22 July 2015

Beraya di Ipoh..

Assalamualaikum..

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN pada semua. Alhamdulillah, dapat juga merasai syawal dengan serba sederhana bersama keluarga.

Tahun ni memang giliran beraya di rumah mertua saya. Sebelum pulang ke kampung (2 hari nak raya) saya balik rumah mak saya. Berbuka puasa bersama dan bersalaman sebab pagi raya tak dapat cium tangan mak..huhu.. Ayah saya tak jumpa pula sebab ayah kerja waktu tu. 

Ok.. seperti tahun-tahun sebelum ni, kalau beraya rumah mertua, mesti ada sedikit masakan saya akan bawa pulang ke rumah mak mertua. Kali ini, Encik Zul dengan rela hati nak masak rendang daging. Saya tak dapur sangatlah sebab katanya dia nak buat sendiri. Cuma ada la beberapa kali terjerit-jerit panggil saya nak tanya bahan apa nak dimasukkan ke dalam kuali..hahahahaha

Hasilnya.. maveles la.. Sedap. ramai puji rendang Encik Zul yang wangi semerbak satu kuarters bau..hahahah..

Kami bertolak ke Ipoh jam 6 petang sehari sebelum raya. Kira malam raya la kami sampai ke rumah mak mertua saya. Jalan tak sesak sangat tapi kereta memang banyak berpusu-pusu pulang ke kampung masing-masing.

Pagi raya, saya dan adik ipar sibuk menyediakan kuah lodeh dan menyediakan juadah sebelum mak dan ayah mertua saya ke masjid sembahyang raya. Dapat la makan rendang daging (Encik Zul masak) , rendang ayam dan ketupat daun palas (mak mertua masak) , kuah kacang (adik ipar masak) dan lodeh (saya masak sendiri). Sedapnyerrrrrr!!!!

Tengahari tu, kami ke rumah kakak mak mertua saya dan kemudian terus pulang ke Teluk Kepayang rumah abang mak mertua saya. Berkumpul dan menziarahi beberapa rumah dan pulang semula ke Ipoh dalam pukul 8 malam. Kemudian tiba pula saudara mara sepupu sepapat sebelah ayah mertua saya pula sehinggalah lewat malam raya pertama.. 

Raya kedua, hanya berada di rumah dan menunggu tetamu datang. Menu saya masak raya kedua ni, Nasi Minyak bersama Ayam Masak Merah dan Jelatah versi adik ipar saya. Tambah juga Mee Goreng hasil air tangan adik ipar saya Adah dan Nasi Impit Kuah Kacang. Ok lah tu untuk jamu tetamu yang datang. Alhamdulillah, nasi minyak saya licin licau.. hihihi...

Raya ketiga dah pulang semula ke Kuala Lumpur. Jalan memang sesak sikit, Yelah Esoknya mungkin ramai dah mula bekerja semula..Saya masih lagi bercuti dan mula bekerja pada hari Selasa.

Ok, ni ada la sikit gambar raya kami di kampung tempohari.


Bergambar kenangan dengan keluarga sebelah mak mertua saya. Ni ramai tak de ni, kalau tak mau penuh gak tangga ni..

Dengan family mertua saya. Adik-adik dan biras 

Bergambar sebelum bertolak ke Bota

 Keluarga kecil kami.. Alhamdulillah.. 

Cinta hati ibu.. Tido je. Tak banyak ragam. Baik je anak ibu ni...

Ok, sampai sini saja.. bye!!

No comments:

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...