28 January 2014

Epilim, Clonazepam dan Lactul

Assalamualaikum w.b.t ..

2 minggu lepas, saya ada bercerita tentang ubat sawan Nabila yang telah diubah dos nya oleh doktor pakar Neuro di HKL. Sejak 2 minggu lepas juga, saya menampakkan sedikit demi sedikit perubahan pada tubuhnya.

Pada awalnya, memang saya tidak mahu memberikan ubat sawan kepada Nabila. Oleh kerana penyakit sawannya masih belum berkesudahan, lebih-lebih lagi menjadi lebih teruk, jadi saya ambil keputusan untuk memberikan ubat itu semula kepada Nabila. Bersama juga ubat Lactul yang perlu Nabila ambil bagi mengatasi masalah sembelitnya.

Sungguh sayu hati ini bila terpaksa memberikannya pelbagai ubat. Cukuplah sedari lahir tubuh Nabila dipenuhi ubat. Kini, masih lagi bergantung pada ubat sepenuhnya.. Tiada pilihan !! Maka, saya terpaksa teruskan juga.

Namun, bila melihatkan tubuh dan keadaan Nabila ketika ini, sepertinya saya harus mengucapkan tanda syukur. Kerna apa yang saya lihat kali ini, masalah sembelit Nabila sudah HILANG.. Setiap hari dia akan membuang. Nak kata ubat Lactul tu berkesan atau tidak, seingat saya, saya pernah memberikan sebanyak 20ml sehari bagi mengatasi masalah sembelitnya. Namun masih TAK BERJAYA. Bezanya kali ini, dos yang doktor berikan adalah HANYA 10ml sehari.

Berbalik pada kisah ubat sawannya, Epilim dan Clonazepam. Jika dulu, Nabila pernah makan Epilim sebanyak 8ml (dos paling tinggi pernah dia makan dulu - diberikan oleh doktor HSB) namun masalah sawannya tetap ada. Sebelum ini juga Nabila pernah makan Clonazepam sahaja sebanyak 8ml sehari namun, sawan tetap ada. Oleh kerana itu, doktor Neuro HKL telah modified  kuantiti ubat yang Nabila ambil kini. Pengambilan Epilim sebanyak 4 ml (dos tertinggi setakat kini) dan Clonazepam sebanyak 2.5ml telah diambil Nabila setiap hari sebanyak 2 kali. Dan alhamdulillah, jerking dan spasm Nabila juga turut hilang.

Dan harapan saya, agar sawannya pulih dan dos ubat dikurangkan atau lebih senang, terus dihentikan. Kalau nak diikutkan hati, tak nak bagi dah..tapi bila memikirkan kalutnya saya ketika Nabila diserang sawan pada hari Krismas lepas, membuatkan saya jadi fobia.

Apapun, saya hanya merancang dan cuba memberikan yang terbaik pada anak saya. Memang banyak kaedah perubatan kini, namun saya perlu memikirkan pula kos dan keadaan yang sememangnya sedikit sebanyak memberi impak kepada kami sekeluarga. Ramai yang cuba mencadangkan beberapa rawatan kepada saya, namun saya terpaksa menolak dengan baik. Terima kasih pada mereka yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anak saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..

wajah ceria anak ini pengubat hati saya di kala sedih dan pilu mengenang nasibnya akan datang..


4 comments:

Asz Miza said...

Ammar pun still masalah sembelit...Agaknya sebab saya tak consistent bagi lactulose. Air pun dia kurang minum..semoga Nabila akan terus sihat sentiasa ye kak. Harap anak istimewa kita ni akan terus kuat.

Anonymous said...

Salam..sy sentiasa menjenguk blog akak ..ingin th perkembangan yasmin....sedih rsnya sebagai ibu...sbb ank first sy pun HIE grade 2 & GDD....semoga kt semua kuat semangat dlm menenpuh ujian hidup ini....

Qistina Amir said...

be strong kak

HJ MUHAMAD HUSAINI BIN HJ MUHAMAD MUKHTAR AL-HAFIZ said...

Kami anak seperti itu...Kami belajar dengan Dr Sabariah di Ipoh dan Dr Sani di Shah Alam...bagaimana merawat anak istimewa ini tanpa drug

Hj Husaini 019-5558282
Pn Rina 019-411 8283
Bdr Baru Bangi/Kajang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...