Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

31 December 2020

Selamat Tinggal 2020 .. Welcome 2021..

 Assalamualaikum semua.. 

Sempat lagi mencoret sesuatu di sini sebelum menjelang tahun baru 2021. Sekejap benar masa berlalu. Tambah pula dengan keadaan pandemik Covid 19, dari pertengahan Mac haritu, sampai sekarang ni, tak berkesudahan nampaknya.. Aduhai.. 

Apapun, Alhamdulillah, untuk entry kali ni, just nak recap je apa yang jadi sepanjang tahun ni. Walaupun boleh je kalian baca entry-entry sebelum ini, tapi saja nak cerita balik kan..hahaha.. 

Ok, untuk awal tahun aritu, Naufal sudahpun naik ke darjah 2. Yang menariknya, dia telah dilantik menjadi pengawas sekolah. Terfikir gak, budak sekarang memang awal betul jadi pengawas. Ingat dulu masa zaman sekolah saya dulu.. Jadi pengawas tu Tahap 2 la kut. Tapi takpelah, saya benarkan je, at least dia belajar sesuatu bila jadi pengawas ni. 

Tapi bila datangnya covid ni, habis sekolah semua di tutup. Saya juga tak dapat ke pejabat juga macam biasa. Dalam hati ada hikmah juga, sebab memandangkan sekarang ni, kakak memang takde pengasuh yang jaga dia. Saya hanya harapkan adik ipar untuk datang ke rumah jaga kakak. Mujur juga kan, kalau tak sapa nak jaga kakak sekarang ni. Puas cari orang lain yang sanggup, nampaknya ramai tak sanggup. Nak ambil maid? Memang tak la.. dengan kemampuan kewangan kami sekeluarga rasanya tak mampu nak hired maid pun. Ok, hadirnya covid ni boleh la bergilir jaga kakak di rumah. 

Tapi bab kerja memang kesian. Saya datang juga ke pejabat untuk selesaikan pembayaran kontrak kepada pembekal. Ye, kesian kat mereka. Macamana nak survive kalau kita tak bayar payment mereka kan. So dengan langkah berjaga-jaga, datang la ke pejabat gak. Tapi serius sunyi betul opis sepanjang tempoh PKP ni. Kami pun datang hanya selesaikan kerja tertunggak, dan kemudian balik cepat-cepat. Takutkan si virus Covid neh....

Ok, kemudian bila Kerajaan dan bagi kelonggaran untuk rentas negeri.. barulah dapat berjalan-jalan. Itu pun takut-takut je.. sebab family saya memang golongan yang berisiko.. Dengan kakak OKU, mak saya pesakit buah pinggang, saya pesakit kanser, so nak jalan-jalan sangat tu kena tengok tempat lah. 

So sempat la ke Kuantan bercuti dengan keluarga Ali Saadiah. Encik Zul kata dia tak penah pegi Kuantan. So kita ikutkan saja.. hehehe.. 

Ok, ni beramai-ramai kat tepi pantai ambil gambar kenangan. 

Ok kemudian, sambut besday Naufal juga. Sian kat dia tak sambut dengan kawan-kawan kan. So saya panggil la atok nenek dan semua yang ada untuk datang rumah. Tu pun takut-takut nak buat sebab tengah PKPB kat area KL ni. 

Kek cantik kali ni ibu beli untuk Naufal. Tapi masalahnya sekarang, si kecik tu pun sibuk nak kek gak.. 

Ok, kemudian, kami sekeluarga telah dikhabarkan tempat dialisis mak mertua saya ada yang positif Covid. Yang menyedihkan, mak mertua terpaksa ke hospital dan pusat kuarantin kerana golongan berisiko. Habis ramai gak kena kat dialisis mak tu. Dan Taman Meru abis sampai kena PKPD sebab banyak sangat kes kat sana. 

Selalu tengok orang naik ambulans, ni kali ni biras amik video mak naik ambulans. Alahai. memang sedih rasa tambah pulak kami pun tak boleh nak balik waktu tu sebab tak boleh rentas negeri. Hanya doa dapat dikirimkan pada mak agar selamat dan dilindungi dari penyakit tu. 

Dan yang paling sedih, birthday mak tak dapat disambut bersama kami semua. Dapat je rentas negeri, berdedai anak-anak balik. Takut gak nak balik sebenarnya, tapi lama sangat kami tak jenguk mak ayah, so kami balik juga. Dan dapat juga berjalan cuti ke hotel sekejap dengan semua.. 


Singgah Kuala Kangsar, ke rumah adik ipar. Nak tengok rumah barunya..
Dulu penah bergambar kat masjid ni. tapi tah mana pulak gambar tu.. Masa tu kakak Nabila sorang lagi. Naufal pun takde lagi.. hehehe.. 


Sempat order kek jelly ni. Sedap. Kita sambut birthday lain dari yang lain. asik guna kek krim je kan.. kali ni order kek jelly pulak.. Sedap.. 

Ok, bergambar sakan sebelum check out. Memang best hotel ni. Nyaman je.. Sejuk amat, rasa tak payah pasang air cond pun takpe sebab tepi bukit. Pemandangan dia? Superb weiii.. nama hotel ni The Haven. Kami book 1 malam je.. Ada 3 bilik, 3 bilik air. Siap bath tub, dapur, peti ais besar, ada coway (yang ni kagum jap..) Apapun best sini. Nanti repeat lagi ya.. 

Ok ni last.. cerita penghujung tahun. Memang tak plan pun nak sunatkan budak sorang ni. Tapi bila lagi kan, jenuh nak yakinkan ayahnya suruh sunat tahun ni. Alhamdulillah, terlaksana juga. Yelah, bila kita kata, elok sunat sekarang sebab untuk kebersihan dan untuk solat, terus ayahnya setuju. Kalau tak, tak abis-abis kata jangan dulu. alahai.. 

Ok, tengah tulis entry ni, dah masuk hari ke tiga. Naufal sunat 29hb aituh. So luka macam tak berapa nak kering lagi. Kita tengok esok camner.. 

Seriuslah takde idea nak gantung kain dia tu.. kebetulan ayah saya datang temankan naufal dan encik zul, dia lah yang bagi idea ikat kat kerusi Seera ni..hahaha.. 
Jadilah kan.. dari gantung kat kipas...hahahah.. 

Ok, sampai sini dulu.. Jumpa lagi di tahun 2021 jika berkesempatan. InsyaAllah.. 

Ikhlas dari kami : Zul, Ina, Kakak, Fal dan Seera

No comments: