09 March 2017

Cerita 2017..

Assalamualaikum semua..

Lama betul tak menulis di sini. Maaf sibuk dengan final presentation + hal anak-anak + hal kerja.. memang rasa tak menang tangan.. Alih-alih tengok dah masuk 2017 dah.. Sekali dah sampai Mac dah..

Tentang Belajar:

Alhamdulillah, dah selesai 2 tahun pengajian saya di UM.. bila lama tak pegang buku macam-macam hal jadi. berpecah kumpulan lah, tak serasilah, assignment susah lah.. banyak hal. Mujur selesai juga presentation tesis saya. Hampir nak give up, tapi bila fikir balik sayang saya dah separuh jalan. Sempat pulak beranak lagi.. hahaha.. keluar si kecik Yaseera Naurah tu... Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Berkat doa dari suami dan keluarga juga...Tunggu jelah bulan 10 nanti, saya akan pakai jubah konvo sekali lagi..😃


Dengan adik- Ain, Muka lega lepas antar tesis dalam kotak tugasan tuh...hehehe..

Ready nak presentation.. 



Tentang Yasmin Nabilah:

So far kakak Nabila masih dalam keadaan baik. Sihat dan membesar dengan sempurna.. dan pasti tanda-tanda untuk menjadi anak dara tu dah mula ada. Kadang emosi baik, kadang mengamuk naik angin..hehe.. Ubat sawan masih lagi diteruskan sehingga kini.. dan ada kalanya sawan masih lagi menjengah walaupun dah makan ubat. Tapi faham dah apa punca-puncanya.. Tak cukup tidur, tak cukup rehat salah satu punca gak sawan kakak datang. 

Badan makin memanjang..kadang-kadang tu tak larat gak nak angkat lagi-lagi nak urus kalau kakak membuang air besar. Tapi tulah, seberat-berat kakak, saya masih lagi mampu mengangkatnya..berdoa selalu agar Allah sentiasa permudahkan tugas seharian dalam menguruskan kakak. 

Kakak dengan Yaseera.. Putih betul kakak nih.. adik dia tak ngikut langsung kulit dia...


Cuma, yang tak bestnya, babysitter kakak dah mula cakap-cakap tak larat angkat kakak. Saya dah mula takut tak tau sampai bila dia akan mampu jaga kakak. Mungkin satu hari nanti saya terpaksa juga berhenti kerja untuk menguruskan kakak di rumah. Tak pasti bilakah masanya nanti, tapi saya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan ini..

Oh ya, lupa nak cerita, 2 minggu lepas orang TV3 dari Rancangan Nona ada datang ke rumah, interview saya tentang kakak. Mereka dapat info pun dari blog ni tentang anak Cerebral Palsy.. Rasanya akan ditayangkan Ahad ni. Tak tau lah kalau tetiba tukar date pulak. Nervous pun ada walaupun dah 3 kali keluar TV. Tah hapa la yang saya merepek depan kamera aituh..hehehe...




Tentang Yasier Naufal: 

Alhamdulillah, Naufal dah mula bersekolah tahun ini. Mulanya menangis gak hari ke 2 & 3. Hari pertama elok je sekolah, masuk hari kedua menangis pulak. Hari ketiga pun sama. Hari keempat ayahnya hantar, terus ok.. Aduhai anak.. Drama sungguh.

Naufal happy je kat sekolah cuma tulah last week tinggalkan sekolah seminggu sebab kena lung infection. Batuk dah lama sangat sampai 1 bulan tak elok-elok.. Lastnya admitted gak kat Tawakkal. Ayahnya pulak seminggu sebelum tu masuk hospital. Kes sama gak, batuk berpanjangan. Setakat hari ini, Alhamdulillah, nampak la ok sikit.

Kena neb.. tapi masih lagi tersenyum.. Alahai anak...


Tentang Yaseera Naurah:

Ohh anak yang sorang ni, ligat sungguh. Baru 9 bulan minggu lepas. Lagaknya macam dah umur 1 tahun. Tapi badan kecik comel je.. Membebel dengan abang dia kemain lagi. Nilah penangan mengandung masa belajar. Bijaknya lain macam. Asyik kena presentation je, tu yang buat dia kuat bercakap tu. 


Dah merata dah berdiri tapi masih berpaut-paut di kerusi, segala tiang dia nak pegang. Gigi pun dan 2 batang tumbuh sebelah bawah. Makan banyak, tapi nak yang manis-manis je.. hurm,, bubur nasi klu masin-masin tak mau.. Adoiii tak taulah camner gaya dia tuh... Kadang geram rasa nak picit-picit je..hihihi..

Ok, sampai sini je dulu, nanti saya coret lagi hal-hal kakak Nabila ye.. Bye!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...