25 December 2013

Bila sawan menjengah Nabila...

Assalamualaikum..

Malam ni sudah malam kedua Nabila di Institut Pediatrik HKL. Serangan sawan di alami Isnin lepas membuatkan dirinya terpaksa 'check-in' di sana.

Hujung minggu sebelum kejadian, kami sekeluarga pulang ke kampung. Perjalanan bermula sedari Jumaat lepas. Pulang ke Rawang menjemput abang dan kemudiannya terus ke Ipoh. Atas tujuan keesokan harinya menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu saya di Sg. Petani.

Dan keadaan Nabila sememangnya sihat. Tiada demam. Tiada selsema. Dan tiada penyakit lain yang datang menjengah.

Sabtu selesai majlis perkahwinan sepupu, kami pulang lewat. Sampai di Ipoh sahaja sudah pukul 11 malam. Nabila sudah tidur waktu itu dalam kereta. Kiranya sudah 2 malam Nabila tidur di dalam kereta yang serba tak selesa.

Ahad : Kami hanya lepak sahaja di rumah. Makan minum semuanya baik. malah, Nabila sempat lelap seminit dua di waktu petang. Dan malamnya kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Keadaan jalan agak sesak malam ahad itu membuatkan kami agak letih sebenarnya. Sampai sahaja di Gombak pun sudah jam 12 malam. Nabila tidur dengan nyenyaknya. Tiada gangguan.

Pagi Isnin : Sempat Nabila bangun jam 5 pagi dan minta susu. Saya bancuh dan menyuruh ayahnya beri pada Nabila. Sempat dia main di atas katil sebelum terlelap dalam dakapan ayahnya.

Jam 7, saya tersedar dan terus bangun. Sudah terlewat sebenarnya. Saya sibuk di dapur menyiapkan sarapan serta bekal makan tengahari dua beradik ni. Saya tak sempat melihat dalam bilik apa yang Nabila buat ketika itu. Dan pabila saya masuk, untuk menggosok baju, saya lihat Nabila sudah bangun. Terkebil-kebil sendirian di atas katil. Sempat saya mencium pipinya...

5 minit berselang. Saya masuk semula ke bilik setelah selesai menggosok baju. Dan terkejut melihat Nabila sedang menggeletar dan mulutnya penuh air liur berbuih. Melompat saya ke katil mendapatkan Nabila dan terus mengejutkan ayahnya yang sedang tidur di tepi katil. Ayah Nabila berlari ke kereta untuk dapatkan diazepam (beg dalam kereta lagi sebab malam tu tak larat nak angkut semua beg naik ke atas rumah mak).

Diazepam di masukkan dan saya menunggu respon untuk sawannya berhenti. Namun, tiada tanda-tanda untuk berhenti. Kami mengambil keputusan untuk membawa Nabila ke hospital. Saya memandang jam ketika itu. Saya tak fikir untuk ke hospital menaiki kereta. Jalan Gombak-Jalan Setapak-Jalan Pahang sudah tentu sesak ketika ini. Terus Abang mencapai telefon dan menghubungi kecemasan 999.

Hampir 45 minit sejak serangan sawan bermula, barulah ambulans sampai. Saya sampai terpaksa meletakkan sudu di mulut Nabila kerana dia dah mula menggigit lidah dan dinding pipinya. Sungguh saya takut ketika itu. Saya menangis sambil meriba Nabila. Naufal yang berada di sebelah saya ketika itu terkebil-kebil. Saya terus menghantar Naufal ke rumah babysitter . Sian adik. Tak sempat menyusu pagi itu dengan ibu.. :(

Bila ambulans sampai, nurse terus set kan line untuk Nabila jika dia masih diserang sawan ketika itu. Sempat Nabila diserang sawan lagi di dalam ambulans sebelum tiba di HKL. Keadaan Nabila di emergency room ketika itu tak sedarkan diri. Sesekali dia mengeliat dan resah. Mungkin tak selesa barangkali.

Nabila di tempatkan di wad KK6. Sehingga petang, barulah Nabila sedar dari lenanya..

 Masih mamai ketika ini.. Sian kakak...

Sehingga kini (entri ditaip) Nabila sudah berada dalam keadaan baik walaupun saya perasan ada beberapa benda yang kini mengganggu perkembangan dia. Contoh ketara droolingnya kembali. Memang Nabila ada drooling sikit, tapi takdelah macam kena lepasa sawan ni, meleleh je keje air liurnya.. Aduh..

Muka mengantuk dek penangan ubat sawan dan ubat demam...

Harapnya Nabila dah boleh keluar esok. Nak tunggu doktor neuro je datang check je pun. Saya dan suami pun dah takde cuti ni. Kalau admit lama-lama pun buat letih badan je sebab Nabila dan pulih sebenarnya..

Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Nabila, sampaikan mesej dan kata-kata semangat. Terima kasih semua!! Moga sawan Nabila tak kembali lagi...

12 December 2013

Surat Untuk Anak

Assalamualaikum..

Ahad lepas, saya bersama group Super Angels ke Majlis Pelancaran Buku ' Surat Untuk Anak' hasil penulisan sahabat senasib kami iaitu Abang Ronasina Fandi dan Kak Raja Rohaisham.

Saya sebenarnya sudah lama mengenali pasangan ini. Saya kenal mereka melalui penulisan blog mereka AKU OKU sejak 5 tahun lalu. Itupun saya sedang mencari maklumat mengenai Cerebral Palsy dan akhirnya saya bertemu dengan blog ini.

Agak lama saya mengikuti  penulisan kak Sham dan Abang Fendi ini. Kerna kagum melihat ketabahan mereka dalam membesarkan anak-anak istimewa mereka. Bukan SATU tetapi DUA anak istimewa yang saya rasa tak dapat membayangkan keadaan mereka berhadapan dengan situasi kedua anak mereka ahli syurga.

Saya belum berkesampatan untuk berjumpa kedua insan hebat ini sehinggalah Arwah Annisa meninggal dunia. Dan paling sebak, bilamana mata kak Sham melihat Nabila, katanya Arwah Annisa persis Nabila. Ya, saya takkan lupakan saat kak Sham melepaskan rindu terhadap arwah kepada Nabila..

Dan sesudah itu, kami sering bertemu pabila kak Sham menjemput saya untuk melakukan sesi akupuntur Nabila bersama gadis Korea, Woo Young yang dikenali di Hospital Erkang China. Saban hari saya berkunjung ke rumah Kak Sham untuk sesi rawatan tersebut. Dan ketika itu saya sedang sarat mengandungkan Naufal 8 bulan..

Dan sehinggalah hari ini, kami sentiasa berhubung demi anak-anak kami. Terima kasih kak Sham kerana menjemput Ina dan keluarga menghadiri majlis istimewa ini. Dan kenangan paling indah bilamana saya dapat berbual sendiri dengan YB Nurul Izzah Anwar Ibrahim. Lembut tutur katanya membuatkan saya kagum melihatnya. Lebih-lebih lagi dia sangat jelita.. :)

Moga dengan buku ini, dapat membuka banyak mata tentang kehidupan kami dalam membesarkan anak istimewa. Andai diberi ruang dan peluang, mahu juga menulis mengenai kisah Nabila. Namun, mungkin coretan saya tidak sehebat insan-insan ini..

Pada yang berminat mungkin boleh menempah buku ini bolehlah lihat gambar bawah ni ye..

Cara Pesanan : Harga RM 35 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 40 bagi Sabah / Sarawak (termasuk postage)
Buat pembayaran ke akaun Maybank : 162021363678 Raja Rohaisham
Email bukti pembayaran : Nama , Alamat dan No.telefon ke kutubkhanah112@gmail.com

Buku ni memang best.. tah berapa kali saya baca menitik air mata..huhu..

Layankan saja gambar-gambar sepanjang majlis ini...

Saya dan kak Hass (Admin Super Angels yang lain belum sampai lagi)

 Booth Super Angels untuk kutipan derma bagi persatuan kami..

 Booth jualan Buku Surat Untuk Anak

  YB Nurul Izzah sedang menulis di buku tetamu

 Model @ teman kak Annur depan tetamu yang hadir. Kakak Nabila tumpang glemer kakak Annur jap.. hihi..

 Antara hadirin yang hadir di majlis tersebut

 Jangan tak caya beliau merupakan penyajak yang hebat. Ramai yang menitiskan air mata bila sajaknya dibaca. Kakak Nabila dan Kakak Annur jadi props..hihi..

 Ibu dan Kakak Nabila posing jap..hehe..

 Sepatah dua kata dari Abang Fendi yang saya fikir ucapannya sangat menyentuh jiwa...

Tetamu makin ramai..

 Ibu Ayah Kakak dan Adik bersama.. Moga kita sentiasa kuat dalam menjaga kakak ye..

 YB Nurul Izzah. Sangat cantik!! Saya suka caranya yang sangat humble.. Berjiwa Rakyat!

 Berbual seperti borak-borak kosong.. Saya sedang bercerita tentang cara kelahiran Nabila dan penyebab Nabila jadi begini. Sungguh dia terperanjat bila saya katakan kepala Nabila terpaksa di tolak semula ke dalam rahim untuk emergecy c-sear!!

 Rupanya beliau juga mempunyai pengalaman yang hampir sama. Doktor hampir sahaja mahu mengunakan kaedah forcep bagi mengeluarkan anak beliau. Mujur beliau cepat bertindak. Dan Alhamdulillah anaknya selamat..

 Wajah saya menahan sebak!!!

 Saya gembira dapat berbual dengan beliau. Moga perjuangan beliau sentiasa dipermudahkan.. Aamiin..

 Pose istimewa YB Nurul Izzah dan Yasmin Nabilah. Terima kasih kerana memberikan kenangan manis ini kepada keluarga kecil kami...

 Saya, Kak Mazzlinda dan Kak Saripah . Mereka juga AJK bagi Super Angels Group

 Kami bergambar kenangan bersama YB Nurul Izzah

 Sempat berbual lagi tentang masa depan anak-anak OKU...

 Kami bersama demi anak-anak istimewa kami...

Terima kasih Ayah dan Adik Naufal temankan kakak ke majlis ini...

27 November 2013

Betapa comelnya kamu....!!!

Assalamualaikum..






Sungguh saya tersentuh melihat gambar ini. Di pagi suatu hari, Ayah Nabila menghantar gambar ini menerusi BBM.... dan hati saya sebak....

Betapa manisnya wajah puteri ini.. Dan bersamanya ketika itu kawan sejati, Alisya Qaireen.. Ya Allah, melihatkan wajahnya yang tersenyum membuatkan ibu rasa rindu sewaktu Nabila kecil-kecil dulu..

Jika saya belek-belek gambar lamanya pasti segala memori bersamanya datang kembali. Bagaimana saya menjaganya, menyusukannya, memandikannya.. malah bau badannya juga saya ingati..

Andai Nabila diberikan kesihatan yang baik.. Mungkin saya rasa seperti sekejap benar masa berlalu. Sehingga kini Nabila masih seperti bayi. Lagaknya seperti bayi berumur 4 bulan. Takpelah, janji Nabila tetap bersama saya...




Puteri hati saya....

Moga kakak terus diberikan kesihatan yang baik. Wajahnya ceria 2-3 hari ni membuatkan ibu rasa tenang sekali.

Alhamdulillah.. mungkin berkat sesi terapi yang konsisten sejak kebelakangan ini.. Moga ibu sentiasa dimurahkan rezeki untuk membawa kakak ke tempat terapi lagi.. Aamiin...

17 November 2013

Naufal @ Level 3 Genius Baby On Board

Assalamualaikum...

Maaf la yek..lama tak menjengah. Anak-anak sihat Alhamdulillah. Ada yang merindui kakak Nabila ke.. Jap tepek pic kakak Nabila jap...

Gambar masa check up mata minggu lepas. Progress still sama macam tahun-tahun sudah..huhu....

Ok, cerita kakak nanti saya bukak entry lain. Ni cerita tentang Adik Naufal.

Dah hampir sebulan jugak la Naufal naik ke level 3 di GBOB (Genius Baby On Board) . Masih ingat kan kelas playgroup Naufal itu? Alhamdulillah, saya masih meneruskan kelas tersebut memandangkan ianya sangat bermanfaat buat Naufal. Setiap minggu memang saya akan membawa Naufal ke Puchong untuk menghadiri kelas tersebut. So pada ibu bapa yang nak mencuba boleh la try untuk anak-anak attend class ni. Memang mula-mula anak akan melalak.. Macam Naufal dulu.. tapi bila dah lama-lama biasa (sebab dah start since Naufal umur 5 bulan lagi masa tu) so, dia tak kisah sgt dah. Cuma ada beberapa activity yang dia takut nak buat dia akan nangis. Tapi semua tu berlakon je. Ibu tak percaya akal si Naufal nehhh..hihi...

Apapun, layankan saja gambar pakcik kecik ni.. Gambar banyak tapi si ayah Naufal ni tah hape-hape tah amik gambar. Abis semua goyang-goyang.. Marah ibu tgk gambar adik jadik gini..huhu...

Teacher Watie dengan Incik Elmo.. Demo kat anak-anak nak menari lepas ni.. Nampak tak Naufal ngan ibu..? Ala ibu pakai tudung purple tuhhh....

Naufal naik dengan aweks!! Piwwwiiittt... Kemain lagi anak bujang aku nih..hahaha.. Muka tu mula-mula nangis.. Bila dah lama-lama ibu pandang dia dalam bahasa isyarat "It's oklah dik..takde mendalah..tak jatuh pun.." terus paham pakcik kecik ni. Hahahaha... 

Aktivity ni bagus untuk balancing. Jangan tak caya Naufal dulu menangis bila duduk kat parachute yang mak-mak tarik sambil nyanyi lagi "Pop! goes the weasel" tu. Dia memang tak suka betul bila tiba time kena duduk atas parachute tu. Tapi, sekali lagi ibu pujuk dia dan ckp takde apa la duduk kat situ.. tak jatuh pun.. (dengan erti kata lain kena confident kan dia) barulah dia mau duduk atas tu..hahahaha...


Lepas main tarik-tarik, Teacher Watie suh masuk dalam terowong pulakkk.. Tengok la muka dia.. Ibu jenuh la tolak bontot budak kecik ni. Tak mau merangkak dia dalam tu. Ingat masa kelas level 2 dulu.. Siap menangis sambil duduk kat dalam terowong tu. Adoiiii anakkkkk!! 

Ibu tak puehhh ati.. Buat sekali lagi. Payah nau nak merangkak dalam tu.. actually activity ni sangat bagus tau. Nak bina self-confident pun iya gak ni. Bukan mudah baby nak merangkak masuk dalam terowong sebab maybe dorang takut duduk dalam tu sebenarnya. So kalau nak buat aktiviti ni kat rumah pun bagus..

Last, still tak nak merangkak gak, ibu umpan dengan handphone ayah dia.. memang suka nau main hp ayah. Last merangkak sendiri keluar dari terowong tu..hihi...

Antara aktiviti yang dia tak berapa nak suka. Sebab apa? Kena pegang tangan orang sebelah menyebelah. Selang-selang baby and ibu.. Pakcik ni biasalah, dengan orang kemain segan ya amat. Meraung-raung tak nak orang lain pegang tangan dia hatta tangan teacher sendiri.. Aishhhh!!

Tengok la rupa dia lepas aktiviti tu. Memang meraung sakan.. Ibu cam biasalah, buat dek je.. Biarkan dia..hahahaha...

Teacher Watie tengah demo untuk buat next activity. Serius weii tak terpikir dek kepala otak ni nak main permainan simple gini untuk Naufal. Tak payah la nak beli mainan mahal-mahal. Tengok la si Naufal. Kusyuk betul tengok Teacher Watie buat apa. Yang lain tu semua tak sabar nak mintak kat Teacher Watie..hihi..

Inilah permainan nya. Masukkan pencungkil gigi dalam bekas dia. Meningkatkan daya fine motor skill tau. Dan juga untuk focusing. Bagus bagus.. Boleh apply kat rumah.. hehe...

So, sape-sape yang berminat nak daftarkan anak di kelas ni boleh la contact Teacher Watie di talian ni.. 016-2033304 . SMS atau call je kak watie.. Kelas yang Naufal pegi ni kat Puchong. Dia ada bukak gak kat Bandar Botanic Klang dan Shah Alam. Tak silap Johor Bharu pun ada gak. 

Ok, sampai sini dulu coretan saya buat semua.. Jumpe lagi... Daaaa....

01 November 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anakku Yasier Naufal

Assalamualaikum..

Dear Naufal,

Entry ni sepatutnya ibu buat masa Birthday Naufal lagi..19 OKTOBER 2013.  Tapi tahlah, ibu busy bebenor.. Balik keje, terus mengulit dengan anak bujang dan dara kat rumah. Tidur pun awal. Mengantuk..Penat.. semua ada...huhu...

Apapun, ibu bersyukur Naufal sudah menginjak ke usia 1 tahun. Alhamdulillah, belum pun usianya setahun Naufal dah boleh melangkah dengan baik. Dan kenangan tatkala ibu mencium Naufal buat kali pertama di bilik pembedahan sangat mengharukan perasaan ibu.. Sungguh, ibu tak sangka anak yang ibu kandung selama 9 bulan keluar dengan sihat dan temmmmbaaaammmm!! hehe.. Perut ibu nan kecik tidak menggambarkan Naufal yang membesar di dalamnya..hehe...Sekali keluar, hammmbekkk ko.. SELAMMMBAAKKKK!!


Beberapa jam selepas kelahiran.. MasyaAllah.. Comel sungguh.. Geram je ibu tengok dia...


Still kat hospital.. Malam tak boleh tido.. Tah kenapa asik nak tido atas peha je.. Siang sibuk nak tido pulak...


Hari ke 5 selepas selamat keluar dari perut ibu..

Memang tak boleh lupa kenangan ibu bersama Naufal dan Ayah ke hospital dan Klinik Kesihatan Setapak semata-mata nak check up jaundis nya. Kemain banyak petua orang bagi kat ibu, satu pun tak berkesan. Last ibu breastfeed je.. Sampai naik stress la ibu sebulan dok pikir pasal demam kuning nya itu. Nak jadik rajo ko dikk... asik kuning je...huhu...

Genap sebulan Naufal lahir , jaundis pun berlalu pergi.. Alhamdulillah...

Kakak dan Adik *adik kuning lagi time nih..huhu*


Nak masuk 3 bulan masa ni.. Muka pun dah berubah sikit.. Badan tembam ya amat..Mana tak tembam, keje asik menyusu je. Lagi pulak susu cam gantung.. Lagilah demokkkk!!


Umur 3 bulan Naufal dah mula rolling dan angkat punggung sikit-sikit nak mengesot (creeping). Milestone dia tak jauh beza macam anak-anak tipikal lain.. Alhamdulillah. 


Tah sapelah yang letak itik kat kaki dak naufal ni.. Ni keje nenek Naufal la nih..hihi...


Muka paling macho ibu rasa buat setakat masa umur 5 bulan time nih..hahaha...


Baju kesayangan kakak dulu.. Tapi ibu main bedal je nih..hihi.. Adik mewarisi baju ni.. Bila adik pakai teringat pulak kakak Nabila masa kecik-kecik dulu...huhu...


Aksi adik dan kakak atas katill..perghhh siap boleh cross atas perut kakak lagi si Naufal ni.. uiii makkk aiiii.. kemain lagi yek...


Dah boleh duduk sendiri.. Alhamdulillah..Berkat terapi bersama kakak..hihi.. *ehhh mana adalah.. Adik duduk sendiri sebab pandai sendiri. Ibu tak buat terapi kat dia pun..hehe..*




Bila dah pandai berdiri sibuk pulak nak berdiri... Asik keje nak kacau kakak..hurmmmm....


 Genap sebulan selepas kakak masuk hospital kerana sawan, adik pulak masuk hospital. Wad KK1. Kakak Wad KK2 . Institut Peadiatrik HKL. Gaya macam tak sakit, tapi dek risaukan demam on off, ibu admitkan jugak Naufal ke hospital.. Mujur ok dah lepas tu..


 Kena nab masa hari lahirnya 19.10.2013. Memang kenangan tak boleh lupa ibu. Kahak terlalu banyak dan doc ambil keputusan untuk bagi nab jugak kat dia. Alahai anak.. sedih ibu rasa waktu ni...


Malam lepas ambik kek tu, Naufal tido. Kahak still lagi banyak dan adik pulak memang tak boleh tido. Semua orang tengah dok celebrate besday dia (tuan punya besday kek takde tido time nih..) tetiba Naufal bangun. Sempat la potong kek kejap, pastu sambung tido. Kelakar betul Naufal ni...


Gambar kenangan ibu ambil untuk contest bayi comel last week kat Tesco Puchong. Tak penah amik photoshoot family lagi. Dan cadang nak buat gak nanti.. hehe.. Bila tengok lama-lama handsome jugak anak ibu ni.. hahaha...


Apapun, setahun sudah ibu bersamamu.. Moga Naufal terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, cerdik, bijak dan menyayangi family kecil kita.. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Naufal. InsyaAllah.. :) 

Happy 1st birthday sayang.. muaaaahhhhhhh!!!!


Love,

Ibu..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...