23 January 2012

Bukan kerana tak sayang.....

Ya..kerana sayang..saya sanggup menahan diri ini melihat Nabila menahan kesakitan setiap kali dirinya melakukan sesi terapi. Kalau nak diikutkan agaknya sudah sebaldi air mata saya kalau ditadah.. :) Tapi mengenangkan dirinya jauh ketinggalan..saya perlu kuatkan semangat.

Tadi saya melihat saja Nabila sedang meniarap di atas bola besar yang berduri. Saya memeluk belakang Nabila erat. Mulutnya bising sepertinya mahu mengadu sakit bila tubuhnya terkena tusukan duri-duri bola. Kalau nak diikutkan nampak kejam..namun apakan daya saya. Hanya dengan cara ini saja mampu untuk menguatkan pinggang dan mengawal kepalanya.

Begini saja caranya untuk membuatkan Nabila mengangkat kepala dan menggunakan tangan untuk menaikkan tubuhnya...

Alhamdulillah, bila saya lakukan ini kerap, Nabila sudah pandai menolak badan dengan tangannya. Cuma tangan kiri masih lagi belum berfungsi sepenuhnya. Namun hati saya...? Tetap saya mengenangkan Nabila menangis menahan kesakitan itu. Dalam hati selalu berkata.. "Sabar Noina..semua ini pasti ada manisnya bila Nabila mampu untuk mengawal semuanya sendiri.."

Begitu juga dengan hal yang lain. Berenang dengan air pool yang agak sejuk, memang mengundang kemarahan Nabila. Namun, seperti yang saya katakan di atas..apakan daya saya..? Jika saya tak lakukannya pasti keadaan Nabila bertambah buruk lagi. Malah mungkin tiada perkembangan baik... :(

Saya tahu, ramai ibu bapa yang punya anak istimewa..punya rasa yang sama seperti saya. Hati sedih dan hiba bila terpaksa menyakiti anak sendiri. Namun, adakah kalian terfikir, jika kita tidak lakukannya sekarang, bilakah masanya lagi untuk kita buat semua ini kepada anak kita? Makin lambat di laksanakan..makin 'parah ' keadaannya. Dan mungkin tidak dapat diselamatkan.. Mungkin..

Saya bercakap bukannya mahu menunjuk pandai. Saya  juga bukan sempurna..Namun at least, lakukan sesuatu untuk anak anda. Usah dibiarkan. Saya bercakap kerana saya belajar semua ini dari pengalaman saya. Dan juga pengalaman yang berada di sekeliling saya.  Saya tidak mahu Nabila terus meminta bantuan untuk menguruskan dirinya. 

SAYANG KITA PERLULAH BERTEMPAT..JANGAN KERANA SAYANG..KITA MENGABAIKAN PERKARA YANG HARUS KITA LAKUKAN KEPADANYA..TERUTAMA SESI TERAPI...

Ya, bukan semua orang mampu. Bukan semua orang dapat luangkan masa..Namun pada saya tak salah berusaha sedikit. Banyak cara dan kaedah yang boleh dilakukan sepanjang kita bersama insan istimewa ni. Mengajar tepuk tangan juga memadai jika dibandingkan kita hanya meratap menangis mengenang nasib anak. Yang penting ibubapa perlu ada ilmu dalam melakukan aktiviti bersama anak mereka. Setiap perkembangan anak berbeza walaupun di diagnosis penyakit yang sama.

Moga segala usaha yang kita lakukan membuahkan hasil nanti. Pastinya hilang penat lelah dan air mata bila melihat anak ini melangkah dengan kaki sendiri buat kali pertamanya.. :) 

*motivasi untuk diri sendiri juga...* :)

6 comments:

ieda said...

betul kata ina...sayang biarlah bertempat.selalu juga akak jumpa ibubapa yg enggan membenarkan doktor melakukan rawatan tertentu atau nak ambil darah anak sebab kesian kat anak...selalunya akak cakap..."kak/encik...kita buat ni sebab kita sayangkan anak.kita tak mau keadaan jadi lebih teruk..."

Nama ku Nur Azeani Kamarudin said...

salam..noina..bole x sms alamat noina pada azie ke no hp azie 0126346852...tq

Nama ku Nur Azeani Kamarudin said...

salam..noina..bole x sms alamat noina pada azie ke no hp azie 0126346852...tq

`Aine`Ainun* said...

betul...

yang penting kita Usaha...
Insyaallah..=)

Bicara hati ibu aisya said...

Ina...ayu salute pada ina.Ina mmg seorang ibu yang cekal.Semoga setiap usaha diberi ganjaran seperti yang diimpikan.

*Kita bukan kejam..kita lakukan semua tu demi kebaikan seorang anak.Biar apa orang kata, hanya kita yang tahu apa yang kita lakukan.

Hugs *mode sebak.

ummiP3 said...

tawakal..insyaAllah semuanya ok

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...