Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

31 May 2012

Adik baby nan besarrrrrrrr!!!!

Baru selesai monthly check up adik baby. Actually, banyak benda yang ingin saya tanyakan pada nurse klinik ibu dan anak. Terutama tentang perihal kes adik baby yang nampak agak besar sedikit saiznya itu.

Saya membawa juga hasil scan di Klinik Aniza tempohari. Sebagai bukti yang menyatakan ukuran adik baby yang kelihatan besar dari kebiasaan. Dan pabila saya disuruh ukur ketinggian rahim, nurse klinik Ibu dan Anak itu mengiyakan kebenaran saiz adik baby. Katanya lagi, adik baby nampak seperti sudah berumur 20 minggu.

Dan kemudian saya diperiksa mendengar bunyi jantung adik baby. Hurm..kalau check up kat klinik kerajaan standard lah memang takde scan-scan ni. Hanya dengar bunyi jantung menerusi alat khasnya. Dan agak lama nurse mencari degupan jantung adik baby, akhir kami berdua dapat mendengar sendiri bunyi itu. Alhamdulillah..kedengaran bunyi normal dan nampak seperti adik baby sihat dalam tummy ibu.. :)

Cumanya, nurse agak hairan dengan pertambahan berat badan saya. Naik mendadak 2kg dalam masa sebulan. Saya akui kebelakangan ini, selera makan saya bertambah. Kerap makan nasi dan sentiasa rasa lapar. Dan nurse mencadangkan saya untuk bertemu doktor sejurus selesai bertemu dengannya.

Saya ke kaunter pendaftaran sekali lagi dan menukar nombor giliran untuk berjumpa doktor pula. Kata doktor, bila berat naik, ada kemungkinan juga anak membesar. Namun, doktor menyarankan saya untuk menjaga pemakanan dan melakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi bagi memastikan saya tidak menghidap darah tinggi kali ini. Katanya lagi, kemungkinan baby besar disebabkan oleh darah tinggi..

Eeeeerrrrrkkkkkk.. Takkan darah tinggi pulak kot.. Adoiyaiii.. Risau lak pulak.. :(

Doktor mengisi borang ujian tekanan darah tinggi dan saya harus lakukannya sewaktu pemeriksaan scan adik baby minggu hadapan. Ya Allah, moga tiada apa-apa yang kurang enak tentang adik baby nanti. Confirm lepas ni ibu akan jaga makan. Tak mau makan ikut hati lagi..huhu..

Doakan segalanya terbaik buat saya dan adik baby nanti.. Amin...

4 comments:

mama arra alisa said...

Salam Ina,... semoga adik baby tu sihat hendaknya... ermmm kadungan b
lebih besar dari usia sebenar... yang paling penting screening for diabetis tu... biasanya kalau kandungan terdahulu ada kencing manis, mengandung kali kedua juga ada risiko untuk dapat lagi... dah buat ke ujian MOGTT/ OGTT? Kalau sacan normal baguslah.... boleh exclude polyhaydramnious( air ketuban yang berlebihan).... harap semuanya okay ya..

mama arra alisa said...

Salam Ina,... semoga adik baby tu sihat hendaknya... ermmm kadungan b
lebih besar dari usia sebenar... yang paling penting screening for diabetis tu... biasanya kalau kandungan terdahulu ada kencing manis, mengandung kali kedua juga ada risiko untuk dapat lagi... dah buat ke ujian MOGTT/ OGTT? Kalau sacan normal baguslah.... boleh exclude polyhaydramnious( air ketuban yang berlebihan).... harap semuanya okay ya..

AIN NAZRI said...

eh ada jugak ye baby besar sbb ibunya darah tinggi? setahu ain kalau baby besar ni tuk kes2 ibu ngandung yg kencing manis..

semoga segalanya ok.. minggu depan jgn lupa update ye kak

FirZie83 said...

ina..azie doakan semoga adik baby dalam keadaan baik2 selalu...aminnnnn...ina juga...semoga sihat walafiat selalu...aminnnnn