Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

15 June 2011

Kenapa mereka begitu kejam!!

Pagi tadi sewaktu saya menghantar Nabila ke sekolah, saya mendengar radio Hot FM. Dan topik hari ini agak menarik juga. Dan saya paling tertarik dengan kisah seorang wanita terjumpa bayi yang dibuang di hadapan Taska bersebelahan rumahnya.
 
Serius! Saya sedih bila mendengar kata-kata wanita tersebut. Dan paling menyedihkan tali pusat bayi tersebut direntap. Apa kejamnya mereka yang melakukannya. Mujur bayi itu masih hidup sewaktu dijumpai oleh kakitangan Taska tersebut. Bayangkan jam 5 pagi anak itu kedinginan di luar rumah! Kesian sungguh..
 
Memang sudah kerap benar kes pembuangan bayi ini. Kadangkala saya rasa mahu saja saya ambil anak-anak itu. Janganlah dibuang di tong sampah atau sungai. Kalau iya pun nak buang, bagilah kat orang. Pasti ada saja yang mahu mengambil anak itu. Saya memang tak boleh lihat orang buang-buang anak ni. Sebab saya tahu bukan mudah untuk lahirkan anak. Apalah dosa anak-anak ini.. :(
 
Entahlah, hati saya sayu pula pagi ini. Tadi pun selepas dengar wanita itu berbicara di dalam radio, saya terus memandang Nabila. Anak kecil, apalah yang dia tahu. Yang tahu hanya menangis lapar dan mahu dibelai.Sayang..anak sihat dibuang-buang. Andai dapat anak seperti Nabila? Bagaimana pula agaknya? Tak terbayang saya... :(

4 comments:

ak yuyunz said...

manusia jenis mcm tu semua berhati binatang.. binatang pn sayangkan anaknya..

moga mereka dapat pembalasan yg setimpal!

Mamanurin said...

argggggg mmg teruk betul! time dok berseronok, langsung tak ingat, bila terjebak anak yg tak berdosa di buang..benci benci benci!

adarnadzmie said...

sedih klu dgr cerita buang bayi ni.. kejam sggh org yg buat mcm tu... moga mereka dapat balasan dari Allah..

A.I said...

buang kt depan umah aku pon takpe..aku boleh bela! huhuhu, dowang mmg kejam!!