21 May 2015

Tetiba rasa nak nangis pulakkkk!!

Assalamualaikum,

Aikkk..pesal nak nangis kan?? Ibu Nabila ni memang sensitif klu bab cerita pasal Nabila. huhu.. Sapa tak sayang anak oiiii...

Tadi, kat office ada ceramah tentang Hari Ibu. Memang best sebab Puspanita Arkib jemput Encik Abil Fikri, alah yang jaga wife dia terlantar sebab brain damage tu. Dia sebagai penceramah jemputan. Untuk pertama kalinya saya berjumpa secara live kerana sebelum ni, hanya tahu kisah dia melalui blog dan mulut-mulut orang yang bercerita tentang kisah dia.

Bila melihatkan dia menjaga wife dia, terbayang-bayang aku pada Nabila. Ye, walaupun kes wife dia agak berbeza dengan Nabila, tapi condition Arwah Kak Gee dan Nabila lebih kurang samalah.. Brain Damage. 

Bila melihatkan kesungguhan Encik Abil ni, terfikir saya untuk berhenti kerja. Atau pencen awal. Memang itu hasrat saya memandangkan Nabila bukan makin mengecil.. membesar dan membesar bagai anak dara. Lately ni pun, kakak macam tak berapa ceria. Diam je, dan kerap nak tido awal. Penat agaknya kat rumah ummi. Yelah, rumah orang. Mana nak selesa banding rumah sendiri.

Hishh, kalaulah ada kekuatan alangkah baiknya saya berhenti. Kesian pada abang kerana terpaksa mencari rezeki sendirian. Dengan bebanan hutang, memang tak mampu Abang menanggung seorang diri. Ye, rezeki tu Allah tentukan tapi kena usaha gak kan. Kut saya boleh bisnes sendiri. Menjahit barangkali....

Bila cerita tentang kakak Nabila di dewan tadi, tetiba suara ni macam tersekat-sekat pulak. Nak mention kakak anak istimewa pun rasa sedih. Nampak nau ibu Nabila ni tak kuat. hurmmmm...

Dan tadi, selesai majlis, saya beli senaskah buku Encik Abil ni. Kut boleh bagi motivasi pulak pada saya nanti. Ada masa hati ini rapuh gak. Bila kenang kakak Nabila, mulalah mata ini berair..huhu. 


Belum habis baca lagi.. baru suku muka surat. Tapi saya tak nak menangis walaupun pada awalnya ada lah ayat-ayat yang buat saya sebak. huhu.. 

Ok, sampai sini je.. nanti sambung lagi ek...




08 May 2015

Melihat kakak...

Assalamualaikum..

Sebelum memulakan cerita, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Adik Aiman Haziq yang meninggal pagi tadi. Haziq merupakan anak kepada salah seorang sahabat sekasut saya, Kak Siti Suhaila Samian. Haziq dan Nabila sebaya dan seorang kanak-kanak Cerebral Palsy. Sedih pagi ini kerana Haziq meninggal dalam keadaan yang mengejutkan kami semua keluarga anak istimewa. 

Anak syurga..datang dan pergi.. Moga kalian bergembira di taman syurga sana. Menantikan ayah dan ibu mu..

Sungguh hati rasa sedih.. Lepas satu satu anak syurga pergi meninggalkan kami semua. Walaupun Nabila masih disisi saya, melihat anak lain sama seperti anak sendiri. Keadaan kakak sama seperti mereka. Perlukan bantuan untuk makan, minum, mandi, main. Mereka perlukan kasih sayang juga...

Semalam, sewaktu saya mandikan kakak, saya terfikir. Bagaimanakah keadaan anak ini apabila besar kelak. Kakak Nabila cuba berpaling ke belakang, agaknya merasai tangan saya menyapu sabun di badan dan kepalanya. Badannya yang bergerak-gerak agak sukar untuk saya kawal. Manakan tidak, tangan kanan memegang gayung, tangan kiri memegang badannya. Banyak kali juga kakak terduduk di lantai (saya dudukkan dia di bangku kecil) kerana saya terlepas dari pegangan badan Nabila. 

Hati saya berbisik, andai anak ini terus membesar, berikan saya kekuatan untuk menguruskannya. Berikan saya sedikit tenaga untuk mendukung Nabila nanti.

Malam tadi kakak enggan tidur. Sepanjang malam hinggalah ke subuh. Entah apa yang digelisahkan saya tak pasti. Namun dia hanya senyap diam membisu. Hanya sesekali tangan, badannya bergerak bermain. Adakah petanda kakak tahu sahabatnya bakal pergi  nanti? Wallahualam...

Melihat kakak saya jadi takut untuk kehilangan dia..

Namun begitu, Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buat saya..

Setiap orang pasti akan rasa kehilangan.. 

Dan andai kita berpisah nanti, kasih ibu pada kakak takkan hilang buat selamanya..




06 May 2015

Aktiviti jahit menjahit bermula kembali...

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan baik. 2 minggu lepas, baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 32.. Tua dah rasa.. hihi.. Kalau dulu tgk orang berumur 32 ni rasa dah matang sangat. Tapi apesal saya nampak cam tak matang.. hahahha...

Dalam sepanjang cuti semester ni (alah 3 minggu je break nyer pun..kecohh!!! hahahaha) saya menyibukkan diri membuat kerja-kerja lama. Menjahit kraf. seronok memang seronok dapat menjahit ni. Dulu tak dapat teruskan sebab bersalin Naufal. Lepas tu sibuk dengan anak-anak. Memang tak terkejar nak buat itu ini.

Tapi sekarang dah ok sikit la. Cuma sibuk dengan kuliah pulak hujung minggu. Dapat curi masa pun malam bila anak-anak dah makan dan berehat sebelum tido. Time nilah saya curi masa sikit buat felt craft ni..

Nilah hasil 2-3 minggu menghadap kain felt tu..

Coin Purse. Nak tempah boleh je..RM 7.00 setiap satu.. Sesuai untuk anak-anak dan mak-mak jugak.. nak bagi cenderahati pun boleh...

Alligator Hair Clip . RM 2.50 je satu...

Cupcake keychain. Ni percubaan je tapi nanti saya buat cecantik lagi..

Ice-cream keychain.. haa.. yang ni saya jual.. boleh dapat murah lagi kalau beli banyak...

Snap clip hair. 


Yang ni pulak bookmark.. yang bawah ni kak siti suhaila yang order.. Nak buat cenderahati boleh jer ni... Kak siti suhaila order 4 set. Satu set RM 5 (3pcs)

Keje mengkraf ni dah jadi mudah sebab saya beli mesin big shot baru. Hasil menjual breastpump aituh, saya beli mesin untuk buat kraf pulak. Dapat gak cari pendapatan tambahan untuk tampung rawatan kakak Bella dan segala makan pakainya...

Ok.. kalau sesapa berminat nak order boleh Whatsapp saya di 0126347956 atau pm saya kat facebook.. :)

ok, bye!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...