07 April 2012

Something untuk Nabila...

Lama benar tak membeli gadjet baru untuk Nabila. Kalau nak diikutkan memang melambak mainan kat rumah ni, tapi kali ni nak cari sesuatu hasil dari homework yang diberikan oleh Dr. Sham..

Kalau nak diikutkan bulan ni memang sengkek sikit. Tapi sebenarnya duit ini hasil dari semua pembaca blog ini yang tak jemu-jemu klik iklan kat sebelah ni. Duit dari Nuffnang.. :)

Saya tahu kebanyakannya yang klik mungkin niat untuk menderma untuk Nabila. Maka harusnya duit ini harus saya gunakan untuk Nabila juga. Terima kasih pada semua. Tak sangka bila kumpul-kumpul rupanya dah sampai RM 200++ . Mungkin pada orang lain sedikit jumlahnya.. Tapi pada saya jumlah itu sangat BESAR! :) And seriously, saya sangat berterima kasih pada mereka yang sudi klik iklan disini.. :)

Pada awalnya, saya mahu menggunakan duit ini untuk membeli ini..

Corner chair..

Ini pun saya sudah bertanya pada Dr. Sham sama ada Nabila sesuai atau tidak duduk di situ.. Dr. Sham kata Nabila boleh duduk cuma saya perlu dudukkan pada masa-masa tertentu sahaja. Selebihnya harus berada di lantai.. :)

Menangis pasal mengamok buat terapi kat Dr. Sham Centre..Ini budak banyak ngelat!!!!

Tapi bila pagi tadi kami diberi tugasan untuk mencari bahan-bahan untuk bunyi-bunyian untuk Nabila..puas juga berfikir bahan-bahan yang disenaraikan  oleh Dr. Sham tadi.. Last Abang kata "Jom pegi OU..Kita gi Toy's r us.."

Hasil 'rembatan' tadi...

Rupanya Nabila suka bunyi yang terhasil dari mainan ini. Kecuali yang Hammer tu. Terkedip-kedip matanya ketakutan setiap kali saya guide tangan dia mengetuk kayu-kayan itu. 

Maka, untuk corner chair..maybe ibu terpaksa tunggu duit claim mengajar ibu nanti.. Harapnya dapatlah duit tu untuk tampung beli corner chair untuk Nabila..Dahlah claim haritu kena reject. Kata tak layak..! Harapnya ada rezeki Nabila nanti..huhu..

Bila fikir, kan bagus duit berkoyan-koyan.. Takdelah terkemut-kemut ibu nak keluarkan duit untuk beli alatan Nabila.. :(

Kata Dr. Sham tadi, Nabila harus hilangkan rasa takutnya. Dan saya sendiri harus berfikir untuk tidak terlalu 'pushing' Nabila untuk buat itu dan ini. Dr. Sham tahu limitasi Nabila. Katanya, saya harus sedar anak HIE Stage 3 takkan dapat menjangkau tahap seperti Nabila sekarang. Kalau nak diikutkan, mereka tergolong dalam golongan 'severe' . Hanya seperti sayur lembik yang tak mampu untuk lakukan apa-apa.

Kata Dr. Sham, saya harus bersyukur, progress Nabila lebih baik jika dibandingkan apa yang didiagnosis oleh doktor. Ya, saya sedar tentang itu. Kebolehan Nabila memang tak boleh disangkal. Bukan mahu puji anak sendiri, tapi hakikatnya, saya tahu Nabila mampu lakukan lebih baik dari sekarang ini. Cuma apa yang perlu saya lakukan adalah usaha dan usaha lagi. Tak lupa sentiasa berdoa dan bersyukur atas apa yang telah Dia berikan pada Nabila.

Doakan rezeki kami sentiasa murah untuk hal-hal Nabila. Sebenarnya ada beberapa tempat baru yang mahu saya cuba buat terapi untuk Nabila, namun bila mengenangkan duit..segalanya terbantut. Terpaksa melakukan seadanya sahaja.. :(

Moga rezeki budak si rambut lebat ini sentiasa murah.. Amin.. :)

Bila tengok babak ini, tak sangka Nabila rupanya dah boleh duduk highchair ni. Dulu tak yakin langsung.. Bila dia cuba untuk control kepalanya, saya kagum! Ada rupa budak HIE Stage 3 ke? Yeah.. moga anak ini terus maju.. Amin...

3 comments:

AIN NAZRI said...

semoga nabila makin maju... rajin2 ye nabila.. teruskan usaha

ummiP3 said...

alhamdulillah moga dimurahkan lagi rezeki yer...insyaAllah

Kerikil Kehidupan said...

Syukur...moga Nabila terus maju...sayang nabila...Buat Ina...moga terus kuat...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...