31 July 2012

Nabila @ Great Life Physiotherapy Centre...

Aduhai..bercinta betul nak menaip kat blog sekarang ni. Entah kenapa..banyak je benda nak cerita..tapi masa tak mengizinkan..

Seperti sedia maklum, Nabila tidak lagi ke IMC. Hanya berada di rumah nenek sementara menantikan ibu pulang. Dan sebagai gantinya, saya berkorban di bulan puasa keluar sebanyak 2 kali seminggu di sebelah petang bagi tuntutan membawa Nabila ke pusat terapi..

Rasanya saya dah cerita tentang kisah ini. Pada entry Demi Nabila dan Adik baby.... . Sudah 2 kali saya ke Great Life Physiotherapy Centre Kota Damansara atas tujuan terapi Nabila. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja dan banyak perkara yang saya pelajari terutama terapi baru Nabila iaitu Kinesiology Tape yang digunakan untuk menguatkan otot yang lemah serta mengurang spasticity pada Nabila.

Puan Fazilah mengatakan pada saya yang tulang belakang Nabila tidaklah bengkok seperti yang saya nyatakan padanya sebelum ini. Setelah menilai sendiri, Nabila ada potensi untuk pulih, cuma saya perlu usaha kuat kearah itu. InsyaAllah..

Dan seperi biasa..memang ditekankan soal berenang. Dr. Sham dan Puan Fazilah punya pendapat yang sama. Ya, Ibu akan cuba usahakan tentang itu. Minggu lepas, sesi renangnya saya dapat lakukan sebanyak 2 kali. Kebetulan saya bercuti dan saya tahu si kecil ini sudah menggemari air. Beberapa video saya rakam untuk kenangan. Alhamdulillah..hati saya berbunga riang bilamana melihat dirinya bermain riang di dalam kolamnya...

Berbalik pada Great Life Physiotherapy, boleh like pada facebook untuk bertanya dan mengikuti sesi terapi bersama mereka. Yuran juga amat berpatutan. Kebetulan bulan September nanti, cawangan di Kota Damansara akan bertukar ke Sungai Buloh. Malah tempatnya lebih besar dan sesi hydrotherapy juga di sediakan.. :)

Ok..lihat saja aksi Nabila. Tak sempat gambar saya ambil, kerana fokus butiran yang diperkatakan oleh Puan Fazilah dan kakitangannya. 

Kaki celup dengan bijik kacang..untuk meransang saraf
celup sebaldi kacang kat tangan pula...
Nabila senam seni....hhahahah...
Muncung mulut kena tape kat tangan, kaki dan badan...at least 5 hari tape ini akan melekat pada badan Nabila.. :)

21 July 2012

Ramadhan menjelma lagi....

Alhamdulillah, Bulan Ramadhan menjelma lagi. Masih diberi kesempatan mengerjakan ibadah nan satu ini. Moga terus diberi kesempatan lagi di hari-hari berikutnya dan dimasa hadapan.. :)

Bulan puasa tahun ini keadaan saya berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Bersama adik baby dalam perut memang rasa kelainannya berbanding tahun sebelum ini. Pernah juga merasai nikmat mengandung ketika berbulan puasa bersama Nabila dulu. Keadaan yang sama, perut yang memboyot dan perjalanan rutin harian yang agak rancak.

Teringat dulu masa mengandungkan Nabila, saya baru saja bertugas di Jabatan KEMAS. Sewaktu itu, Jabatan saya memang sibuk merancang pelbagai aktiviti di bulan Ramadhan. Teringat saya berulang alik ke Kampung Baru kerana hampir setiap malam ada aktiviti di sana. Penat! Sangat Penat! Apakan daya, kata pun pekerja..huhu..

Kali ini, rasanya tak sesibuk macam dulu, cuma saya sibuk berulang membawa Nabila ke pusat terapinya. Dapat rasakan nanti bahang kepenatan, namun seperti biasa...saya cuba sedaya upaya saya demi Nabila.

Saya masih belum melakukan sebarang persiapan raya untuk Nabila. Malah, baju kurungnya juga belum dijahit. Risau la plak..hehe..Tapi kalau sempat jahit mana dan jelah!! Baju saya? Hurm..beli siap sudah..! Silap-silap berjubah je. hehe...  Incik Zul? Hurm..katanya tak perlu nak beli baju melayu lagi. Tapi macam kesian pulak takde baju. Macam biasa cari yang dah siap gak.. Cari mana yang sempat je..hehe..

Apapun Salam Ramadhan dari saya, Incik Zul dan Nabila buat semua. Moga kita dapat meningkatkan amal ibadah kita dan diterima Allah sepanjang bulan ini.. InsyaAllah.. :)

18 July 2012

Demi Nabila..dan juga adik baby....

Bergetar suara saya bila mahu berjumpa dan bercakap dengan bos pagi tadi. Sudah beberapa hari saya pertimbangkan perkara ini. Sangat kusut bila ianya masih lagi tak terkeluar dari kerongkong ini. Cuba mencuri masa untuk berbincang dengan bos di pejabat.

Sebenarnya, saya sudah mengambil keputusan untuk menghentikan Nabila dari sekolahnya. Bukan kerana peristiwa di sekolah lama berulang, cuma beberapa sebab yang membuatkan saya terpaksa mengambil keputusan begini.

Sayang, namun ada beberapa perkara yang membataskan saya untuk terus menghantar Nabila di situ. Keadaan saya yang kini semakin 'membesar' dan perjalanan yang agak jauh membuatkan saya keletihan. Sangat tidak baik untuk adik baby. Tambahan pula kos yang saya rasakan semakin meningkat dan terasa tak tertanggung dengan perbelanjaan pergi dan balik menghantarnya ke sana. Saya masih menunggu jawapan permohonan kuaters di Jalan Duta. Sukar untuk saya terus berulang jika saya masih menetap di Rawang. Andai ada rezeki, InsyaAllah saya akan pertimbangkan untuk menghantar Nabila ke sana semula.

Tentang hal perbincangan bersama bos pagi tadi, saya mengutarakan masalah saya kepadanya. Bergetar suara sambil menahan sebak untuk menceritakan perihal keputusan saya ini. Sukar! Antara anak dan kerjaya. Kedua-duanya sama penting buat saya, walaupun dalam hati ANAK adalah perkara utama dalam hidup saya. Namun, tanpa duit, segalanya tak bermakna.. :(

Saya meminta izin pada bos saya untuk keluar 2 kali seminggu (half day) untuk membawa Nabila ke sesi terapinya. Dan kali ini, saya sendiri akan menemaninya ke pusat terapi. Kemana? Saya masih lagi belum memilih. Namun, saya sudah tahu satu tempat untuk dituju. Kemungkinan sesi terapi Nabila akan bermula pada minggu hadapan.

Dan saya juga telah menyatakan hasrat untuk mengambil cuti separuh gaji setelah selesai saya berpantang nanti. Semuanya demi adik baby dan juga kakak Nabila. Saya mahukan adik baby betul-betul kuat sebelum diserahkan kepada pengasuh. Dan pada masa yang sama saya akan tumpukan sesi terapi pada kakaknya. Niat saya pada adik baby mahu breastfeed sepenuhnya. Itu impian saya yang tak dapat saya laksanakan ketika melahirkan Nabila dulu. Hanya sempat 3 bulan! Sangat kesal kerana tidak dapat menyusukannya secara ekslusif!

Doa saya agar segala yang saya rancangkan dipermudahkan. Walaupun sukar, namun saya cuba untuk bangun demi anak-anak saya. Moga Allah sentiasa memudahkan perjalanan saya bersama insan-insan ini.

.

Kisah lain.. saya disahkan mempunyai thyroid ketika ini. Di saat saya sedang mengandung sekarang ini, tiada apa yang boleh dialkukan oleh doktor. Hanya mampu berdoa dan tidak mudah stress. Segala rawatan akan dilaksanakan sesudah saya melahirkan adik baby nanti. Doakan segalanya baik-baik sahaja ya... :)

Adik baby juga semakin meligat. Pergerakannya sudah mula kuat dan kadangkala terasa seperti berada di tulang rusuk ini. Lupa lak..Adik baby sudah mencapai 24 minggu yakni 6 bulan. So far Alhamdulillah, kesihatan saya dan adik baby baik sekali. Moga kami berdua terus kekal sihat sehingga saat kelahirannya nanti. Amin.. :)

 ~indah melihat moment ini..~

11 July 2012

Wedding adik..From Lembayung Senja.. Terbaikkkk!!!!

Just a few pictures masa majlis akad nikah adik last week.. :) Sangat suka dengan gambar-gambar ini.. :)

































So kalau ada yang berminat untuk ambil mereka sebagai jurufoto, boleh like di facebook Lembayung Senja . Sangat puas hati dengan hasil kerja mereka dan jurukamera yang ramah mesra..hehe.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...