09 March 2012

Dulu bertiga, kini berempat :) Alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t,

Maaf. Agak lama menyepi. Hampir 2 minggu tak menulis apa-apa.

Banyak perkara yang terjadi sepanjang 2 minggu ini. Ya,seperti tajuk di atas,Alhamdulillah, saya telah mengandung. Usia adik Nabila baru saja 6 minggu.

Pada awalnya saya hanya berniat untuk mendiamkan diri. Hanya memberitahu rakan terdekat. Namun, mana mungkin saya menidakkan kehadiran benih cinta kami ini kepada umum. Rasa bersalah setiap kali saya mengatakan 'tidak mengandung' kepada mereka yang bertanya. Akhirnya saya buat keputusan untuk mengumumkan kehadirannya.

Dalam pada sama,saya kaget. Teringat hari isnin lepas, saya bertanya kepada kawan sepejabat tentang kelewatan cik *p* saya. Rakan saya menyarankan saya segera melakukan ujian. Pada awalnya, mahu melakukannya di rumah. Akhirnya, hati rasa tak tenteram. Terus saya ke tandas pejabat dan lakukan ujian.

Bila timbulnya 2 line pada alat ujian,saya menggosok mata saya berulangkali. Tak menyangka jawapannya adalah positif. Menggeletar tangan saya memegang alat upt. Dalam hati saya mengucap syukur.

Lantas, saya memberitahu rakan tadi. Dalam hati masih gusar. Bagaimana dengan Nabila? Saya memandang sayu gambarnya di atas meja saya. Dalam hati saya yakin,Allah tahu apa yang terbaik buat saya.

Pada awalnya,saya mahu memberi kejutan kepada Abang. Namun,dek kerana saya merasakan masa terlalu panjang di pejabat,terus saja saya BBM Abang. Abang juga sama seperti saya. Tak percaya..

Malam itu,saya membuat ujian sekali lagi. Sah, memang muncul 2 line itu. Saya menunjukkan alat upt pada Abang. Katanya, mcm tak caya jer. Hihi..Last saya ambil keputusan membuat ujian itu sekali lagi. Kali ini,saya lakukan waktu pagi. Sesudah bangun dari tidur,saya terus periksa. Memang sah saya mengandung. Kali ini memang tak ragu dah :)

Namun kegembiraan saya tak lama. Bleeding untuk pertama kalinya pada hari Rabu lepas cukup menghantui saya. Walaupun ianya tak berterusan, hati saya risau. Sehinggalah saya suarakan perkara itu kepada rakan pejabat. Dan dia menyuruh saya ke klinik.

Menurut Doktor Aniza, baby kelihatan baik. Namun dia memberikan amaran kepada saya supaya banyakkan berehat dan tidak mengangkat benda berat.Memikirkan tentang itu,bagaimana pula dgn hal Nabila? Saya mula runsing.

Isnin, saya ke Klinik Aniza sekali lagi. Doktor Aniza mahu saya lakukan ujian kencing manis. Namun , bila saya utarakan masalah bleeding yg terjadi selepas temujanji pertama dulu, terus doktor mengambil keputusan untuk scan sekali lagi.

Katanya, keadaan baby nampak tidak begitu baik. Hati saya berdebar. Katanya, saya harus menerima hakikat dan redha atas ketentuanNya. Doktor memberikan pilihan pada saya, sama terus menunggu ianya gugur sendiri atau terus ke hospital. Saya memilih untuk ke hospital. Mahu mendengar pandangan doktor lain.

Dalam hati ketika itu, sayu. Saya berbaring dengan air mata mengalir laju. Sungguh tak menyangka semua ini berlaku pada saya. Saya mengemas barang keperluan Nabila dan juga keperluan saya andai di tahan wad nanti. Sepanjang perjalanan, saya mendiamkan diri. Tak menghiraukan Abang dan Nabila yang ada sama di dalam kereta. Dalam fikiran saya cuma satu. Bayi saya!!!!

Setelah menghantar Nabila ke rumah mak, saya dan Abang menuju ke Hospital Sungai Buloh. Dalam hati berdebar. Apatah lagi suasana hospital yang agak kelam kabut. Teringat saat saya melahirkan Nabila di sini. Di ruang menunggu itu,saya pernah mundar-mandir menahan kontraksi setiap 5 minit. Di ruang bilik air, saya tidur di tandas duduk sambil menahan sakit. Dan di ruang bilik bersalin,saya berjuang melahirkan Nabila. Semuanya bagai rakaman berputar kembali di ruang mata saya.

Saya cuba tenangkan diri. Dihadapan saya, terdapat beberapa orang juga mempunyai masalah yang sama seperti saya. Masing-masing hanya mendiamkan diri menanti giliran dengan penuh debar.

Kemudian saya ditegur oleh seseorang. Berbual dan akhirnya makin rancak. Hilang rasa resah hati.

Doktor pertama memeriksa saya. Mengambil beberapa perkara penting di catat di dalam laporan. Dan disuruh saya berbaring dan memeriksa dulu keadaan baby. Kemudian di suruh keluar dan menanti keputusan.

Saya berbual lagi. Kemudian nama saya dipanggil lagi. Kali ini seorang doktor yang nampak lebih pakar banding dengan doktor pertama tadi.

Doktor itu bertanya mengapa saya mahu c-sec untuk second delivery nanti. Agak terkejut juga bila ditanya begitu. Namun,dengan tenang saya menjawab,saya trauma dan tak mahu kisah Nabila berulang lagi. Doktor itu pada awalnya seperti tidak berpuas hati, namun bila saya menceritakan keadaan Nabila kepadanya,nada suaranya kembali tenang. Mungkin bersimpati..

Doktor itu scan sekali lagi saya, dan membuat kesimpulan..

"Mengikut dari gambar ini,anak awak masih ada potensi untuk hidup. Maybe saya boleh beri 70% chances untuk dia terus hidup bergantung pada tahap kesihatan dan waktu rehat awak. Saya tak menjanjikan apa-apa. Kemungkinan kandungan boleh terancam dalam 30% untuk gugur. Jadi berdoa banyak2 agar anak ini terus hidup dan membesar normal. Banyakkan berehat dan jangan bersama suami untuk beberapa hari ini"..

Hati saya berbunga tatkala doktor menyatakan anak saya masih ada.

Doktor menambah "Memang ada nampak sedikit collapse di situ,tapi ia masih di tahap baik. Saya mahu awak banyak berehat dan jangan lakukan aktiviti berat. Kita akan check sekali lagi pada 20hb. Ok?"

Saya mengangguk. Alhamdulillah. Sykur kerana Allah masih memberi pinjam anak ini kepada saya. Sungguh saya teruja.

Keluar dari bilik,saya diberi cuti rehat sebanyak 3 hari. Dan saya kembali ke rumah mak dan mengambil keputusan untuk berehat di rumah mak. Sekurang-kurangnya, tugas menjaga Nabila akan diambil alih oleh keluarga saya.

Dalam beberapa hari,saya masih lagi bleeding,namun saya terus berdoa agar anak ini terus kekal di dalam rahim saya. Saya cuba menepis apa jua negatif tentang kandungan ini dan yakin anak ini akan bersama saya. InsyaAllah.

Mohon kalian mendoakan kesihatan saya dan baby baik dan seterusnya sihat seperti anak tipikal yang lain. AMIN.

10 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam ina,
tahniah akak ucapkan
gembira akak baca, apapun ina jaga dirti baik2.
dengar nasihat doktor yer...
semoga semuanya berjalan baik.

inazamri said...

akak doakan kandungan tetap dalam peliharaan Allah.banyakkan rehat dan jgn stress.Insyaallah.sama2 kita berdoa.salam ukhwah dari akak

FirZie83 said...

na..azie doakan yang terbaik utk na ya ;p...aminnnnnnn..bykkan berehat..ikut pesan doc k...

EdaManAli said...

semoga kegembiran ni kekal smpai dia lahir...sihat & m'besar dgn baik...Amin...

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

tahniah kak ina..amin ya rabbal al amin..semoga baby sehat dan bertahan sehingga selamat di lahirkan..

adarnadzmie said...

alhamdulillah dik... doakan agar ina dan baby akan sihat sentiasa...aminn...

Siti_btp said...

Salam perkenalan ,
Tahniah Ina semoga sihat selalu..

Kuatkan semangat Ina, akak pun ada anak istimewa bukan satu tapi ketiga-tiga anak akak istimewa..
Mereka semua Ahli Syurga..
Cuma kita perlu kuat menghadapi semua
ujian Nya..

ujie said...

Salam kak ina...
Bawa bnyk rehat jgn buat kerja berat tau..jaga adik nabila baik2 ye..insallah adik nabila tu nanti akan menjdi kekuatan dan semangat tuk nabila mcm darwisyh dan adiknya muqri...

AIN NAZRI said...

alhamdulilah.. tahniah sis.. dan tahniah buat along nabila.. tak lama lagi nabila nak jadi kak long. ada kawan bermain, lagi bijak nabila akan improve.

akak jaga kesihatan. bawak2 berehat ye. insyaAllah, Allah tahu yang terbaik. banyak2 kan makan makanan berkhasiat and talk with baby dalam tummy tuk terus strong and survive for mummy daddy and kak nabila.. insyaAllah.. doakan yang terbaik buat akak sekeluarga

Salina@IbuAqil said...

Tahniah dear..
Semoga sentiasa dibawah pelindungan Allah swt..
Allah maha mengetahui yg terbaik buat hambaNYA..
Yakinlah pd DIA yg satu.. ;)
Take care dear..
Peluk cium buat kakak Nabila.. ;)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...