25 February 2012

Celup mencelup dalam ais...

Huhu..Ampun...!!! dah lama tak update blog. Superbusy dengan benda-benda ni...

~cinta hati saya.. Bellaclosetcraft.. :)~

Tapi..

Tak boleh lawan cinta yang ini...

erkkk!!!

Aduhai..bila tengok sure kesian kan..Tah hapa-hapa lah ibu Nabila ni. Anak meraung-raung tuh..Nabila buat apa ek?

Ni salah satu homework Dr. Sham. Air dicampur dengan ais. Sejuk beku tangan dicelup dalam baldi. Asasnya untuk mengurangkan stiff pada anggota badan. Anak Cerebral Palsy, memang tak lepas dari hal stiff ni.huhu..

Tapi peringatan yek. JANGAN LAKUKAN TANPA SEBARANG PEMERHATIAN DARI PAKAR!! NI INGATAN KERAS. PASAL SETIAP BUDAK LAIN-LAIN KAEDAHNYA..!

Saya akan celupkan Nabila dengan kiraan 10, dan kemudian mengelap dengan tuala kering. Saya lakukan mengikut setiap anggota. Tangan kanan, tangan kiri, kaki kanan, kaki kiri . Tak boleh buat serentak. Nanti terkejut. huhu...

~uwwaaaaaaaaaa...~ *sayu mak nak*huhu..

Maafkan ibu yek dik..ibu tak sanggup nak buat begini, tapi mengenangkan ianya untuk kebaikan adik, ibu harus lakukan. Ibu nak badan adik lembut. Nanti senang nak berjalan sendiri. 

Siapa sanggup buat begini. Serius. tangan saya masuk sekali dalam air, dan terasa kebas. Macamana pula keadaan Nabila yang betul-betul merasainya. Tentunya sakit bukan. Nak anak sihat, terpaksalah ibu menahan sendu dalam hati.. :(

Moga anak ibu terus kuat ye sayang.. Amin... :)

p/s : Nabila tak sihat.. Asyik menangis je semalam. Hari ni nampak ok sket.. Harapnya esok terus ok sebab ada appt dengan Dr. Sham..huhu...

1 comment:

Papa, Mama & Azra said...

Takpe Ina, untuk kebaikan Nabila kan Ina paksa dia. KIta yang anak tipikal ni pun kadang2 kena gak push anak. Tabahkan hati k melihat dia menangis tiap kali Ina buat exercise utk dia. Keep it up. Hopefully akan ada kemajuan for Nabila.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...