11 July 2013

Si Pom-Pom Boy

Assalamualaikum...

Hahaha..agak-agak sapelah jadi pom-pom boy tu yek.. ? Siapa lagi kalau bukan Adik Naufal..

Camner lah ibu tak panggil dia pom-pom boy. Mana ada kakak Nabila, di situ adik Naufal ada..

Kejap ek...

Nabila dan Naufal di dalam kereta. Selalunya ibu dan kakak akan duduk di belakang. Naufal dan ayah di depan. Tapi tah camnolah dia ni boleh dok belakang gak.. Tengok mulut kakak..Tengah bising sebab adik kacau dia...

Atas katil.. pun ada gak !! Tengok tangan adik, cuba nak pegang tangan kakak. Yang bestnya, si kakak pun respond sama.. Alhamdulillah...

Tengok, kacau kakak lagi.. memang nak kena adik ni.. Dussshhhh!! Hambek ko.. kan dah kena se das..hihi..

Kakak nak terapi pun tak senang.. Ada je yang mengekor. Tambah plak ibu layan high class untuk kakak. Mana boleh!! Memang super jeles la...hihi..

Bila tengokkan semua gambar-gambar ni, Alhamdulillah, kehadiran adik Naufal sebenarnya banyak membantu perkembangan kakak Nabila. Jarang la tengok kakak Nabila ni marah kalau adik Naufal kacau dia. Siap sengih-sengih lagi bila adik tarik kaki, tangan, raba muka. Tapi ada masa terkedipkedip mata cik kak tu.. Yelah, kawan tu dah la ada masalah penglihatan. Hurm.. apa je yang lalu depan muka dia kompem la dia terkejut..huhu..

Kakak Nabila sekarang dah tahu akan kehadiran adik. Ada kalanya nampak juga sifat cemburu kakak pada adik. Bila adik menangis nak duduk atas riba ibu, kakak pun sibuk nak nangis gak . Padahal kakak yang ada atas peha ibu waktu tu. Konon-kononnya tak nak bagi adik naik atas peha ibu. Aduhai anak-anak.. bila jadi part ni, memang akan buat ibu serba-salah. Dua-dua anak ibu yang ibu sayang. Camno nih? Rasa nak belah badan ni kasi dua..hihi...

Apapun, adik dan kakak tetap ibu sayang.. Kasih ibu tetap sampai syurga untuk kalian berdua. Kalian berdua harta paling bernilai dalam hidup ibu... Moga kasih adik dan kakak ini abadi selamanya.. Aamiin...

4 comments:

ibuayu said...

suka naufal kacau bella hehe

ieda said...

adik pembakar semangat kakak...

atfina said...

so cute..

Rizziela said...

Nampak sangat yg Nabila tu saying adik kan...

Adik tu pun nak manja2 dengan kakak....nak ajak kakak main tu

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...