05 August 2012

Tilam Terapi Nabila

Saya menghadapi kesukaran untuk melakukan beberapa aktiviti berkaitan fizikal untuk Nabila. Malah sejak dulu lagi saya berhasrat untuk mencari ini...

dapat yang lipat2 gini lagi best.. :)

Ayah saya seringkali membeli kain PVC untuk membuat kerusi dan barang untuk terapi Nabila. Saya bertanya padanya adakah kedai itu menjual tilam sebesar katil bujang bersama PVC. Katanya ada. 

Hurm..apa lagi, setelah berbincang dengan Abang, kami bersetuju untuk membeli span tilam bersaiz 2 inci bersama PVC untuk dibuat tilam terapi Nabila. Bersungguh benar saya kali ini. Kalau nak diikutkan hati dan badan yang sudah berat ini, memang tak mampu untuk menjahit. Namun, bila mengenangkan Nabila dan adiknya akan menggunakan tilam tersebut untuk bermain, maka saya bersama Abang menyiapkannya jugak.

2 keping tilam bersaiz 2 inci dan PVC sebanyak 8 meter cukup membaluti kedua-dua tilam tersebut.
Cina kedai tu siap ajarkan camner nak jahit dan masukkan tilam ke dalam PVC. Saya buat simple dan mudah sebab atas kegunaan sendiri. Nak buat beria kang makan masa pulak.

So inilah hasilnya...

satu letak depan TV..senang mokcik Bella ni dok baring golek-gelok tengok TV. Tak pun mak dia senang nak buat terapi sambil tengok TV..hehe...

Yang ni tempat biasalah..tempat selalu saya main dengan Nabila. Abaikan yek bola-bola atas incline track tu. Ada projek menyusul lagi selepas ini..huhu..

Budak kecik ni dah merasa dah baring atasnya.. Berpusing-pusing atas tilam. Ibu dia pun seronok dapat baring sama..hehe...

So kalau sesapa nak beli materialnya, boleh la ke kedai cina tu.. Belakang Grand Seasons Hotel..ada kedai jual kusyen dan PVC. Dekat dengan Hospital Sentosa (kalau tak silap saya) . Pusing-pusing la kat area kedai-kedai situ.

owh..saya ada alamatnya..ni pun berpandukan pada resit lah yek...

HH Heng Fabrics Sdn Bhd
42A, Jalan Dato Haji Eusoff,
Damai Kompleks,
Off Jalan Ipoh
50400 K.L
03-4042 8812
email : hhheng-fabrics@hotmail.com

okes...daaaa... :)

1 comment:

Anonymous said...

Salam Ina, akak baru jer terjumpa blog ni. Dari pagi sampai skang x habis2 baca dari a-z. Syabas Ina, anda seorang ibu yang sangat2 tabah. Nabila memang cantik, comel bangat. Bukan akak hendak menyalahkan Takdir, tapi kadang2 atas kecuaian Dr juga kanak2 yang x berdosa jadi mangsa. Ada plak boleh tolak2 kepala budak ke dalam pas 2 baru decide nak operate. Maaf cakap ya, rasanya pada pandangan akak la, kalo private hospital dia x tunggu lama, kalo agak2 keadaan pesakit lambat nak bukak bukaan.Dia trus operate aje. Dia takut budak lemas. Tahun lepas adik ipar adik akak juga mengalami peristiwa yang sama. Dua hari menanggung sakit bersalin at the end kasi ubat tahan sakit kat si ibu. Bila baby nak keluar, si ibu dah x de tenaga. Baby kena forcep. Baby lahir tanpa suara, biru dan kena sawan masuk ICU. Yang kelakarnya Dr tu boleh cakap "kalau saya tahu jadi macam ni saya operate awal2" ada ke patut dia cakap macam tu kat parent si bayi. Lepas tu Dr Paed kata bayi mengalami kerosakan otak yang teruk. Pas 2 akak x tahu cerita lagi pasal bayi 2. Ok, sambung cerita tadi. Ina akak rasa Nabilah mempunyai potensi yang besar untuk sembuh. Cuma kita tunggu dan lihat. Allah itu maha adil. Insyaallah ina, Nabilah boleh sembuh. Akak memang tabik kat Ina. Teruskan usaha Ina. Tenguk gambo2 Nabilah rasa nak gigit2 aje wajah dan badannya yang gebus tu.Dia memang comel, cantik patutlah neneknya kata macam anak patung. Kak Rina.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...