23 June 2012

Boboboi ke Gegegirl ke..Ibu tak kisah sayang..Janji sihat.. !

Khamis lepas, saya ke klinik. Niat untuk scan adik baby dan melihatkan kondisinya yang menjadi tanda tanya besar di atas kepala saya nih sejak beberapa minggu lalu. Serius tau...berdebar je. Setiap hari berdoa agar anak dalam perut ni sihat dan baik-baik saja. Bila diri dikelilingi dengan pelbagai kisah kawan-kawan Nabila, membuatkan hati saya tak keruan. Kecut perut! Ya, harapan saya tinggi menggunung untuk anak ini. Agar dirinya mampu untuk berbakti demi kakaknya...

Setelah doktor selesai memeriksa kakak Nabila, terus saja saya di suruh berbaring di bilik rawatan. Owh ya, lupa plak.. Nabila kurang sihat masa ni. Badannya panas dan kelihatan seperti jerking . Salah saya kerana tak memberikan sebarang ubat sepanjang hari tersebut. Dek kelam kabut pagi itu, saya lupa memberikan epilim dan segala mak nenek multivitamin seperti yang saya lakukan hari-hari. Aduhai anak!!!

Ok..bercerita tentang adik baby..Memang teruja nak tengok budak kecik ni. Lagi-lagi dah mula nampak muka dan bentuk fizikalnya. Abang dan Nabila pun turut sama melihat. Kata doktor saiz kepala adik baby normal. Dan ketika itu kedudukannya breech . Kepala atas, kaki bawah.

Alamak! Adik baby kepit la dia punya 'tut' . Memang tak nampak langsung! Last doktor tekan sikit perut saya dan gerak-gerakkan. Uiiii makkkk!!! terasa nak bila kamu mengalihkan posisi...hehe.. Kata doktor, "hehe..dia dengar cakap saya tuh.." 

Kata doktor lagi berat adik baby kini sudah 400g . Normal lah ikut umur dia skrg 20-21 minggu... :)

Saya bertanya soalan bodoh sebenarnya. Sama ada anak saya betul-betul sihat dan normal fizikalnya? Huhu...
Doktor kata.. "Nabila juga dulu normal baby..disebabkan kekurangan oksigen buat dia jadi begini..So mummy jangan risau yek....!"

Dusshhhhhhh!!! Kan dah kena! Yelah..memang tau punca Nabila Cerebral Palsy adalah kerana kekurangan oksigen..Bukan disebabkan faktor fizikal.. Apehal la ibu ni tanya soalan bengong! Tapi yelah dalam hati ingin tahu semuanya. Pastinya mahu anak ini sihat dan normal seperti kanak-kanak lain...huhu...

Apapun, saya tak kisah sama ada girl atau boy.. Janji keadaan dirinya sihat. Saya tanya abang, tak kisah ke? Tengok muka abang ok jer..Tapi kompem la happy!!! hahaha!!! Sebab se 'geng' dengan dia..!

Doktor kata kalau nak confirm lagi, kena tunggu dia keluar dulu.. Hahahahaha!!!! Doktor Aniza ni buat lawak plakkkssss!! hehe...

Masin mulut mu Jiey! Kata Jiey, skrg ni trend dapat anak sepasang...hahaha!!! Patutlah mengandung kali ni tak macam mengandung Nabila dulu. Masa mengandung Nabila pantang nampak benda manis, sure makan. Pantang nampak kedai kek, mesti nak makan kek. Chocolate Ball kat kedai King's tu dah jadi santapan hari-hari tau. Masa adik baby sekarang ni, asik nak makan benda masin dan masam. Makan buah pun boleh plak saya letak garam! hahaha!!!!

Ok..Apapun, doakan adik baby dan keadaan saya sihat hendaknya. Amin.. :)

 Nampak tak adik baby macam nak boxing dalam tummy ibu!! Nak tengok muka, sekali tak bagi daaaa!!!!

report doctor.. 

Okesssss!!! Daaaaaaaaa!!!!

19 June 2012

Mata melihat..akal berbicara..

Ahad lepas, saya ke rumah mak. Kerana kami sekeluarga memanggil jiran-jiran untuk 'berkampung' - alah..bincang untuk gotong-royong kahwin...

Memang nampak meriah,namun pada saya agak kurang selesa. Banyak mata yang memandang Nabila. Faham sajalah bila mata dah melihat..faham saja apa yang difikirkan oleh orang yang memandang Nabila.

Bukan saya tak boleh terima semua ini, cuma tak suka mata yang memandang Nabila seperti simpati dengan keadaan sang puteri ini. Ya, saya tahu tak dapat diluahkan dengan kata-kata bila melihat keadaan Nabila..namun apakan daya saya. Takkan nak sorok Nabila bawah tudung periok pulak kan..hehe....

Dalam hati saya cuba memahami. Ramai yang mengusap pipi mulus Nabila. Dan memuji Nabila nampak aktif jika dibandingkan keadaan sebelum ini. Saya cuba memujuk hati agar membiarkan saja apa tanggapan mereka terhadap Nabila dan saya. Yang penting, saya tahu apa yang saya lalui bersama Nabila. Ya, mungkin saya jarang sekali membawa Nabila ke majlis-majlis di rumah mak. Sebab itu saya sepertinya tidak biasa dengan keadaan makcik-makcik flat rumah mak ni..

~melihatkan dirinya, apa sajalah yang dimengertikan oleh anak kecil ini. Moga kita terus kuat ye sayang hidup di muka bumi Allah ini.. InsyaAllah....~

17 June 2012

Dimana Nabila...?

Salam semua... Lama benar tak update! Serius, memang takde kesempatan nak berblog menulis tentang Nabila..Kadang-kadang tu ada je benda nak tulis, tapi entah jari jemari ni malas betul..hehe...

Alhamdulillah, adik baby sudah berusia 20 minggu yakni sudah 5 bulan. Hanya menanti 20 minggu saja lagi untuk keluar melihat ibu, ayah dan kakak Bella. Keadaan saya? Pinggang yang sering sakit dek selalu mendukung kakaknya dan ibu semakin kuat makan. Entah kenapa sentiasa lapar. Berat pun naik mendadak tak ingat ni. Adoiyyaiii..kompem kena marah dengan nurse!

Activity Nabila berjalan seperti biasa. Cuma sesi terapinya tak seperti dulu. Saya hanya buat mana yang termampu. Selesai buat satu sesi, mulalah pinggang ni sakit. Kadang-kadang kesian kat dia sebab merengek panggil ibu ajak main. Aduhai nak..kalaulah boleh dibelah badan ni..mesti ibu lakukan aktiviti dengan kamu...

Saya sedang berusaha mencari sekolah lain untuk Nabila. Keadaan yang jauh ke Subang membuatkan keadaan kewangan kami semakin menghimpit. tambahan pula keadaan saya yang tak berapa mengizinkan membuatkan hati saya sedang berbelah bagi untuk meneruskan persekolahan Nabila di situ. Doakan urusan saya dipermudahkan ye kawan-kawan...

Actually, entry ni saje je nak suruh kawan-kawan cari Nabila kat mana...Cubalah tengok keadaan dia ni....

hehe..kolam bola... :)

Teringat dulu masa kat hospital..Takut benar dia dengan kolam ni..Sekarang siap senyum dalam kolam ni. tak takut dah.. Tadi tah berapa kali tenggelam di lautan bola.. puas ibu cari. takdelah dia menjerit kelemasan..hehe...

Aktiviti pun tak banyak buat..sempat gak la lepas letak kat kolam bola..letak pulak kat kolam air..hehe..


Muka senyum sengih je hari ni. Agaknya dengan cuaca panas, seronok pulak dia berendam. Siap kepala tegak tadi. Saya dan Abang menjerit seronok tengok Nabila main hari ni. Sebab tak sangka pulak dia main kuis-kuis kaki ala-ala terapi dalam air. Selalu statik je bila letak dalam kolam. Bila tengok..rupanya saya sedar, anak ini sudah semakin bijak. Sempat tadi ambil video, tapi tak sempat nak upload..Nantilah saya tunjuk yek..

Ok..mahu ke rumah mak selepas ni. Sibuk dengan persiapan kenduri perkahwinan adik saya yang bakal menjelang lagi 2 minggu. Pada semua, jangan jemu untuk singgah di sini.. Sorry tak update tak bermakna kami sekeluarga tak sihat. Kami baik-baik saja.. :) Cuma masa tak mengizinkan diri untuk mencoret untuk tatapan kalian.. :)

06 June 2012

Bila si cantik manis sakit...

Semalam, pulang dari office, saya terus mengambil Nabila di rumah mak. Entah kenapa saya lihat Nabila buat gaya terkejut-terkejut dan seperti kegelisahan...

Sesudah maghrib saya terus pulang menuju ke rumah. Saya khabarkan pada Abang yang Nabila kelihatannya seperti diserang sawan. Rasanya sudah lama tidak menjengah. Dan sepanjang malam Nabila berkelakuan seperti itu.

Hati saya resah. Lebih-lebih lagi Nabila mula merengek menunjukkan tanda ketidakselesaan. Abang menanggalkan bajunya dan mandi. Kata Abang terasa seperti badannya hangat. Terus saja Abang membawa Nabila ke bilik air dan memandikannya.

Diam. Mungkin kerana selesa air kena pada tubuhnya. Saya hanya membiarkan Nabila memakai pampers tanpa baju dan seluar. Air cond bilik pula buat hal. Terasa bahang. Abang cuba untuk  mencuci penapis habuk. Dan kemudian air cond kembali sejuk. Lama betul tak cuci air cond *sigh*

Entah jam berapa Nabila memejamkan matanya. Pagi tadi saya bertanya pada Abang jam berapa Nabila lena. Katanya, tak lama selepas ibu tidur. Ya, saya tidur dulu. Sebab badan terlalu letih dan terasa pinggang ini sakit. Saya hanya serahkan Nabila kepada Abang untuk menjaganya di waktu malam memandangkan saya juga perlukan rehat. Kesian juga pada adik baby...

Pagi tadi, saya dan Abang terus membawa Nabila ke klinik. Kata doktor, Nabila banyak kahak. dan lantas diberikan nabulizer padanya. Dan sehingga entry ini di taip..tiada lagi serangan seperti semalam. Saya juga memastikan suhu badan Nabila kekal rendah dan tidak panas....

p/s: mujur selera makan tetap ada..kalau tak..payah gak klu tak makan... :(

02 June 2012

Bila si kakak dalam mood baik...

Sejak kebelakangan ni, nampak Nabila sangat behave..!! Nak bawak pergi mana-mana pun senang. Tak banyak ragam. Tido pun senang. Letak je atas katil..padam lampu terus tidur. Malah saya ingat lagi, sewaktu tayar kereta pancit di Subang tempohari, anak ini sangat baik. Agaknya tahu ibu dia resah menantikan ayahnya datang untuk tukarkan tayar kereta. Sedikit pun tak berdecit suara. Malah sambung tidur di dalam kereta sementara menantikan kedatangan ayahnya.

~Kami tersadai disini....~

Begitu juga sewaktu kesesakan di highway Isnin lepas. Kemalangan yang meragut satu nyawa, dan melibatkan kayu-kayan di atas lori bersepah di atas jalan. Semua lorong di tutup dan kami tersadai di jalanan hampir 3 jam. Mujur anak ini tak menangis dan hanya melihat keadaan keliling sahaja.

 ~hanya merenung ibu yang resah sebab terperangkap dalam kesesakan. Nasib baik tak mintak susu..hehe..~

Tidur malamnya juga lena. Tidak lagi bangun tengah malam mengganggu ibu. Malah berjaga on time untuk mintak susu. Selalunya mesti jam 5 pagi. Sebab dia tahu lepas tu mesti mandi dan bersiap untuk ke sekolah.. :)

~bila di pandang, rupanya anak yang saya kendong ini sudah nampak dirinya semakin matang..~

Terima kasih sayang kerana memahami ibu. Keadaan ibu dan adik baby yang memerlukan rehat secukupnya membuatkan kamu faham dengan keadaan ibu ketika ini.Moga kamu terus menjadi kakak yang baik untuk adik baby nanti. Amin.. Ibu sayang Nabila sangat-sangat... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...