17 April 2012

4 tahun dikau bersama ibu...

Alhamdulillah.. Nabila masih bersama saya. 4 tahun satu masa yang panjang bagi saya dalam membesarkannya. Pelbagai perkara telah kami lalui bersama..Alhamdulillah, saya masih teguh berdiri demi Nabila.

Hari ini, Nabila sudah menginjak ke usia 4. Wajar di ruang mata saya kini sedang teringat kisah saat saya melahirkannya. Serasa saya tak nampu untuk lupakan kenangan ini. Mungkin sampai saya memejamkan mata ini....

 Budak tembam berdua masa 1st celebrate besday bersama.. Alisya & Nabila.. Memang sama.. :)

 Masa kat rumah opah kat Ipoh. Excited tgk dia pegang pisau..hehe..

Kek santek hadiah Ummi Alisya..

Kenangan masa majlis hari lahir pertama Nabila memang tak dapat dilupakan. Sampaikan ada anak jiran kat rumah mak tanya, "Bila mak Nabila nak buat birthday party lagi?".. Ceh..Budak-budak pun suka sebab dapat door gift.. :)


Birthday ke 2 tahun..

Ibu tak buat apa pun..just keluar berjalan dengan ayah. Takpelah, bajet pun tak berapa ada ketika tu.. Jadi celebrate bertiga jelah..hehe... Dapat belikan mainan untuk Nabila pun dah kira ok.. :)


Birthday ke-3 tahun..Majlis kecil-kecilan di rumah kami.. :)

Masuk 3 tahun, buat la sedikit majlis. Simple dan cukup bermakna. Kerana untuk pertama kalinya buat di rumah kami. 

Bila lihat semua, tak sangka, anak sekecil ini sudahpun seperti anak dara. Kata mak, kalau sihat, confirm  dah suruh buat macam-macam. Hehe.. itupun "kalau..."

Entahlah, dalam hati saya terus berdoa agar anak ini terus diberi kesihatan yang baik. Dan moga kehadiran adiknya nanti mampu mengubah kehidupan kami agar lebih ceria lagi. Kehadiran Nabila memang dah ceria..cuma mahu lebih lagi.. :) Moga saya terus kuat melangkah bersama si kecil ini...

terus dan terus melangkah lagi... :)

Selamat Ulangtahun Yang Ke-4 Sayang. Ibu doakan Nabila terus dipinjamkan untuk ibu, diberikan kesihatan yang baik dan mampu untuk berdikari suatu hari nanti. InsyaAllah.. Doa ibu sentiasa mengiringi perjalananmu. Moga Allah sentias permudahkan jalan untuk kita berdua nanti.. Amin...

4 comments:

Mamanurin said...

selamat hari lahir bella!!! moga allah berikan kesihatan yang baik, kekuatan dan semangat untuk bella menempuh hari yang mendatang. muahhhh kiss and hug dr mama yang tak jumpa bella lagi hehehee

Bicara hati ibu aisya said...

Selamat Hari Lahir bella sayang.Semoga setiap detik dan saat yang bakal dilalui akan sentiasa indah dan ceria buatmu.Semoga sentiasa dalam limpahan rahmat dan lindunganNYA.kiss n hug bella ketat2.

AIN NAZRI said...

selamat ulangtahun nabila. semoga menjadi anak yang solehah dan mampu berdikari. semoga nabila dan ibu tak pernah penat tuk teruskan usaha.

Hanie Honey said...

Selamat ulangtahun Cik Bella.., Mama Hanie doakan semoga bella baik2 ajer.., Insyaallah, DIa permudahkan urusan Cik Bella nanti...Apa yg penting Bella kn usaha jugak yee sayang...mmuuaahhss...ccuppp..ccuppp...cuppp

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...