14 January 2015

Family Trip to Malacca

Assalamualaikum...

Lama dah saya merancang untuk membawa ayah saya ke Melaka. Bukan mudah tau nak pujuk dia. Faham jelah orangnya suka sangat bekerja. Sampai mak pun makan ati dengan ayah sebab tak bawak dia gi jalan-jalan. Yelah kami adik beradik faham. Nak berjalan bukannya singgit dua keluar duit. Lagi pulak anak-anak ramai. So saya sepakat dengan adik saya untuk merancang percutian keluarga.

Banyak tempat kami pilih dan akhirnya saya dan adik memilih MELAKA...

Kalau nak diikutkan Melaka memang banyak tempat boleh pergi. Hari tu saya jalan-jalan ke Melaka pun tak puas. Sebab tak dapat nak gi Zoo dan naik Taming Sari. So, kali ni saya tak lepaskan peluang. Nak jugak naik benda alah tu yang sememangnya gayat ya amat..

Malam masa kami sampai tu, kami sekeluarga menaiki cruise di waktu malam. Aritu naik waktu siang. Tak best sangat sbb nampak air keruh..hihihi.. Malam dipenuhi dengan cahaya lampu yang sangat canti. Nampak ayah tersenyum-senyum naik bot. Yelah, nak tunggu duit jatuh ke riba memang sampai ke sudah pun tak jatuh.. huhuhu...

Kakak Nabila pulak kalau nak diikutkan dia bukannya sihat pun. Tengah ada sawan-sawan kecil menyerang dia. Tapi still boleh control lagi. Tapi naik je bot, terus elok.. Senyum baik je..Naik pelik gak tengok kakak Nabila ni, tapi takpelah. Asalkan dia diam dan tak menangis sudaahhhhhh.
.
 Ok, Layan kan saja gambar-gambar yang ada. Tak banyak gambar saya ambil sebab kamera tak berapa nak canggih sangat. huhu.. Takat handphone cap ayam je lah untuk rakam kenangan kami sekeluarga..

 Bergambar depan hotel sementara menunggu adik perempuan saya bersiap. Kemain lama betul bersiap kalah saya yang ada anak 2 ni haa...
Tengoklah gambar Kakak Nabila. Letak bunga kemain pandai lagi sengih. Kalau melaram tu kemain sihat lagi dia...


 Lepas tu kami ke Zoo Melaka. Naik tram je. Malas la aaaihhh nak jalan kaki. Sian kat mak penat nak jalan dalam zoo tu. Naik tram pun nampak gak binatang. hehehe. 
Yang paling kesian, ada satu family tu. Diorang bawak nenek tua, rasanya baya-baya arwah nenek saya agaknya. Mengaduh penat masa tram kami lalu. Last, bagi naik sbb penat dia mengejar cucu dia yang kemain aktif lagi.. alahai kesian sungguh. Alah, bayar jelah RM 5 untuk naik benda alah tu. Sian orang tua nak jalan satu zoo sambil jaga cucu.. Ape daaaa...

Lepas gi Zoo, kami makan kat Kedai Asam Pedas depan Taming Sari tu. Pastu solat, lepak jap kat pondok ni. Lepas tu jalan ke Menara Taming Sari..












Masa nak naik tu memang gayat betul. Agak laju gak benda alah ni naik. Menjerit gak la semua yang ada dalam tu. Kakak Nabila siap sengih-sengih lagi. Matahari kena muka sikit la.. Kejap panas kejap sejuk sebab benda Menara Taming Sari ni kan berpusing. Tapi serius, cantik betul kawasan sekitar bandar Melaka ni.kagum kejap tengok keindahan di situ.


Lepas naik Taming Sari, Ayah kata nak makan ikan bakar kat Serkam. Tapi kami pegi pun pukul 5 petang. Memang takdelah kedai yang bukak. Jadinya Ayah kata gi Pantai Klebang pulak. Tetiba adik saya kata ada muzium kapal selam kat pantai tu. Sempat la naik sebab jam dah pukul 6.30 petang. Last naik ke kapal jam 6.30 dan kami merupakan pengunjung terakhir yang masuk ke situ. Seb baik sempat..hehehe. 

Tengok dalam kapal selam tu, tak terbayang macamana la dorang duduk dalam tu. Sempit ya amat. Rasa tak bernafas pun ado...














Ni kami tengah main belon kat tepi pantai. Memang bestla sebab ada angin bagai.. santai je kami semua kat sini. Lepas tu, hujan renyai, terus cari tempat makan. Tapi makannya tak best sangat lah. Malas nak berjalan cari makan lagi sebab masing-masing dah kepenatan. 

Balik sampai je hotel, terus mandi semua, TIDO.. Memang kepenatan masing-masing berjalan seharian. Seb baik Nabila, Naufal ngan Alisya baik je tak nangis sepanjang berjalan...hehe..

Lepas ni nak bawak ayah dan mak jenjalan lagi.. :) Rasa seronok tengok dorang tersenyum gembira.. 

Ok. Sampai sini saja coretan kali ini. Byeee!!

08 January 2015

Tahun Baru, Kisah Baru..

Assalamualaikum semua,

Tak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 buat semua.. Ni merupakan tahun ke 7 saya menulis di sini. Sorry dah kurang update tentang Nabila. So far Alhamdulillah, Nabila sihat dan makin membesar bak anak dara yang cantik.

Tahun ini merupakan tahun yang sepatutnya Nabila melangkahkan kaki ke Tahun 1 . Bak kata lain, dah mula sekolah. Namun, apakan daya, saya hanya mampu melihat anak-anak lain seusianya bersekolah, tidak pada Nabila.

Nak kata sedih, memanglah sedih. Kalau ikutkan dah pasti saya merupakan orang yang paling kalut sekali menyediakan persiapan dia ke sekolah. Tapi takpelah, rezeki Nabila dah arah lain. Betul tak? Janji dia sihat dan bersama ibu ayah dan adik Naufal sentiasa.

Haritu saya membelek kad imunisasi Nabila. Terbaca pula rekod imunisasi dan laporan perubatan doktor yang dulu. Bila tengok kad imunisasi, baru teringat yang Nabila kena buat suntikan yang 7 tahun tu. Nanti kena jumpa balik doktor nak tanya macamana..

 Tu la kad imunisasi Nabila dulu. kad dulu rasa macam tak detail je kan? Banding rekod kesihatan naufal, beruntung betul si Naufal nampak details rekod kesihatan dia masa baby. Time saya masa baby? lagi lah tak tau camner rupanya.

Seminggu ni, Nabila nampak lain. Sawan kecil menyerang. Tak tido malam dan tak nak minum susu. Minum susu pun guna syringe. Tah apa rasa badan dia agaknya tak cukup tido. Mau pening tu...

Ada kata Nabila dah kurus. Siyes dia mmg nampak kurus dan panjang. Tapi, bila saya angkat badannya, memang terasa berat. Agak sakit juga pinggang dan lenguh kaki bila memangku anak dara ini..

Ok, sampai sini saja coretan kali ini. Harapnyer la saya rajin sikit nak update hal Nabila ni.. Tahun lepas boleh bilang dengan jari entry yang saya tulis dalam blog.. hehehe..

Bye!!

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...