Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

08 June 2013

Mahu kasih itu sampai syurga..

Semalam, entah kenapa saya sebak. Sewaktu menyuap Nabila makan. Terfikir sampai bilakah Nabila akan terlantar begini. Adakah selamanya?

Sungguh saya sedih.. Kerana pernah dalam impian saya sewaktu mengandungkan Nabila, saya mahukan dia menjadi anak yang sihat. Cerdik pandai. Mungkin tika ni saya sedang sibuk dengan kerenahnya untuk ke pra sekolah. Andai benar Nabila sihat..

Namun, saya tak ralat. Saya sudahpun melalui fasa Nabila 'bersekolah' . Walaupun 'sekolah' itu tidak mengajarnya ABC namun saya yakin sekolah itu telah mengajar Nabila banyak perkara. Terima kasih Tasputra dan IMC kerana telah mendidik Nabila dalam segala segi.

Semalam entah kenapa saya berkata begini pada Nabila..

"kakak, ibu tahu kenapa kakak pilih keadaan begini. Kakak tahu dunia ni kotor, penuh dengan dosa. Kakak tak suka. Dan kakak sanggup pilih jalan kesusahan di dunia semata-mata untuk ke syurga. KAKAK JANGAN LUPA MASUK SYURGA AJAK IBU YEK. AYAH DENGAN ADIK NAUFAL SEKALI..JANGAN LUPA TAU.."

Dan saat itu, air mata bercucuran.. Sedih bila saya ungkap ayat itu.

Dan saya rasa terlalu ramai kini anak-anak kecil menjadi ahli syurga..jika dulu tak ramai anak-anak istimewa yang saya kenal. Namun kebelakangan ini bilangannya semakin bertambah. Satu persatu ibu ayah yang terpilih ini saya kenal.

Kita sekasut. Moga kita sentiasa kuat demi anak kita. Berjuang sehabis daya demi mereka. Insyaallah..

1 comment:

Puteri Satu said...

Tak sedar aimata akak menitik baca.. memang syurga menanti mu Nabila... tak perlu disangkal lagi... bukan semua yang terpilih untuk memiliki anak syurga ni Na... tabah dan kuat ye dik...