11 August 2011

Hati sakit..siapa tahu..?

Lanjutan dari entry lepas, serius..sebenarnya saya agak tertekan... :( Tak tahu pada siapa saya mahu luahkan..Sebab saya tahu bukan semua mahu dengar cerita saya..Masing-masing juga ada masalah. Dan pada blog ini jugalah saya meluahkan rasa hati saya...

Bila saya menceritakan perihal semalam kepada mak dan ayah saya, bising mulut orang tua saya bila mereka mengingat kembali apa yang telah terjadi pada Nabila. Ya..100% mereka menyalahkan doktor yang menyambut Nabila. Hati saya? Usah di cerita lah. Perasaan bersampur baur..ditambah pula saya ingat kembali setiap detik itu..membuatkan hati saya geram.

Mengapa perlu sehingga 3 tahun baru nak geram?

Ya, selama ini, saya susah untuk meluahkan segalanya kekesalan saya yang bersarang dalam hati ini. Pada yang tertentu saja saya luahkan. Disebalik diri saya yang kononnya nampak kuat..sebenarnya saya lemah. Ya, saya memang lemah! Kerana tidak berdaya menyelamatkan anak saya....!!

Saya tahu, saya perlu redha dengan ketentuan-Nya. Namun, pasti bohong lah mereka andai tidak terbit rasa kesal dalam diri bilamana anak mereka sama seperti Nabila. SAMA SEPERTI NABILA.LEMAS KETIKA DILAHIRKAN!

Bukan saya tak redha, cuma kadangkala ada masanya timbul rasa kurang enak dalam hati, apatah lagi terkenangkan kisah dulu. Mudah untuk kita melempiaskan kata-kata redha dan terima segala ketentuan-Nya, namun sebagai hamba yang lemah, pasti hati kita terdetik rasa kesal dan geram dengan apa yang berlaku. BIARPUN SEDIKT, pasti ada bukan?

Ya, saya sedar siapa saya. Bukannya insan yang mungkin nampak kuat pada luarannya. Kadangkala saya rebah, lemah, tak berdaya untuk bangun demi Nabila. Ada masa saya juga down seperti orang lain.

Maafkan saya atas coretan saya yang mungkin menyinggung sesetengah pihak. Fahamilah, saya juga insan biasa. Ada masa saya sendiri tidak mampu untuk menanggung dan terus melihat apa yang telah terjadi pada Nabila. Saya takut..Saya tak mahu membayangkan perkara yang buruk mengenai Nabila. Cukuplah dengan apa yang Nabila, saya dan Abang lalui selama ini. Kalau ada yang mengatakan saya lemah, tak kuat semangat..ya, saya akui. Andai ada yang mengata saya suka menjaja cerita tentang Nabila, saya tak peduli. Kerana dengan menjaja itu akan membuang sedikit demi sedikit rasa 'sakit dan bersalah' saya pada Nabila. Bukan dengan cara menyorokkannya dari mata umum..

Maafkan saya...

10 comments:

Tika said...

sabar ina.. jangan kecewa dengan anugerah Allah.. Berceritalah sepuasnya, kerana ramai lagi nak mendengar cerita nabila.. Nabila anak yang hebat.. dari mana datang anak yang hebat kalau tidak dari ibu dan ayah yang hebat ;).. Anak-anak yang hebat macam Nabila inilah yang membuat kita kenal dunia.. dan pastinya imembuatkan kita rasa dekat dengan Allah swt... insyaAllah.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.... senyumlah ina.. :)

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...

sabar ina erk..apa2 masalah ina titipkan aja di blog ni..biarlah org nak kata menjaja ke apa ker..yg penting kegundahan hati ina dpt ditenangkan kembali..kami dsini sudi mndengar..dan mendoakan mg2 fmily ina tabah selalu..nabila happy dan sht selalu yer syg....

Anonymous said...

Ina, saya amat bersimpati dg Ina yang diberi dugaan untuk menjaga Nabila yang comel tuh.....

Saya ikuti blog Ina dalam senyap. Sungguh saya amat sedih mengenangkan nasib Nabila.

Memang patut pun Ina rasa sedemikian...kalau ianya terjadi kat diri saya belum tentu saya setabah Ina ....apa yang saya pasti salah satu tindakan yang akan saya ambil ialah menyaman pihak yang berkenaan ketika kelahiran sikecil atas kecuaian yang berlaku.....bukan untuk tujuan $$$$$...tapi untuk keadilan pada sikecil yang tak mampu untuk membela diri......

Pnut said...

tiada kata lain yang akak boleh cakap, selain kata-kata sabar.. dan ina dah pun lakukan.. cuma terus kuat dan terus tabah melalui semuanya ini...

akak yang membaca tulisan Ina pun dapat rasakan apa yang terbuku. biarlah orang tuduh Ina jaja kisah anak, bukan orang tu yang menanggung pun..

mama akid said...

sabar kak...kdng2 tiba2 perasaan terlalu lemah itu dtg...tp dengan ank2 spt nabila kekuatan itu muncul tiba2....

insan kerdil said...

tatkala kekuatan adalah tunggak dalam meneruskan.....maka 'terpendam' jauh segala 'rasa'....sehingga 'rasa' yang sama teruji....'meleraikan' ikatan yang sebelum ini tersimpul kemas....

perjalanan kehidupan....biar pun dilalui bersama pasang surutnya keimanan....naik turunnya kepercayaan hati....namun mana mungkin untuk menyerah...

kerana kekuatan tidak datang hari ini....hanya kerana berlalu nya semalam.....tapi kekuatan perlu datang untuk esok.....yang menjanjikan destinasi yang kekal abadi.....pabila tetap memilih untuk terus percaya dan yakin pada-Nya yang Maha Esa...Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....

Dia yang tidak akan sesekali memungkiri janji...dan Dia juga tidak akan sesekali menzalimi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Mawar said...

kak ina,

sy faham apa yg akak lalui, derita yg akak & family trpaksa tanggung....pujuklah hati...redha lah....

sama2 kita doakan yg terbaik buat nabila tersayang ya

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...