24 September 2012

Berdandan & Kembali dengan rutin dulu...

Hujung minggu saya habiskan masa bersama Nabila. Agak letih kerana ragam si kecil ini sangat menduga hati dan perasaan saya.

Mungkin kerana hanya beberapa minggu sahaja lagi Nabila bakal menerima kehadiran seorang adik. Kata mak, adik nak ambil tempat dia..tu yang banyak ragam tu. Sungguh hati saya tak keruan melihat dirinya menangis dan cuba untuk menunjukkan 'protes' kepada saya,. Ya Allah, berikan diri ini kekuatan...

Sabtu : Saya dan Abang membawanya keluar berjalan. Dengan harapan dirinya akan diam dan tidak merajuk lagi. Namun sangkaan saya salah. Tak sampai 20 minit di shopping mall (mmg ini tempat kegemaran dia..) , suaranya kedengaran lantang memekik menangis. Banyak mata yang memandang.. Dan kami terus mengangkat kaki!

Dalam hati bercampur geram. Apalah saya bersalah dalam hal ini? Nabila, ibu hanya ingin menenangkan perasaanmu. Kenapa kamu nak?

Dan sudahnya, kami hanya berhenti makan di R&R , Itupun membeli di kaunter pandu lalu dan menikmati makanan di dalam kereta :(

Lantas saya mengambil keputusan untuk memotong rambutnya...Mungkin kerana kepanasan dan rambut yang sangat panjang (pada saya) merimaskan dirinya....

Di dalam cermin baru kelihatan Nabila disebalik ayahnya. Ayah sibuk bertanya nak potong gaya macamana..

Selesai memotong rambut, terus kami pulang. Dan Nabila...

..masih lagi begini...
 
Ahad : Saya membawanya berjalan lagi. Kali ini bersama adik perempuan dan mak ke Jusco Wangsa Maju. Mujur diam dan hanya memerhati keadaan keliling...
 
Dan malamnya, saya 'berterapi' bersama Abang. Hilangkan rasa tekanan dengan menonton wayang bersama. Yelah..sok nak bersalin..tak dapek la nak tengok wayang dah..hehe...
 
cerita ini.. Agak ganazzz..Sempat pesan pada adik baby.."No..no...no..Ibu just tengok cerita ni ek dik..Jangan contohinya..hehe..Jadi judge yang baik..hehe...*terbaik la cerita nih..!*
 
Isnin : Sehingga tadi, waktu sesi fisioterapi bersama Miza..Nabila sepertinya teringat perihal rawatan 2-3 minggu lepas yang saya rasa membuatkan dirinya trauma...

Di saat ini masih lagi menangis kerana risau apa orang yang akan lakukan padanya. Serius Nabila jarang menangis bila bersama Miza... *kredit pic to Mama Put..Kebetulan jumpa Abg Lope handsome sedang fisio juga.. :)*

Emosi kian stabil. Mungkin baru teringat apa yang selalu menjadi rutin mingguan di greatlife setelah beberapa minggu tidak hadir kerana memberi laluan kepada rawatan akupuntur....

Moga diri ini terus di beri kekuatan sehingga waktu bersalin tiba untuk sesi terapi Nabila seterusnya.. Amin...

2 comments:

Hayati said...

Ina, mmg betul la tu Nabila protes tu sebb dia tahu xlama lg adik nak keluar..Mula2 memang ambik masa utk dia tp lama2 insyaAllah dia seronok ada kawan nak main nnti.. Sama mcm anak2 akk:-) jgn risau sgt..mg Ina dipermudahkan utk bersalin yer:-)

.::puterism::. said...

Nabila trauma dgn rawatan cucuk badan je. towards the en dah okey dah. gambate Nabila!

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...