09 June 2011

Kegilaan ibu...

Sejak kebelakangan ini, sudah timbul minat baru saya. Entah kenapa tiba-tiba 'buang tebiat', saya tak pasti. Tapi bagi saya ianya satu perkara yang mengasyikkan...

Apa dia tuh...?

TARAAAAAA....


Antara sepit-sepit yang berjaya saya hasilkan. Semuanya untuk Nabila. Tapi tak terpakainya budak kecik nih..hehe...

Design tak berapa cantik sangat. Sebab baru belajar. Tangan pun keras lagi. Kenapa saya buat semua ni?

Sebabnya, kalau beli mahal ya amat. Saya rasa kalau buat sendiri jauh lebih murah dibanding beli siap. Plus, kita boleh buat design sendiri yang kita suka.. :)

Dan sudah 2 orang anak kecil saya beri sepit rambut hasil kerja tangan saya. Saja suka-suka nak bagi anak lain pakai. Tapi maaf la yek Yati dan CT, rasa memang tak cantik sangat yang ina bagi tu.. Nanti buat lain lagi..hehe... :)

Dan saya sempat menuntut ilmu dengan Jue Mama Ainie minggu lepas. Jue memang mahir dalam bab buat sepit dengan keychain. Juga telah pun memulakan bisnes online menjual hasil kerjanya. Kemas tau hasil kerja tangan Jue. Kalau nak tempah boleh la ke blog ini.

Dan ini hasil yang saya belajar dengan Jue minggu lepas...


Ada satu lagi item yang saya belajar. Sepit Rambut. Sepit tu saya bagi anak jiran saya pakai. Saja nak bagi Kakak Nano pakai. Sebab dia selalu layan Nabila. :) Kalau nak menuntut ilmu boleh la belajar dengan Jue yek.. :) Cikgu terbaikkk..!!!

Tapi bila buat semua ni, tak terfikir lagi nak jual. Sebab ianya hanya suka-suka saja. Lagipun masih tak mahir. Mungkin akan datang, kalau dah ok, saya buat kerja gila lagi, nak menjual secara online pula ke.. :) Hurm..tak tau lagi..hehehe..Tapi buat setakat ni, model saya inilah...

~huh..sombong model nih..sikit tak nak pandang kamera..hahahaha!!~

8 comments:

Min said...

cantiknya...! mawaddah nak jugak...

Noina said...

kak min..boleh.. :)

Kerikil Kehidupan said...

mira dgn kak long nak jugak...

Bicara hati ibu aisya said...

Waa..tanteknya.lawa.aisya pun nak ibu! ;)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

wah...
cantik la ina...
kreatif juga ina ni.
boleh meniaga pulak lepas ni.

Pnut said...

alesya nakkkkkkkkkkkkk

Noina said...

Kak nanie, ayue & kak pnut : boleh..mmg nak buatkan pun.. nanti ina buatkan yek.. :)

Noina said...

kak fiza: ala kak..biasa je nih..hehe..tak pandai mana pun..tah tetiba lak suka nak buat..hehe..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...