04 October 2013

Cerebral Palsy Day..

Assalamualaikum..

2hb Oktober merupakan hari Cerebral Palsy. Sejak 2-3 hari sebelum tu saya sibuk menghadiri majlis Hari Cerebral Palsy anjuran kumpulan sokongan MyCP dan kemudiannya sibuk buat awareness untuk group sokongan Super Angels .

Ramai yang tak tahu apa itu Cerebral Palsy. Memang saya salute inisiatif kedua-dua group ini menyebarkan maklumat mengenai Cerebral Palsy. Jika dulu pesakit Cerebral Palsy macam Nabila ni tak banyak sangat, but now bila kami dikumpulkan dalam kedua-dua group ini, rupanya ramai senasib Nabila.

Masa hari Cerebral Palsy anjuran MyCP tu memang banyak tetamu yang saya jumpa. Dan bila tetamu jemputan memberi speech, air mata saya bergenang. Mereka adalah pesakit Cerebral Palsy yang telah berjaya dalam hidup. Lagi bergenang air mata saya bila mereka menceritakan kisah hidup mereka semasa kecil. Serba payah jika nak dibandingkan dengan zaman sekarang. Kiranya Nabila beruntung sebab dah ada macam-macam sekarang ni...

Dan tak lupa juga, dapat jumpa rakan-rakan senasib. Memang tak habis-habis berboraknya sampai Incik Zul dok menjeling suh ibu berhenti bercakap.. hehe.. Boleh plak berborak nak balik tertinggal handbag pulak... Hurmm..nampak nau ibu excited!! hihi

Sekeping gambar pun tak ambik, makanya saya pinjam gambar-gambar dari wall MyCP untuk tatapan semua...pinjam ek admin..

Antara tetamu yang hadir mendengar ceramah..saya yang baju pink ituh...

En. Hamdan sedang berucap. Barisan speaker yang amat saya kagumi...

Perasmian bangunan Greatlife Physiotherapy Bangi

Tetamu sedang melihat video sempena kempen kesedaran MyCP.

Dan pada 2 Oktober, sebagai tanda sokongan saya pada Nabila, saya dok kalut pagi-pagi amik gambar dengan dia..

Ibu dan kakak Bella
Baju hijau tanda sokongan..

Penuh wall dengan ucapan Selamat hari Cerebral Palsy. Siap ada video kempen kesedaran MyCP lagi dalam wall saya..

Apapun, inilah keindahan yang saya cipta bersama syurag hati saya, Yasmin Nabilah. Kakak, kalau kakak takde mesti ibu tak rasa semua pengalaman ini.. terima kasih sayang kerana berikan ibu pengalaman yang amat berharga ini... 

1 comment:

Anonymous said...

salam puan noina, saya suka
baca blog puan secara kebetulan masa google pasal exam
kpsl n27.saya sangat2 kagum ngn semangat & ketabahan
puan menjaga nabila.tujuan saya iklas & ingin membantu puan.
saya ada produk pelapik kesihatan Bio-Velocity Sleep Mate(BVSM.
Alhamdulilah ramai yg guna bvsm nie ramai yg dapat kesan positif
& berhasil dari strok, lumpuh &
asma tahap serius & migrain tahap serius alhamdulilah berhasil.
& salah soerang pengguna bvsm
adalah pengidap celebral palsy. Alhamdulilah selepas guna pada
dec 2012 dari x mampu berdiri
& pada jan 13 kanak2 nie mampu
berdiri.. rasa mcm x logik tapi alhamdulilah memang betul...
jika puan berminat & ingin maklumat lanjut boleh inbox di emel saya
nora_zaraisyah@yahoo.com @
fb saya wanoraisyah...
saya iklas membantu puan..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...