27 July 2011

Matanya cantik, tapi....

Pada mereka yang mengikuti blog ini sedari 2009 lagi, mungkin ada yang pernah baca entry ini.. Dan masih ingatkah lagi dengan gambar ini?
~gambar yang diambil pada tahun 2009. 3 bulan selepas kami membeli rumah ini.Pebenda tuh?Gelap semacam je kan.hehe..~

Ini antara salah satu ikhtiar saya buat Nabila. Nak buat Snoozelon Room untuk Nabila tak mampu. Maka saya cuba kaedah ini (walaupun saya tidak tahu keberkesanannya)

Pada yang belum baca entry lama itu, saya terangkan ok..!

Saya sengaja meletakkan lampu-lampu di dalam bilik supaya Nabila boleh meransang matanya dengan melihat warna-warna pada lampu-lampu tersebut. Ala, lampu yang orang letak kat luar rumah, berkelip-kelip, orang pasang time raya tuh...

Entah macaman boleh terfikir idea ni, saya tak pasti..hehe...Apa yangs aya fikir hanya mahu Nabila untuk mampu melihat seperti anak-anak lain. Itulah impian saya.

Hampir 2 tahun ianya terpasang di bilik. Adakah saya gunakan?

Sebenarnya agak lama tidak digunakan. Lebih-lebih lagi Nabila dan saya duduk di rumah neneknya. Memang takde peluang lah nak guna semua ni.

Dan sejak semalam, saya cuba pasangkan kembali lampu itu. Saya biarkan Nabila di atas katil sementara menantikan saya mandi. Saya lihat dari jauh. Dan saya perasan perubahan Nabila.

Rupanya Nabila sedang kusyuk memandang ampu-lampu yang berkelip itu. Serius wooo Nabila tak penah nak pandang lama tau kat lampu tu masa saya mula-mula pasang dulu. Alih-alih saya nampak Nabila pandang ke arah lampu-lampu itu.

Dalam hati..Nabila nampakkan? Adakah dia mula tahu objek di pandangnya itu sedang berkelip cantik dihadapannya.

Sebenarnya, saya sudah mulai nampak perubahan Nabila sedikit demi sedikit. Saya yakin Nabila nampak saya. Kalau tak, macamana dia pandang saya ketika saya berborak dengannya di dalam kereta. Setiap kali saya berbual dengannya, Nabila pasti akan pandang kepada saya. Siap jelingan tuh..hehe..

Saya fikir brain Nabila mulai develop sedikit demi sedikit. Saya tahu, semuanya perlukan kesabaran dan usaha untuk Nabila. Dan pabila ianya berhasil, saya lega.

Harapnya mata Nabila nan cantik itu dapat melihat dengan baik nanti. Saya masih lagi tak cofirm condition Nabila ok atau tidak. Pakar mata pun suruh tunggu tengok perkembangn mata Nabila bagimana. ?  Kawan-kawan tolong doakan ek.. :) terima kasih dari Nabila buat semua.. :)



8 comments:

Anonymous said...

ina...try bace buku ' how smart is ur baby' -glenn doman-..that book is very2 praktikal...tak macam buku 'what to do about ur brain injured child'....buku 'wtd brain injured child' tuh macam bace buku sejarah...huhuhu...
dlm 'how smart is ur baby' ade citer secara praktikal macam mane utk stimulate mata...boleh praktikan kat budak normal dan special children...cubala bace ina...that book sgt2 praktikal dan senang utk faham..teknik dia sgt2 simple, but yet, that's what they did for the past years...
-haryati yaacob-

wani johari said...

salam, saya baru je ikuti perkembangan nabila d blog ni..saya kagum dgn semangat noina... saya kn brdoa utk kalian,...

mas said...

insyallah nabilla mampu lakukan...

amin...sabar ye dear...

ummi doakan nabilla sihat2 ye syg...

Bicara hati ibu aisya said...

Alhamdulillah...itu sebenarnya adalah satu perkembangan yang sangat baik.Sangat memberangsangkan buat nabila.Ibu ayu gembira mendengarnya.Hopefully akan ada lebih banyak berita gembira nanti.Ummmuah, hug n kiss tuk nabila.

MaMa ArIaNa.. said...

insyallah...nabila mesti boleh tgk ibu,ayah,nenek n semua orang...amin..

eidazam said...

Acik ida doakan semoga nabila dapat melihat dunia yang tersergam indah suatu hari nanti. Amin

ak yuyunz said...

insyaAllah ina.. usaha disamping doa pasti membuahkan hasil. trust yourself dan terus kuatkan semangat!

Darwani Dinix said...

insyaallah, ina...:)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...