19 September 2011

Bila diri ini diuji...

Sungguh hari demi hari saya rasakan tekanan. Melihatkan pipi si kecil yang sering dihujani air mata, buat saya sayu. Apa salah saya agaknya. Puas berfikir, namun saya buntu. Tiada jawapan....

~menangis dan menangis sehingga tiada punca~

Tangisannya bukan sedikit. Serasa saya depan, belakang, kiri dan kanan rumah sudah pasti mendengar suara tangisan Nabila. Pernah dulu kata mereka, sayu mendengar Nabila menangis. Apa yang boleh saya buat? Pujuk dan terus pujuk si bunga hati...

~air mata yang bukan sedikit mengalir..2 hari ya..2 hari menangis tanpa henti. Diam hanya untuk tidur. Tak sampai 10 minit menangis lagi....~

Cuti 3 hari saya habiskan melayan si kecil ini. Sungguh hati saya tak keruan melihatnya. Hati saya terlalu memikirkan Nabila. Adakah dia tidak mahu saya ke Melaka? Wallahulam..Hanya Nabila saja yang tahu isi hatinya...

Sudah pelbagai cara saya guna. Ubat demam, antibiotik, selsema semuanya sudah habis. Buat kembung perut juga sudah di cuba. Membuang juga sudah. Membawa Nabila ke hotspring bagi menenangkan hatinya yang gundah pun sudah. Malah siap menelefon kak Yusnita agar datang ke rumah untuk berurut dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran buat Nabila juga dilakukan. Namun, masih lagi belum  menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Semalam, kami ke hospital. Sudah 2 kali kaki melangkah ke emergency Sg. Buloh untuk satu minggu ini, dan waktu itu tangisan Nabila bergema di seluruh emergency. Ada mata yang memandang dan menegur. Siap uncle cina tu suruh saya terus masuk jumpa doktor. Hurm..antara satu kelemahan Sg. Buloh, di biarkan anak kecil menangis. Sepatutnya di dahulukan pesakit yang benar-benar memerlukan. Nak marah pun tak guna. Sudahnya, selambak muntah Nabila keluarkan ke lantai hospital. Dan selepas itu saya nampak Nabila lega.

Tiba giliran, Nabila masih menangis. Doktor sendiri terkejut melihatnya. Dan pada awalnya doktor mahu menahan Nabila namun bila melihatkan reaksi saya yang kurang selesa, dia meletakkan Nabila di wad pemerhatian dulu. Darah Nabila diambil dan segala butiran yang diperlukan. Doa saya, janganlah di suruh kami menetap di wad. Alhamdulillah setelah diperiksa, tiada yang membimbangkan dan kami dibenarkan pulang.

Sepanjang hari ini pun kami hanya berada di rumah. Saya terpaksa E.L kerana tak sanggup membiarkan Nabila di sekolah. Emosinya yang tidak stabil membuatkan hati saya berat untuk membenarkan dia ke sekolah.

Petang tadi, kami bertiga menunggang motorsikal. Tujuannya hanya untuk mendiamkan Nabila. Diamnya hanya sebentar, masuk rumah menangis. Sepertinya dia tahu dia di dalam rumah atau di luar.

Ayat-ayat Al-Quran dipasang dan bergema di segenap sudut ruang. Begitu juga dengan air penawar yang diberi oleh Kak Yusnita. Memang tak putus bekalannya. Pada saya hari ini ada hikmahnya. Nabila akan mendapat air penawar baru. Kata Kak Yusnita tadi, air yang dibaca untuk menyembuhkan penyakit-penyakit yang 'nampak' dan 'tak nampak' . Lebih 'powerful' berbanding dengan air sebelum ini. Dan saya sisipkan sekali doa untuk  kak Yusnita baca ketika solat hajat malam ini.

Dan sewaktu entry ini di taip, saya sudahpun berada di rumah mak. Saya meminta izin pada Abang untuk bermalam di rumah mak. Mujur tadi ada kawan memberitahu, bahawa hal kerja di Melaka tidak perlu kakitangan ibu pejabat untuk turut serta. Nasib baik....

Harapnya esok Nabila tidak lagi menangis. Harapnya moodnya makin baik. InsyaAllah...Amin..

8 comments:

Min said...

moga Nabila makin baik ye Ina... mmg susah ati kita tgk anak nanes ni. tambah la yg tak tau nak cakap apsal mcm diorg ni... take care!

Yana a.k.a Nonie said...

sian plak akak tgk ina & nabila...sabar yer ina..itu jer yg mampu akak katakan...dugaan sume tu moga tangisan nabila cepat reda yer nak:-)

anisalya said...

sabar je la menangani anak seistimewa tu. tp kalau sampai tak tahu punca memang pening juak kan?

Ibu Rawiwa said...

bersabar yer ina.
akak doakan yang terbaik untuk nabila.

Bicara hati ibu aisya said...

Ina...macam mana keadaan nabila hari ini?Maaf lama btl xbertanya khabar.Keadaan kesihatan aisya pun agak xmenentu.Hampir2 sahaja di tahan wad hujung minggu baru-baru nih.(tapi ayu xpernah miss baca perkembangan nabila dalam blog ni)
Harap segalanya dipermudahkan buat ina dan nabila.Semoga nabila cepat sembuh dari tantrumnya.

Pnut said...

alahai Ina, sedihnya akak baca kisah nabila ni, kasihan dia... ina sendiri pun mesti tertekan je kan... tiada kata yang boleh akak katakan,, hanya ungkapan keramat.. sabarlah ina ye.... dugaan Allah buat ina..

SHEHAN ISMAIL said...

kesiannya anak comel ini. akak, dr crita akak, sy tgk akak mmg dh usaha mcm2. perubatan moden malah tradisi & jgk yg bkaitan agama. mm.. kanak2 yg kerap menangis mostly sbb colic. wpun dia mbuang, tp colic ttp terasa. dia sndr yg rs x slesa itu. akak kerapkan urut betis & perut dia. klu asik guna mnyk panas, atau berangin, apa kata cuba letak mnyk gamat pulak. InsyaAllah. Saya turut mdoakan agar nabila comel sntiasa sihat. amin

iDa DgN aNaKnYa aLoNG said...

moga nabila sihat dan kembali ceria seperti biasa yer sayang...kadang2 kita susah nak faham apa yg anak kita mahukan kan ina..hanya tangisan menjadi teman untuk meluahkan sesuatu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...