Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 August 2011

Ibu 'menyogok' Nabila

Huh..hari yang membosankan sebenarnya. Cik Abang kerja.. dan kami hanya berada di dalam rumah sepanjang hari. Melayan si kecil Cik Bella. Nak duduk depan rumah main buai pun tak boleh . Pasal ada orang Indon kat depan rumah tengah renovate laman kami. Bosan..Sangat bosan..huhu...

Huhu..Apa kes menyogok si Cik Bella nih..?

Takdelah..Tadi masa makan, macam biasalah..payah benar si Bella ni nak buka mulutnya. Huh!! Macam ada intan emas dalam mulutnya. Karang tak bagi makan nanti, kata ibu dera anak pula. Perut lapar. Tapi tak mahu makan. Padahal menu sedap je..Sup Ayam..!! Ibu pula yang naik terliur...Haishhhhh!!

Puas la memujuk. Sudahnya saya petik la dua nama ni. Adik Ra'id nya dan Alisya. Huh.. Bila ibu cakap..

"Adik Ra'id..Adik Ra'id mamam ni... Sedapnyer...." Siap buat mulut berdecap-decip lagi. Hehehe.. Yang si Bella ni terpinga-pinga la bila dengar saya sebut nama Adik Ra'id nya. Tercari-cari la konon.. Hahaha..

"Ok..Adik Ra'id mamam ni...Tengok Kak Min tak nak makan ni..Adik Ra'id makan..sedap...!!"

Si Bella ni barulah nak buka mulut. Itupun ciput je.. Huh!! Tekan sikit sudu..dapat pun masuk ke dalam mulutnya.. :)

Lepas tu, sogok lagi.. Kali ni nama Alisya pulak..

"Alisya..Alisya mamam ni.. Sedap ibu suap.."

Muahahaha..Bella terus buka mulut. Heheh..Pastu tersengeh-sengeh dengar nama Alisya..Huh!! Nama pun kembar..Rindulah tu..Padahal baru je jumpa Ahad lepas..

Huh! Bukan mudah tau. Lebih-lebih lagi Nabila yang memang cerewet bab makan ni. Nak yang sedap je. Saya baru perasan. Rupanya Nabila memang suka kicap. Huh! Sebijik ayahnya. Kalau saya memang tak suka kicap. Entah. Takde rasa originalnya kalau tambah kicap. Hehe..

~Muka masam je..Tapi perut sudah kenyang..Nak lelap lah tuh..hehe..~

p/s: Alhamdulillah..Demam Nabila sudah kebah. Pagi tadi Nabila menangis. Macam 'cik **wan' dia datang. Saya teringat kata-kata Kak Yusnita yang urut Nabila dulu. Dia kata kalau 'cik **wan' datang, cari  sehelai rambut yang tegak mencacak. Lepas tu cabut. Saya cuba pagi tadi. Nampak ada satu rambut yang tegak mencacak. Saya cuba cabut. Lepas cabut tu dia diam. Terus ok.. Hurm..Tak pasti ianya ok ke tidak..Cuma saya cuba je. Alhamdulillah..Nabila nampak better dari sebelumnya..



6 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Huhuhu..pandai ibu sogok nabila ye.Alhamdulillah, nabila dah semakin sihat.Happy tgk wajah dia rileks jer camtuh.

Bicara hati ibu aisya said...

Huhuhu..pandai ibu sogok nabila ye.Alhamdulillah, nabila dah semakin sihat.Happy tgk wajah dia rileks jer camtuh.

ieda said...

rajin2lah makan nabila...dah nampak slim sekarang ni..

Eray Majid said...

nabila telah termakan sogokkan, eray pun sogok rayna tuk makan...tiger makan, sheep makan...baru lah nak makan..gewam jek ngn anak-anak nie

ArshSabila said...

Bella..bella..tahu pulak orang sebut nama kawan2 dia..cerdik betul!:)

Makan byk2 tau bella..kasik debab mcm baby arash anak auntie..hihih..Sayang bella!

Tika said...

hmm menarik info pasal rambut tegak dan cik wan tu.. apa kaitannya ek? cam nak tau jer hehe..

nampak kurus laa nabila dalam gambar tu..huhu..cian dia...