis lagi. Entah apa yang tak kena..saya tak pasti. Sudahnya, saya bawa turun kembali buai itu. Agak lama juga buai itu tidak digunakan. Almaklum saja kaki sudah panjang. Asyik tersangkut bila berbuai..hehe..Tak sesuai!!!

Ada video Nabila sedang berbuai di luar rumah mak. Waktu ini Nabila sudah setahun lebih. Bagus juga ada buai ni. Boleh di letak di mana-mana..Lihat Nabila sedang bersantai menikmati angin petang.. :)

video

09 June 2011

Kegilaan ibu...

Sejak kebelakangan ini, sudah timbul minat baru saya. Entah kenapa tiba-tiba 'buang tebiat', saya tak pasti. Tapi bagi saya ianya satu perkara yang mengasyikkan...

Apa dia tuh...?

TARAAAAAA....


Antara sepit-sepit yang berjaya saya hasilkan. Semuanya untuk Nabila. Tapi tak terpakainya budak kecik nih..hehe...

Design tak berapa cantik sangat. Sebab baru belajar. Tangan pun keras lagi. Kenapa saya buat semua ni?

Sebabnya, kalau beli mahal ya amat. Saya rasa kalau buat sendiri jauh lebih murah dibanding beli siap. Plus, kita boleh buat design sendiri yang kita suka.. :)

Dan sudah 2 orang anak kecil saya beri sepit rambut hasil kerja tangan saya. Saja suka-suka nak bagi anak lain pakai. Tapi maaf la yek Yati dan CT, rasa memang tak cantik sangat yang ina bagi tu.. Nanti buat lain lagi..hehe... :)

Dan saya sempat menuntut ilmu dengan Jue Mama Ainie minggu lepas. Jue memang mahir dalam bab buat sepit dengan keychain. Juga telah pun memulakan bisnes online menjual hasil kerjanya. Kemas tau hasil kerja tangan Jue. Kalau nak tempah boleh la ke blog ini.

Dan ini hasil yang saya belajar dengan Jue minggu lepas...


Ada satu lagi item yang saya belajar. Sepit Rambut. Sepit tu saya bagi anak jiran saya pakai. Saja nak bagi Kakak Nano pakai. Sebab dia selalu layan Nabila. :) Kalau nak menuntut ilmu boleh la belajar dengan Jue yek.. :) Cikgu terbaikkk..!!!

Tapi bila buat semua ni, tak terfikir lagi nak jual. Sebab ianya hanya suka-suka saja. Lagipun masih tak mahir. Mungkin akan datang, kalau dah ok, saya buat kerja gila lagi, nak menjual secara online pula ke.. :) Hurm..tak tau lagi..hehehe..Tapi buat setakat ni, model saya inilah...

~huh..sombong model nih..sikit tak nak pandang kamera..hahahaha!!~

08 June 2011

Adakah saya terlalu leka..?

Ya..saya rasa ianya benar belaka... :(
 
Kelmarin, saya membuka kembali video-video lama Nabila. Dan saya klik satu video yang menunjukkan Nabila sedang menonggeng dan cuba untuk mengangkat tubuh.. (tak pasti video tu saya upload dalam blog ke tidak..)
 
Saya memanggil Abang. Dan kami berdua melihat Nabila yang sedang usaha untuk mengangkat punggung dan badannya. Nampak lucu, namun teruja. Teruja bila melihat aksi spontannya itu.
 
Dan saya senyap. Dalam hati saya mengeluh. Kata Abang, sudah lama Nabila tidak berbuat demikian. :(
 
Rasa bersalah makin menyelubungi diri.. :(
 
Manakah perginya skill itu?.....
 
Saya lekaaaaaa.... :(
 
Dik, maafkan ibu dik... :(

06 June 2011

Nabila & Minnie...

Semalam saya sempat mengambil gambar Nabila bersama patung Minnie. Pemberian Mama Anim & Adik Ariana... :) sempena hari lahir Nabila. Baru ada kesempatan nak ambil gambar kerana Nabila dan saya dah jadi pelarian..hehe..Sekejap kat rumah mak, sekejap kat Rawang..huhu...

~kepala Minnie lagi besar dari kepala Nabila..huhu...~


~sibuk meraba-raba kepala Minnie.."Mana ada ibu..kepala adik lagi besar lah.."~ (nasib baik tak ukur lilit...hehe...)


~Ha...part ni saya suka..Puas tau saya ajar Nabila masukkan jari dalam mulut..Last!! Dapat juga dia buat.. Tak ingat kami buat latihan apa..tapi akhirnya usaha tersebut dapat buat Nabila masukkan tangan dalam mulut. Pencapaian kecil..tapi saya bangga..Sebab saya tahu kemampuan Nabila sebelum ini..Tangan yang kaku dan hanya tahu menggaru hidung...!!!Takpe dik..Ibu tahu adik boleh!!~

Motivasi untuk kurus...

Sebenarnya saya bukanlah orang bijak pandai untuk bercerita tentang bab pengurusan berat badan ini. Malah saya juga tidak menceritakan kaedah-kaedah untuk kurus. Hanya mahu berkongsi pengalaman yang saya alami sepanjang proses ini.

Saya bukan nak riak atau berbangga dengan pencapaian saya setakat ini. Apalah sangat kejayaan saya berbanding dengan orang lain yang sudah pasti lebih bagus dalam mencapai berat badan yang diingini. Cuma saya ingin kongsi perasaan saya bila saya dapat mengurangkan sedikit berat badan dengan usaha saya selama ini.

Pada awalnya, saya sangat bimbangkan keadaan diri yang semakin tidak sihat. Gemuk, bulat, tak dapat pakai baju yang cantik, dan paling teruk sekali kesihatan saya mulai terjejas. Nak berjalan ke bangunan pentadbiran pun malas. Nak kafe yang sejengkal tu pun malas. Naik tangga rumah mak sambil dukung Nabila memang bercinta. Macam bukan dukung Nabila seorang, tetapi macam ada beban seguni ditambah sekali bersama Nabila. Huhu...

Saya pernah cuba untuk diet makan, huh!! Tak jalan! Malah saya makan lebih banyak lagi. Pernah juga beli krim-krim untuk buang lemak. Pun tak jalan jugak. Tapi saya tak sampai tahap makan ubat kurus. Sebab saya takut dengan kesan sampingan ubat tersebut. Elok-elok nak sihat, terus sakit tenat! Tak ke haru biru namanya tu..?

Sebenarnya kita tak perasan badan kita menjadi sangat gemuk. Tau-tau je baju semua dah ketat. Lebih-lebih area punggung, peha dan perut. Saya sendiri tak perasan! Betul. Tapi muka ni perasan la dah nampak tembam kalau dibandingkan dengan gambar-gambar dulu.

Tapi semenjak mak saya kata adik saya ke gym, saya pula yang teruja. Tambah pula ketika itu adik saya sudah berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg. Dan bila saya nampak badannya mulai mengecil, saya terkejut dan kagum. WOWWWWW!! Dasattttt!! Tak sangka pula adik saya memang semangat gila nak turunkan beratnya.

Saya bertanya pada Abang adakah dia memberi kebenaran untuk saya menyertai adik saya ke gym. Pada awalnya dia risau. Dan saya cuba memujuknya lagi. Dan bila Abang nampak perubahan saya sedikit demi sedikit, dia mulai menyokong saya. Siap tanya pula hari cuti tak pergi gym ke? Aikk...badan pun mau rileks juga cik abang oiiii.. :)

Saya masih ingat sewaktu saya gemuk, saya malu dengan fizikal saya. Ramai rakan-rakan tanya kenapa badan saya semakin tembam. Tambah pula ramai yang terkejut tengok cara saya makan. Siap cakap..

"eeiiii ina banyak nyer makan...tak takut gemuk ke?"

"Amboii kemain lagi makan tu.."

" Hish larat ke nak habis tu..banyaknyer kau makan..."

Adoiiii..kalau ingat ayat-ayat ni semua memang saya sakit hati. Mulut semua takde insurans. Cakap tak pandang kiri kanan. Sakit hati tau!! Tapi padanlah dengan muka saya. Siapa suruh makan banyak-banyak! Tak elok untuk kesihatan.

Kalau dulu pun, mesti nak suruh Abang beli air coke sebotol. Sebotol besar tau bukan botol kecil. Lepas tu saya boleh habiskan sebotol besar tu. Huhu..Perghhhh..bayangkanlah cara saya 'menjaga' diri.. Dasat bukan..? Kalau kek tu lagilah. Kalau boleh nak makan sebiji kek tu..huhu...

Bila saya mula berjinak-jinak dengan gym, ramai yang perli saya. Tengok saya makan sikit pun orang perli. Naik menyampah pun ada. Patutnya bagilah sokongan kalau orang nak kurus. Ini tak, siap jatuhkan air muka orang. Malu tau. Manalah orang-orang lain takde semangat nak kurus. Asyik kena perli je. Padahnya, orang tu makan lagi banyak lagi. Sebabnya? SAKIT HATI DENGAN ORANG KELILING!

Tapi saya buat tak tahu je. Lantak lah apa orang nak kata tentang saya. Yang penting saya harus mencapai misi saya. Saya tahu bukan mudah. Dengan menahan telinga, dengan menahan nafsu makan lagi membuatkan saya perlu kuatkan semangat diri. Kadang-kadang saya terkenang orang-orang mengata saya, saya kayuh basikal laju-laju atau berlari kat treadmill laju-laju lepaskan geram saya. Huhu.. Bukan mudah tau..!!

Huh, bila dah turun 10 kg, ada la nampak susut sikit (sikit je..tak banyak..) sibuk orang-orang tanya...

"eh ina..nampak dah kurus la...makan apa?"

"Napa aku nampak kau dah kurus ek..ada buat apa-apa ke?"

"Makan ubat ke?..Bagitaulah rahsia.."

Hurm..apa yang saya buat? Hanya tersenyum. Senyum kemenangan. Dan bercerita apa yang saya lakukan setiap hari. Tiada ubat ok!! Pengalaman adik saya pula, siap kawan-kawan pegang badan dan bahu dia. Semua seakan cemburu dengan adik saya. Kata adik saya lagi, beberapa orang staff nya sudah mulai ke gym. Agaknya sudah nampak keberkesanannya. :)

Ala, kalau tak pergi gym pun tak mengapa. Banyak cara untuk kurus. Yang penting ada ilmu dan praktikkan sebaik mungkin. Mungkin agak lambat nak turun, bagi saya standard la orang turun 1 kg 1 minggu. Itu pun kira dah bagus banding kita ni yang tak turun langsung berat malah lagi bertambah-tambah berat adalah..huhu....

Saya tahu ia bukan mudah. Menurunkan berat badan memang perkara paling sukar untuk saya lakukan. Tanyalah sesiapa pun yang pernah mengalami seperti saya, mereka juga akan menyatakan perkara yang sama. Tiada cara lain, hanya bersenam dan jaga pemakanan seharian. Itulah kaedah terbaik!!

Dan saya masih lagi meneruskan misi saya. Sudah berbelas kilo hilang dalam badan ini, saya belum puas. Saya mahu betul-betul kembali ke asal. Agar bila saya mengandung lagi saya tidak lagi susah hati dengan berat badan saya. Itulah niat utama saya. Dan selain itu saya perlu jaga kesihatan saya demi Nabila. Kalau saya tak sihat bagaimana pula untuk saya menjaga Nabila nanti.

Pada mereka yang mahu berubah, berubahlah cepat. Jangan sampai penyakit datang, baru sibuk nak kurus. Saya ada nampak di gym semalam seorang lelaki, berbadan besar. Saya tengok dia nak jalan pun susah. Nak naik basikal. Bila saya nampak dia nak duduk, terasa susah sangat. Dan belum pun kayuh, dia berhenti. Saya nampak kaki dia kejang. Dia turun kembali dari basikalnya. Kesian pula saya lihat keadaan lelaki tersebut. :(

Ini adalah pengalaman saya dan adik saya sepanjang proses pengurangan berat badan. Adik saya juga bertambah gembira bila dia boleh mengenakan kebaya kini. Saiz baju pun dah kecil. Seronok memang seronok.. :) Saya pula? Pakai baju kurung macam baju pinjam. Besar dan boleh lipat dua lagi. Leher pun dah nampak. Kalau dulu, nampak leher pendek je...hehehe.. Kalau dulu asyik sakit lutut, sekarang dah tak lagi. :) Best!!

03 June 2011

Bercampur-campur!! Jgn pening ok!

Hehehe..sorry lah ye.. Entry bercampur aduk..Ala-ala carca merba gitu.. Sebab ada banyak perkara yang ingin saya ceritakan. Tapi semuanya cerita simple dan pendek saja.. :)
 
Tentang Nabila...
 
Semalam, Nabila diserang selsema. Saya agak sudah lama juga dia tidak diserang selsema dan demam. Kali terakhir Nabila kena pada bulan April lepas. Ingatkah semua yang Nabila dimasukkan ke wad gara-gara viral fever? Itulah kali terakhir Nabila diserang demam selsema. Dan kali ini saya tidak menunggu panjang. Terus saja memberikan Nabila ubat selsema supaya tidak melarat lebih teruk lagi. Faham sajalah kalau budak selsema bukan? Pasti tidak selesa!
 
Tentang Nabila lagi...
 
Semalam juga, kami ke PDK. Seperti biasalah, rutin hari Khamis kami. Alhamdulillah, untuk pertama kalinya Nabila mendapat elaun dari JKM setelah Nabila memulakan sesinya di PDK Kamii. Rezeki.. :) Alhamdulillah. Sikit pun takpe.. Janji ada bukan? Dan niat saya, hanya mahu menyimpan duit tersebut. Tidak mahu membelanjakannya. Andai ada perkara yang ingin di beli pun mungkin berkaitan dengan Nabila saja. Dan saya diminta membuka akaun Agro Bank bagi memudahkan pihak PDK memasukkan duit ke dalam akaun Nabila. Dan di PDK juga semalam, Nabila nampak begitu asyik di dalam bilik snoozelon. Lama juga kami tidak masuk ke bilik ini. Saya ada mengambil gambar dan video sewaktu Nabila sedang bermain dengan lampu-lampu di dalam bilik tersebut, tapi gambarnya agak gelap. Tak dapat la nak tunjuk. Tak nampak muka Nabila pun. Nampak lampu jer..huhu.. Tapi saya perhatikan Nabila, dia sudah mulai cuba untuk mencapai lampu-lampu dihadapannya. Matanya nampak lebih fokus berbanding dulu. Alhamdulillah.. :)
 
Tentang saya pula.. (18sx tau)
 
Hurm..Alhamdulillah, semenjak berat badan saya turun, saya sudah merasai perubahan yang ketara pada tubuh saya. Alhamdulillah, saya nampak makin sihat dan tidak lagi penat untuk berjalan laju. Dan paling tidak disangka 'darah perempuan' saya telah kembali semalam. Sungguh!! Sebenarnya sudah hampir 2 tahun saya tidak mengalami 'darah perempuan' . Jika ada pun sedikit saja. Agak merisaukan sebenarnya. Ini semua gara-gara perancang yang saya gunakan. Dan saya sebenarnya sudah mengagak apa yang berlaku. Mungkin juga pertambahan berat badan yang mendadak menyebabkan kitaran saya tidak teratur. Sedih bukan? Mujur ia sudah kembali. Kata Abang, rugilah dia..hehehe..Alahai..Yang penting saya kembali sihat. Dan harapnya saya akan teruskan lagi perkara ini. Kerana saya sudah tahu keburukan berbadan besar ini. Cukuplah sekali. Dan rasanya saya nak peluk Abang kali ini, kerana telah memberikan kebenaran untuk saya ke gym setiap hari bagi proses pengurangan berat badan. Alhamdulillah. Kerana saya lakukan ini adalah untuk dirinya dan juga bakal anak kedua. InsyaAllah... :) Doakan saya ok!! Owh lupa nak cakap..Berat saya dah turun 12kg.. Minggu depan sudah masuk 3 bulan saya ke gym.. :) Tapi yang tak seronoknya, baju kurung semua dah longgar. Dan sepertinya saya memakai baju orang lain. Huhu..Takde baju kurung!!!

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...