05 May 2017

Pengalaman Pengajian di UMCCed

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, selesai sudah pengajian saya bulan Februari tempohari. Dan semalam, saya telahpun mendapat keputusan baik dalam Kertas Kajian saya. Ni lah keputusannya…

Alhamdulillah.. Dapat Anugerah Pengarah untuk kali ke 3.. Kalau dapat 4 kali (semua sem dapat..bestnya..huhu)



Rasa berbaloi melihat keputusan ini. Faham jelah bila nak buat Research Paper, banyak kali salah, banyak kali redo.. Bersekang mata, bertanya sana sini..nak edar questionnaire lagi.. collect data..mau nak menangis rasa. Tapi bila dapat result ni, lega dah rasanya..Alhamdulillah.

Semalam pun tunjuk kat Encik Zul keputusan semalam, senyum je tengok result bini..hehehe..Malam, saya request nak sate.. maka dicarinya sate untuk isteri tersayang..hahahaha..

Ok, saya nak cerita pengalaman saya belajar di UMCCed. Pada awalnya, memang tak terfikir nak sambung diploma. Yang saya survey hanyalah pengajian untuk degree. Tapi, nak sambung degree 4 tahun (rata-rata university lah). Kemudian ada yang kena datang main campus macam USM atau UUM. Nak sambung UiTM lagilah malas sebab jauh. UKM takdelah course yang saya nak.. Jadi, dok mencari-mencari, ternampak sorang sahabat saya, kak Eli yang dulunya kerja KTM sama-sama dengan saya.  Dia baru selesai semester 1 masa saya mula-mula daftar ke UMCCed. Tanyalah macam-macam dia. Kemudian saya bincang dengan adik saya, Ain.. dia pun tak buat apa masa tu sebab tengah menganggur baru lepas berhenti kerja. Jadi, dia pun setuju nak datang UM untuk dengar taklimat tentang kursus yang ditawarkan di UMCCed.

So kami berdua decide untuk ambil course Pentadbiran dan Operasi  memandangkan subjek yang akan dipelajari oleh kami memang kena sangat dengan bidang pekerjaan kami sekarang ni. Malah course Pentadbiran dan Operasi ni lebih meluas dan pelbagai bidang boleh masuk dengan diploma ni, berbanding HR, Kaunseling, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan lain-lain.  Jadi, saya selesai melengkapkan permohonan dan hantar semula kepada pihak pengurusan UMCCed. Dan kemudian, tunggulah emel yang menyatakan permohonan melanjutkan pelajaran di sini berjaya atau tidak.

Alhamdulillah, tak lama lepas tu permohonan kami berdua berjaya. Syarat untuk masuk pun agak ketat juga, tapi alhamdulillah, saya berjaya untuk melepasi  syarat-syarat tersebut. Kemudian, kami perlu hadir sehari sebelum bermulanya kuliah iaitu sesi pengenalan. Dalam sesi ini, penggunaan emel, tatacara penggunaan perpustakaan UM (dapat masuk library UM tau.. buku banyak giler sana..mmg syok..). Kemudian kami diberi taklimat tentang cara melaksanakan tugasan (assignment), cara buat cover assignment yang standard, buat rujukan (guna APA style) dan macam-macam lah.

Pengajian di UMCCed ini adalah selama 2 tahun. Setiap semester akan ada 4 subjek dan setiap semester akan dibahagi kepada 2 bahagian (part)..Faham  tak saya terangkan nih.. ok camni…

Katakan semester 1.. subjek bagi sem 1 adalah..

Pengenalan kepada Pengurusan (core course)  & Thinking and Communication Skill (compulsory couse) – dikira semester 1 part 1..

Kelas akan bermula setiap Ahad.. Dari jam 9.00 pagi sampai 6.00 petang. Macam saya dulu, kelas Pengenalan kepada Pengurusan ( Sir Fakir..sangat berpengalaman dan berdedikasi) bermula jam 9.00 pagi sampai 1 petang. Kemudian, rehat 1 jam. Jam 2 petang mula pulak kelas Thinking and Communication Skill (Dr. Saroja) sampai jam 6.00 petang. Selalu minggu pertama tu, lecturer akan brief terus tentang assignment, dan masa tu jugaklah otak semua mula membengkak nak pikir buat assignment dan pembahagian kumpulan. 

Pejalanan pembelajaran satu-satu subjek tu akan makan masa 6 minggu untuk selesai. Minggu ke 6 tu selalunya pelajar akan buat presentation dan hantar assignment. So far saya tak pernah terbabas lagi hantar assignment ikut dateline.. Dan jangan haraplah korang akan terlepas untuk presentation walaupun presentation dalam group, sebab markah presentation juga diambil kira untuk tambah markah korang masa time exam nanti.. Kiranya, 40% marks tu dikira berdasarkan assignment dan presentation manakala 60% pula adalah dari exam korang.,. campur-campur.. dapatlah 100%.. Kalau korang tak buat presentation dan assignment, alamatnya teruklah markah korang time exam.. silap-silap kena repeat sebab dapat C- kena repeat paper tau..huhu..

Lepas minggu ke 6 selesai, kiranya dan hantar assignment dan presentation, UMCCed akan bagi rehat seminggu (kira cuti study week) and following week nya, terus exam. Exam bukan tempat cikai-cikai tau.. Kalau nak merasa masuk Dewan Peperiksaan UM yang besar gedabak tu, masuklah UMCCed..hehehe.. Dan jangan haraplah korang nak bawak notak kecik ke, toyol ke, sebab kalau kantoi tak pepasal  kena suspend  1 sem.. Kawan kelas saya dah kena dah.. malu wei..huhu..

Lepas dah abis exam, korang akan diberi cuti 1 minggu, then lepas tu continue pula Sem 1 Part 2.. Masa ni Sem 1 part 2 ni saya kena subjek Marketing dan subjek Research Methodology… Belajar 6 minggu, pastu antar assignment, buat presentation, cuti study week dan exam..Benda ni berterusan sampailah korang abis semester 4 nanti..huhu..

Kalau nak tau lebih lanjut subjek apa yang korang belajar, boleh gi website ni…

Untuk kertas kajian, lain pula gayanya.. Pelajar akan diberi guideline oleh pensyarah selama 6 minggu. Kemudian, selepas 6 minggu, pelajar baru boleh mula buat kajian. Kena hantar hasil penulisan kepada pensyarah untuk semakan. Tempoh rasanya dalam 2 bulan gak diberi masa untuk siapkan research tersebut. 

Kemudian, tarikh penghantaran tesis akan diberitahu melalui coordinator dan pensyarah. Kemudian, tarikh pembentangan juga dikeluarkan dan pelajar dikehendaki bersedia dengan slide presentation untuk dinilai. Lepas dah selesai presentation, pensyarah akan bagitau apa yang perlu dibetulkan, kemudian kena buat hardcover.. Alah, yang kulit keras tu.. bersama sekeping CD yang telah di burn dan dimasukkan tesis kita dalam CD tu untuk simpanan pengurusan UMCCed. Rasanya, tak silap saya, kalau tesis itu mendapat markah baik, tesis tersebut akan diletakkan di Library Utama UM untuk dijadikan rujukan pelajar-pelajar junior korang.. bestnya…hehehe..

Pandang saya tentang UMCCed??

Saya berbangga menjadi sebahagian pelajar UM.. hehe.. Memang tough masa belajar, tapi pensyarah-pensyarah UMCCed ni semuanya berpengalaman, rata-rata mereka adalah pensyarah dari UM sendiri dan memang dikira sangat berpengalaman dalam bidang masing-masing. Mereka juga tak lokek ilmu, tambah pulak kita ni part time student, memang pensyarah akan bantu jika kita ada masalah berkaitan subjek yang kita belajar.

Bayangkanlah, saya sempat mengandung dan bersalin masa dalam pengajian, dan alhamdulillah, keputusan peperiksaan saya juga baik. Dengan keadaan Nabila yang ada masanya sakit, dengan Naufal lagi pun kerap masuk hospital, tapi semangat nak belajar tu menebal.. kawan-kawan kelas UFA 115 juga baik-baik.. Alhamdulilah..

So pada yang ingin menyambung pelajaran di sini, sangat dialu-alukan. Entry ni pun bukan UMCCed bayar kat saya tau.. heheh.. Saya tulis berdasarkan apa yang saya alami selama 2 tahun pengajian saya di UMCced..

Ok, sampai jumpe lagi di next entry..hehehe..bye!!



No comments:

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...