01 April 2016

Kisah Adik Baby..

Assalamualaikum..

Lama benar tak menulis.. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik walaupun ada beberapa hal yang berlaku sepanjang kehamilan ini. Tak terduga ada masalah yang timbul kerana sebelum ni adalah beberapa masalah yang berlaku sepanjang mengandungkan Nabila dan Naufal. Tapi kali ini dugaan agak berat sedikit. Namun Alhamdulillah, segalanya masih dalam keadaan baik walaupun hati ini kadang-kadang gundah gulana juga...

Saya disahkan mempunyai Subclinical Hyperthyroid yang mana ada beberapa simpton yang datang namun tidaklah beberapa serius sangat. Entah berapa kali ujian darah diambil untuk memastikan hormon thyroid saya, tapi bacaan juga tidak berapa stabil. Rabu lepas, saya di rujuk kepada Pakar O&G Sungai Buloh. Dan Alhamdulillah, bacaan hormon thyroid masih dalam keadaan yang tidak memerlukan ubat.

Simptom berat badan turun, berpeluh dan jantung saya berdegup laju antara simptom yang terjadi kepada saya. So far, saya masih mampu bernafas dan makan dengan baik walaupun terasa juga kadang-kadang ada sesuatu yang mengganggu di trakea saya.

Adik baby? Alhamdulillah, sekarang hampir mencapai 31 minggu. Dan menurut doktor berat baby kini sudah mencapai 1.5kg. Jantung, air ketuban, pergerakan baby semua dalam keadaan baik. Dan masa baby berusia 27 minggu, sempat saya ke klinik swasta untuk scan 4D..  Tersenyum-senyum saya melihat wajahnya buat kali pertama dan berdoa agar adik baby berada dalam keadaan sihat dan membesar dengan baik. 

Apapun, saya akan bertemu semula dengan pakar pada bulan mei 2016 nanti. Dan tarikh pembedahan juga telah ditetapkan. Kebetulan tarikh yang dipilih betul-betul berada dalam 38 minggu dan saya mempunyai baki 1 hari lagi kelas.. takpelah, ponteng sehari..dan harapnya saya mampu untuk ke dewan peperiksaan walaupun waktu tu dalam keadaan pantang..hehehe..

Doakan kesihatan saya dan baby yek.. Moga adik baby dapat membantu saya menjaga kakak Nabila nanti seperti mana abangnya Naufal juga..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...