22 November 2011

Apa itu Hypoxic Ischaemic Encephalopathy (HIE) ?

Saya mencari maklumat mengenai Hypoxic Ischaemic Encephalopathy (HIE) yang mana ianya dikategorikan dalam beberapa stage. Sebenarnya, saya tak berapa mahir tentang 'terms' dalam perubatan ini. Dan saya cuba mencari entri yang berkaitan dalam Bahasa Melayu. Ia pun sebagai tambahan ilmu pengetahuan saya juga yang mana semua sedia maklum Nabila juga dikategorikan HIE stage 3 (severe) . Bila menulis perkataan 'severe' membuatkan saya takut dan lantas kenangan ketika di NICU menerjah. Ya, Nabila seorang anak yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk terus hidup, walaupun keadaan dirinya yang berada di bahagian kritikal (red zone) agak lama. Ianya satu pengalaman yang cukup menakutkan saya.

Saya kongsikan apa yang saya dapat di dalam blog ini. Saya dapat maklumat ini di dalam website Dr. Zubaidi Hj. Ahmad yang merupakan pegawai perubatan senior di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd. Banyak info tentang kesihatan boleh di dapati di dalam penulisan blog beliau..

.

Beliau menjalani housemanship di Obstetric selama 6 bulan di hospital awam. Sepanjang pengalaman beliau di sana perkara yang amat beliau bimbangkan ketika menyambut bayi adalah tiada tangisan kedengaran pada bayi tersebut . Bayi yang tidak menangis langsung dan membuatkan beliau menjadi panik.

Mengikut ilmu perubatan moden, bayi yang dilahirkan akan segera menangis sebaik saja dilahirkan kerana fungsi paru-paru mereka mula berfungsi. Sebelum ini, bekalan oksigen didapati dari darah ibu mereka melalui uri (placenta). Setelah dilahirkan , mereka perlu menangis untuk membuka rongga pernafasan dan menyedut udara ke dalam paru-paru.

Kegagalan bayi untuk menangis ketika dilahirkan menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat sampai ke otak dan menyebabkan otak bayi akan mengalami kerosakan.

Perkara inilah yang terjadi pada Nabila sewaktu dilahirkan. Menurut Doktor Sarah, Nabila langsung tak menangis sawaktu dikeluarkan. Dan mereka sedaya upaya menyelamatkan Nabila dan Nabila terus dibawa ke NICU.

Jadi istilah yang digunakan ialah "Neonatal Encephalopathy" . Istilah ini menggambarkan "Masalah saraf yang dihadapi oleh bayi sejak kelahiran, menyebabkan bayi itu mengalami kesukaran bernafas secara normal, tidak mempunyai kekuatan otot dan refleks otot, mempunyai tahap kesedaran yang tidak normal dan selalunya mengalami sawan"

Masalah saraf ini boleh berlaku atas pelbagai sebab, sama ada ketika hamil, sedang melahirkan atau setelah dilahirkan . Tetapi jika masalah kerosakan saraf pada bayi akibat oksigen tidak cukup, ia dinamakan sebagai Hypoxic Ischemic Encephalopathy (HIE)

Bagi memahami prognosis atau masa depan bayi yang mengalami kekurangan oksigen dan tidak menangis ketika dilahirkan, seorang doktor harus memeriksa saraf bayi itu ketika dalam NICU.

Yes..Nabila telah mengalami proses ini sewaktu di NICU... :(

Bukan setakat itu saja, banyak lagi pemeriksaan melibatkan pengambilan darah ( Nabila lalui perkara ini... ) , Pemeriksaan EEG ( Nabila lalui ketika berusia 1 tahun lebih )  dan sebagainya. Pendek kata, kadangkala kita tak sampai hati dengan 'penderitaan' bayi ketika menjalani pemeriksaan-pemeriksaan itu. Walaubagaimanapun pemeriksaan ini penting.

Dianggarkan 15-20% bayi yang lahir dengan masalah ini akan meninggal dunia sama ada ketika dilahirkan atau sebelum berumur setahun. Sementara 25-30% bayi akan hidup menghidapi masalah saraf apabila mereka besar dan mengalami masalah cerebral palsy , mental retardation dan kesukaran belajar . Nabila antara 25-30% itu... :( 


Nabila : Day 2 @ Hospital Sungai Buloh..

Terdapat tiga peringkat kerosakan otak (encephalopathy) di kalangan bayi yang dilahirkan.

Stage 1 :

Untuk beberapa hari, kekuatan otot (muscle tone) mungkin akan lebih sedikit. Ini bermakna, apabila kita cuba merenggangkan tangan, bayi seolah-olah cuba 'melawan' . Beberapa ujian refleks (deep tendon reflexes) yang dilakukan oleh doktor, menunjukkan tanda yang berlebihan (brisk). Beberapa hari kemudian kekuatan dan reflex menjadi normal.

Bayi juga mungkin kelihatan lemah untuk menyusu, mudah menangis dan menjerit kerika terjaga. Apabila tidur, ia tidur dnegan nyenyak dan lama.

Pemeriksaan saraf lain mungkin normal.

Pemeriksaan electroencephalogram juga normal.

Stage 2 :

Bayi kelihatan letih, kekuatan ototnya lemah dan pemeriksaan deep tendon reflexes menjadi negatif.

Bayi mungkin sudah tidak berdaya menghisap susu lagi.

Bayi diserang sawan dalam masa 24 jam dilahirkan. Kadang kala sukar bernafas ketika tidur.

Jika keadaannya bertambah baik dalam masa 1-2 minggu, InsyaAllah  ada kemungkinan bayi tidak menghidapi masalah saraf ketika dewasa.

Stage 3 :

Bayi kelihatan pengsan dan tidak sedarkan diri. Ia tidak respon terhadap rangsangan.

Mengalami sukar bernafas dan mungkin memerlukan bantuan mesin ventilator.

Pemeriksaan EEG menunjukkan  tiada gelombang yang aktif.


Menurut satu kajian, bayi yang berada dalam kategori stage 2 dan stage 3 melebihi seminggu, atau pemeriksaan EEG masih tidak normal pada umurnya tujuh hari, selalunya akan mengalami masalah saraf di kemudian hari atau akan meninggal dunia. (Nabila lalui saat kritikalnya lebih dari seminggu...)

Oleh itu, pemeriksaan saraf pada umur 12 bulan amat penting bagi menentukan sama ada bayi mengalami rencatan otak (mental retardation) , telah boleh bergerak (meniarap, merangkak, bangun dan berjalan dengan sokongan / bantuan) dan sama ada bayi boleh diberikan makan dengan mudah.

Selanjutnya anda semua boleh baca di blog Dr. Zubaidi di sini

.


Bila membaca semua ini, saya terfikir tentang masa depan Nabila. Ya, semuanya kuasa Allah. Allah masih memberi pinjam Nabila pada saya. Saya bersyukur kerana masih berpeluang memeluk dan mencium Nabila setiap hari. Saya bersyukur kerana Allah meminjamkan sedikit kekuatan untuk saya terus melangkah demi Nabila. Apa yang saya harapkan cuma satu. Moga Nabila terus maju dan sentiasa diberi kesihatan baik walaupun dirinya tak sesempurna insan lain... Amin...

5 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Amin...
Thank's ina sharing maklumat dan laman web ni.Banyak yang ayu belajar/mula faham melaluinya.
Moga kekuatan dan ketabahan itu terus meningkat seiring dengan masa.

ibu nabil syahmi said...

amin.. semoga nabila diberi kekuatan utk menemani ibu bapanya.. ida pernah ade patinet yg mempunyai masalah yg same dh berumur 21 thn.. die blh berjalan ckit2.. semuanyee bergantung pd care penjagaan die.. kuatkan semangat yee ina.. same2 kite harungi utk membesarkan anak2 istimewa ni... insyaallah mereka akan membantu kite di sana nnt..

drzubaidi said...

Salam,

Saya sangat bersimpati dgn ujian yang Allah berikan pada puan dan anak. Bersabarlah kerana Alah akan membalaskesabaran puan dgn banyak kebaikan di akhirat nanti. Semoga puan sabar menempuh dugaan ini.

Dr Zubaidi Hj Ahmad.

Anonymous said...

salam..

saya sangat mengikuti perkembangan baby adam. disebabkan itu saya sgt ingin tahu tentang HIE sehinggalah saya menemukan blog puan. boleh saya tahu bagaimana keadaan anak puan? sebelum tu sy nk mintak maaf takut plak puan tersinggung. bagaimana keadaan bayi yg menghidap HIE apabila besar nanti?
tq

Noina said...

Cik Anony..

Seperti yang cik anony tgk dlm gambar, begitulah keadaan anak saya. masih belum boleh meniarap, merangkak dan berjalan. Mata nya juga ada masalah iaitu corticall blindness. keadaan bayi yang menghidap HIE ni bergantung pada tahap kesihatan dia. Macam anak saya,Nabila..dia memang takde masalah berkaitan anggota dalaman seperti jantung, paru-paru. Kelihatan sihat namun perkembangan sedikit delay seperti bayi. Anak2 ini perlu rawatan fisioterapi, OT dan speech secara berterusan sehingga dewasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...