04 December 2011

Hope 2 Walk : Annisa An-Nur

Nama yang sering saya ingati. Walaupun masih belum punya kesempatan untuk berjumpa, namun hati ini sayang pada mereka. Kak Sham, saya mengenali dirinya sejak mula saya berjinak dengan dunia blogging ini. Hati saya kagum dengan semangat sang ibu yang tak putus-putus berusaha demi puteri-puterinya tercinta. Kadangkala saya mengeluh bila melihat Nabila..namun bila mengenangkan Kak Sham yang dugaannya 2 kali ganda dari saya, saya cuba jadikan semangatnya sebagai pendorong untuk saya terus berlari lagi...

Saya petik tulisan ini hasil luahan hati Kak Sham dan suami di dalam blog nya .. Mereka kini sedang dalam usaha untuk mengumpul dana bagi membawa Annur dan Annisa ke luar negara. Jika ada yang ingin hulurkan bantuan bolehlah berhubung terus dengan :

Faizal Riduan : 012-212 4414
Nashita Md Noor : 013- 209 6373
Zumrah Husni : 013-203 1355

atau terus ke akaun ini  :

Mohd Affandi bin Ramli (bapa)
Maybank
156114001424
 atau 

Cik Annisa binti Mohd Affandi
Bank Islam
14-229-02-001975-2

Sejak Isnin lepas 29 November bersamaan ulangtahun ke 13 perkahwinan kami - Annisa masuk wad kerana sesak nafas, diikuti esoknya An-Nur. Hari ini Sabtu masih di sini - namun semakin baik. Aku dan Sham juga turut demam dan sakit. Mungkin kami tak selasak dulu.

10 tahun lagi jika semuanya panjang umur - Annisa akan 20 tahun dan An-Nur 18 tahun sementara kami menuju 50 tahun.
 
Sebab itu kami sedang berusaha membantu anak-anak kami mencapai tahap tertinggi yang mereka mampu. Moga Allah merestui. Ada yang memberikan pandangan mengguris hati mempertikaikan jumlah yang kami perlukan terlalu besar iaitu hampir setengah juta ringgit sedangkan katanya belum tentu pulih lagi. Mereka menasihatkan kami bersabar dan redha dengan takdir, terima hakikat dan bermacam-macam lagi.
 
Tak mengapa kawan, tentang redha dan sabar atau hakikat tak perlulah kau ajarkan kami. Kami telah merempuhnya tanpa sesaat pun rasa kesal.
 
Tentang perabis duit sedangkan belum tentu sembuh - kami tak pernah harapkan sembuh tetapi jika keajaiban berlaku, bagaimana? Tak cuba pasti tak tau. kami telah jumpa bermacam-macam orang malah pakar perubatan pun pernah memberitahu kami yang umur Annisa hanya 3 tahun saja, mereka tak boleh melihat (buta) dan mereka akan makan minum menggunakan tiub selama-lamanya sehingga jika keadaan teruk, perut akan ditebuk. kami lawan semua itu dan berusaha walaupun pakar tersebut menyatakan "langit ke tujuh pun cari takkan ada ubat"
 
Ya! kami degil dan kedegilan itu telah membuat kami nekad mencabut tiub di hidung Annisa dan melatihnya makan dan minum oral. Hari ini Alhamdulillah- dia sudah 10 tahun. Sesiapa yang punya anak pasti mahukan anak mereka mendapat pendidikan terbaik. Walaupun pendidikan di negara kita cukup tetapi ada di antara kita menghantar anak ke luar negara kerana mereka mahu yang terbaik. Begitu juga kami yang punya anak OKU tetapi di dalam negara hampir TIADA keperluan untuk Annisa dan An-Nur.
 
Setakat ini kutipan baru menjangkau RM10 ribu - masih jauh lagi. Terima kasih kawan-kawan yang berusaha dengan bermacam-macam cara. Ada yang menderma dalam akaun hanya RM3 saja tapi kesungguhan untuk menderma itu mengharukan kami.
 
Percayalah - kami percaya - kami akan berjaya! sampai di sini dulu...ketemu lagi
 
Ayuh!
haiya'alalfalah!

wad 5a Hospital Serdang
11.46 malam - 2 nov 2011




Sungguh hati saya sayu membaca luahan hati sang bapa..Yang mahu lakukan terbaik untuk anak-anaknya. InsyaAllah, doa kami mengiringi perjalanan Annisa dan An-Nur..  MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA....

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih ina kerana sudi berkongsi rasa.. harapan kak sham bukan utk annisa sahaja tapi untuk semua anak2 cp lebih2 lagi kenalan rapat (ya tak pernah ketemu) seperti ina, ita, sue allen dan zura serta lain2... semoga ada sinar utk anak2 kita..

kak sham
akuoku.blogspot.com

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...