28 December 2015

Penghujung Tahun 2015

Assalamualaikum,

Maaf lama tak menjengah disini.. Ada beberapa komen  bertanya tentang Nabila di sini, tapi saya tak berkesempatan untuk melihatnya.. Maaf ye.. maybe boleh emel kat saya nanti.. Boleh tukar nombor telefon dan nak tanya apa-apalah tentang Nabila..

Hurm.. so far Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik. Kehidupan kami sekeluarga Alhamdulillah juga baik-baik sahaja. Sentiasa dipermudahkan urusan kakak Nabila dan kisah belajar saya. 

Ohh ya.. Lupa nak coret kat sini.. Alhamdulillah, Nabila dan Naufal bakal mendapat adik mungkin awal bulan Jun atau pertengahan Mei. Tak sure tarikh lagi sebab kalau nak diikutkan due date adik baby adalah pada 5.6.2016 . Tapi memandangkan saya bakal di c-sear lagi, makanya tarikh mungkin akan awal sedikit. 

Cuak memang cuak. Lagi-lagi saya tak menjangkakan yang saya akan menimang cahaya mata yang ketiga. Sungguh sebab saya pernah katakan pada suami bahawa dalam masa 2 tahun pengajian saya, saya tak dapat nak beri komitmen tentang anak ketiga.. Namun perancangan Allah hebat kan.. Rezeki nak diberi, saya terima dengan hati terbuka. Mungkin ada hikmahnya... Sebab kalau nak tunggu saya bersedia, entah bilalah agaknya.. Trauma c-sear tak boleh nak cakap lagi.. 

So now, adik baby sudah mencecah usia 17 minggu. So far Alhamdulillah, kesihatan saya baik sekali. Alahan tu tetap ada, tapi yang paling saya risau adalah  pendarahan. Sebab mengandungkan Nabila dan Naufal memang bleeding tu terjadi di awal pregnancy. Tapi dengan adik baby ni, Allah permudahkan saya. Tiada pendarahan, malah saya bertenaga untuk menguruskan Nabila dan Naufal. Cuma di awal kandungan tu, saya mengalami alahan agak teruk berbanding ketika mengandungkan Nabila dan Naufal. Sekarang dah masuk trimester 2.. semuanya baik-baik saja. Moga adik baby kuat semangat, pergi kelas dengan ibu dan sihat sehingga besar nanti..

Kawan-kawan semua, doakan saya dan adik baby ye..

Hurm, sekarang ni baru je selesai semester ke 2. Ahad lepas baru saja mengharungi exam bagi paper Management Information System dan Organizational Behaviour.. Ohh sangat mencabar kedua-dua paper ini. Dengan assignment yang agak tough, tambah pulak MIS kena ingat terms IT ni, OB pula dengan lecturer yang agak cerewet, makanya, bertambah struggle saya menghadap kedua-dua paper ini. Bila dan selesai.. lega rasanya. Terus adik saya kata nak berjalan-jalan rehatkan otak di Melaka. 

Kebetulan awal tahun hari tu, kami sekeluarga berjalan di Melaka memang tak seronok langsung sebab keadaan hotel yang amat teruk sekali. Maka, saya book hotel yang agak mahal sikit, biar mak dan ayah selesa. Hilang sikit rasa bersalah sebab tak dapat nak bagi yang terbaik untuk mak dan ayah. Tapi yang tak bestnya, suami tak dapat pergi pulak. Keje katanya..huhu.. Yelah amik hari Ahad-Isnin, memang tak dapatlah dia nak pegi. Kata pun cuti dah habis.. Aduhh sedih rasa..

Ok, ni adalah bebeapa gambar yang saya amik masa di sana..

masa ni dalam kereta tengah tunggu kereta adik kat belakang..

Apartment 3 bilik 2 bilik air.. mmg best la..

Hall agak luas gak..

Abaikanlah adik yang tak berbaju tu.. Lapar ler tuh...

Bilik kitorg betul-betul menghadap pool.. besar giler pool

Kakak terus landing atas katil..hihi

Master bedroom

bilik satu lagi

Kebetulan ada performance silap mata dan main api..huhu.. Abis badan bau minyak tanah..

Baru lepas dinner kat hotel.. Tak keluar pun.. lepak dalam hotel je..

Ni baru lepas breakfast.. Siap-siap nak terjun tiruk kat pool

Ibu kakak dan Adik

Adik dengan kakak lepas mandi..

So far ok la Bayou Lagoon ni.. Total semua dalamRM700++ including tiket masuk lagoon dia, pastu apartment 3 bilik, dinner dan breakfast skali.. Berbaloi la...

Balik je dari Melaka, mak mertua saya datang dari Ipoh. Baru lepas melawat biras saya yang baru melahirkan anak perempuannya.. Opah dah rindu, lawat pula 2 cucunya ni...

Kemudian, bawak kakak dan adik jalan-jalan dalam mall je.. Takut kakak penat sebenarnya. Adik pun macam bosan je kan.. So bagi chance la adik seronok-seronok time ibu cuti seminggu ni..


Ingatkan tak pandai main.. rupanya dah pandai dah.. Rasa kejap je dah besar adik Naufal ni..


Kemain lagi main pasir.. seronok sangat sampai tak nak balik.. huhu...

Ok, itu saja cerita penutup untuk tahun 2015. Alhamdulillah, tahun yang penuh dengan cabaran dan kami berjaya laluinya dengan penuh sabar dan tabah demi kakak.. Harapnya tahun depan lebih ceria lagi dengan kehadiran adik baby pula.. dan mungkin juga tamatnya pengajian saya nanti.. InsyaAllah..

Selamat Tahun Baru semua.. 

Bye..



08 October 2015

Kesibukan sudah berakhir

Assalamualaikum..  sorry lama tak update. Sejak dua menjak internet kat office dah disekat semula, saya tak dapat lagi mengupdate kisah kakak Nabila. Hurm.. nak buat macamana... handphone kadang line takde. Cap ayam sungguh..hihi

Alhamdulillah exam paper ekonomi sudah berakhir Ahad lepas. Lega selega leganya sebab semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan untuk saya menjawab soalan itu. Cuma betul atau tidak jawapannya, tak pasti.. harapnya dapat A lah nanti ye..

Dan 2 minggu lagi saya akan kembali kuliah..

Khabar Kakak Nabila? Alhamdulillah kakak sihat-sihat je. Tak banyak ragam dan takde sawan menyerang.. walaupun cuaca skrg ni tak berapa mengizinkan untuk bersuka ria di luar. Yelah anak-anak macam kakak ni fragile. Cepat je jatuh sakit kalau tak jaga dengan baik.

Hurm.. cumanya si adik naufal la.. skrg ni tgh batuk dan selsema.. si adik ni standard lah. Asal cuaca tak ok je mesti batuk selsema menyerang. Huhu.. tapi mujur tak serius. Keadaan adik tak memerlukan dia utk ke hospital..

Cerita bab jerebu ni, meh saya tunjuk satu gambar. Gambar ni saya ambil sebelum dan selepas jerebu melanda di negara kita. Kebetulan balkoni rumah ni memang boleh nampak jelas keadaan cuaca di kuala lumpur..


Gambar atas sebelum jerebu, gambar bawah dah memutih dah.. huhu

Harapnya semua ini berakhir dengan cepat.

Ok, meh saya belanja gambar kakak dan adik pulak..

kakak masa jamuan kawan adik naufal.. seb baik diam je masa buat face painting neh..hehe


oh ya, semalam 7.10.2015 hari Cerebral Palsy tau.. bila belek gambar lama kakak, tengok betapa comelnya kakak waktu tu.. skrg pun coeml gak..hehe.. 

adik sibuk ngan iron man dia . Aituh nangis nak spider man. Spider takde iron pun jadi lah kan.. 

Ok. Sampai sini je. Mata dah ngantuk dah.. moga kita berjumpa lagi di lain hari.. 


02 September 2015

Keputusan Exam...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan baik.. Tapi nak berblog selalu rasanya macam dah tak boleh sebab internet dah kena block dah.. Semua laman sosial dah kena sekat. Hurmm.. ada baiknya juga.. Kalau tak tangan asik gatal je nak bukak itu ini..hehehe...

Alhamdulillah, 2 minggu lepas baru terima result exam semester 1. Yelah, diploma pun agak susah jugak sebenarnya. Lagi-lagi pensyarah UM ni dasat-dasat jugak. Sekali bagi assignment, hambek ko.. jenuh gak memikir. Dah macam amik degree pulak.. Lagi-lagi pensyarah ada title DR kat depan pangkal nama. Lagilah pening....huhu..

Nak tak nak, teruskan jugak sebab itu yang saya nak kan.. Kali ni rasa baru betul belajar. Sebelum ni saya hanya budak kemahiran je.. Belajar kemahiran untuk jadi Pengajar. Tapi tak de rezeki nampaknya nak pegang Penolong Pegawai Latihan Vokasional atau Pegawai Latihan Vokasional gamaknya. So carilah bidang lain..

Nampak macam serasi dengan bidang pentadbiran, maka saya ambil keputusan untuk sambung belajar lagi. Awalnya nak terus ambil degree, tapi memandangkan otak agak tepu setelah 13 tahun tinggalkan dunia belajar, maka ambillah diploma dulu. Merangkak pun merangkak lah kan..

Alhamdulillah, tak dapat anugerah dekan pun. Sedih tau sebab subjek communication saya dapat B-. Adoiyaii.. Dr Saroja punya penangan.. Silap saya gak, sebab salah jawab soalan masa exam aritu. Hilang 15 markah..huhu..


Dapat 3.58 je.. huhu.. Kalau kat UM, at least dapat 3.7 pointer baru dapat Anugerah Pengarah. Ohh adik saya dapat tau.. Dia punya pointer 3.95.  Dasat tak??? hehehe.. Takpelah.. saya tak dapat, janji adik dapat pun dah ok... :) Alhamdulillah..

So, now dah naik semester dua., Subjek agak tough gak.. Ekonomi. Memang mabuk sikit la ekonomi ni sebab banyak pengiraan. Tengok curve lagi.. Tapi saya suka, sebab matematik..hehe...

Ok, doakan saya success dapat result lebih baik dari yang ni ye.. Aamiin...

Oh ye, nak belanja satu gambar kakak Nabila.. Ni skali dengan gambar ayah dan adiknya. Masa ni kami keluar berjalan sebab dah lama sangat tak bawak anak keluar berjalan-jalan. Sibuk dengan assignment, so dah janji dengan Naufal bawak dia berjalan. Tengok jelah muka kakak.. kemain lagi dia senyum. Seronok ler tuh..


Ok, sampai sini saja.. Bye!!


12 August 2015

Beraya dengan Superkids.. Selamat Tinggal Teratak Nabila..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis lagi.. Agak sibuk (memang sangat sibuk) lagi-lagi kelas dah bermula selepas cuti semester hari tu. Cuma hati tengah berdebar sebab result tak keluar-keluar lagi. Hangin gak ni.. Apesal lambat nau nak keluar resultnya..

Hurm, minggu lepas berjumpa dengan kawan-kawan kakak Nabila. Lama benar kami tak bersua..Berkumpul di rumah Zali pada malam sabtu dan sempat kami ber 'barbeque' . Yelah, tiap kali gather mesti membakar.. Acara penting setiap kali perjumpaan..

Ok.. layankan saja gambar-gambar yang ada.. kredit pic tu ayue, alimin dan shah.. tak dan nak amik gambar bagai..hihi...





Tengoklah gambar last.. Nabila, Alisya dan Irfan.. Entah apa yang difikir oleh anak-anak ini. Nabila siap berbunyi macam bercakap ngan Alisya. 

Ok..kisah lain..

Beberapa minggu lepas, saya dan suami pulang ke rumah Rawang. Mengemas apa yang patut sebelum menyewakan rumah kami kepada orang lain. Barang yang agak banyak (tambah sampah sarap lagi) memang pening betul tak tau nak kemas mana satu. Tapi macam biasalah, mana yang tak pakai saya BUANG.. tu jelah kejenya..hihi.. Mudah. Nak simpan pun takde space kat rumah Duta. So, better buang je..

Ahad, Incik Zul ke rumah Rawang sekali lagi. Mengangkut katil, meja mekap dan almari TV. Barang macam almari dapur, almari pinggan mangkuk , almari baju semua adik ipar dah amik awal-awal sebelum pindah haritu. So dah kurang sikit lah barang nak dikemaskan. Tapi masih ada lagi barang tak clear rupanya. Langsir tak cabut lagi, rumah tak bersih lagi, tak bersapu, bilik air tak cuci.. Alamatnya serba serbi semua tak kemas lagi lah..

Ada la beberapa barang lagi yang saya tinggalkan, terpulang pada penyewalah nak guna ke tak.. Letih kan berpindah randah ni..huhu..

So semalam, final kemas rumah di sana. Saya keseorangan mengemas sebab Incik Zul kerja pulak. Jadi, lagi mudah sebenarnya tak de dia. Kalau ada, ada saja benda yang dia nak simpan. Letih la nak bertekak dengan dia kata suruh buang. Simpan kalau jadi harta karun takpelah jugak. Ni buat semak rumah je..huhu..

Jadi, selesai sudah urusan rumah dan hanya menanti penyewa masuk. Sedih, memang sedih. Sebab yelah, rumah sendiri kan. Sayang nak sewakan sebenarnya. Tapi kalau tak sewakan biar kosong pun tak elok juga. InsyaAllah, ada rezeki saya kembali semula ke rumah tu..

Antara kenangan di rumah tu.. Banyak sebenarnya.. Malah beberapa kali kenduri dan majlis birthday kakak Nabila buat di sana..Gathering superkids pun banyak kali di rumah kami..


Memula susun beginilah.. nak mencari ruang untuk terapi kakak..

Sebelum ada Naufal, begini pulak..hurm.. macam2 style..


Paling suka begini.. Sebab ada tilam besar, kakak dan adik baring bergolek di sini.. (hurm..sepah sikit keje si adik memunggah mainan..

Bilik mainan kakak suatu masa dulu.. banyaknyaaaa!!!

Babai Teratak Nabila.. Sampai ketemu lagi kita nanti.. Insya-Allah..

22 July 2015

Beraya di Ipoh..

Assalamualaikum..

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN pada semua. Alhamdulillah, dapat juga merasai syawal dengan serba sederhana bersama keluarga.

Tahun ni memang giliran beraya di rumah mertua saya. Sebelum pulang ke kampung (2 hari nak raya) saya balik rumah mak saya. Berbuka puasa bersama dan bersalaman sebab pagi raya tak dapat cium tangan mak..huhu.. Ayah saya tak jumpa pula sebab ayah kerja waktu tu. 

Ok.. seperti tahun-tahun sebelum ni, kalau beraya rumah mertua, mesti ada sedikit masakan saya akan bawa pulang ke rumah mak mertua. Kali ini, Encik Zul dengan rela hati nak masak rendang daging. Saya tak dapur sangatlah sebab katanya dia nak buat sendiri. Cuma ada la beberapa kali terjerit-jerit panggil saya nak tanya bahan apa nak dimasukkan ke dalam kuali..hahahahaha

Hasilnya.. maveles la.. Sedap. ramai puji rendang Encik Zul yang wangi semerbak satu kuarters bau..hahahah..

Kami bertolak ke Ipoh jam 6 petang sehari sebelum raya. Kira malam raya la kami sampai ke rumah mak mertua saya. Jalan tak sesak sangat tapi kereta memang banyak berpusu-pusu pulang ke kampung masing-masing.

Pagi raya, saya dan adik ipar sibuk menyediakan kuah lodeh dan menyediakan juadah sebelum mak dan ayah mertua saya ke masjid sembahyang raya. Dapat la makan rendang daging (Encik Zul masak) , rendang ayam dan ketupat daun palas (mak mertua masak) , kuah kacang (adik ipar masak) dan lodeh (saya masak sendiri). Sedapnyerrrrrr!!!!

Tengahari tu, kami ke rumah kakak mak mertua saya dan kemudian terus pulang ke Teluk Kepayang rumah abang mak mertua saya. Berkumpul dan menziarahi beberapa rumah dan pulang semula ke Ipoh dalam pukul 8 malam. Kemudian tiba pula saudara mara sepupu sepapat sebelah ayah mertua saya pula sehinggalah lewat malam raya pertama.. 

Raya kedua, hanya berada di rumah dan menunggu tetamu datang. Menu saya masak raya kedua ni, Nasi Minyak bersama Ayam Masak Merah dan Jelatah versi adik ipar saya. Tambah juga Mee Goreng hasil air tangan adik ipar saya Adah dan Nasi Impit Kuah Kacang. Ok lah tu untuk jamu tetamu yang datang. Alhamdulillah, nasi minyak saya licin licau.. hihihi...

Raya ketiga dah pulang semula ke Kuala Lumpur. Jalan memang sesak sikit, Yelah Esoknya mungkin ramai dah mula bekerja semula..Saya masih lagi bercuti dan mula bekerja pada hari Selasa.

Ok, ni ada la sikit gambar raya kami di kampung tempohari.


Bergambar kenangan dengan keluarga sebelah mak mertua saya. Ni ramai tak de ni, kalau tak mau penuh gak tangga ni..

Dengan family mertua saya. Adik-adik dan biras 

Bergambar sebelum bertolak ke Bota

 Keluarga kecil kami.. Alhamdulillah.. 

Cinta hati ibu.. Tido je. Tak banyak ragam. Baik je anak ibu ni...

Ok, sampai sini saja.. bye!!

06 July 2015

Subhanallah... Cantiknya kakak....

Assalamualaikum,

Last week saya jalan-jalan mencari tudung untuk raya. Saya memang tak pandai sangat nak beli tudung.. Yelah, fikir janji selesa dan mudah dipakai sudah cukup untuk saya. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, rasanya macam tak sempat nak bercantik-cantik macam dulu..hehe..

Saya terjumpa satu tudung kecik untuk Nabila. Kata si penjual tu, sesuai untuk anak berusia 3-4 tahun. Dia menunjukkan contoh tudung pada kepala patung itu. Tanya si penjual, berapa usia Nabila. Saya menjawab ringkas " 7 Tahun.." . Katanya mungkin kakak tak muat sebab saiznya kecil.

Saya cuba membayangkan kakak.. Rasanya muat. Yelah kakak kan microcephaly. Saiz kepalanya yang kecik memang sesuai dengan tudung anak berumur bawah lagi dari dia. Saya membelek sebentar dan terus ambil keputusan untuk beli. 

Balik saja ambil anak-anak dari babysitter, terus pakaikan kakak tudung yang saya beli tadi. Hasilnya..


Sungguh saya kagum dengan ciptaan Allah.. Cantik, bersih muka kakak bila memakai tudung. Bila saya post gambar dalam facebook, begitu ramai yang komen dan like gambar ini. Rata-rata semuanya suka melihat anak ini bertudung..Alhamdulillah.. 

Dan saya berfikir lama bila menatap gambar ini..

"Kenapa Allah beri kakak dalam keadaan ini? Kakak anak yang cantik. Jika sihat, pastinya anak ini nampak lebih cantik lagi.." Memang tak baik bila hati saya terdetik begitu.

Terus saya meraup muka saya. Astaghfirullahaladzim.. Begitu jauh fikiran saya tentang keadaan kakak. Mempersoal kerja Allah.. Terus saya buang jauh-jauh perasaan itu..

Kakak, Ibu tahu Allah dah beri yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, ibu yakin Allah sayangkan kakak, sayangkan ibu ayah dan adik Naufal. Allah beri kakak kepada ibu ada sebabnya. Ye, kalau cantik begitu mungkin lebih sukar untuk ibu menjaga kakak jika kakak sihat. Maka Allah jadikan kakak begini. Dan mungkin mahu orang lain juga menyayangi kakak (ramai sangat sayang kat kakak ni..hehe) seperti mana ibu sayang kakak..

Ok.. tak mau sedih-sedih.. Nah saya belanja lagi gambar kakak masa ambil gambar ini.. Kakak sikit pun tak berdecit bila disuruh diam mengambil gambar. Siap senyum sengih lagi sebab ibu puji dia cantikk.... 



Melayan saja kehendak ibu ye kakak..hehe..

ok sampai sini dulu..daaa :)

03 July 2015

Kaki Kakak Bersimen

Assalamualaikum..

Rabu lepas kakak berjumpa dengan doktor Azira, doktor rehab dia. Macam biasalah, review tentang botox 2 minggu lepas 


Kemudian setelah berbincang, doctor mencadangkan kaki Nabila di simen untuk membantu membetulkan semula kaki dia.

Masa pasang simen tu ok lagi. Balik rumah je, agaknya dia rasa berat kaki dia nak angkat, terus menangis tak henti-henti. Masa buka puasa pun tak tentu hala sebab memujuk kakak. Terpaksa tunggu ayah Nabila buka puasa dulu, then kami berdua 'mengerjakan' kaki kakak.

Serius, saya tak mampu menahan getar hati saya bila melihat kakak Nabila mengalirkan air mata. Cukuplah 4 jam saja kakak pakai.. Saya minta maaf pada abg sebab dah susahkan dia bukak semula simen tersebut..



Tak tau nak cakap apa dengan doctor. Saya risau kakak sawan sebenarnya akibat menangis yang melampau. Apa yang saya takutkan terjadi malam tadi. Kakak di serang sawan.. Ya Allah!! Saya peluk kakak.. Saya cemas. Abg juga cemas. Sampai Naufal kena marah sebab bising ganggu kakak. Kakak asyik terkejut kerana Naufal menjerit-jerit dalam bilik. Adoiii anak!!

Makanya, kena cari alternatif lain juga untuk betulkan ankle kakak. Babysitter pulak kata susah nak pakaikan AFO untuk kakak. Dia risau kakak nangis.. Hurmm.. payah betul la camni...

Ni yang rasa hati membuak-buak nak berhenti kerja pulak ni... huhu..

Kenangan kakak sekejap dengan kaki bersimen..huhu..

Hopefully pagi ni kakak baik-baik saja.. InsyaAllah..


30 June 2015

Kelas terakhir..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, minggu lepas merupakan kelas terakhir untuk semester ini. Kalau nak difikirkan memang cepat betul masa berlalu. Sekejap je dah habis satu sem...

Minggu ini bermulalah perjuangan. Walaupun hanya 2 paper tapi mengenangkan subjek nya buat saya takut pulak. Harap dapat score lagi untuk kedua-dua paper tu nanti.


Ni dengan lecturer marketing kitorg.. Madam Shira.. muda lagi tau.. tapi nama pun lecturer kenalah respect walaupun dia lagi muda dari saya..hahaha (nampak tak ketuaannya di situ..huhu). Oh lupa lak.. Yang free hair baju purple hitam tu lecturer kami...



Yang ni pulak ngan lecturer methodology.. tudung pink..kocik je orangnya.. Madam Shikin. Ni sebahagian je budak kelas yang sporting. Yang lain tu hurmmm tahlah.. 



Ni group saya. Segala mak nenek assg mmg buat group ni je. Sebab dah tau perangai masing-masing senang sikit nak handle..hahahaha.. sebab saya paling TUAAAAAA...huhu...



Dalam kelas. Semua muka stress tengah buat tutorial. Saya punya dah siappp..hahaha... Tu pasal senyum lebor je...hihi...

Doakan saya dapat menjawab soalan dengan baik dan score A+ dalam exam nanti.. Terima kasih semua... Muahhhh!!!

Bye!!

18 June 2015

Ramadhan datang lagi & Prosedur Botox kaki Kakak Nabila

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan untuk berada di dalam bulan paling mulia iaitu Ramadhan.. Seperti biasa, rutin macam tahun-tahun lepas jugak cumanya tahun ni bertambah sibuk bila ada kelas dalam bulan puasa. Tapi minggu ni je, sebab next week dah study week.. Minggu ke 3 & ke 4 puasa dah exam...

Ok, cerita pasal kaki kakak. Semalam saya membawa Nabila ke hospital. Atas urusan prosedur botox. Kali ni suntikan diberikan pada otot untuk lembutkan ankle. Ada doctor sebut semalam, tapi saya tak ingat pulak apa nama otot tu..

Start keluar rumah babysitter semalam dia dah menangis dah. Macam tau-tau je kakak ni kena cucuk kejap lagi. Penat jugak semalam berjalan jauh menolak wheelchair kakak. Parking semua penuh..huhu

Kepenatan semalam menangis. Agaknya nak tido tapi tak selesa.. Last terlelap gak kat wheelchair sebelum kena cucuk botox..

Oh ya, lupa pulak.. Kakak Nabila baru je dapat AFO baru.. sebelum ni AFO dia tak berapa ngam sangat. Kali ini company buat AFO tu betulkan balik. So dapatlah kakak kasut baru...hehe...


Ni lah AFO kakak yang baru.. Padding biru kat kaki kanan kakak tu untuk keselesaan kakak sebenarnya. Kaki kanan kakak agak keras sikit dan lebih ketat berbanding kaki kiri. Harapnya benda alah ni mampu betulkan kaki kakak balik macam dulu..

Ok, sampai sini je.. Selamat berpuasa semua.. 



21 May 2015

Tetiba rasa nak nangis pulakkkk!!

Assalamualaikum,

Aikkk..pesal nak nangis kan?? Ibu Nabila ni memang sensitif klu bab cerita pasal Nabila. huhu.. Sapa tak sayang anak oiiii...

Tadi, kat office ada ceramah tentang Hari Ibu. Memang best sebab Puspanita Arkib jemput Encik Abil Fikri, alah yang jaga wife dia terlantar sebab brain damage tu. Dia sebagai penceramah jemputan. Untuk pertama kalinya saya berjumpa secara live kerana sebelum ni, hanya tahu kisah dia melalui blog dan mulut-mulut orang yang bercerita tentang kisah dia.

Bila melihatkan dia menjaga wife dia, terbayang-bayang aku pada Nabila. Ye, walaupun kes wife dia agak berbeza dengan Nabila, tapi condition Arwah Kak Gee dan Nabila lebih kurang samalah.. Brain Damage. 

Bila melihatkan kesungguhan Encik Abil ni, terfikir saya untuk berhenti kerja. Atau pencen awal. Memang itu hasrat saya memandangkan Nabila bukan makin mengecil.. membesar dan membesar bagai anak dara. Lately ni pun, kakak macam tak berapa ceria. Diam je, dan kerap nak tido awal. Penat agaknya kat rumah ummi. Yelah, rumah orang. Mana nak selesa banding rumah sendiri.

Hishh, kalaulah ada kekuatan alangkah baiknya saya berhenti. Kesian pada abang kerana terpaksa mencari rezeki sendirian. Dengan bebanan hutang, memang tak mampu Abang menanggung seorang diri. Ye, rezeki tu Allah tentukan tapi kena usaha gak kan. Kut saya boleh bisnes sendiri. Menjahit barangkali....

Bila cerita tentang kakak Nabila di dewan tadi, tetiba suara ni macam tersekat-sekat pulak. Nak mention kakak anak istimewa pun rasa sedih. Nampak nau ibu Nabila ni tak kuat. hurmmmm...

Dan tadi, selesai majlis, saya beli senaskah buku Encik Abil ni. Kut boleh bagi motivasi pulak pada saya nanti. Ada masa hati ini rapuh gak. Bila kenang kakak Nabila, mulalah mata ini berair..huhu. 


Belum habis baca lagi.. baru suku muka surat. Tapi saya tak nak menangis walaupun pada awalnya ada lah ayat-ayat yang buat saya sebak. huhu.. 

Ok, sampai sini je.. nanti sambung lagi ek...




08 May 2015

Melihat kakak...

Assalamualaikum..

Sebelum memulakan cerita, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Adik Aiman Haziq yang meninggal pagi tadi. Haziq merupakan anak kepada salah seorang sahabat sekasut saya, Kak Siti Suhaila Samian. Haziq dan Nabila sebaya dan seorang kanak-kanak Cerebral Palsy. Sedih pagi ini kerana Haziq meninggal dalam keadaan yang mengejutkan kami semua keluarga anak istimewa. 

Anak syurga..datang dan pergi.. Moga kalian bergembira di taman syurga sana. Menantikan ayah dan ibu mu..

Sungguh hati rasa sedih.. Lepas satu satu anak syurga pergi meninggalkan kami semua. Walaupun Nabila masih disisi saya, melihat anak lain sama seperti anak sendiri. Keadaan kakak sama seperti mereka. Perlukan bantuan untuk makan, minum, mandi, main. Mereka perlukan kasih sayang juga...

Semalam, sewaktu saya mandikan kakak, saya terfikir. Bagaimanakah keadaan anak ini apabila besar kelak. Kakak Nabila cuba berpaling ke belakang, agaknya merasai tangan saya menyapu sabun di badan dan kepalanya. Badannya yang bergerak-gerak agak sukar untuk saya kawal. Manakan tidak, tangan kanan memegang gayung, tangan kiri memegang badannya. Banyak kali juga kakak terduduk di lantai (saya dudukkan dia di bangku kecil) kerana saya terlepas dari pegangan badan Nabila. 

Hati saya berbisik, andai anak ini terus membesar, berikan saya kekuatan untuk menguruskannya. Berikan saya sedikit tenaga untuk mendukung Nabila nanti.

Malam tadi kakak enggan tidur. Sepanjang malam hinggalah ke subuh. Entah apa yang digelisahkan saya tak pasti. Namun dia hanya senyap diam membisu. Hanya sesekali tangan, badannya bergerak bermain. Adakah petanda kakak tahu sahabatnya bakal pergi  nanti? Wallahualam...

Melihat kakak saya jadi takut untuk kehilangan dia..

Namun begitu, Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buat saya..

Setiap orang pasti akan rasa kehilangan.. 

Dan andai kita berpisah nanti, kasih ibu pada kakak takkan hilang buat selamanya..




Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...