23 March 2012

Serius, saya rasa tak berbaloi!!!!



Rasa-rasa..saya boleh jadi imej kat atas ni tak???

Yes..Memang tak patut ibu mengandung stress pepagi. Tapi hari ini saya memang cukup STRESSS!!!!

Pagi tadi, seawal pagi sudah keluar. Kerana mengagak jalanraya akan sesak pagi ini. Ditambah pula orang kerajaan dan bergaji. Mungkin ramai yang keluar dan pulang ke kampung hari ini.

Sah!! Jalan sesak. Dari Sungai Buloh, awal pagi sudah tersangkut dalam kesesakan. Ditambah pula keadaan di Subang Jaya. Tak terkata saya bila melihat deretan kereta teramat banyak. Saya memandang Nabila yang sedang menjeling ke arah saya. "Dik..kenapalah sekolah ko ni jauh sangat!!"

Tadi, sewaktu jalan sesak..sempat saya berfikir. Rasa tak berbaloi saya berulang-alik setiap hari begini. Tol, minyak, yuran sekolah Nabila dengan masalah kesesakan ini membuatkan hati saya tak keruan! Memang rasa tak berbaloi dengan gaji ciput yang saya terima. Hurm..Saya bukanlah seorang pegawai kerajaan. Hanya kerani cabuk je. Faham sajalah gaji kerani berapa sen sgt bila dah ditolak EPF dan loan bank.

RM 350 sah-sah saya asingkan untuk bayaran sekolah Nabila. RM 400 untuk minyak dan RM 328 untuk tol pergi dan balik. Kemudian sedikit untuk mak saya kerana menjaga Nabila dan juga meringankan sedikit bebannya. Memang sahih gaji saya habis untuk semua perkara tersebut. Belum ditambah dengan masalah ansuran kereta dan juga perbelanjaan makan minum saya sepanjang bekerja. Sungguh tak berbaloi... :(

Ada terfikir untuk berhenti. Kerana tak sanggup menghadap stress di jalanraya dan juga stress di pejabat. Namun, ada yang menghalang. Kata bos, kita tak tahu masa depan kita. Andaikan Incik Zul meninggalkan saya, apa yang akan terjadi pada saya dan anak-anak..? *kalau boleh tak mahu*

Kalau kalian berada di tempat saya, apa yang kalian akan lakukan? Adakah berhenti ? Atau terus saja menghadap semua ini? Tolong bagi pendapat! TQ

p/s : Serius saya sangat bosan!!! Mahu duduk rumah, berulit bersama Nabila...


20 March 2012

Lega...syukur Alhamdulillah..

Semalam, entry kegusaran saya tentang adik baby.. Serius, sehingga membawa ke alam mimpi..

Saya bleeding! Darah banyak sangat! Dan saya ketakutan! Saya beritahu Abang. Dalam masa yang sama menerima hakikat anak ini bukan lagi hak saya...

???

Terjaga! Ya Allah, hati saya berdebar. Apakah maksud mimpi itu?

Terus saya naik ke atas untuk solat subuh. Selesai, saya mencapai buku tafsir mimpi yang saya beli dulu. Ternampak tajuknya, terus membelek. Katanya "akan keguguran" ...

..........

Usai mandi, saya termenung seketika. Menunggu Abang pulang untuk membawa saya ke hospital. Saya cerita tentang mimpi saya pada Abang. Marah Abang! Jangan fikir bukan-bukan..! Saya cuba pujuk hati. InsyaAllah..tiada apa yang berlaku..

Selesai menghantar Nabila ke rumah mak, saya dan Abang menuju ke hospital. Berdebar? Usah cakaplah! Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya lihat kiri dan kanan. Ramai yang senasib dengan saya. Ada yang sudah keguguran. Sedih melihat wajah mereka..

Saya berbual dengan wanita-wanita di situ. Untuk menghilangkan rasa debar hati. Dan akhirnya nama saya dipanggil.

Diperiksa melalui atas perut..Doktor kata tak nampak baby lagi. Hati saya berdebar. Doktor terus menyuruh saya menukar kain. Pemeriksaan dilakukan melalui bawah..

Akhirnya, muncul imej adik baby. Kecil comel. Doktor menunjukkan jantung adik baby. Dan katanya..

"Anak puan baik-baik sahaja. Sihat. Normal pregnancy...Dah boleh buku merah yek..."

Macam tak percaya? Saya tanya doktor, benarkah ianya baik-baik sahaja. Doktor mengangguk tersenyum. Dan mata saya tak lepas menatap skrin monitor scanner. Kecil dan nampak normal.

Dalam hati mengucap syukur. Alhamdulillah. Saya keluar dengan perasaan berbunga riang. Lega.Seperti terlepas satu bebanan di bahu ini..

Doakan perjalanan ini baik-baik saja. Moga adik baby terus sihat membesar dengan sempurna. Amin...

19 March 2012

Debaran..

Besok akan menentukan adakah ianya benar-benar baik atau tidak. Sungguh saya berdebar menantikan hari esok..

Adik Baby @ 5 weeks. Ape jer yang nampak kan..huhu..

Bila membaca ayat-ayat ini...

Discharge note sewaktu 5 weeks! Disebabkan oleh Cik Darah yang tetiba muncul...

...hati saya seriau. Threatened Miscarriage! Pernah satu ketika dulu terms ini terjadi pada Nabila.. :( Namun Allah masih mahu meminjamkan Nabila kepada saya..Moga adiknya juga begitu...Punya semangat kuat seperti kakaknya..

Dan besok, saya akan ke HSB semula. Walaupun Cik Darah tak muncul lagi..hati tetap bimbang. Tadi saya menangis sewaktu selesai solat Maghrib. Entah kenapa hati saya sayu. Semahu anak ini kekal bersama saya..

Moga segalanya baik-baik belaka. Amin.. Doakan untuk saya, suami dan terutama kakaknya Nabila. Agar dirinya merasai nikmat bersama adiknya.. InsyaAllah...

18 March 2012

Pulang ke rumah..Aktiviti Bella bermula semula..

Assalamualaikum semua.. Puas dapat menaip entry melalui komputer. Sebelum ini hanya melalui email dan tablet. Memang tak puas. Gambar pun tak boleh attach..

Alhamdulillah, saya kembali ke teratak kami semula. Saya dan Nabila. Seronok bila dapat kembali ke rumah walaupun keadaan rumah agak tunggang-langgang. Muahaha!! Faham sajalah kalau orang lelaki berada di rumah. Kelam-kabut Abang mengemas bila mengetahui saya akan pulang pada malam Jumaat lepas.

Saya tak berani nak kerap turun naik tangga lagi. Jadi saya mengambil keputusan untuk tidur beralaskan tilam nipis di ruang tamu. At least, malam saya tidak turun naik tangga untuk membancuh susu Nabila.

Sebelum bercerita tentang aktiviti Nabila..ku 'hadiah' kan gambar ini...

Huwaaa.. keretaku mencium Kelisa...Budak tu teragak-agak nak kuar simpang.. Padahal org dah bagi jalan suruh melintas. Nah amik ko ku cium bontot kereta itu..!! Cis!!


Ok.. Cerita tentang Bella pulak yek.. :)

Seminggu ni, Nabila memang banyak ragam. Mak kata ragam orang nak dapat adik. Huh! Dah besar pun meragam lagi ke dik oii..

Terfikir, adakah dia merindui masa-masa terapinya..? Yelah.. Nabila sudah biasa dirinya diuli oleh saya. Bermain dan ketawa. Bila ibu kena rest, so aktiviti pun tak dapat dibuat. Nenek Bella memang tak pandai nak buat terapi semua. Setakat duduk kat kerusi, apalah sangat thrill nya.. :)

So, tadi, saya gagahkan diri. Walaupun loya dan pening muncul kembali, tapi saya niat dalam hati agar permudahkan jalan saya untuk Nabila. Alhamdulillah.. Dapat juga saya lakukan beberapa aktiviti. Cumanya tak sehebat selalu. 

Asik-asik tunduk..huhu..positioning chair.. Lama tul tak guna..Kaki kena sendal dengan bantal..pasal tak sampai..hehe..

Comel tak saya..hehe..

Moga terus diberi kekuatan demi Nabila. Amin...

14 March 2012

Dipenuhi rasa bersalah..

2 minggu..carta aktiviti Nabila kosong. Tiada tanda-tanda kesan tulisan pada carta itu. Hanya dibiarkan sepi di rumah Rawang..

Saban hari saya memikir perihal puteri saya, Yasmin Nabilah. Apakah yang perlu saya lakukan? Dengan keadaan sekarang ini, pergerakan saya terbatas.

Beberapa hari ini, wajah Nabila penuh dengan duka. Menangis entah kenapa silapnya. Sering terkejut walaupun hanya bunyian batuk kcil dari saya. Aduhai anak! Mengapakah kamu??

Sememangnya saya rindukan masa saya bersama Nabila. Saat bermain dengan bahan sensory nya. Saat saya golekkan tubuhnya di bola durian. Saat saya membuat masking. Saat saya mengajarnya duduk. Saat saya mengajarnya untuk patterning. Saat saya menunggu dan menggalakkannya untuk creeping. Dan pelbagai saat lagi... Malah saya rindukan wajah senyumnya...

"Adik rindukan aktiviti adikkah? Adik rindukan sekolahkah?"...

Maafkan ibu sayang. Semua demi adik baby..Sabarlah wahai hati...


09 March 2012

Dulu bertiga, kini berempat :) Alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t,

Maaf. Agak lama menyepi. Hampir 2 minggu tak menulis apa-apa.

Banyak perkara yang terjadi sepanjang 2 minggu ini. Ya,seperti tajuk di atas,Alhamdulillah, saya telah mengandung. Usia adik Nabila baru saja 6 minggu.

Pada awalnya saya hanya berniat untuk mendiamkan diri. Hanya memberitahu rakan terdekat. Namun, mana mungkin saya menidakkan kehadiran benih cinta kami ini kepada umum. Rasa bersalah setiap kali saya mengatakan 'tidak mengandung' kepada mereka yang bertanya. Akhirnya saya buat keputusan untuk mengumumkan kehadirannya.

Dalam pada sama,saya kaget. Teringat hari isnin lepas, saya bertanya kepada kawan sepejabat tentang kelewatan cik *p* saya. Rakan saya menyarankan saya segera melakukan ujian. Pada awalnya, mahu melakukannya di rumah. Akhirnya, hati rasa tak tenteram. Terus saya ke tandas pejabat dan lakukan ujian.

Bila timbulnya 2 line pada alat ujian,saya menggosok mata saya berulangkali. Tak menyangka jawapannya adalah positif. Menggeletar tangan saya memegang alat upt. Dalam hati saya mengucap syukur.

Lantas, saya memberitahu rakan tadi. Dalam hati masih gusar. Bagaimana dengan Nabila? Saya memandang sayu gambarnya di atas meja saya. Dalam hati saya yakin,Allah tahu apa yang terbaik buat saya.

Pada awalnya,saya mahu memberi kejutan kepada Abang. Namun,dek kerana saya merasakan masa terlalu panjang di pejabat,terus saja saya BBM Abang. Abang juga sama seperti saya. Tak percaya..

Malam itu,saya membuat ujian sekali lagi. Sah, memang muncul 2 line itu. Saya menunjukkan alat upt pada Abang. Katanya, mcm tak caya jer. Hihi..Last saya ambil keputusan membuat ujian itu sekali lagi. Kali ini,saya lakukan waktu pagi. Sesudah bangun dari tidur,saya terus periksa. Memang sah saya mengandung. Kali ini memang tak ragu dah :)

Namun kegembiraan saya tak lama. Bleeding untuk pertama kalinya pada hari Rabu lepas cukup menghantui saya. Walaupun ianya tak berterusan, hati saya risau. Sehinggalah saya suarakan perkara itu kepada rakan pejabat. Dan dia menyuruh saya ke klinik.

Menurut Doktor Aniza, baby kelihatan baik. Namun dia memberikan amaran kepada saya supaya banyakkan berehat dan tidak mengangkat benda berat.Memikirkan tentang itu,bagaimana pula dgn hal Nabila? Saya mula runsing.

Isnin, saya ke Klinik Aniza sekali lagi. Doktor Aniza mahu saya lakukan ujian kencing manis. Namun , bila saya utarakan masalah bleeding yg terjadi selepas temujanji pertama dulu, terus doktor mengambil keputusan untuk scan sekali lagi.

Katanya, keadaan baby nampak tidak begitu baik. Hati saya berdebar. Katanya, saya harus menerima hakikat dan redha atas ketentuanNya. Doktor memberikan pilihan pada saya, sama terus menunggu ianya gugur sendiri atau terus ke hospital. Saya memilih untuk ke hospital. Mahu mendengar pandangan doktor lain.

Dalam hati ketika itu, sayu. Saya berbaring dengan air mata mengalir laju. Sungguh tak menyangka semua ini berlaku pada saya. Saya mengemas barang keperluan Nabila dan juga keperluan saya andai di tahan wad nanti. Sepanjang perjalanan, saya mendiamkan diri. Tak menghiraukan Abang dan Nabila yang ada sama di dalam kereta. Dalam fikiran saya cuma satu. Bayi saya!!!!

Setelah menghantar Nabila ke rumah mak, saya dan Abang menuju ke Hospital Sungai Buloh. Dalam hati berdebar. Apatah lagi suasana hospital yang agak kelam kabut. Teringat saat saya melahirkan Nabila di sini. Di ruang menunggu itu,saya pernah mundar-mandir menahan kontraksi setiap 5 minit. Di ruang bilik air, saya tidur di tandas duduk sambil menahan sakit. Dan di ruang bilik bersalin,saya berjuang melahirkan Nabila. Semuanya bagai rakaman berputar kembali di ruang mata saya.

Saya cuba tenangkan diri. Dihadapan saya, terdapat beberapa orang juga mempunyai masalah yang sama seperti saya. Masing-masing hanya mendiamkan diri menanti giliran dengan penuh debar.

Kemudian saya ditegur oleh seseorang. Berbual dan akhirnya makin rancak. Hilang rasa resah hati.

Doktor pertama memeriksa saya. Mengambil beberapa perkara penting di catat di dalam laporan. Dan disuruh saya berbaring dan memeriksa dulu keadaan baby. Kemudian di suruh keluar dan menanti keputusan.

Saya berbual lagi. Kemudian nama saya dipanggil lagi. Kali ini seorang doktor yang nampak lebih pakar banding dengan doktor pertama tadi.

Doktor itu bertanya mengapa saya mahu c-sec untuk second delivery nanti. Agak terkejut juga bila ditanya begitu. Namun,dengan tenang saya menjawab,saya trauma dan tak mahu kisah Nabila berulang lagi. Doktor itu pada awalnya seperti tidak berpuas hati, namun bila saya menceritakan keadaan Nabila kepadanya,nada suaranya kembali tenang. Mungkin bersimpati..

Doktor itu scan sekali lagi saya, dan membuat kesimpulan..

"Mengikut dari gambar ini,anak awak masih ada potensi untuk hidup. Maybe saya boleh beri 70% chances untuk dia terus hidup bergantung pada tahap kesihatan dan waktu rehat awak. Saya tak menjanjikan apa-apa. Kemungkinan kandungan boleh terancam dalam 30% untuk gugur. Jadi berdoa banyak2 agar anak ini terus hidup dan membesar normal. Banyakkan berehat dan jangan bersama suami untuk beberapa hari ini"..

Hati saya berbunga tatkala doktor menyatakan anak saya masih ada.

Doktor menambah "Memang ada nampak sedikit collapse di situ,tapi ia masih di tahap baik. Saya mahu awak banyak berehat dan jangan lakukan aktiviti berat. Kita akan check sekali lagi pada 20hb. Ok?"

Saya mengangguk. Alhamdulillah. Sykur kerana Allah masih memberi pinjam anak ini kepada saya. Sungguh saya teruja.

Keluar dari bilik,saya diberi cuti rehat sebanyak 3 hari. Dan saya kembali ke rumah mak dan mengambil keputusan untuk berehat di rumah mak. Sekurang-kurangnya, tugas menjaga Nabila akan diambil alih oleh keluarga saya.

Dalam beberapa hari,saya masih lagi bleeding,namun saya terus berdoa agar anak ini terus kekal di dalam rahim saya. Saya cuba menepis apa jua negatif tentang kandungan ini dan yakin anak ini akan bersama saya. InsyaAllah.

Mohon kalian mendoakan kesihatan saya dan baby baik dan seterusnya sihat seperti anak tipikal yang lain. AMIN.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...