24 September 2011

Nabila & Mak Raw again?

Ya, akhirnya dengan izin Allah, kami ke Gedangsa lagi. Saya pun dah tak ingat sudah berapa kali Nabila ke situ, namun memang cukup lama kami tidak ke sana. Dalam setahun mungkin...

Kami menjangkakan nama Nabila sudah dilupai oleh Kak Raw. Rupanya tidak. Bila saya dan Abang masuk ke rumah Kak Raw, kami dengan perasaan tersipu malu kerana lama benar 'merehatkan' Nabila dari sebarang rawatan bersama Kak Raw. Sungguh rasa bersalah kerana membiarkan masa itu berlalu, namun saya punya alasan kuat untuk itu. Tak mengapalah. Kali ini Nabila sudah kembali. Dan harapnya boleh melakukan rutin ini seperti dulu.

Menurut Kak Raw, Nabila perlu mula sekali lagi. Step tolak tulang perlu dibuat semula memandangkan banyak 'perubahan' pada tubuh Nabila. Dan paling tak disangka, kisah Nabila 'di kurung' di sekolah lamanya tersebar sehingga ke pengetahuan Kak Raw. Walhal bukan saya yang pergi menelefon Kak Raw untuk menceritakan segalanya tentang sekolah Nabila. Agak-agak siapa la yek? Hehe..saya tak marah pun cuma bagus juga bercerita. At least Kak Raw masih mengingati Nabila dan Tasputranya..

Rawatan? Pada awalnya, nampak cool je minah ni.. Bila kena balut kepala, mulalah merengek. Hurm..'KEPANTANGAN' betul kalau di usik kepala tu. Hurm..dan rawatan perlu dibuat selama 4 jam.. Tapi macam biasa juga lah..Ibu tak dapat 4 jam tu..Mesti Ibu kalah dengan Nabila. Tapi takut gak..pasal badan tu dah lama tak kena balut..Takut terkejut. Jadi masa dipendekkan kepada 3 jam sahaja. Dan paling pandai sekali..bila dibuka semua balutan, barulah diam dan tersenyum..Adoiii Adik.. pandai betul yek berdrama dengan ibu...


~Isi minyak..penat..buat muka marah la tuh..!!~

~Apa pandang-pandang..aku tgh panas berbungkus nih..kang tombok kang!!~hehe

Nasib baik la tak ramai. Kak Raw kata sekarang orang dah tak ramai dah hari Sabtu. tadi pun no. giliran Nabila nombor 11. Sikit bukan? Kalau dulu berpuluh-puluh. Alhamdulillah..Allah permudahkan lagi urusan kami.. :)

Tadi pun nampak takde dah orang-orang lama. Semua orang-orang baru. Kata Kak Raw, orang lama semua dah gi weekdays. Hurm..tak keje bolehlah..!!

Ok..off dulu..nak layan si kecil ni. Lepas tu nak sambung jahit baju kurung.. :)

1 comment:

CuppyCakeMommy said...

educational toys promotion ..
it is fun and smart toys for your kids..

visit our page at

www.smart-intelligent-toys.blogspot.com

for further inquiry kindly contact us at ysalli@yahoo.com

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...