Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

06 May 2012

Lampu Terapi dan Hanging Nabila...

2 perkara ini sudah lama patut Nabila lakukan di rumah. Namun dek tak sempat menyiapkannya, maka agak lambat juga Nabila dapat merasa 2 aktiviti ini.

Seperti sedia maklum, Nabila adalah cortical blindness dan memerlukan stimulasi berterusan bagi mengaktifkan saraf-saraf matanya. Pada saya, Nabila punya harapan untuk melihat dengan lebih jelas, andai saya lakukan terapi cahaya secara berterusan padanya.

Maka, Dr. Sham menyarankan untuk saya menggunakan kaedah ini..

Lighting board..

Digunakan secara on dan off kepada anak untuk meransang saraf mata. Terang ya amat!!!

Yang menariknya, Nabila sudah pandai untuk mengelakkan dirinya dari memandang cahaya. So apa maksudnya? Nabila dah boleh nampak cahaya itu... :)

Dan semalam, saya ke Dr. Sham Centre lagi. Hati di pagut rasa bersalah kerana masih gagal menyiapkan alat ini...

pengikat kaki untuk menggantung Nabila...

Dalam keadaan sekarang, memang agak mustahil untuk saya menjahit. Namun, mengenangkan harga yang agak mahal jika saya membeli siap dari Karen, maka saya gagahkan diri untuk menjahit (sian adik baby..sakit rasa perut semalam ibu bertungkus lumus menyiapkan pengikat kaki kakaknya..)

Dan saya lakukan ini kepada Nabila semalam...

Nabila di gantung pada besi buai.. (ayah tak sempat nak buat hook..)

Alal-ala kejam bila tengok keadaan Nabila begini. Namun, apakan daya saya. Semua ini untuk rawatan pengaliran darah dan oksigen ke otak. Mujur budak kecil ini kuat semangatnya. Sikit pun tak mengalir air mata walaupun digantung hampir 20 minit!

Mengenangkan semua ini, buat hati saya sayu. Nabila harus lalui semua ini sehingga dia benar-benar pulih. Mengharapkan keajaiban tanpa usaha memang mustahil. Moga segala pengorbanan saya dan Abang untuk si kecil ini membuahkan hasil.. Amin...

2 comments:

Ben Apik said...

Turut mendoakan, semoga lekas d beri kesembuhan oleh Alloh SWT. Amin.

Pnut said...

Insya-Allah akak doakan segala usaha-usaha Ina akan berhasil Insya-Allah Nabila akan lebih baik dan baik.. dan baik dari tahun ke tahun.. jangan putus asa... teruskan usaha