Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

02 February 2012

Bila sang suami menghargai pengorbanan ini...

Semalam, cuti Hari Wilayah Persekutuan. Dan semestinya saya akan berada di rumah dan memastikan masa dipenuhi dengan aktiviti terapi Nabila. Penat..memang penat. Dari satu aktiviti ke satu aktiviti..Sedari pagi hingga ke malam, badan ini bekerja. Bila saya berehat sambil manatap skrin komputer dan melihat Nabila main sendirian, saya terfikir. "Masa itu emas.." Lantas saya capai Nabila dan buat apa saja yang boleh dilakukan bersamanya.

Petang, Nabila menangis bila bangun dari tidur. Puas memujuk, akhirnya saya membawanya keluar. Bertanya pada Nabila sama ada dia mahu bermain basikal atau tidak. Tapi jawapan Nabila.. ? Semestinya diam seribu bahasa.. :) Kalau dia bercakap, mesti saya dah terkejut punya.. :)

Saya letakkan Nabila di basikal pinknya dan bermain bersama anak-anak jiran yang lain. Jiran sebelah rumah saya mempunyai seorang anak dara sebaya Nabila. Petah bercakap. Dalam hati.."Kalaulah Nabila sihat, pastinya mereka berdua berkawan.." . Itupun "Kalaulah...." Huhu...

Malam menjelang, selesai mandi, saya mainkan lampu torchlight pada Nabila. Selesai saja, saya terlelap. Entah kenapa mata ini berat benar. Tak silap saya terlelap dalam 20 minit. Nabila baring sebelah saya dalam bilik yang gelap. Saya dapat merasai kakinya menendang di bahu saya. Namun, agaknya badan ni penat sangat, saya tertidur.

Saya terjaga tatkala Abang masuk ke bilik dan mengejutkan saya.

" Aikkk..ibu tido dik..? Adik amin sorang-sorang yek.."

Mata saya mengerling ke arah jam. Tengok dah jam 9.00 malam . Terus saja saya ke bawah bersama Nabila dan duduk sebentar sofa.

" Abang nak pergi klinik jap.. Nak amik ubat. Tadi antibiotik terjatuh kat jalan masa nak gi kerja tadi.."

"Ok.." jawab saya ringkas..

Terus saya mengemas meja paterning Nabila. Dalam hati mahu mengajak ayah Nabila lakukan paterning bersama selepas pulang dari klinik.

Sesudah mengemas, saya bermain dengan Nabila sebentar..Dan kemudian ayah Nabila pulang dari klinik.

"Tu meja clear tu nak buat paterning ke lepas ni...?" Tanya ayah Nabila

"Haah..nak buat tak? Kalau penat takpelah..." Saja ayat pancing ayah Nabila.

"Ye..Abang tau..Memang abang nak buat pun.."

Dalam hati lega. Yelah, saya kesian kat Abang. Balik kerja dah tentu penat. Problem kat kilang sepanjang dia bercuti, rupanya tak disiapkan oleh rakan sekerjanya. Mahu menunggunya pulang dari bercuti, baru nak buat.

Selesai buat paterning dan ais, Nabila mengamuk mahu tidur. Jam pun dah pukul 10.00 malam. Memang dah masa Nabila untuk tidur sebenarnya.

"Terima kasih ibu..Kesian ibu penat harini main dengan adik yek... " Kata abang.

Saya terkejut sebenarnya dengan kata-kata itu. Bukan mudah untuk Abang melafazkannya. Mungkin dia nampak kesungguhan saya kali ini.

"Ibu target at least adik boleh mengesot tahun ini. Ibu risau tengok adik.. "

" Yelah, Abang faham..Sian ibu penat buat semua.."

Saya hanya mendiamkan diri. Terasa penat hilang bila dengar Abang kata begitu..

Buat Abang, terima kasih kerana memahami ibu. Ibu cuba lakukan yang terbaik untuk adik. Maafkan ibu andai ibu tak dapat beri kesempurnaan pada Abang. Ibu sayangkan kalian berdua.. Moga kita berdua terus kuat demi adik..InsyaAllah...


4 comments:

rahayu said...

si suami ni lain ..kadang2 kita rasa cuma kita je yg terfikir yang terbaik untuk anak tapi sebenarnya mereka pun sama cuma masa je tak mengizinkan..Akak tahu zul pun lelaki yang begitu baik..bertuah ina

adarnadzmie said...

bertuah nabila n ibu nabila sbb dpt ayah n suami yang baik...

mama akid said...

sayu saya bc tapi ape yang pasti ina n suami kuat dlm memberi yang terbaik untuk nabila...

Darwani Dinix said...

syukur kan ina bab kita dpt suami yg memahami, yg snggup bkongsi susah utk angel..klau x, mau pengsan ktia ajdinya nak buat semua sndri kan...