17 April 2014

Selamat Ulangtahun ke-6 Yasmin Nabilah!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kakak sudah menginjak ke angka 6. Dan selama 6 tahun juga Allah pinjamkan kakak untuk ibu.. Terima kasih Allah kerana mengurniakan anak ini buat hambamu ini..

6 tahun berlalu. Jika benar kakak sihat, sudah pasti kakak sibuk di alam persekolahan. Pasti riuh mulutnya bercerita hal sekolah. Bercerita hal rakan sekelas. Dan mungkin saya juga sibuk mencari sekolah yang terbaik buat puteri ini.

Namun perancangan Allah Maha Hebat. Kakak lebih rela terlantar terbaring begitu. Ya, saya sememangnya sudah lama redha dengan ketentuanNya.

Kalau nak diikutkan hari lahir Nabila memang betullah jatuhnya pada hari khamis. Dan hari ini juga adalah hari khamis. Masih terasa sungguh di perut ini bagaimana keadaan Nabila ketika itu. Dengan rasa kontraksinya, dengan rasa resah gelisahnya.. Semuanya cukup. Kesakitan yang ibu alami sewaktu melahirkan kakak membuatkan ibu gerun untuk mengahadapinya sekali lagi tatkala adikmu lahir sayang. Andai ibu tahu, ibu rela dibelah perut ini. Biarlah ibu yang sakit, bukan dirimu yang menanggung semua ini.

Apa yang terjadi pada Nabila ada hikmahnya. Sungguh besar sekali nikmat yang Allah beri pada saya ketika itu. Adanya Nabila cukup memberikan satu erti pengorbanan tentang hidup ini. Suka duka bersama anak ini sangat mendebarkan dan ada kalanya sangat menggembirakan saya.

Biarlah apa yang berlalu terus berlalu. Yang pasti saya akan terus menjaga anak ini sebaik mungkin. Maaf kan ibu andai ibu tak dapat berikan yang terbaik untuk kakak. Adakala ibu mungkin mengabaikanmu sayang. Namun tidak sedikitpun luruh kasih ibu terhadapmu. Malah bertambah lagi. Moga kakak terus diberikan kesihatan baik dan dapat bersama-sama dengan ibu, ayah dan adik Naufal..

Selamat Hari Lahir Sayang..


Love, 
~ibu~

5 comments:

Asz Miza said...

Selamat Hari Lahir Nabila. :)

Anonymous said...

selamat ulangtahun kelahiran puteri kesayangan..... semoga sentiasa mendapat keberkatan dr Allah SWT

-mama awatif-

A.I said...

Hepi Bestday Kakak Nabila ^____^

azlina aliuddin said...

Selamat Hari Lahir Sayang, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik,deiberi kekuatan serta dilindungi Allah swt.

Anonymous said...

Selamat hari lahir nabila

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...