01 January 2012

Tahun Baru...Semangat Baru..

Yeah.. 1.1.2012 .. Rasa pelik je taip 2012.. Tapi hakikatnya kita sudah menjejaki ke tahun 2012. Dan merupakan tahun ke-4 saya menulis di sini. Banyak perkara yang dilalui..Dan bila dibaca-baca balik..semuanya menjadi kenangan saya dan Nabila sepanjang saya membesarkannya.. :)

Semalam, saya mencuba rawatan baru. Seperti yang kalian ketahui, saya dah tak membawa Nabila ke sesi fisoterapi di hospital. Dan hanya menumpukan perhatian pada sesi persekolahannya. Sehinggalah hati saya terdetik untuk mencuba di Dr. Sham Therapy Centre di Sentul, KL.

Sudah lama saya mahu applykan Glenn Doman Methods pada Nabila, malah saya hampir ingin mendaftarkan diri di Pusat NURY ketika Nabila berusia belum pun setahun lagi. Namun, faktor kewangan membuatkan niat saya terbantut di situ.

Sehinggalah saya tahu melalui Mazni, Mama Sofea. Dan hati ini meronta-ronta mahu mencuba. Ya, Di situ kita akan diajar dan akan diberi homework untuk dilakukan di rumah. Pernah tak kalian ingat suatu ketika dulu, saya pernah bercuti selama sebulan separuh gaji demi membuay home programme untuk Nabila ? Ya, Saya melaksanakannya, tetapi tidak beberapa baik. Bukan saya tak buat, cuma kaedah saya tidak beberapa sesuai. Tidak konsisten.

Maka dengan itu, saya perlukan seseorang untuk guide saya lakukan semua ini di rumah. Ya, saya tahu, saya bekerja dan agak sukar lakukan sendiriandi rumah kerana mungkin ada yang tahu, teknik Glenn Doman ini memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang untuk melakukan aktiviti yang di beri. Terutama dari segi patterning.. :)

Bila Abang bersetuju untuk membawa Nabila ke sana, dan bila Nabila merasai semua ini, saya berasa ralat. Ralat sebab saya terlambat untuk kenal dengan Dr. Sham. Andai saya tahu, sudah pasti sejak kecil bayi lagi saya ke sana.

Bila di ajar semalam, saya rasa teruja. Malah saya terus saja membeli peanut ball dan juga satu bola kecik, beserta lampu picit baru untuk Nabila. Menurut Dr. Sham, Nabila perlu di latih untuk head control dan juga rangsangan deria pencaindera. Yes..Perlu perbaiki ini terlebih dahulu dan kemudian baru bergnajak ke perkara lain.

Dan hati ini ber ura-ura mahu bercuti tanpa gaji. Namun, beberapa perkara harus difikirkan semula. Lebih-lebih lagi faktor kewangan. Abang bersetuju untuk saya bercuti dan duduk di rumah mak bagi memudahkan saya melakukan teknik patterning untuk Nabila. InsyaAllah, saya sedang usaha untuk mencari jalan..dan kawan-kawan..tolong doakan perjalanan kami dipermudahkan dan rezeki kami bertambah-tambah yek.. :)

1 comment:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

semoga usaha ina akan terus mendatangkan hasil. kagum akak dgn semangat ina.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...