19 June 2011

Bilik untuk si kecil..

Beberapa minggu ini saya terfikir untuk menukar katil Nabila. Anak dara ini sudah semakin panjang. Makanya katil bayi sudah tidak sesuai lagi untuknya.

~gambar lama..Nabila masa ni kecik lagi. Hurm..umur baru 2 tahun..Tapi dalam masa umur 2 tahun nak ke 3 tahun ni, badan dia cepat plak bertambah panjang. (ikut sapa tah panjang- manjang nih..mak ayah pendek je..hehehe)~


Namun, bila difikirkan ruang di rumah ini, lebih-lebih lagi bilik saya, manalah boleh nak letak 2 katil sekaligus. Bilik saya bukanlah besar mana pun. Hanya muat untuk sebuah katil saiz queen (kalau king memang tak muat la kot), almari pakaian, meja solek dan sedikit ruang untuk saya letak katil bayi Nabila dan almari pakaiannya yang kecil. Kalau nak beli katil besar untuk Nabila, memang tak muat!!

Saya terfikir juga, bagaimana agaknya kalau Nabila tidur sendirian di bilik sebelah? Adakah dia akan menangis bila tidur sendiri? Atau tidurnya tidak lagi tenteram seperti dulu, kerana merasakan tiada ibu disisinya. Nabila bukanlah jenis tidur yang suka dipeluk. Sedari kecil bayi lagi saya membiarkan dia tidur sendirian di sebelah saya. Kerana bagi saya lebih selesa begitu. Kalau saya peluk, takut saya yang tak sedar, saya himpit Nabila. Hurm..nanti dah jadi kes lain pula..huhu..

Namun, bila difikirkan kembali andai saya tidak mengajarnya dari sekarang, sampai bilakah Nabila boleh tidur sendirian di biliknya. Mungkin ada yang fikir saya gila kerana membiarkan anak sekecil Nabila lebih-lebih lagi istimewa untuk tidur sendirian di kamarnya. Hurm..memang mengarut kot ibu Nabila ni... :P

Hurm..Saya masih mempertimbangkan lagi untuk membuat bilik khas untuk Nabila. Tapi, bila mengenangkan badannya yang sudah tidak sesuai menggunakan katil bayi..saya rasa kesian pula padanya. Susah nak pusing ke kanan dan ke kiri.. :(

Tadi saya ke Ikea bersama Abang. Cuba mencari katil yang sesuai untuk Nabila. Tapi bila tengok jenis-jenis katil yang sedia ada di pasaran, saya merasakan begitu sukar untuk memilih. Kerana struktur rekaan katil itu tidak menunjukkan ianya praktikal digunakan untuk anak seperti Nabila. Cuma ada satu jenis katil yang menarik perhatian saya. Harganya agak mahal, namun saya rasa ianya berkualiti. Dan paling penting ianya selamat digunakan oleh Nabila.

Design katil untuk anak yang berusia 3 tahun ke atas kebanyakan jarang ada palang di sisi katil. Puas saya cari, hanya ada satu yang boleh digunakan. Tapi saya belum fikir untuk membelinya kerana bilik Nabila belum lagi diubah suai. Bukan nak ubah suai beria pun, saya nak pindahkan barang-barang dalam bilik itu ke tempat lain. Tapi mana pula saya nak campak barang-barang itu? Aduhai..

~Bukan penuh dengan barang lain..penuh dengan mainan..Ni gambar lama jugak..Sekarang bilik ni saya ubah balik jadi bilik tetamu. Dan ada katil saiz queen di bilik ini juga. Hurm..kalau bilik ini ditukarkan ke bilik Nabila, mana saya nak campak katil tu? Ada bilik lagi satu, tapi itu saya jadikan bilik solat. Hurm..bilik tu lagi kecik..adoiyaiiii...~


Alamatnya semua ini bertangguh dululah. Tak boleh nak buat apa-apa lagi. Lagipun saya tengah merencanakan sesuatu untuk kami bertiga. Dan harapnya ianya lebih memberi keselesaan pada saya, Nabila dan Abang. Mohon kawan-kawan doakan agarnya ianya tercapai dan dipermudahkan..Amin.. :)

3 comments:

A.I said...

Insyaallah, ada la rezeki utk nabilah tu sok. lps ni makin selesa la nabilah tido & main =)

ieda said...

moga cepat dapat rumah baru yang lebih selesa...bolehla tambah ahli keluarga...amin....

elok juga ajar nabila tidur kat bilik sendiri.boleh letak alarm yg kita boleh dengar bunyi2 dari bilik baby tu (tak tau la nak beli kat mana).tapi mcm ina cakaplah...nak cari katil yg sesuai mmg susah.nabila bambam tu akak susun bantal keliling.tapi kdg2 habis bantal jatuh ke bawah.so far dia tak pernah jatuh katil lg sejak tidur dgn kakaknya.

S-N-B said...

Salam, sy baru beli katil kanak2 besi jenama 3V cari kat kedai perabot biasa jer, ada palang tepi harga dlm rm280

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...