03 July 2011

3 hari tanpa buaian..

Selamanya saya tak pasti adakah Nabila benar-benar boleh hidup tanpa buaian. Sebetulnya, saya baru mencuba selama 3 hari. Sebaik balik dari sekolah Jumaat lepas, saya tekad untuk tidak memberikan buaian padanya.

Jika dulu pantang! Asal mahu main saja, Nabila mahu di buaiannya. Asal lepas mandi dan makan, mesti mahu naik buai lagi. Kadangkala naik rimas pun ada. Kalau dulu lepas balik dari sekolah, badan mesti lentok-lentok mengamuk dekat neneknya nak naik buai. Sebab kat sekolah tak dapat naik buai.. Aduhaiii.....!!!

Dan kali ni, saya tak bagi peluang. Saya tekad, tidak mahu lagi mengajarnya buai lagi. Mahu Nabila lupakan terus buainya itu. Agar senang nanti berada di sekolah.

Cuma agak sukar untuk melelapkan mata si kecil ini. Selalunya pasti dia akan berangan-angan dulu di dalam buai sebelum tidur. Tidurnya juga nyenyak. Bila dah di ajar tidur bawah, suasana tidur pula nak kena senyap. Kalau dulu nak tidur di buai, bisinglah bunyi petir berdentum sekali pun, langsung tak di pedulikannya.

Dan saya perasan, Nabila hanya tidur sekali dalam hari ini. Dan selebihnya hanya berjaga dan bermain. Jika dulu, kejap-kejap tidur, kejap-kejap tidur. Hurm..takut pula kalau-kalau Nabila tak cukup tidur.. :(

Dan untuk mengelakkan Nabila letih, saya seringkali berinya duduk dan meniarap. Hurm..rasanya ianya lebih bagus banding dulu. At least skill untuk mengangkat kepala dan duduk lebih baik lagi jika dibandingkan hanya berbaring di buaian saja.. :)

Dan inilah aksinya tadi..

~duduk di Doomoo chair sambil tonton TV. Asyik bukan..~

Doakan moga hasil usaha saya ini membuahkan hasil yek.. :) Amin...

7 comments:

Yana a.k.a Nonie said...

AAAmin:-)

ruza said...

Insyaallah boleh, Haziq dulu macam tu juga. Mula2 ajar die tak guna buai die menangis, lama gak la. Kejap2 nangis sbb x selesa berada di bawah. Tp lama2 Alhamdulillah... Nabilah pun tentu bolah cuma ibu kena sabar la kalau dengar tangisan nak buaian. All the best. Kirim salam peluk cium tuk nabilah.

Darwani Dinix said...

insyaalah...nabilah pasti bleh!! ina kena keraskan hati klau dia ngamuk nak jugak...
ps; mana nk beli krusi bumbo tu? nk beli utk adik isya

AIN NAZRI said...

InsyaAllah, Nabila terus maju dan positive development.. seronok tgk Nabila membesar..

ieda said...

nabila mesti boleh!!!!
pasni ajak ibu naik buai kat tmn mainan plk yer...hihi

Noina said...

Darwani: ina beli kat The Garden Midvalley.. Kat Robinson.. :) Tapi kat kedai baby pun ada jual..Jusco ke..cuma kena pandai cari.. :)

Tika said...

usaha yg bagus.. saya sokong!! teruskan! hehe

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...