23 January 2012

Bukan kerana tak sayang.....

Ya..kerana sayang..saya sanggup menahan diri ini melihat Nabila menahan kesakitan setiap kali dirinya melakukan sesi terapi. Kalau nak diikutkan agaknya sudah sebaldi air mata saya kalau ditadah.. :) Tapi mengenangkan dirinya jauh ketinggalan..saya perlu kuatkan semangat.

Tadi saya melihat saja Nabila sedang meniarap di atas bola besar yang berduri. Saya memeluk belakang Nabila erat. Mulutnya bising sepertinya mahu mengadu sakit bila tubuhnya terkena tusukan duri-duri bola. Kalau nak diikutkan nampak kejam..namun apakan daya saya. Hanya dengan cara ini saja mampu untuk menguatkan pinggang dan mengawal kepalanya.

Begini saja caranya untuk membuatkan Nabila mengangkat kepala dan menggunakan tangan untuk menaikkan tubuhnya...

Alhamdulillah, bila saya lakukan ini kerap, Nabila sudah pandai menolak badan dengan tangannya. Cuma tangan kiri masih lagi belum berfungsi sepenuhnya. Namun hati saya...? Tetap saya mengenangkan Nabila menangis menahan kesakitan itu. Dalam hati selalu berkata.. "Sabar Noina..semua ini pasti ada manisnya bila Nabila mampu untuk mengawal semuanya sendiri.."

Begitu juga dengan hal yang lain. Berenang dengan air pool yang agak sejuk, memang mengundang kemarahan Nabila. Namun, seperti yang saya katakan di atas..apakan daya saya..? Jika saya tak lakukannya pasti keadaan Nabila bertambah buruk lagi. Malah mungkin tiada perkembangan baik... :(

Saya tahu, ramai ibu bapa yang punya anak istimewa..punya rasa yang sama seperti saya. Hati sedih dan hiba bila terpaksa menyakiti anak sendiri. Namun, adakah kalian terfikir, jika kita tidak lakukannya sekarang, bilakah masanya lagi untuk kita buat semua ini kepada anak kita? Makin lambat di laksanakan..makin 'parah ' keadaannya. Dan mungkin tidak dapat diselamatkan.. Mungkin..

Saya bercakap bukannya mahu menunjuk pandai. Saya  juga bukan sempurna..Namun at least, lakukan sesuatu untuk anak anda. Usah dibiarkan. Saya bercakap kerana saya belajar semua ini dari pengalaman saya. Dan juga pengalaman yang berada di sekeliling saya.  Saya tidak mahu Nabila terus meminta bantuan untuk menguruskan dirinya. 

SAYANG KITA PERLULAH BERTEMPAT..JANGAN KERANA SAYANG..KITA MENGABAIKAN PERKARA YANG HARUS KITA LAKUKAN KEPADANYA..TERUTAMA SESI TERAPI...

Ya, bukan semua orang mampu. Bukan semua orang dapat luangkan masa..Namun pada saya tak salah berusaha sedikit. Banyak cara dan kaedah yang boleh dilakukan sepanjang kita bersama insan istimewa ni. Mengajar tepuk tangan juga memadai jika dibandingkan kita hanya meratap menangis mengenang nasib anak. Yang penting ibubapa perlu ada ilmu dalam melakukan aktiviti bersama anak mereka. Setiap perkembangan anak berbeza walaupun di diagnosis penyakit yang sama.

Moga segala usaha yang kita lakukan membuahkan hasil nanti. Pastinya hilang penat lelah dan air mata bila melihat anak ini melangkah dengan kaki sendiri buat kali pertamanya.. :) 

*motivasi untuk diri sendiri juga...* :)

22 January 2012

Usaha dan terus usaha lagi...

Ya...Sejak seminggu ini saya nampak banyak perubahan pada Nabila. Mungkin hasil usaha saya sedikit sebanyak membantu Nabila..

Alhamdulillah, saya semakin yakin dengan langkah saya kini. Biarpun kini saya sudah tidak lagi ke Kak Raw setiap minggu, saya habiskan masa saya dengan Dr. Sham pula. Jika tidak ke Dr. Sham, saya akan banyak habiskan masa di rumah saja.

Jika dulu, asal hujung minggu je, saya pasti akan bawa Nabila berjalan. Namun kini, saya rasa malas. Saya mahu berada di rumah dan lakukan sebanyak mungkin stimulasi buat Nabila. Entahlah..Kenapa hati ini malas benar untuk keluar berjalan. Lagipun, kalau keluar berjalan, aliran duit juga keluar..hehe..So better duduk rumah dan buat sehabis mungkin sesi terapi Nabila.

Saya banyak lakukan aktiviti bola. Untuk menguatkan kepala dan juga pinggangnya. Alhamdulillah, semalam, bila kami ke sesi terapi bersama Dr. Sham, Nabila tak menangis. Hanya merengek kecil. Ya, saya tahu. Nabila kini sudah biasa dengan aktiviti lasak yang dilakukan di rumah. Kalau setakat hayun bola laju-laju, Nabila dah tak heran dah!! hehe...

Alhamdulillah..rasa berbaloi dengan pilihan saya kini. Rasa lebih berbaloi-baloi lagi bila saya nampak Nabila mula mengesot menggunakan incline tracknya. Dalam hati saya, tak silap untuk memilih menggunakan kaedah glenn doman.

InsyaAllah, andai saya usaha lebih kuat lagi,pasti akan banyak lagi perubahan selepas ini. Yang penting terus usaha dan usaha lagi.. :)

Incline track in da' house!!! yeah..Harus ku letak target untuk Nabila tahun ini...

20 January 2012

Bila hati hancur remuk..

Sejak saya berulang alik membawa Nabila berjumpa dengan Dr. Sham, banyak perubahan yang saya lakukan. Termasuk mengubahsuai kediaman kami agar Nabila selesa untuk melakukan homework nya. Begitu juga dengan saya..Agar saya tak letih untuk membuat beberapa sesi bersama Nabila.

Setiap aktiviti yang dilakukan saya bahagikan dengan beberapa sesi. Pagi, petang dan malam.  Kerana saya tahu kemampuan Nabila. Andai saya buat lebih banyak lagi, saya khuatir Nabila akan keletihan. Tambahan pula , Nabila memang tak boleh letih. Jika letih dia akan diserang sawan.

Perubahan saya lakukan adalah ini..




Barang untuk stimulate sensori Nabila..


Meja patterning..

Pool lama saya keluarkan balik..

Dan....
...bilik tidur kami yang telah digelapkan cermin, hanya untuk sesi terapi cahaya (apa yang pasti saya tak suka ini..kerana tak suka bilik gelap disiang hari..tapi demi Nabila..saya buat je..)... :)

Dan tadi saya mengemas rumah..Hanya kerana mahu memberi ruang untuk sesi terapi berlangsung dengan selesanya. Sepanjang hari ini saya mengemas dan sesudah itu saya terus mencubanya.. nampak agak selesa..Jika dulu gambarnya...

ruang tamu yang sempit penuh dengan perabot.. :(

tapi kini...
Separuh ruang tamu saya gunakan untuk ruang terapi Nabila..

Sofa dan almari TV..? saya dah letak sudut terbaik..Rasanya saya tak mengabaikan tetamu yang datang ke rumah juga..:) Takkanlah nak suh tetamu dok lantai kan? So..kenalah pandai menyusun jika duduk rumah yang sesempit alam nih...

Ok...Apa yang tak kena..? Semua nampak purrrffeeect kan! Cuma ada satu alat je yang tertinggal dalam gambar di atas...

INCLINE TRACK!!!

Semalam, sesudah ke PDK, saya menghantar Nabila ke rumah mak. Kebetulan, atuk Nabila sedang menyiapkan incline track Nabila. Jadi, saya membantu sedikit sebelum saya ke tempat kerja. Dalam hati begitu teruja kerana saya akan menggunakan incline tersebut untuk sesi terapi Nabila.

  Siap 95% . :)

Namun bila saya menjejakkan kaki ke rumah mak saya lihat ini...

Patah..!!!!Patah lagi hati saya....:(

Serius, saya mengamuk kat rumah mak. Marah sampai saya menangis. Tak pernah saya rasa sedih begini. Kata mak, anak jiran darjah 5, bertubuh besar menaiki incline tersebut ketika ibunya sedang berborak dengan mak saya di rumah. Aduhai...!!

Kesal saya ketika itu. Saya berkeras mahu mengangkat track itu masuk ke dalam kereta tengahri sebelum saya ke tempat kerja. Firasat saya, pasti ada yang berkenan dengan incline track Nabila. Tekaan saya tepat. Hati saya tak sedap bila tiba di rumah mak. Dan bila mata ini tertacap dengan keadaan incline itu..buat hati saya hancur..

Hancur kerana mengenangkan Nabila tak berpelunag langsung untuk merasainya..Hancur kerana susah payah ayah saya dan kawannya mengangkat papan seberat itu di untuk naik ke tingkat 4. Hancur kerana ayah bersekang mata, berpeluh menegeluarkan tenaga untuk buat incline tersebut dengan harapan cucunya boleh mengesot di papan tersebut...

Hancur semuanya... :(

Sekarang..saya hanya mampu menanti ayah saya menggantikan papan baru. Dan saya tak pasti bila boleh disiapkan. Saya bercadang untuk menggunakannya sewaktu cuti 4 hari ini. Tapi bila jadi begini, semua yang telah saya plan untuk Nabila tak menjadi..

:( :( :( :(

Sedih..sangat sedih...!!!

Cik Bella merasai kesedihan saya.. Last pagi tadi Nabila diserang demam..Dan terpaksa di nab kerana telah seminggu mengalami batuk dan selsema...

setia menemani Nabila..Kesian adik...huhu

18 January 2012

Aquatherapy Nabila @ home

Sebenarnya, banyak saja perkara yang ingin saya luahkan di sini. Entry lepas pun, entry tahun 2011 sepatutnya. Serius..Saya agak sibuk kebelakangan ini dan rasa seperti tak cukup 24 jam. Terkejar ke sana sini membuatkan rasa penat. Bukan hari biasa sibuk bekerja..malah hari cuti juga.

Entry kali ini masih berkisar tentang perihal sesi terapi Nabila. Beberapa minggu lepas, saya membuka semula pool yang kami beli suatu ketika dulu..

~gambar lama..Ayah dengan Bella...Tengok tarikh pun tau tu gambar lama.. :) ~

Kali ini saya pula yang bersama Nabila. Saya memang tak berani nak tinggalkan dia seorang. Tambahan pula kolam besar..Apa ada hal kalau saya mandi bersamanya... :)

Cik Bella yang takut-takut..hehe..

Mana saya? Adalah..kat tepi sudut kolam sambil tengok Nabila sendirian..Bila tengok serba tak kena..saya datang..Tapi banyaknya dia duduk bersama saya..hehe...

Ok..habis cerita tentang renang... 

Next week kami akan ke Jakarta. Bercuti rehat di sana. Bukanlah banyak duit pun..Hanya temankan adik membeli barang persiapan perkahwinannya pada bulan Jun nanti. Alang-alang, nak dedahkan Nabila juga. Dan inilah pengalaman kami membawa Nabila menaiki kapal terbang. Cuak rasa... 

2-3 minggu lepas, sibuk saya menyiapkan pasportnya.. Dan paling suka gambar ini...


Sempat lagi senyum sengih di hadapan kamera. Susah betul nak ambil gambarnya. Adik saya komen..kenapa lah saya pakaikan Nabila dengan baju tanpa lengan. Alamak, manalah nak perasan. Plus baru balik sekolah time ni. Tak sempat nak tukar baju semua bagai..hehe...

Apapun..inilah update saya yang tak seberapa ni. Kalau ikutkan memang tak dapat nak menghadap blog (ketika entry ini ditaip). Kebetulan Cik Bella tengah tido kepenatan balik sekolah. So, saya curi masa sekejap jalan-jalan kat blog kawan-kawan.. :) Pada yang tak jemu singgah sini..terima kasih yek sudi datang membaca di sini.. :)


11 January 2012

Cik Bella dengan Krismas Party nya...

Cerita lama..tapi baru nak masukkan dalam blog..Huhu..

Serius, saya agak busy kebelakangan ini. Terkejar ke sana ke mari. Plus, waktu malam kini saya penuhi masa dengan lakukan aktiviti bersama Nabila. Apa lagi kalau bukan homework Dr. Sham. :)

Ok. Gambar saya ambil sewaktu majlis parti sempena Hari Krismas tahun 2011. Cik Bella dengan lagaknya. Saya hanya memerhati dari jauh. Tak mahu duduk dekat dengannya. Mahu melihat aktiviti di sekolahnya dengan jelas.

Seronok tengok anak-anak ini. Kalau tengok dari jauh, mereka nampak seperti tiada masalah. Nampak normal. namun hakikatnya mereka istimewa. Istimewa dengan cara tersendiri..

Apapun layankan saja momen-momen indah ini ya...

05 January 2012

Ruang & gadget

Perubahan drastik berlaku pada rumah kami. Seriuslah.rumah kami yang agak sempit ini..agak susah untuk saya meng 'adjust' ruang untuk Nabila melakukan sesi terapinya.

Ni jelah ruang yang ada pun nak bergolek-golek dengan Nabila. Saya suka buat depan TV..at least leh pasang lagu-lagu nursery ryhmes untuk Nabila dengar. Nak ibu dia nyanyi..sure sumbang mambang..hahaha!!!

Begitu juga dengan meja ini...

meja paterning Nabila...

Sebenarnya meja ni bukan tempat untuk saya dan abg makan bersama..Kami lebih selesa makan di meja jepun kami. Meja ni sebagai tempat untuk letak barang-barang je. Tapi bila Nabila memerlukan tempat untuk lakukan paterning, makanya terpaksa ku korbankan meja ini. Dan test-test..rupanya meja ni tak sesuai. Saya perlu gunakan meja potong kain saya jugak.. Yang bentuknya begini...

abaikan je barang yang berselerak..sebab time nih sibuk potong kain..hehe..


Hari ini, saya MC. Kerana masalah tekak saya yang sudah seminggu melarat sakitnya. Nak bercakap dengan suara serak macam Ella. Huhu..Menelan air liur? Lagilah payah. Sudahnya bila ke klinik, kata doktor, tekak saya sudah merah dan membengkak pada saluran tekak itu. Semalm pun doctor bagi nab kat saya. Katanya tak dengar bunyi peparu. Huhu...

Tapi, MC pun terapi tetap berjalan seperti biasa. Saya lakukan sedaya saya. Lepas makan ubat, terus buat sesi terapi..biarpun tekak rasa perit. Saya tak nak sebab saya Nabila kerugian 1 hari..huhu..

Dan tengahari panas rembang, saya keluar dengan Nabila mencari bahan-bahan ini...

sensory material untuk Nabila

Saya pening mencari bekas untuk letakkan semua bahan-bahan ini. last, saya teringat kak Afidah Ayob pernah letakkan gambar bekas yang diletakkan bahan-bahan sensory Aiman. Lantas , saya letakkan semua bahan-bahan saya di dalamnya. 

Saya lakukan mengikut arahan Dr. Sham kerana mahukan Nabila lebih fokus dan lebih berani dalam menyentuh pelbagai tekstur benda. Setiap benda 2 jenis untuk touch , hearing dan massage. Dan perlu di lakukan sekerap mungkin.

Saya juga tetap meneruskan terapi cahaya apda Nabila. Menyuluh mata dengan lampu picit bermentol kuning dan lakukan setiap sebelah mata selama 1 minit. On dan off. Kata Dr. Sham, untuk meransang kembali saraf mata Nabila.. :)

Harapnya saya dapat lakukan semua aktiviti ini. Bila dah ada yang guide, agak mudah untuk saya lakukan. 

p/s : badan Nabila dah nampak lembut, terutama tangan kirinya. Alhamdulillah. Tapi ibu harus usaha lebih keras lagi. InsyaAllah... :) Saya sedang merangka untuk memohon cuti separuh gaji. Doakan permohonan saya diluluskan. Amin...


02 January 2012

Aktiviti petang..

Saban hari ini, saya penuhi masa cuti dengan sesi terapi Nabila. Melakukan homework yang telah diberikan oleh Dr. Sham dan tadi, saya dudukkan Nabila di basikal pink nya.. :) Daha lama beli, tapi belum ada kesempatan nak naik main.. :)

Lihat saja aksi Cik Bella. Cuma tangannya perlu diikat. Kena sendal dengan bantal nak elak dia menunduk. Tapi takpe..At least merasa gak ibu tengok Nabila main basikal.. :) Cuma kena usaha je bagi Nabila kayuh sendiri basikal tu..





Comel bukan? Budak baju pink dengan beskal pink..hehe...

01 January 2012

Tahun Baru...Semangat Baru..

Yeah.. 1.1.2012 .. Rasa pelik je taip 2012.. Tapi hakikatnya kita sudah menjejaki ke tahun 2012. Dan merupakan tahun ke-4 saya menulis di sini. Banyak perkara yang dilalui..Dan bila dibaca-baca balik..semuanya menjadi kenangan saya dan Nabila sepanjang saya membesarkannya.. :)

Semalam, saya mencuba rawatan baru. Seperti yang kalian ketahui, saya dah tak membawa Nabila ke sesi fisoterapi di hospital. Dan hanya menumpukan perhatian pada sesi persekolahannya. Sehinggalah hati saya terdetik untuk mencuba di Dr. Sham Therapy Centre di Sentul, KL.

Sudah lama saya mahu applykan Glenn Doman Methods pada Nabila, malah saya hampir ingin mendaftarkan diri di Pusat NURY ketika Nabila berusia belum pun setahun lagi. Namun, faktor kewangan membuatkan niat saya terbantut di situ.

Sehinggalah saya tahu melalui Mazni, Mama Sofea. Dan hati ini meronta-ronta mahu mencuba. Ya, Di situ kita akan diajar dan akan diberi homework untuk dilakukan di rumah. Pernah tak kalian ingat suatu ketika dulu, saya pernah bercuti selama sebulan separuh gaji demi membuay home programme untuk Nabila ? Ya, Saya melaksanakannya, tetapi tidak beberapa baik. Bukan saya tak buat, cuma kaedah saya tidak beberapa sesuai. Tidak konsisten.

Maka dengan itu, saya perlukan seseorang untuk guide saya lakukan semua ini di rumah. Ya, saya tahu, saya bekerja dan agak sukar lakukan sendiriandi rumah kerana mungkin ada yang tahu, teknik Glenn Doman ini memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang untuk melakukan aktiviti yang di beri. Terutama dari segi patterning.. :)

Bila Abang bersetuju untuk membawa Nabila ke sana, dan bila Nabila merasai semua ini, saya berasa ralat. Ralat sebab saya terlambat untuk kenal dengan Dr. Sham. Andai saya tahu, sudah pasti sejak kecil bayi lagi saya ke sana.

Bila di ajar semalam, saya rasa teruja. Malah saya terus saja membeli peanut ball dan juga satu bola kecik, beserta lampu picit baru untuk Nabila. Menurut Dr. Sham, Nabila perlu di latih untuk head control dan juga rangsangan deria pencaindera. Yes..Perlu perbaiki ini terlebih dahulu dan kemudian baru bergnajak ke perkara lain.

Dan hati ini ber ura-ura mahu bercuti tanpa gaji. Namun, beberapa perkara harus difikirkan semula. Lebih-lebih lagi faktor kewangan. Abang bersetuju untuk saya bercuti dan duduk di rumah mak bagi memudahkan saya melakukan teknik patterning untuk Nabila. InsyaAllah, saya sedang usaha untuk mencari jalan..dan kawan-kawan..tolong doakan perjalanan kami dipermudahkan dan rezeki kami bertambah-tambah yek.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...