13 December 2011

Saya benci keadaan hati saya sekarang ini....

Ya, hati saya tengah sakit. Entah kenapa fikiran saya bercelaru. Terlalu banyak perkara yang saya fikirkan.

Benar! Buat apa serabutkan kepala. Buat apa fikirkan perkara yang remeh. Tenang. Dan jangan buat perkara yang bukan-bukan. Mungkin itu kata-kata yang saya selalu dengari bila saya meluahkan rasa hati saya di dalam laman ini.

Entah kenapa saya bencikan suasana begini. Saya benci dengan perasaan saya yang tak tentu hala ini. Ya Allah..apa yang perlu saya lakukan....?

Rasa seperti mahu menangis. Saya cuba menangis, tapi air mata hanya bergenang. Kenapa tidak menangis? Kenapa air mata saya tidak keluar mengalir? Apa sudah jadi...?

Inilah bahana bila perasaan bercampur baur. Pada siapa untuk saya mengadu? Tiada..memang tiada yang memahami saya.

Saya mahu peluk Nabila sekarang ini. Yes...!! Betul..!! Nabila yang saya fikirkan. Yang terutama di dalam fikiran saya adalah tentang Nabila. Entah kenapa dari semalam saya rasa bersalah padanya. Mahukah Nabila memaafkan saya sebagai ibunya..

Entah kenapa juga saya 'down'' hari ini. Mungkin ada masa saya akan rasa bersemangat. Dan ada masanya saya jatuh terjelepuk. Ada sesiapa yang mahu bantu angkat saya untuk bangun semula..?

Dear Nabila sayang,

Maafkan ibu sayang kerana tidak dapat memberikan kehidupan yang baik buatmu. Bila ibu membaca hasil nukilan Mama Saripah Bakar, setiap apa yang dilaluinya, sama seperti yang kita laluinya 3 tahun lepas sayang. Kadangkala ibu rasa tak patut dirimu menjadi mangsa keadaan ini. Andai ibu dapat kembali ke masa dulu, pasti ibu mahu melahirkanmu sekali lagi. Ibu sanggup sayang, walaupun saat itu ibu rasa hampir nyawa ibu melayang kerana ingin melihat wajah comelmu.

3 tahun bukanlah suatu masa yang singkat
. Banyak perkara yang sudah kita lalui bersama. Sakitmu, tawamu, senyummu semuanya menjadi satu. Kasih ibu padamu tiada penghujungnya...

Andai Nabila dapat membaca setiap apa yang dicoretkan di sini, ketahuilah yang ibu sanggup lakukan apa saja demi untukmu sayang. Ya, apa saja asal dirimu bahagia..Terima kasih sayang kerana telah hadir dalam hidup ibu dan ayah. Moga kita terus mengorak langkah lagi...InsyaAllah..

Ibu...

6 comments:

Marini said...

maybe u belum sepenuhnya menerima hakikat yang anak u disabled, just try to accept it in ur heart, not only in ur mouth, hopefully, when u already accept it, u akan rasa lebih tenang dalam menjalani hidup u. Maaf jika kata2 sy tak sesuai...

ummiP3 said...

Setiap ibu mahukan yang terbaik buat anaknya...kuatkan semangat untuk Nabila...biasalah..hati kekadang kita kuat kekadang tidak...atasinya dengan baik yer...InsyaAllah semuanya akan menjadi baik....

Mayyonnizz said...

:((

ak yuyunz said...

sabar itu perit tapi ia juga indah.. kuatkan semangat ye ina..

Adib said...

berdoa kepada tuhan lah akak..semoga diberi ketenangan dalam hati kita..

Azma said...

kenapa na?

dekatkan diri dgnNya..mgkin hatikan lebih tenang. Akak pun kdg2 jadi cam ina jugak.. kdg2 suami jd mangsa..tp nasihatnya tu la...dekatkan diri dgnNya, byk2 istigfar..insyaAllah..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...