Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 October 2012

Perginya mereka ke syurga....

Betapa perit saya rasakan hari ini. Terasa masa begitu panjang sekali untuk berlalu.Mahu kesedihan hati segera pergi... :(

Bulan September..saya rasakan cukup getar pada ibu yang bernama Ana Sen, Ieyda Abd. Rahman dan Kak Siti Khodijah. Kehilangan anak tersayang di bulan September cukup memilukan hati saya. Saya merenung Nabila. Saya peluk Nabila kuat-kuat. Kerana saya juga mungkin akan merasai apa yang mereka rasai suatu hari nanti bila Nabila diambil semula oleh Ilahi...Cuma, tidak pasti bilakah ianya berlaku dan tak sanggup membayangkannya bila saat itu datang.... :(

Bermula dengan kisah Ana Sen bersama anaknya Eryna.. Eryna disahkan meninggal dunia setelah setahun lebih berjuang di hospital untuk mencari sebuah kehidupan. Tidak pernah pulang ke rumah sejurus dilahirkan. Seperti Nabila, Eryna juga disahkan HIE stage 3. Walaupun tak pernah bersua, namun gambar-gambar Eryna di dalam facebook saya cukup menggetarkan jiwa nurani saya. Kerana anak itu sama kondisinya seperti Nabila! Dan bila dikhabarkan Eryna pergi..saya kelu. Dan akhirnya saya menerima takdir ketentuan dari-Nya kerana saya tahu itu yang terbaik buat Eryna.

Pergilah Eryna...berakhirnya penderitaan mu di sini..Berjalan dan berlarilah kamu bersama kawan-kawanmu disana...

Dan hari ini, dua perkhabaran tentang kematian lagi. Aiman, anak keluarga superkids kami telah pergi buat selama-lamanya jam 8 pagi tadi. Sungguh hati saya pilu bila dikhabarkan oleh abang melalui handphone. Ya. Allah..serasa cepat benar Allah mengambil Aiman kembali. Teringat kenangan bersama Aiman dengan keluarga besar kami. Perjuangan Aiman bersama Nabila di Pusat Rawatan Kak Raw, Syifa Al-Hidayah, di Beranang, dan di Greatlife takkan saya lupakan sampai bila-bila. Aiman yang saya kenali sejak kecil, yang saya dukung dan cium kini sudah tiada lagi di dunia ini...

Perit kehilangan Aiman sangat dirasai oleh kami sekeluarga superkids. Lagi perit hati ini melihat Babah dan Mama Aiman menitiskan air mata kerana kehilangan anak tersayang. Aiman seperti jantung mereka berdua. Perginya Aiman, sepertinya terhenti jantung mereka juga. Ya Allah, berikan kekuatan buat Zali dan Ida. Agar mereka mampu untuk teruskan kehidupan tanpa Aiman disisi. Demi Aina....

Kata saya pada Abang, andai saya di tempat Ida, sudah pasti saya seperti orang gila. Anak yang sentiasa dikendong, di dukung hilang dalam pelukan ini pastinya memberikan impak yang besar pada saya. Sehari meninggalkan Nabila bersama nenek cukup meresahkan hati ini. Apatah lagi pulang ke rumah tanpa Nabila disisi. Sangat kosong !

Mungkin selepas ini, tiada lagi senyuman Aiman bersama mata bulatnya merenung saya. Tiada lagi kedengaran suara tangisan Aiman bila kami berkumpul bersama. Ya Allah..betapa rindunya saya pada Aiman..

Pergilah Aiman sayang..Andai disini Aiman tidak mampu untuk berlari, berlari kamu di sana bersama ahli syurga yang lain. Tiada lagi tangisan sakit ketika terapi, tiada lagi batuk, muntah dan sakit demam. Tiada lagi kesukaran tidur malam..Semua ini tiada lagi sayang...

Perkhabaran sedih rupanya belum berakhir. Di hari yang sama perginya Aiman, seorang lagi pejuang hidup telah pergi buat selamanya. Anak kak Khodijah , Hazim telah pergi buat selama-lamanya juga jam 10 malam tadi. 2 bulan terseksa di dalam hospital kerana cirit birit. Walaupun tidak mengenali kak Khodijah dan Hazim secara dekat, namun kehilangannya memberi kesan pada saya. Apatah lagi mereka senasib dengan Nabila...

Ya Allah, Kau kuatkan semangat ibu dan ayah kepada anak-anak ini. Berikan kekuatan semaksimun mungkin pada mereka. Andai ini yang terbaik untuk anak-anak mereka, redhakanlah pemergian mereka. Di dunia hanyalah kesakitan buat mereka. Dan bahagia menanti di syurga sana. Dan pastinya mereka menanti kedua ibu dan ayah di pintu syurga nanti..

Al-Fatihah buat Eryna, Aiman dan Hazim. Moga roh mereka dicucuri rahmat....Selamat tinggal bidadari bidadara syurga...Pastinya kita akan ketemu lagi di sana....


3 comments:

idura said...

Al-Fatihah...

Syurga tempatmu sayang... bergenang airmata membaca entry ini...

EdaManAli said...

Innalillahi wainna ilaihi raaji'uunn...

zali azali said...

masih merindui....masih tercari cari....