30 April 2012

...yang ke -29....

26 April lepas, genap 29 tahun saya bernafas dimuka bumi ini. Lambat benar nak update blog ek..hehe.. Pasal sibuk dengan Gathering Superkids yang ke-3 yang akan saya ceritakan nanti.. :)

Dalam hati hanya mahu tubuh ini sentiasa sihat dan dilindungi Allah sentiasa agar saya terus mampu menjadi isteri kepada Zulhilmi dan terus mencurahkan kasih sayang kepada anak saya Yasmin Nabilah. Dan tidak lupa kepada Adik Baby tersayang :)

Tiada majlis yang meriah, cuma kebetulan di pejabat, selesai mesyuarat kami mengadakan sedikit makan-makan sempena menyambut hari lahir pada mereka yang lahir pada bulan Februari. Mac dan April..

So layanlah gambar2 ini yek..


















 ~WITH ALL STM STAFF..~


Moga kehidupan lebih bersinar dan sentiasa di rahmati Allah.. Amin.. :)

24 April 2012

Bila Nabila jumpa dentist...

Pagi tadi, kami ke Hospital Sungai Buloh lagi. Temujanji bersama Pakar Pergigian Pediatrik. Rasanya unit ni memang baru lagi kat HSB. Nampak orang renovate ruang bilik untuk unit ni tempoh hari.

Nabila di rujuk ke sana bukanlah ada masalah gigi yang serius. Cuma sebagai pemeriksaan biasa. Dan rupanya kami baru tahu bahawa gigi geraham Nabila berkemungkinan akan rosak jika tidak digosok 2 kali sehari. Selalu saya hanya berkesempatan menggosok gigi Nabila sekali sehari sahaja :(

Doktor berkata, rupanya ubat lactul yang Nabila makan setiap hari itu sebenarnya manis dan menggalakkan kerosakan gigi lebih teruk lagi. Oleh kerana itu, beliau menyarankan saya membersihkan gigi Nabila sebelum tidur. Dan juga menukar ubat gigi Nabila kepada ubat gigi yang mempunyai florida...

Betul jugak! Lama dah saya pakai ubat gigi yang tanpa florida ni. Sebab Nabila kan tak reti nak buang ubat gigi dalam mulut. Doktor kata, tak payah nak letak banyak-banyak. Sikit-sikit sudah!!!

Ok. 6 bulan akan ada temujanji lagi. Jika doktor melihatkan gigi Nabila kurang memuaskan hatinya, dia akan seal atau tampal untuk ratakan gigi supaya mudah untuk saya gosokkan gigi. Yang bagusnya seal gigi ni, mungkin bila Nabila main gigi (mengetap dan melagakan gigi sampai rasa ngilu kalau kita dengar) kurang sikitlah bunyinya. Huhu..

So, nak tak nak ibu kena gosok gigi Nabila 2 kali setiap hari. Mujur hasil usaha saya tak jemu mengajarnya menggosok gigi membuatkan Nabila menjadi biasa dengan perbuatan menggosok gigi setiap hari walaupun dulu meraung-raung tak mahu gosok. Sekarang ni, terus je bukak mulut bila berus gigi dah kat mulut! Pandai!!!

Sempat gak tanya doktor, tumbesaran gigi Nabila normal atau tidak. Alhamdulillah, katanya 20 batang gigi adalah normal untuk kanak-kanak seusia dia. So ibu kena jaga elok-elok sebab anak istimewa memang mudah mengalami kerosakan gigi. Misi lepas ni, cari ubat gigi dulu ek.. :)

santek tak gigi saya? hehe...

23 April 2012

Kumpulan Sokongan Anak Istimewa

Sejak mengenali dunia blogging, serasa saya begitu ramai sekali rupanya yang senasib dengan saya. Agak-agaknya lah kan, kalau takde blog atau facebook..confirm saya mati kutu tak tahu apa nak dibuat dengan Nabila.

Bila mempunyai anak istimewa, kawan-kawan di sekeliling kita juga istimewa.Perasaan bersama rakan-rakan yang punya anak istimewa juga lain. Tidak seperti bersama mereka yang tidak mempunyai anak istimewa. Kami lebih memahami 'bahasa' anak kami masing-masing.

Serius saya katakan, mempunyai kumpulan sokongan adalah satu perkara yang baik dan positif. At least, kita dapat meluah rasa pada rakan senasib yang memahami diri ini. Pada mereka yang rasa ragu-ragu untuk berkawan, inilah masa yang sesuai untuk join group kami .

 Super Mum's & Super Dad's Angel - Unconditional Love ditubuhkan oleh Puan Khairun Darwani Khairuddin dan di dedikasikan pada anaknya Nur Aida Qalesya bagi menghimpunkan ibubapa hebat yg menjadi insan terpilih oleh Allah swt; melahirkan dan membesarkan anak istimewa.

Antara  objektif kumpulan sokongan ini ialah utk :
1. Berkongsi info, ilmu, kemahiran, kepakaran mahupun pengalaman tentang isu-isu berkaitan anak-anak istimewa seperti terapi yang pelbagai, rawatan dan perubatan alternatif, penjagaan harian, hak-hak anak syurga di Malaysia, isu pendidikan khas dan isu kesihatan.


2. Meningkatkan kesedaran dan keprihatinan ibu bapa anak-anak istimewa mahupun individu/kumpulan penyokong dalam pelbagai isu.


3. Menyediakan para ibu bapa anak-anak istimewa yang mantap emosinya untuk berjuang dengan lebih gigih, tabah dan bertawakal dalam menempuhi pelbagai cabaran untuk anak-anak syurga mereka.


Pada saya, saya semakin bersemangat dalam proses pemulihan Nabila sejak mengenali kumpulan ini. Pelbagai info saya dapat dari mereka yang mempunyai pengalaman lebih luas berbanding diri saya yang kerdil ini. 

Kami juga pernah mengadakan 1st Gathering kami di Rawang dan rasanya saya pernah cerita dalam entry ini..  http://yongnoina.blogspot.com/2011/12/1st-gathering-supermum.html  


Kami kini sedang dalam usaha untuk mendaftarkan kumpulan ini sebagai kumpulan berdaftar. Masih dalam proses merangka kertas kerja . Pada mereka yang masih tercari-cari kumpulan sokongan seperti ini, mari sertai kami dengan klik pada laman facebook kami di  Supermum's & Superdad's Angel - Unconditional Love 

 

22 April 2012

Alhamdulillah..sudah sampai corner chair..

:: ibu bagi saya sebekas getah untuk main : sensory play ::

:: Tetiba dengar ibu panggil.."Nabila!! . (tah mana tah mata tu dok mencari suara ibu) ::

:: alamak! bekas getah saya jatuh. Aiyyokkkk!! ::

 :: Sebenarnya saya nak amik getah tu..yeayyy dapat pun! ::

:: haaa..boleh pun saya keluarkan getah tu dari bekas...::

*yang tak bestnya..mata tu tah mana-mana tah pandang. Takpelah dik..ibu faham kebolehan kamu. Janji tangan still function untuk merasa benda....*

Alhamdulillah, corner chair yang saya nantikan seminggu lepas, sudah berada di tangan. Terima kasih pada kak Azlina dari Helping Hands membantu membawakan kerusi ini dari Kuching ke KL. Dan terima kasih juga pada Zura ibu Habib mengambil kerusi ini dari tadika kak Nina.. :)

Dan paling tak lupa..terima kasih pada Morni kerana telah membayar kerusi ini untuk Nabila. Katanya sempena hadiah hari lahir Nabila. Beruntung sungguh si kecil ini. Moga Allah sentiasa murahan rezeki Morni sekeluarga.  Amin.. InsyaAllah.. :) *mood terharu sebab tak pernah bersua muka, namun hatinya mulia sanggup mengeluarkan duit untuk si kecil ini*

20 April 2012

Alahai..bila fizikal ni terhad...

Budak cantik try nak guna tangan kiri..nampak ada improvement!! 

Dulu, kemain payah nak suruh tegakkan tangan kiri. Dalam gambar ni nampak tangan Nabila sedikit bengkok kan? Tapi much better dari dulu. Bila suruh meniarap letak kat ball atau duduk sendiri, automatik dah tau letak mana posisi tangan tu.

Tadi banyak aktiviti nak buat. Hanging, masking, weight bearing, rolling, creeping.. Tapi fizikal ni dah terhad pulak. Esok genap adik baby berusia 12 minggu. Sekejap pulak masa berlalu. Perut pun dah nampak meninggi sikit (tapi ditambah dengan lemak..hahaha!!) Nak pakai tali pinggang keledar pun rasa tak selesa. Rasa mau buka..tapi takut kena saman pulak..hehe..

Harapnya fizikal saya takkan mengganggu urusan dalam aktiviti Nabila. Masa gambar ni diambil, budak cantik ni langsung tak menangis. Seronok main dengan ibu hari ini. Cuma ibu dia yang surrender tak lalu nak buat aktiviti seterusnya. huhu......

Menangis dalam hati..

Pernah dulu saya menangis dalam hati bila Nabila lahir dengan keadaan wayar berselirat. Dibantu dengan oksigen untuk terus hidup. Diserang sawan setelah 3 hari lahir ke dunia. Menangis dalam hati kerana di marahi nurse kerana dia merasakan saya penyebab keadaan Nabila begini..

.

Pernah dulu saya menangis dalam hati tatkala dikhabarkan Nabila tidak akan mampu untuk menjadi sempurna seperti insan lain. Bagai bumi menghempap kepala saya bila doktor menyuruh saya menerima hakikat bahawa Nabila akan menjalani hidup penuh dengan rawatan fisioterapi, terapi carakerja dan lain-lain..

.

Pernah dulu saya menangis dalam hati melihat Nabila menangis kesakitan setiap kali menjalani rawatan fisioterapi, Kak Raw, pemeriksaan mata, ENT dan lain-lain. Dalam hati ini, seperti mahu bertukar tempat dengannya biar saya yang merasai kesakitan semua itu. Namun, apakan daya saya....

.

Pernah dulu saya menangis dalam hati melihat Nabila menangis tanpa henti dan tanpa puncanya. Sehinggakan membawa kereta, air mata ini mengalir sambil berzikir mahu Allah kurangkan kesakitan Nabila.  Dalam fikiran ini, puas berfikir salah sayakah menyebabkan perasaan Nabila menjadi tak tentu hala.

.

Pernah dulu saya menangis dalam hati bila menghitung setiap hari kelahiran Nabila, perkembangannya tidak begitu memberangsangkan. Hati saya dipagut rasa bersalah kerana sepertinya saya mementingkan diri dengan menghantarnya ke sekolah tanpa memikirkan apa yang telah mereka lakukan pada Nabila setiap hari. Andai diberi pilihan, saya mahu Nabila membesar di hadapan mata saya..

.

Pernah dulu saya menangis dalam hati bila menghantar Nabila ke Tasputra untuk pertama kalinya. Usianya yang baru mencecah 2 tahun, serasa sungguh kecil dirinya untuk ke sekolah. Risau di hati usah cerita, kerana Nabila sendiri tak pernah berpisah dengan nenek yang menjaganya. Pernah saya melihat mak menangis sedih bila mengetahui saya akan menghantarnya ke sekolah untuk pertama kalinya.

.

Pernah dulu saya menangis dalam hati kerana gagal mengawal penyakit sawannya. Sedih setiap kali terjadinya sawan, saya memikirkan berapa banyak sel di dalam otaknya yang akan rosak akibat serangan tersebut. Bertambah sedih bila perkembangannya menjadi bertambah perlahan dan semakin perlahan.

.

Pernah dulu saya menangis dalam hati kerana tidak dapat membawa Nabila ke tempat rawatan yang bagus untuk dirinya. Hanya mengharapkan hospital yang tak sudah suka menjatuhkan harapan saya sendiri terhadap perkembangan Nabila. Andai diri ini jutawan, pasti berhabis duit saya membawanya untuk menjalani rawatan.

.

Dan semalam.. saya menangis dalam hati lagi.. Kerana begitu sukar sekali membuat keputusan antara kerjaya dan anak. Saya risau andai tindakan saya ini bakal mengundang masalah lebih buruk di masa hadapan. Dalam hati saya yakin, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Semahunya saya bersabar dengan segala ketentuan-Nya. Namun kali ini, saya mahu lakukan yang terbaik buat bintang kecil hati saya.

Hidup tidak selalu indah. Adakala turun, adakala naik. Mungkin Allah berikan rezeki yang baik buat saya andai saya korbankan segalanya demi Nabila..

17 April 2012

Apa yang Nabila rasa..?

Sebelum tu, nak tunjuk ini..

*mood sedih : Tak dapat belikan kek untuk Nabila hari ini*
Hadiah dari ayah..
sepotong, tapi bermakna pada hari ini...
 Alhamdulillah..daripada takde langsung kan.. :)

Dan saya mahu menunjukkan gambar ini pula...

 *gambar ni baru kena dengan tajuknya..hehe..*

Mengajar Nabila mengenai sensory. Bila saya letakkan tangannya di dalam botol yang berisi kapas ini, saya cuba melihat wajahnya melalui cermin di hadapan saya. Saya mendiamkan diri. Nabila apatah lagi. Hanya senyap terpaku merasai kelembutan kapas itu.

Dalam hati saya terfikir. Apakah yang difikirkan oleh Nabila? Bagaimana perasaannya hanya dapat merasa tanpa dapat melihat kapas itu?

Benda yang lembut tanpa membuatkan tangannya merasa sakit bila dipegang membuatkan dirinya tenang. Cuba bayangkan mata kita terpejam dan cuba merasai kapas di tangan kita. Tentu rasa selesa bukan? Saya andaikan jika tangan Nabila sedang memegang benda yang tajam. Confirm dia akan cuba melarikan tangannya dari menyentuh benda tajam tersebut. Dan dalam pada masa yang sama, Nabila akan takut untuk memegangnya lagi.

Beginilah perkara yang Nabila lalui sekarang. Setiap tindak tanduknya, Nabila akan rasai ketakutan yang amat. Kerana apa? Matanya..... :(

Andai mata itu mampu melihat, pastinya ketakutan itu akan hilang. Malah mungkin dia akan cuba merasai apa saja benda di sekelilingnya. Dalam hati saya tak mahu ianya berterusan. Sebolehnya saya mahu Nabila melihat keadaan sekelilingnya.

Mungkin ada yang membaca entry ini bertanya, Nabila butakah? 

No!!! Nabila hanya mempunyai masalah di bahagian saraf matanya. Objek yang di pandang tidak dapat di analisis oleh otaknya sekaligus memberitahu apa objek yang dipandang. Bagaimana saya nak betulkan saraf matanya sedangkan sedia maklum bila melibatkan saraf, kerjanya pasti lebih sukar!

Dengan hanya melakukan perkara seperti gambar di atas saja yang dapat membantu Nabila. Bak kata Dr. Sham, Nabila perlu banyak buat sensory. Berikan semua perkara disekelilingnya untuk dirasai bagi mengurangkan rasa takutnya. Benar! Itulah cara sebaiknya... :)

Bila umur sudah 4 tahun ini, tiada apa yang saya harapkan melainkan penglihatan Nabila pulih sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, jika dulu matanya langsung tidak fokus pada cahaya, kini sudah pandai kecilkan mata atau larikan mata jika terkena cahaya terang. Moga penglihatan Nabila terus pulih lagi dan mampu melihat perkara sekelilingnya.. InsyaAllah.. Doakan untuk Nabila yek..

4 tahun dikau bersama ibu...

Alhamdulillah.. Nabila masih bersama saya. 4 tahun satu masa yang panjang bagi saya dalam membesarkannya. Pelbagai perkara telah kami lalui bersama..Alhamdulillah, saya masih teguh berdiri demi Nabila.

Hari ini, Nabila sudah menginjak ke usia 4. Wajar di ruang mata saya kini sedang teringat kisah saat saya melahirkannya. Serasa saya tak nampu untuk lupakan kenangan ini. Mungkin sampai saya memejamkan mata ini....

 Budak tembam berdua masa 1st celebrate besday bersama.. Alisya & Nabila.. Memang sama.. :)

 Masa kat rumah opah kat Ipoh. Excited tgk dia pegang pisau..hehe..

Kek santek hadiah Ummi Alisya..

Kenangan masa majlis hari lahir pertama Nabila memang tak dapat dilupakan. Sampaikan ada anak jiran kat rumah mak tanya, "Bila mak Nabila nak buat birthday party lagi?".. Ceh..Budak-budak pun suka sebab dapat door gift.. :)


Birthday ke 2 tahun..

Ibu tak buat apa pun..just keluar berjalan dengan ayah. Takpelah, bajet pun tak berapa ada ketika tu.. Jadi celebrate bertiga jelah..hehe... Dapat belikan mainan untuk Nabila pun dah kira ok.. :)


Birthday ke-3 tahun..Majlis kecil-kecilan di rumah kami.. :)

Masuk 3 tahun, buat la sedikit majlis. Simple dan cukup bermakna. Kerana untuk pertama kalinya buat di rumah kami. 

Bila lihat semua, tak sangka, anak sekecil ini sudahpun seperti anak dara. Kata mak, kalau sihat, confirm  dah suruh buat macam-macam. Hehe.. itupun "kalau..."

Entahlah, dalam hati saya terus berdoa agar anak ini terus diberi kesihatan yang baik. Dan moga kehadiran adiknya nanti mampu mengubah kehidupan kami agar lebih ceria lagi. Kehadiran Nabila memang dah ceria..cuma mahu lebih lagi.. :) Moga saya terus kuat melangkah bersama si kecil ini...

terus dan terus melangkah lagi... :)

Selamat Ulangtahun Yang Ke-4 Sayang. Ibu doakan Nabila terus dipinjamkan untuk ibu, diberikan kesihatan yang baik dan mampu untuk berdikari suatu hari nanti. InsyaAllah.. Doa ibu sentiasa mengiringi perjalananmu. Moga Allah sentias permudahkan jalan untuk kita berdua nanti.. Amin...

15 April 2012

Dalam hati rasa ralat!!

Hurm..betul! Seminggu Nabila tak sekolah. Isnin dan Selasa, saya terpaksa menghadiri kursus di Putrajaya. Sah-sah memang payah nak hantar ambil Nabila lebih-lebih lagi kena drive sendiri ke Presint 4. Sudahlah tak pandai sangat jalan area Putrajaya..Mujur tak sesat.. (pasal dah survey jalan sehari sebelum gi kursus..hehe...)

Kebetulan memang ayah Nabila diberi cuti sakit lagi, maka ayahnya meng'offer' diri untuk jaga Nabila. Kalau tak saya kena hantar ke rumah mak dan ambil di sana.

Duduk rumah tak bererti tiada aktiviti dilakukan. Setiap hari ayahnya mencelup ke kolam untuk berenang. Tambah pula memang sepatutnya Nabila harus swimming setiap hari bagi mengurangkan rasa takut pada air.


Memang betul kata Dr. Sham.. Hari pertama masuk kolam bising mulut. Bukan pasal menangis tapi sebab takut dengan air. Bila dah masuk hari kedua..rileks je.. So means, Nabila harus swim setiap hari untuk mengurangkan rasa takut pada air dan menguatkan muscle nya. Tapi apakan daya.. bila ke sekolah, aktiviti ni sah-sah tak dapat dilakukan setiap hari. Balik pun dah malam. Pagi-pagi subuh dah keluar! Kan bagus ibu tak kerja... :(

Alamak! tengok mana tu dik!!!

Sekarang ni pun asyik buat balancing. Dan yang bestnya, Nabila boleh tahan dan cuba imbang badan kalau nak terjatuh.. :) Suka tengok. Tangan kirinya pun dah mula kuat untuk menahan badan. Bukan mudah tau nak buat. Lagi-lagi pinggang Nabila memang tak kuat.

Sebenarnya, semua ini saya perlu lakukan dengan penuh rasa komitmen yang tinggi. Kalau setakat buat ala kadar, hasil pun ala kadar jugak lah! Sebab tu saya beria kata nak berhenti kerja. Sebab saya tahu Nabila boleh lakukan. Saya sebenarnya tak yakin pada orang lain yang katanya sudah berjaya mengubah Nabila. Huh! Betulkah dia menggunakan cara yang betul untuk mengubah Nabila? Saya tahu kemampuan Nabila macamana. Sebelum dia buat, Nabila memang dah pandai buat perkara itu. Cuma dia je yang baru sedar!

Adoiii!! Meluah rasa dalam blog! Tak tahu nak cakap kat siapa sebab rasanya memang takde siapa pun yang faham apa yang tersirat di hati saya.

Dalam hati rasa ralat! Sungguh tak selesa!!! Moga Allah terus memberi petunjuk pada saya dalam hal urusan Nabila.. Amin...

07 April 2012

Something untuk Nabila...

Lama benar tak membeli gadjet baru untuk Nabila. Kalau nak diikutkan memang melambak mainan kat rumah ni, tapi kali ni nak cari sesuatu hasil dari homework yang diberikan oleh Dr. Sham..

Kalau nak diikutkan bulan ni memang sengkek sikit. Tapi sebenarnya duit ini hasil dari semua pembaca blog ini yang tak jemu-jemu klik iklan kat sebelah ni. Duit dari Nuffnang.. :)

Saya tahu kebanyakannya yang klik mungkin niat untuk menderma untuk Nabila. Maka harusnya duit ini harus saya gunakan untuk Nabila juga. Terima kasih pada semua. Tak sangka bila kumpul-kumpul rupanya dah sampai RM 200++ . Mungkin pada orang lain sedikit jumlahnya.. Tapi pada saya jumlah itu sangat BESAR! :) And seriously, saya sangat berterima kasih pada mereka yang sudi klik iklan disini.. :)

Pada awalnya, saya mahu menggunakan duit ini untuk membeli ini..

Corner chair..

Ini pun saya sudah bertanya pada Dr. Sham sama ada Nabila sesuai atau tidak duduk di situ.. Dr. Sham kata Nabila boleh duduk cuma saya perlu dudukkan pada masa-masa tertentu sahaja. Selebihnya harus berada di lantai.. :)

Menangis pasal mengamok buat terapi kat Dr. Sham Centre..Ini budak banyak ngelat!!!!

Tapi bila pagi tadi kami diberi tugasan untuk mencari bahan-bahan untuk bunyi-bunyian untuk Nabila..puas juga berfikir bahan-bahan yang disenaraikan  oleh Dr. Sham tadi.. Last Abang kata "Jom pegi OU..Kita gi Toy's r us.."

Hasil 'rembatan' tadi...

Rupanya Nabila suka bunyi yang terhasil dari mainan ini. Kecuali yang Hammer tu. Terkedip-kedip matanya ketakutan setiap kali saya guide tangan dia mengetuk kayu-kayan itu. 

Maka, untuk corner chair..maybe ibu terpaksa tunggu duit claim mengajar ibu nanti.. Harapnya dapatlah duit tu untuk tampung beli corner chair untuk Nabila..Dahlah claim haritu kena reject. Kata tak layak..! Harapnya ada rezeki Nabila nanti..huhu..

Bila fikir, kan bagus duit berkoyan-koyan.. Takdelah terkemut-kemut ibu nak keluarkan duit untuk beli alatan Nabila.. :(

Kata Dr. Sham tadi, Nabila harus hilangkan rasa takutnya. Dan saya sendiri harus berfikir untuk tidak terlalu 'pushing' Nabila untuk buat itu dan ini. Dr. Sham tahu limitasi Nabila. Katanya, saya harus sedar anak HIE Stage 3 takkan dapat menjangkau tahap seperti Nabila sekarang. Kalau nak diikutkan, mereka tergolong dalam golongan 'severe' . Hanya seperti sayur lembik yang tak mampu untuk lakukan apa-apa.

Kata Dr. Sham, saya harus bersyukur, progress Nabila lebih baik jika dibandingkan apa yang didiagnosis oleh doktor. Ya, saya sedar tentang itu. Kebolehan Nabila memang tak boleh disangkal. Bukan mahu puji anak sendiri, tapi hakikatnya, saya tahu Nabila mampu lakukan lebih baik dari sekarang ini. Cuma apa yang perlu saya lakukan adalah usaha dan usaha lagi. Tak lupa sentiasa berdoa dan bersyukur atas apa yang telah Dia berikan pada Nabila.

Doakan rezeki kami sentiasa murah untuk hal-hal Nabila. Sebenarnya ada beberapa tempat baru yang mahu saya cuba buat terapi untuk Nabila, namun bila mengenangkan duit..segalanya terbantut. Terpaksa melakukan seadanya sahaja.. :(

Moga rezeki budak si rambut lebat ini sentiasa murah.. Amin.. :)

Bila tengok babak ini, tak sangka Nabila rupanya dah boleh duduk highchair ni. Dulu tak yakin langsung.. Bila dia cuba untuk control kepalanya, saya kagum! Ada rupa budak HIE Stage 3 ke? Yeah.. moga anak ini terus maju.. Amin...

03 April 2012

Buang Tonsil & Buku Merah - Done!

Assalamualaikum... Lamanya tak update blog. Sunyi sepi di sini. Sibuk dengan pembedahan buang tonsil Incik Zul last week. Berulang-alik saya ke Hospital Tawakal setiap hari. Mujur hanya 3 hari saja. Dan mujur juga saya hanya duduk di rumah mak.. :)

Condition Incik Zul..? So far ok..cuma lepas balik dari hospital sakit menjadi-jadi plak..Maybe nak baik..tu yang sakit datang tu. Seminggu melepek kat rumah..

Dan inilah hasilnya.. Dua belah tau..Kiri dan kanan..yang saya amik ni tak sure kiri atau kanan..

 

Ok..tutup pasal tonsil...

Sejak kes saya datang ke HSB untuk temujanji kedua kerana nak sahkan adik baby ok ke tak, so saya memamg tak de masa nak buat buku merah. Ala buku ni..

Buku rekod adik baby...

Huhu..sadis sungguh Ibu Nabila ni. Serius..memang takde masa. Terkejar ke sana kemari dengan kerja..hal Incik Zul..Hal Nabila..adoiyaii tak sempat nak buat. Lagipun tengah berkira-kira nak buat kat private ke government...? Kalau buat kat klinik swasta confirm kena gi swasta..Kalau check up kat swasta pastu gatal nak gi hospital kerajaan..sure kena MAKI punya..huhu..

Bila melihatkan kes Incik Zul buat pembedahan kat swasta..saya rasa malas plak nak ke swasta. Memang lah selesa..Tapi bosan lah pulak duduk sebilik seorang atau dua orang sebilik. Huh! Kalau dapat yang mesra alam takpe..ni dapat suka 'AKU+BUAT+HAL+AKU : KAU+BUAT+HAL+KAU' Tak ke parah? Udahler saya ni jenis mesra alam. Semua saya nak tegur..hahaha!!!

So, last saya decide ke klinik kerajaan juga. Dan bersalin? Rasanya memilih Sungai Buloh jugak. 

Kenapa masih lagi pilih hospital yang sama? Padahal dah tau ada sejarah hitam kat situ..?

Entahlah..Hati ni rasa nak bersalin kat situ gak. Walaupun ramai yang tak suka termasuk mak saya. Memang bangkang habis-habisan. Tapi tu jer yang dekat dengan rumah saya. Semua rekod saya dan Bella ada di situ. Senang!

Tadi, masa pemeriksaan kat klinik tadi, nurse yang tanya tu kesian kat saya. Tak sangka Nabila tak boleh nak keluar masa proses bersalin dan tak sangka plak, vakum 2 kali boleh failed..Huhu..Dah tersurat nasib Nabila begitu..Nak buat camno?

So,saya tekad akan lakukan c-sear juga untuk adik baby. Biarlah perit, janji adik baby selamat. Itu niat saya. Biarlah saya yang menanggung sakit..Tak mahu adik baby ikut jejak langkah kakaknya. 

Sudah terang-terang c-sear..lepas ni kalau ada yang tanya kenapa c-sear, harus saya tunjuk mukasurat pertama yang dicatat oleh nurse pagi tadi.. Heheh.. Malas nak ungkit kisah pedih hati yang berlaku pada saya dan Nabila di Sungai Buloh. Biarlah ia menjadi tauladan dan peringatan saya akan datang..

Doakan perjalanan adik baby baik-baik sahaja. Sihat dan normal seperti kanak-kanak lain. Agar adik baby dapat membantu saya dalam membesarkan kakak Bella nanti.. Amin.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...