22 January 2012

Usaha dan terus usaha lagi...

Ya...Sejak seminggu ini saya nampak banyak perubahan pada Nabila. Mungkin hasil usaha saya sedikit sebanyak membantu Nabila..

Alhamdulillah, saya semakin yakin dengan langkah saya kini. Biarpun kini saya sudah tidak lagi ke Kak Raw setiap minggu, saya habiskan masa saya dengan Dr. Sham pula. Jika tidak ke Dr. Sham, saya akan banyak habiskan masa di rumah saja.

Jika dulu, asal hujung minggu je, saya pasti akan bawa Nabila berjalan. Namun kini, saya rasa malas. Saya mahu berada di rumah dan lakukan sebanyak mungkin stimulasi buat Nabila. Entahlah..Kenapa hati ini malas benar untuk keluar berjalan. Lagipun, kalau keluar berjalan, aliran duit juga keluar..hehe..So better duduk rumah dan buat sehabis mungkin sesi terapi Nabila.

Saya banyak lakukan aktiviti bola. Untuk menguatkan kepala dan juga pinggangnya. Alhamdulillah, semalam, bila kami ke sesi terapi bersama Dr. Sham, Nabila tak menangis. Hanya merengek kecil. Ya, saya tahu. Nabila kini sudah biasa dengan aktiviti lasak yang dilakukan di rumah. Kalau setakat hayun bola laju-laju, Nabila dah tak heran dah!! hehe...

Alhamdulillah..rasa berbaloi dengan pilihan saya kini. Rasa lebih berbaloi-baloi lagi bila saya nampak Nabila mula mengesot menggunakan incline tracknya. Dalam hati saya, tak silap untuk memilih menggunakan kaedah glenn doman.

InsyaAllah, andai saya usaha lebih kuat lagi,pasti akan banyak lagi perubahan selepas ini. Yang penting terus usaha dan usaha lagi.. :)

Incline track in da' house!!! yeah..Harus ku letak target untuk Nabila tahun ini...

6 comments:

`Aine`Ainun* said...

Insyaallah...teruskan usaha untuk Nabila..

Anak adalah Anugerah Yang Terindah...

Nabila Comel...=)

ieda said...

salam...lamanya tak jenguk nabila...dah makin lawa anak dara sorang ni.auntie suka tgk gambar pasport tu...sweet.
rajin2 exercise tau nabila...

Tika said...

Chaiyokk Nabila!! hehe
Aimy kat rumah sakan suka tergelak mengekek naik bola buat rocking, swing segala.. Dengan Dr Sham.. nangis dia.. hahaha. Ntah apa².. saja ngada ngan orang hehe..

Tika said...

Chaiyokk Nabila!! hehe
Aimy kat rumah sakan suka tergelak mengekek naik bola buat rocking, swing segala.. Dengan Dr Sham.. nangis dia.. hahaha. Ntah apa².. saja ngada ngan orang hehe..

Eifa said...

Salam Puan,

Hari ini pertama kali saya terjumpa blog puan dan saya sedang membaca post2 puan. Ingin saya nyatakan disini, saya merasa kagum dgn semangat puan. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan kepada puan dan suami supaya dapat menjaga adik Nabila dengan sebaik-baiknya. . Allah takkan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. InsyaAllah, besar ganjaran dr-Nya nanti untuk pengorbanan Puan selama ini. Salam perkenalan dari saya. -Eifa

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...