22 July 2015

Beraya di Ipoh..

Assalamualaikum..

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN pada semua. Alhamdulillah, dapat juga merasai syawal dengan serba sederhana bersama keluarga.

Tahun ni memang giliran beraya di rumah mertua saya. Sebelum pulang ke kampung (2 hari nak raya) saya balik rumah mak saya. Berbuka puasa bersama dan bersalaman sebab pagi raya tak dapat cium tangan mak..huhu.. Ayah saya tak jumpa pula sebab ayah kerja waktu tu. 

Ok.. seperti tahun-tahun sebelum ni, kalau beraya rumah mertua, mesti ada sedikit masakan saya akan bawa pulang ke rumah mak mertua. Kali ini, Encik Zul dengan rela hati nak masak rendang daging. Saya tak dapur sangatlah sebab katanya dia nak buat sendiri. Cuma ada la beberapa kali terjerit-jerit panggil saya nak tanya bahan apa nak dimasukkan ke dalam kuali..hahahahaha

Hasilnya.. maveles la.. Sedap. ramai puji rendang Encik Zul yang wangi semerbak satu kuarters bau..hahahah..

Kami bertolak ke Ipoh jam 6 petang sehari sebelum raya. Kira malam raya la kami sampai ke rumah mak mertua saya. Jalan tak sesak sangat tapi kereta memang banyak berpusu-pusu pulang ke kampung masing-masing.

Pagi raya, saya dan adik ipar sibuk menyediakan kuah lodeh dan menyediakan juadah sebelum mak dan ayah mertua saya ke masjid sembahyang raya. Dapat la makan rendang daging (Encik Zul masak) , rendang ayam dan ketupat daun palas (mak mertua masak) , kuah kacang (adik ipar masak) dan lodeh (saya masak sendiri). Sedapnyerrrrrr!!!!

Tengahari tu, kami ke rumah kakak mak mertua saya dan kemudian terus pulang ke Teluk Kepayang rumah abang mak mertua saya. Berkumpul dan menziarahi beberapa rumah dan pulang semula ke Ipoh dalam pukul 8 malam. Kemudian tiba pula saudara mara sepupu sepapat sebelah ayah mertua saya pula sehinggalah lewat malam raya pertama.. 

Raya kedua, hanya berada di rumah dan menunggu tetamu datang. Menu saya masak raya kedua ni, Nasi Minyak bersama Ayam Masak Merah dan Jelatah versi adik ipar saya. Tambah juga Mee Goreng hasil air tangan adik ipar saya Adah dan Nasi Impit Kuah Kacang. Ok lah tu untuk jamu tetamu yang datang. Alhamdulillah, nasi minyak saya licin licau.. hihihi...

Raya ketiga dah pulang semula ke Kuala Lumpur. Jalan memang sesak sikit, Yelah Esoknya mungkin ramai dah mula bekerja semula..Saya masih lagi bercuti dan mula bekerja pada hari Selasa.

Ok, ni ada la sikit gambar raya kami di kampung tempohari.


Bergambar kenangan dengan keluarga sebelah mak mertua saya. Ni ramai tak de ni, kalau tak mau penuh gak tangga ni..

Dengan family mertua saya. Adik-adik dan biras 

Bergambar sebelum bertolak ke Bota

 Keluarga kecil kami.. Alhamdulillah.. 

Cinta hati ibu.. Tido je. Tak banyak ragam. Baik je anak ibu ni...

Ok, sampai sini saja.. bye!!

06 July 2015

Subhanallah... Cantiknya kakak....

Assalamualaikum,

Last week saya jalan-jalan mencari tudung untuk raya. Saya memang tak pandai sangat nak beli tudung.. Yelah, fikir janji selesa dan mudah dipakai sudah cukup untuk saya. Dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, rasanya macam tak sempat nak bercantik-cantik macam dulu..hehe..

Saya terjumpa satu tudung kecik untuk Nabila. Kata si penjual tu, sesuai untuk anak berusia 3-4 tahun. Dia menunjukkan contoh tudung pada kepala patung itu. Tanya si penjual, berapa usia Nabila. Saya menjawab ringkas " 7 Tahun.." . Katanya mungkin kakak tak muat sebab saiznya kecil.

Saya cuba membayangkan kakak.. Rasanya muat. Yelah kakak kan microcephaly. Saiz kepalanya yang kecik memang sesuai dengan tudung anak berumur bawah lagi dari dia. Saya membelek sebentar dan terus ambil keputusan untuk beli. 

Balik saja ambil anak-anak dari babysitter, terus pakaikan kakak tudung yang saya beli tadi. Hasilnya..


Sungguh saya kagum dengan ciptaan Allah.. Cantik, bersih muka kakak bila memakai tudung. Bila saya post gambar dalam facebook, begitu ramai yang komen dan like gambar ini. Rata-rata semuanya suka melihat anak ini bertudung..Alhamdulillah.. 

Dan saya berfikir lama bila menatap gambar ini..

"Kenapa Allah beri kakak dalam keadaan ini? Kakak anak yang cantik. Jika sihat, pastinya anak ini nampak lebih cantik lagi.." Memang tak baik bila hati saya terdetik begitu.

Terus saya meraup muka saya. Astaghfirullahaladzim.. Begitu jauh fikiran saya tentang keadaan kakak. Mempersoal kerja Allah.. Terus saya buang jauh-jauh perasaan itu..

Kakak, Ibu tahu Allah dah beri yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, ibu yakin Allah sayangkan kakak, sayangkan ibu ayah dan adik Naufal. Allah beri kakak kepada ibu ada sebabnya. Ye, kalau cantik begitu mungkin lebih sukar untuk ibu menjaga kakak jika kakak sihat. Maka Allah jadikan kakak begini. Dan mungkin mahu orang lain juga menyayangi kakak (ramai sangat sayang kat kakak ni..hehe) seperti mana ibu sayang kakak..

Ok.. tak mau sedih-sedih.. Nah saya belanja lagi gambar kakak masa ambil gambar ini.. Kakak sikit pun tak berdecit bila disuruh diam mengambil gambar. Siap senyum sengih lagi sebab ibu puji dia cantikk.... 



Melayan saja kehendak ibu ye kakak..hehe..

ok sampai sini dulu..daaa :)

03 July 2015

Kaki Kakak Bersimen

Assalamualaikum..

Rabu lepas kakak berjumpa dengan doktor Azira, doktor rehab dia. Macam biasalah, review tentang botox 2 minggu lepas 


Kemudian setelah berbincang, doctor mencadangkan kaki Nabila di simen untuk membantu membetulkan semula kaki dia.

Masa pasang simen tu ok lagi. Balik rumah je, agaknya dia rasa berat kaki dia nak angkat, terus menangis tak henti-henti. Masa buka puasa pun tak tentu hala sebab memujuk kakak. Terpaksa tunggu ayah Nabila buka puasa dulu, then kami berdua 'mengerjakan' kaki kakak.

Serius, saya tak mampu menahan getar hati saya bila melihat kakak Nabila mengalirkan air mata. Cukuplah 4 jam saja kakak pakai.. Saya minta maaf pada abg sebab dah susahkan dia bukak semula simen tersebut..



Tak tau nak cakap apa dengan doctor. Saya risau kakak sawan sebenarnya akibat menangis yang melampau. Apa yang saya takutkan terjadi malam tadi. Kakak di serang sawan.. Ya Allah!! Saya peluk kakak.. Saya cemas. Abg juga cemas. Sampai Naufal kena marah sebab bising ganggu kakak. Kakak asyik terkejut kerana Naufal menjerit-jerit dalam bilik. Adoiii anak!!

Makanya, kena cari alternatif lain juga untuk betulkan ankle kakak. Babysitter pulak kata susah nak pakaikan AFO untuk kakak. Dia risau kakak nangis.. Hurmm.. payah betul la camni...

Ni yang rasa hati membuak-buak nak berhenti kerja pulak ni... huhu..

Kenangan kakak sekejap dengan kaki bersimen..huhu..

Hopefully pagi ni kakak baik-baik saja.. InsyaAllah..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...