Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 April 2012

Apa yang Nabila rasa..?

Sebelum tu, nak tunjuk ini..

*mood sedih : Tak dapat belikan kek untuk Nabila hari ini*
Hadiah dari ayah..
sepotong, tapi bermakna pada hari ini...
 Alhamdulillah..daripada takde langsung kan.. :)

Dan saya mahu menunjukkan gambar ini pula...

 *gambar ni baru kena dengan tajuknya..hehe..*

Mengajar Nabila mengenai sensory. Bila saya letakkan tangannya di dalam botol yang berisi kapas ini, saya cuba melihat wajahnya melalui cermin di hadapan saya. Saya mendiamkan diri. Nabila apatah lagi. Hanya senyap terpaku merasai kelembutan kapas itu.

Dalam hati saya terfikir. Apakah yang difikirkan oleh Nabila? Bagaimana perasaannya hanya dapat merasa tanpa dapat melihat kapas itu?

Benda yang lembut tanpa membuatkan tangannya merasa sakit bila dipegang membuatkan dirinya tenang. Cuba bayangkan mata kita terpejam dan cuba merasai kapas di tangan kita. Tentu rasa selesa bukan? Saya andaikan jika tangan Nabila sedang memegang benda yang tajam. Confirm dia akan cuba melarikan tangannya dari menyentuh benda tajam tersebut. Dan dalam pada masa yang sama, Nabila akan takut untuk memegangnya lagi.

Beginilah perkara yang Nabila lalui sekarang. Setiap tindak tanduknya, Nabila akan rasai ketakutan yang amat. Kerana apa? Matanya..... :(

Andai mata itu mampu melihat, pastinya ketakutan itu akan hilang. Malah mungkin dia akan cuba merasai apa saja benda di sekelilingnya. Dalam hati saya tak mahu ianya berterusan. Sebolehnya saya mahu Nabila melihat keadaan sekelilingnya.

Mungkin ada yang membaca entry ini bertanya, Nabila butakah? 

No!!! Nabila hanya mempunyai masalah di bahagian saraf matanya. Objek yang di pandang tidak dapat di analisis oleh otaknya sekaligus memberitahu apa objek yang dipandang. Bagaimana saya nak betulkan saraf matanya sedangkan sedia maklum bila melibatkan saraf, kerjanya pasti lebih sukar!

Dengan hanya melakukan perkara seperti gambar di atas saja yang dapat membantu Nabila. Bak kata Dr. Sham, Nabila perlu banyak buat sensory. Berikan semua perkara disekelilingnya untuk dirasai bagi mengurangkan rasa takutnya. Benar! Itulah cara sebaiknya... :)

Bila umur sudah 4 tahun ini, tiada apa yang saya harapkan melainkan penglihatan Nabila pulih sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, jika dulu matanya langsung tidak fokus pada cahaya, kini sudah pandai kecilkan mata atau larikan mata jika terkena cahaya terang. Moga penglihatan Nabila terus pulih lagi dan mampu melihat perkara sekelilingnya.. InsyaAllah.. Doakan untuk Nabila yek..

4 comments:

Umialya said...

sama2 doakan yg terbaik buat Nabila

Bicara hati ibu aisya said...

Amin..insyaallah ina.Sama2 kita doakan.

Unknown said...

semoga Nabila dapat melihat suatu hari nanti...ameennn....

bEe HoNeY said...

sma n my darwisy. msa kjadian hitam tu, tdpt pndrdhan pd mata juga akibat gegeran/hentakan. smpai skrg drwsy msh belum lg dpt mlihat spt insan normal lain. semoga ank kita diberi pnglihatan yg jelas & dpt melihat kita sbg ibu ayah nya & melihat keindahan dunia ciptaan allah swt kan...amin ya rabb