Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

Showing posts with label wajah-wajah Nabila. Show all posts
Showing posts with label wajah-wajah Nabila. Show all posts

25 August 2019

Kisah Raya, Exam, Superkids dan Kisah Si Cantik Manis Yasmin Nabilah..

assalamualaikum semua..

Serius 3 tajuk dalam satu entry? Hahahahah.. kronik dah Noina ni.. Maaf lama tak menulis.. Memang banyak benda yang ingin dicoretkan, tapi tulah kekangan masa.


KISAH RAYA AIDILFITRI..

Raya kali ini biasa saja. Memandangkan raya pertama kami, Encik Zul terpaksa bekerja, jadi saya bawa anak-anak pulang Rembau sendirian. Balik hari je. Takde nak tido-tido kampung sebab kakak Nabila bukan jenis yang mudah nak adapt kat rumah orang lain.

Entri ni hanya just simpan kenangan gambar raya tahun 2019 di sini. :)


Raya pertama malam, lepas balik dari Rembau, terus balik ipoh pula. Malam Raya memang dah kat Gombak, so raya kedua di Ipoh pulak..Ni kira gambar raya kedua kami. Masa ni dah siap-siap nak pegi beraya ke rumah Mak Yang.


Dan ini gambar kami. Maaf la gambar kakak memang selalu tak semenggah. huhuhu.. Tengah meragam tak nak duduk. hurm....


KISAH EXAM

Exam ni bukan lah exam apa pun. Bukan sambung belajar tau..huhuh.. Ni exam untuk pengesahan jawatan. 

Seperti yang saya plan sebelum ni, saya akan settlekan semua hal-hal berkaitan pengesahan jawatan baharu saya sebelum saya menjalani pembedahan thyroid bulan 9 nanti. Tarikh pembedahan belum ada lagi, tapi kan mudah kalau hal-hal berkaitan pengesahan jawatan saya selesai sebelum pembedahan tu kan. 

Beberapa minggu selepas tarikh perlantikan tu, saya terus apply untuk menduduki exam pengesahan jawatan. Maka membelilah lagi buku-buku ini..



Kelam kabut cari buku. Seb baik ada semua rujukan yang diperlukan. 

Moga exam nanti lulus. Dah la susah soalannya. Sampai sakit jari jemari menulis jawapan pada kertas exam. huhuhu..

GATHERING DENGAN SUPERKIDS

Serius kadang susah nak jumpa semua. Plan asalnya nak date ngan Ita. Lama tak jumpe. Tapi kami ajak mana-mana yang free untuk jumpa. Maka, terhasil lah gambar-gambar ini.. 





Gambar tahun 2010 (kalau tak silap)

 Gambar 2019.. hahaha.. makin rendah lompatan mereka.. Kurang Abg Long takde dalam gambar. 

Moga ikatan persahabatan kami kekal selamanya.. Anak-anak pun tetap bersahabat seperti mana kami bersahabat kerana kakak dan abg mereka. 


KISAH SI CANTIK MANIS YASMIN NABILAH

Alhamdulillah, kakak  Nabila sihat je. Takde apa yang merungsingkan, cuma biasalah bila dah menginjak umur 11 tahun, tubuh badannya makin besar dan ada sedikit kesukaran untuk saya menguruskannya. 

Last temujanji hari Selasa lepas bersama orthopedic. Dan kami terpaksa mengambil keputusan untuk menolak cadangan doktor untuk melakukan pembedahan pada kaki kakak. Sungguh saya tak mampu untuk menjaga kakak selepas pembedahan itu nanti. Kesakitannya sudah pasti.. dan saya bukanlah orang yang kuat untuk menghadapi masa itu nanti. 

Nampak macam saya selfish, tapi apakan daya. Jauh sudut hati saya, memang saya kesal tak dapat buat yang terbaik untuk Nabila. Saya berdoa agar Allah beri petunjuk pada saya dalam membuat keputusan ini. Sesungguhnya ia bukan satu keputusan yang mudah..

Moga ada cara lain untuk kami membantu kakak. Moga Allah permudahkan urusan kami dan melindungi kakak sentiasa. 

Meh saya belanja gambar kakak yang latest.. 

Lena tidurnya. Kalau tak silap masa ni dia kurang sihat. Kesian kakak.. 

Si cantik manis. :)

Ok, sampai sini saja coretan kali ni. Terima kasih ya sudi singgah sini lagi.. :)

Bye!




20 July 2011

Sayu je bila lihat wajah si kecil ini..


~gambar petang tadi saya ambil sewaktu dalam perjalanan ke rumah. Nabila sebelum itu menangis tanpa sebab. Namun bila melihatkan keadaannya ini, saya sudah tahu punca dia menangis di sekolah tadi.
 NAK TIDOOO!!!!

Sebetulnya saya tahu kenapa. Sepanjang hari ini aktiviti di sekolah agak memenatkan. Tadi teacher Nabila kata Nabila dah start kelas swimming. Faham sajalah kalau berenang-renang nih. Sure badan letih. Selalu kalau saya ambil Nabila pulang dari sekolah, siap senyum-senyum lagi. Ni, dari luar dah dengar suara dia melalak..Aiyyooyoo..kalau dah letih..semua di haruknya..

Rasa tenang jiwa tengok anak ini tidur. Walhal ketika ini saya sedang kepenatan. Bila tengok rasa sayu pun ada. Agaknya mesti letih di sekolah sampai saya letakkan bantal di kepala pun tak sedar.

Moga mimpi-mimpi indah hadir dalam tidurnya.. :)

14 May 2011

Ala-ala serabut gitu...!!

Bukan serabut apa pun..

Cuma....

~Rambutnya yang sudah terlalu panjang. Nak potong sayang.. !!~

Huhu..Memang sayang rambut anak dara ni. Asyik dengan fesyen rambut pendek, teringin pula nak biarkan rambutnya panjang. Tapi kesian, setiap kali nak sikat, sure kena hati-hati..Sebab Nabila ni rambutnya ikal..Macam ayah dia!! Tapi kalau bela panjang sure cantikkan. Ala-ala ikal gitu.. :)

~sabar ek ibu..rambut Nabila nanti sure boleh ikat punya..muah untuk bebear ummi..~

:)


p/s: makan bubur ayam + sayur bayam. Sedap tapi makan sikit jer. Agaknya tak 'buang' lagi. Tu pasal tak lalu nak makan..huhu..

01 April 2011

Juling?

Semalam saya membelek gambar lama Nabila. Gambar sewaktu dirinya masih kecil lagi. Belum pun mencecah umur setahun. Dan sebenarnya hati saya sakit melihat gambar ini...

Jelas kelihatan mata Nabila yang sedikit juling pada sebelah kiri. Eh..bukan sedikit..tapi banyak!! Saya tahu Nabila mempunyai masalah ini, dan pernah dulu saya utarakan masalah ini kepada doktor mata. Namun faham sajalah. Mereka tidak mengendahkan sangat mata Nabila itu. Yang penting mata itu mampu untuk melihat!

Puas saya mencari maklumat bagaimana untuk membantu memulihkan mata Nabila yang juling. Anak-anak Cerebral Palsy memang selalu dengan keadaan mata sedemikian. Saya tidak pasti mengapa namun apa yang saya tahu semuanya berkaitan dengan aktiviti otak mereka.. :(

Kini saya dapat melihat juling Nabila agak kurang. Kadangkala saya nampak kedua matanya tepat memandang saya atau objek lain. Saya tidak pasti apa aktiviti yang saya lakukan kerana saya melakukan aktiviti untuk Nabila secara random. Tidak bertumpu pada satu bahagian sahaja. Dan saya juga tidak pasti apakah aktiviti yang telah memulihkan matanya.

Mungkin juga lampu-lampu yang saya selalu mainkan..atau Nabila bermain dengan flash card..atau atas rawatan bersama Kak Raw. Wallahualam... Saya hanya mencuba apa yang saya tahu ianya bakal membawa kebaikan kepada Nabila..

Syukur kerana matanya tidak lagi seperti dulu. Saya juga perasan dia sudah mulai respon tatkala saya dan keluarga memanggil namanya. Dia cuba untuk memandang. Namun kadangkala tersasar juga. Ya saya tahu, anak microcephaly memang perlukan banyak kesabaran dan tekun dalam mendidiknya. Kerana perkembangan mereka memang lambat mengkut tahap perkembangan otak mereka. Kadangkala saya sendiri menilai tahap Nabila. Adakah dia sudah mencapai tahap umur 1 tahun? atau masih lagi hanya berusia 2-3 bulan..? Entahlah..

Untuk anak sebegini saya harus terus dan terus lagi usaha. Mungkin saya perlu bersabar lagi dalam jangka masa yang panjang. :)

22 March 2011

Nabila tetap maintain 'slim'..

Cerita bab makan lagik... :) hehe...

Sejak kebelakangan ini, saya nampak Nabila begitu berselera untuk makan. Cuma kadangkala barangkali kenyang, dia cuba menolak dengan tangannya, tanda tidak mahu makanan atau susu di suap ke mulutnya.. :) Comel!! Sudah pandai menepis bila tidak mahu sesuatu dan terus cuba untuk bangun dari ribaan saya!

Walaupun banyak mana Nabila makan, badannya tetap kurus. Malah nampak panjang dan tinggi. Dan pastinya mengikut gen atuk-atuknya yang tinggi lampai.. :) Saya dan Abg sememangnya 'kementot'. Tak cukup ketinggian!

Namun, bila dipandang ibunya, ibunya yang naik berat berkilo-kilo. Entahlah. Mungkin juga kesan dari pemakaian alat perancang menyebabkan hormon saya berubah mendadak. Terlalu obes! Saya risau dengan kesihatan saya kini. Saya dapat rasakan gaya hidup saya sudah berubah. Dan penampilan saya..MasyaAllah..buruk sangat!!

Tapi bila saya pandang Nabila, mungkin juga Nabila tidak akan mengikut jejak langkah saya. Pastinya dia kurus dan tinggi. Dan saya tidak kisah andai berat Nabila tidak naik. Sebab saya tahu, Nabila mungkin memahami saya. Jika beratnya yang melampau, bagaimanakah agaknya untuk saya mendukungnya? Meribanya bila memberinya susu dan makan? Saya berfikiran disudut positif. Tidak mahu perkara negatif tentang berat Nabila membebani fikiran saya.

Tapi saya tidak mahu pula orang berfikir bahawa hanya saya sahaja yang makan. Bukan Nabila. Aduhai.. Bukan saya pinta untuk bertubuh begini. Nabila pun bukannya saya tak bagi makan langsung sampai dia kurus kering begitu. Mungkin perutnya kecil. Dan mungkin juga mengikut perangai ayahnya yang makan suka tidak menambah. Makan hanya sedikit saja. Jika begitu, apa lagi yang perlu saya katakan.. Aduhai !!

Apapun, anak dara saya tetap comel di mata saya, walaupun beratnya hanya 8kg je.. :)

14 February 2011

Akhirnya berhenti juga!

Alhamdulillah..beberapa hari kami 'berperang sesama sendiri'. Akhirnya Nabila berhenti juga..

Berhenti apa?

Apa lagi..Menangis lah!!!

Huhu..Sedih memang sedih bila melihat sang anak merintih sayu. Mujur mak dan ayah mertua datang ke rumah Sabtu lepas. Opah Nabila dah susah hati bila menelefon Abg, katanya Nabila menangis tak henti-henti.

~Opah dan Atuk dah nak balik dah...~

Dan Sabtu, saya memujuk Nabila...

" Dik, adik janganlah menangis. Ok, Ibu promise..esok ibu bawak adik gi KLCC ek. Kita jalan-jalan kat sana.."

Tapi pujukan itu sedikit pun tak memberikan ketenangan buat Nabila. Dan saya makin runsing. Dan tiba-tiba saya teringatkan kak Yusnita..

Pada mereka yang ingat, Kak Yusnita merupakan salah seorang pengamal perubatan Darusyifa. Dan Kak Yusnita banyak membantu saya dalam bab-bab hal Nabila selain Kak Raw. Mujur juga Kak Yusnita takde hal malam sabtu itu. Terus saja dia membalas mesej, katanya akan datang selepas waktu Maghrib.

Dan harapan saya, mahu Kak Yusnita membantu dalam hal Nabila kali ini. Dan soalan pertama yang keluar dari mulutnya sesudah memegang Nabila..

" Dia ada jatuh ke?"

Entahlah..saya tak pasti. Sepanjang menjaganya, tak pernah pula Nabila jatuh. Tak tahu pula kalau-kalau keadaan Nabila di sekolah.Huhu...

Dan kata kak Yusnita lagi, dia mahu Nabila memotong rambut. Takut panas katanya. Saya baru saja menyimpan hasrat untuk memanjangkan rambut Nabila. Dan ayah Nabila menyampuk. Takut Nabila seperti dirinya. Tak boleh berambut panjang sedikit. Akan sakit kepala jika membela rambut panjang..

Aduhai...andai benar..tak berpeluang la ibu nak merasa mengikat rambut Nabila cantik-cantik. Kalau nak lepas gian pun ibu kenalah beli patung Barbie kalau nak main sikat-sikat rambut..huhu...

Dan sesudah kedua ibu dan ayah mertua saya pulang, terus kami ke kedai gunting rambut. Sesi pemotongan di mulakan. Dan Nabila seolah-olah mengerti rambutnya bakal digunting. meronta-ronta mahu melepaskan diri..Adoiii adik!!!

Selesai menggunting, Nabila saya bawa pulang ke rumah mak. Mandikan dan berehat sebentar sementara menantikan cuaca redup untuk ke KLCC. Dan cadangan kami adalah untuk menaiki train ke sana...

Wow, lama betul tak naik train . Putra LRT pun dah lain. Huhu...

~ibu bisik kat Nabila..Nabila cam Halle Berry..hehe~

Nabila senyap ketika berada di dalam train. Agaknya pelik..rasanya selalu dia akan menaiki kereta, dan kali ini mukanya sedikit berkerut. Saya dapat rasakan Nabila cuba mengecam bunyi bising keretapi tersebut.. Matanya meliar melihat orang-orang asing di sekelilingnya.. :)

Dan rasanya hajat Nabila sudah sampai untuk ke KLCC..Dan aku mahu mood Nabila kembali seperti dulu. Senyum dan ketawa bila bermain dengannya.


p/s: Tadi kat sekolah, ada org call..kata Nabila menangis lagi..Mak aii..pening la ibu dik..susah hati Nabila masih lagi menangis bila dipujuk berulang kali oleh staff. Hari Sabtu lepas..mak, ayah dan adik-adik menjerit kesukaan melihat Nabila angkat punggung dan tangannya mengesot ke hadapan sebanyak 3 kali.. Seronok bila lihat Nabila cuba menunjukkan perubahan untuk dirinya. Alhamdulillah..Dan malam tadi sempat tgk Nabila senyum tadi. Yeah..Nabila sudah kembali.

03 September 2010

Alahai Nabila....

Aku membelek-belek gambar-gambar Nabila sewaktu aku dalam pantang..Aduh..terkenang saat-saat itu.. Dan bau badan Nabila ketika itu. :) Damainya hati ketika itu..
Aduh..rindukan Nabila masa baby dulu. Masih ingat lagi, aku berpantang di rumah mak di Gombak. Abg pula berulang dari Gombak ke tempat kerja. Dan malas betul nak masuk kerja semula. Sebab aku tahu..aku akan kurang dapat luangkan masa bersama Nabila...



Masa dalam NICU..Nabila nampak putih..ke pucat sebab tak cukup oksigen..? Hurm..tak nak ingatlah..Sedih tau..Anak orang lain sedap je dalam pelukan ibu.. Nabila pula terpaksa menahan kesejukan tanpa baju, seluar, barut, tuam dan segalanya yang patut dia dapat sebagai seorang bayi. Masih teringat lagi tangisannya bergema di segenap sudut NICU Sg. Buloh bila kami meninggalkannya. Seakan tahu ibunya pergi meninggalkannya.. :(


Tapi serius nih..masa kat umah mak Nabila gelap la..Hitam tau Nabila nih..Muka pun ikut sapa tah..Macam tengah mencari identiti.. lastnya ikut pakcik dia..si pudin gemok tuh..hehe..! Nasib baik putih..tak sia-sia minum soya bergelen-gelen..hehe..

Apapun..Nabila punya cerita tersendiri. Dengan dia juga kami sekeluarga menumpang rezekinya. Dapat rumah baru, kerja baru, kawan-kawan baru dan juga semangat baru. Sebab Nabila juga aku bukan Noina yang dulu..!

Arghhh...rindunya kat Nabila masa baby..rasa nak geget2..jerk budak cantik nih..hehe..! (ibu dah buang tebiat dah....!)

12 August 2010

Aduhai..dugaan yang mencabar di bulan puasa ini...!

Hari-hari yang dilalui di bulan puasa sama seperti di bulan-bulan lain. Sesi terapi Nabila dan kesibukan kerja di pejabat masih lagi berjalan seperti biasa walaupun sudah memasuki bulan puasa. Aku takkan ponteng untuk sesi terapi Nabila walaupun badan ini terasa sangat-sangat penat dek kerna setiap hari pulang lewat ke rumah.

Serius aku katakan..Badan ini sememangnya penat, lesu dan rasa tidak bermaya. Dan juga tidak bertenaga. Walau apapun aku paksakan diri untuk cuba memenuhi setiap tuntuan kerja dan juga masa yang berkualiti dengan Nabila. Namun, kadangkala tersasar jua..

Tadi, aku ke PDK lagi. Dan masih meneruskan sesi merendam Nabila dalam Jakuzzi. Namun kali ini aku tidak keseorangan. Aku ditemani Abg yang mahu melihat sendiri keadaan sekolah anaknya. Terima kasih Abg..!

Nabila yang hampir terlelap dek kerna selesa ngan air di dalam jakuzzi..

Pulang saja dari PDK, badan sudah mula merasa letih. Terkejar-terkejar pula menggosok baju kurung dan bersiap untuk ke pejabat. Dan sampai di pejabat, kerja sudah menanti di atas meja. Aduh..sangat stess hari ini. Mujur juga jalan tak sesak seperti semalam. Cuma jalan sesak ketika di Taman Melati. Aduh..ramai betul yang membeli juadah berbuka. Sampai kereta-kereta nak lalu pun kena perlahan...

Dan tadi, aku berbuka berdua bersama adik aku, Yazid. Di rumah hanya tinggal kami berdua saja. Ayah sudahpun ke tempat kerja..Adik aku, Ain, makan di luar dan mak pula sejak semalam memang tiada di rumah kerana berada di wad sekarang ini atas urusan pembedahan membuang tiroid. Aku masih belum kesempatan untuk melihat mak kerana Nabila tiada siapa yang menjaganya di rumah.

Pulang saja dari rumah mak sudah pukul 10. Kereta meluncur laju kerana jalan yang lengang di bandar Rawang, dan mahu lekas sampai ke rumah. Nabila pula sepanjang hari ini, tidurnya hanya sekali. Entah kenapa sejak demam lepas, Nabila sudah jarang-jarang sekali tidur siang. Dan kata Kak Ina, Nabila menangis semalam di Tasputra. Kerana ada yang memaksanya melakukan terapi. Aku tak kisah..kerana sedia maklum dengan sikap Nabila yang satu ini. Sukar benar mendapat kerjasama ketika terapi. Tapi dengan aku , ok pula..huhu..

Tertido keletihan. Tak faham kenapa Nabila dah sukar tidur diwaktu siang. Agaknya dah besar kot..kurang dah tido siang...asyik main jer..huhu..

Dah angkat, masuk buai..mata bukak besar pulak..aik..tak mo tido ke?

Ralat memikirkan bila aku masih belum punya masa untuk cukup untuk sesi bersama Nabila diwaktu malam. Badan sudah penat, masakan aku mahu memaksa diri. Sukar sungguh untuk mencuri masa untuk Nabila. Sangat cemburu andai ibu-ibu di luar sana yang tidak bekerja dan punya masa yang banyak bersama anak..huhu..!

p/s : masih belum merancang aktiviti untuk Nabila ketika aku bercuti nanti. Aduh..seminggu yang lepas dibuang begitu saja kerana sibuk melayan kerenah Nabila yang menangis tak sudah-sudah. Dan minggu ini, kerja yang sangat banyak..dan banyak yang perlu aku belajar sebelum staf SPS tamat kontrak hujung tahun ini.. Aduiii..

23 February 2010

50 Blog Terbaik Malaysia Pilihan InTrend ..Pediatrik..



Majalah InTrend? Saya sendiri jarang membaca majalah ini. Entah bagaimana seorang pelajar praktikal majalah memberi email kepada saya. Ingin tahu serba sedikit tentang blog ini. Saya bertanya sebabnya. Dan rupanya blog ini terpilih untuk antara blog terbaik pilihan majalah itu. Hurm.. pada awalnya saya memang malas nak layan. Tapi bila difikirkan saya kesian pula. Lantas terus saya menjawab beberapa soalan yang mereka emailkan beserta gambar. Dan menurutnya artikel itu akan di siarkan pada bulan Mac nanti.

Semasa di kedai buku di hospital tadi, saya ternampak majalah InTrend. Terus saja saya mencapainya. Saya lihat cover depan. Dan ternampak tulisan tentang 50 blog terbaik! Hati saya berdebar. Mana lah tau ada pulak wajah saya. Sekali betul sangkaan saya. Alamak..Malunya!!. Ingatkan ada budak main-main.Rupanya betul.

Alahai, blog Nabila ni biasa saja jika nak dibandingkan dengan blog orang lain yang lebih cantik dan menarik. Isi-isi yang padat. Blog Nabila ni berkisar tentang anak Cerebral Palsy. Sapa nak baca..!

Dah.. tutup pasal Intrend..

Tentang Paediatrik..

Tadi Nabila ada appointment dengan peadiatrik. Agak terlewat juga sebab saya yang terbangun lewat. Nabila terjaga malam.Kemudian dia tak boleh nak tidur. Huhu..mengantuk betul.

Sampai saje, seperti biasalah orang ramai. Dan selesai pendaftaran saja saya terus masuk klinik peadiatrik. Ramai sungguh di dalam klinik.

Berat Nabila di timbang dan ketinggiannya diambil serta ukur lilit kepala turut di ambil. Saya tahu Nabila mengalami masalah untuk duduk pada penimbang tersebut.Kemudian Nabila di suruh baring pula. Dan kemudian barulah dapat mengukur namun tak dapat ukuran yang tepat. Hanya 7.6kg. Naik beberapa titik perpuluhan kg je. Ukur lilit kepala juga baru naik 1 cm berbanding dengan 3 bulan lepas.Takpelah, janji naik sket.

Dan sementara menunggu sempat jugasaya berbual dengan seorang kakak ini. Sedih dengar kisah dia. Dia ada mengambil seorang anak angkat. Anak yangtelah dibuang oleh ibu bapanya. Wajahnya comel dan tembam. Geram betul melihat tubuhnya. Kakak itu tidak menyangka anak angkatnya itu mempunyai masalah sedari kecil lagi. Dan menurut doktor yang menyambut anak itu, keadaanya baik. Tiada masalah. Rupanya ibu anak itu mengalami sawan sewaktu melahirkan anak itu. Dan kesannya pada anak itu.

Dan ketika ini,kakak itu ke peadiatrik untuk mengambil result MRI nya. Dan kemungkinan akan menjalani sesi fisioterapi. Sempat juga saya memberi kata-kata semangat untuk kakak itu. Mungkin juga dia tak sangka jadi begini.

Melihatkan anak itu, mengingatkan saya kepada Nabila. Ya, kami juga pernah melalui perasaan itu. Sedih, pilu, serba tidak kena dibuatnya. Namun kini kami sudah bisa melalui apa jua yang mendatang. Mungkin juga dah lali barangkali..

Dan giliran Nabila di panggil. Berjumpa dengan doktor ini yang saya tak pasti namanya, membuatkan saya tergelak. Entahlah. Mungkin saja niat doktor ini baik. Mahu menambah ilmu pengetahuannya. Bermacam juga ditanya tentang Nabila.

Pada mulanya bertanya tentang kasut yang Nabila pakai. Saya memakaikan Nabila special shoes yang telahb saya tempah di Chow Kit tempohari. Dan dia bertanyakan di mana saya tempah kasut tersebut. Dia ingin mencadangkan pada ibu bapa yang punya anak Cerebral Palsy untuk menempah kasut itu. Dan saya memberi segala info-info yang diperlukan. Dia menyalahkan Jabatan Rehab kerana tiada insiatif untuk membantu ibu bapa membeli kasut itu. Entahlah. Saya sendiri juga berusaha untuk dapatkan kasut ini. Mungkin juga mereka di Rehab tak ambil berat!

Begitu juga dengan maklumat tentang Tasputra. Bermacam yang ditanya tentang pusat jagaan itu. Dan saya memberikan segala apa yang saya tahu tentang Tasputra. Dan diselangi dengan kata-kata semangat. Kata-kata yang sudah biasa telinga ini mendengarnya.

Tadi doktor juga menyarankan agar Nabila ke Jabatan Dietetik. Mana yang tak tahu kisah saya ke dietetik, ini entrynya.. Saya terus saja mengatakan KETIDAKSETUJUAN saya untuk ke situ. Terus terang saya katakan saya sudah tawar hati. Saya berterus terang dengan doktor mengenai apa yang telah berlaku pada kami. Ada sedikit kekesalan di wajah doktor itu. Maafkan saya doktor. Bukan saya degil tetapi saya sudah tawar hati. Noktah.

Teringat saya dengan kata Kak Raw, tak mengapa jika Nabila kurus. Mudah untuk dia memusingkan badan. Mudah untuk memegang dan dukung. Janji Nabila mahu makan nasi dan minum susu itu pun sudah cukup bagus.

Dan bermacam-macam perkara yang kami bincangkan. Agak lama juga di bilik doktor.Sehingga bila keluar semua sudah selesai urusan temujanji. Doktor cuba memegang dan mendukung Nabila. Doktor mengakui Nabila nampak ok berbanding dengan anak-anak CP yang pernah dia jumpa. Mungkin juga dia pernah jumpa lagi teruk. Namun tak pula beri harapan pada kami. .

Apapun, hidup ini ada onak dan ranjaunya. Dulu hidup saya mendatar. Bosan. Bila Nabila lahir, barulah saya tahu rasa cabaran untuk hidup. Benar. Hidup ini bukan mudah. Lagi-lagi demi satu nyawa yang lahir dari perut ini. Segala nasibnya bergantung pada kita.

Doktor bertanya soalan cepu mas pada saya. Adakah kami akan menambah ahli keluarga lagi? Seperti entry lepas-lepas..saya tidak berani untuk mengakuinya. Jika ada rezeki adalah adik untuk Nabila. Cuma kini , Nabila masih memerlukan saya. Saya tidak mahu menyesal kerana sibuk mengejarkan anak lagi dan mula mengabaikan Nabila.

Banyak perkara yang berlaku hari ini. Macam-macam ragam. Itulah lumrah kehidupan kami.. :)


p/s: esok dah mula kerja, hurm, rasa lama-lama cuti dah naik lemak lak badan nih..hehe

19 July 2009

Cuti sepanjang minggu ini..


Assalamualaikum..seperti yang aku katakan pada entry lepas, Aku, Abg dan Nabila pulang ke Ipoh. Sebelum pulang ke kampung, aku ke Gedangsa dulu. Kita cerita tentang Gedangsa dulu..

Kami sampai dalam pukul 9 pagi. Ramai betul. Minggu lepas mungkin ramai yang tak pergi. nasib baik la Nabila dah mula buat tolak tulang. Tolak tulang tu kena buat waktu pagi. Tak boleh buat petang. Jadi Kak Raw memanggil semua budak yang buat step tolak tulang. Dan giliran Nabila tiba jam 11.30 pagi.

Dan Kak Raw berpesan sebab kali pertama Nabila buat, jadi kemungkinan Nabila akan demam. Alamak, aku tak bawak ubat demam pulak. Abg kata takpe, nanti boleh gi klinik kat Ipoh kalau Nabila demam. Dikhuatiri panas dan demam, Kak Raw tak buat rawatan minda untuk Nabila. Tangan pun dibalut ringkas sahaja. Ok lah tu, janji balut.

Selesai semua kami pun terus gerak ke Ipoh. Owh..lupa aku nak cerita. Setibanya kami di rumah Kak Raw, Abg cuba parking kereta di tepi jalan. Sedar tak sedar dia undurkan kereta dan tiba-tiba bunyi sesuatu kat belakang. Makcik-makcik kat kedai makan dan terjerit-jerit. Rupanya abg terlanggar pili bomba. Nasib baik pili bomba tu tak pecah. Kete abg kemek sket..huhu..


Nabila dan ayah tengah tunggu nasi goreng masa malam Sabtu arituh...kemain seronok lagi dapat kuar anak dara aku nih..hehe..


Sampai di Ipoh, kami berehat sebentar, dan kemudia kami ke Jusco Ipoh. Sebab handphone aku ada masalah sket dengan line Maxis. Bil dah bayar tapi masih tak boleh guna hp. Tertunggak punya pasal..hehehe..

Selesai di Maxis, kami jalan-jalan di dalam Jusco. Aku terlupa membawa pampers dari rumah dan sudahnya terpaksa membeli pampers baru. Nasib baik ada spare satu pampers dalam beg. Dan Abg membeli Pediasure perisa coklat untuk Nabila. Saja sebab kesian kat Nabila. Jemu ngan perisa vanila sahaja.Nabila pun sama cam ibu dia jugak..suka coklat..hehehe..

sepanjang jalan, tido aje dalam stroller.Padahal masa kat umah mak mertua aku tadi, sempat lagi nangis-nangis nak suh ajak keluar umah..hehe..



Dan malamnya,selepas makan malam, badan Nabila tiba-tiba hangat. Abg terus beli cool fever untuk Nabila..Tapi satu je perkara yang malam tadi Nabila buat..Tak tido malam..sampai kul 12 lebih baru tido..hehe..Itu pun aku tido dulu baru dia tido. Bila aku bukak mata tengok Nabila dah tido.huhu..






Dan tadi, kami pulang jam 4 petang. Selamat tiba di Rawang jam 6.30 petang.Alhamdulillah..ni ada sikit gambar2 Nabila..hehe..



16 July 2009

Nabila dan Splint..

Assalamualaikum..apa saja arini yek? Hari ini Nabila ke hospital lagi. Sesi cara kerja hari ini. Aku datang seorang bersama Nabila. Tidak ditemani oleh ayah Nabila sebab ayah Nabila kena keje.

Dan seperti biasa aku terus masuk ke bilik terapi. Dan kemudian, Puan Sally bertanya pada aku, tentang splint. Aku menyatakan yang Nabila masih lagi belum mempunyai sebarang splint pun, baik kaki atau tangan. Pernah aku suarakan perkara ni kepada Puan Sally, bilakah sepatutnya Nabila perlu buat splint. Katanya tunggu dulu. Tadi entah macamana, mungkin tergerak hatinya, sebab melihatkan kaki Nabila yang suka ditegang-tegangkan, maka dia mengambil keputusan untuk buat splint itu pada hari ini. Dan tentang tangannya pula, Puan Sally kata tidak perlu sebab Nabila dah mula kurang menggenggam tangannya. Alhamdulillah. Bolehlah tumpu pada kakinya.
Mulanya, aku agak risau untuk memakaikan splint ini. Takut Nabila tak selesa. Tapi aku perlu kuatkan semangat, sebab segalanya untuk kebaikan Nabila juga. Bahaya jika dibiarkan kaki Nabila tanpa memakai apa-apa alat sokongan.
Dan tadi, alhamdulillah, aku cuba memakaikannya pada Nabila. Alhamdulillah, Nabila tak merengek atau menangis kesakitan. Aku harap perkara ini berterusan. Insyaallah..


Ini lah dia splint kaki Nabila.Aku tak tau la hospital lain macamana bentuknya. Klu ada sesapa yang nak bagitau tentang splint ni silalah yek..Ina pun tak berapa tahu sangat info splint ni. Yang Ina tahu, dia akan membantu membetulkan kaki Nabila. Kalau yang macam kasut tu apa pulak yek. Yang itu untuk jalan ke? Hope ada sesapa yang boleh beri info. Pasal klu kat hospital ni, kena mintak mcm2 baru dia layan. Kalau kita diam je, mmg dia tak layan la kita.huhu...

Nabila sedang menunggu 'kasut' barunya siap..Sampai terb***k pulak tu..hehe..


Puan Sally sedang menyiapkan 'kasut' Nabila

08 July 2009

Gambar di Gedangsa..

Seperti biasa, Sabtu lepas aku ke Gedangsa.Aku dah ceritakan pada entry pertama bulan ini..tentang ke Gedangsa..berjumpa dengan Ita..dan aku di temani oleh Ayah dan Mak aku..ni aku ada attach sket gambar masa kat sana..lupa nak masukkan masa entry 1st dulu..layannnzzz....



p/s : Yang Ayah aku pegang tuh bukan Nabila tau..tu Sarra deboks..hehe..seronok Sarra bila Mak ngan Ayah aku pegang dia.. :) (Sarra nak dok ngan nenek Nabila yek..hehe)

05 July 2009

Nabila @ Sunway

Assalamualaikum..huh..lama sungguh tak masukkan apa-apa entry.Takde mende nak diceritakan.sebab segalanya berjalan seperti biasa.Oh ya..minggu ni seperti biasa aku ke OCC dan Gedangsa lagi.Kali ini bukan dengan Abg, tapi ditemani oleh Ayah dan Mak aku.Sebab Abg koje.

Pembukaan untuk bulan Julai..Arini aku, Abg dan Nabila ke Sunway lagi..Entah mengapa aku suka sangat ke situ..Mungkin sebab facilities yang sangat selesa..dan banyak kedai..hehe..

Takde menda pun yang menarik..cuma aku ingin tunjukkan gambar-gambar kami sepanjang keluar tadi..hehe..apapun layan la yek gambar-gambar nih..

26 June 2009

Nabila dan Sarra..





Aku suka sangat dengan gambar-gambar ni..( Ita..sori siarkan gambar Sarra without your permission)..Apapun gambar yang comel ini akan tetap dikenang sampai bila-bila..dan aku suka nak share dengan semua yang sudi follow blog aku..(jangan confuse yek antara Nabila ngan Sarra..hehe..). Mereka ni anak-anak yang istimewa..Istimewa di mata aku..Dan aku sendiri sebagai insan yang sihat dan normal pun..tak mampu untuk menjadi seperti diorang..yang punya semangat yang kuat..! IBU SAYANG SANGAT NABILA DAN SARRA..LEKAS SEMBUH YEK NAK..NANTI LEH GI SEKOLAH SAMA-SAMA..

24 June 2009

Serangan Nyamuk!




Assalamualaikum..entry ni mmg sadis..lepas kejadian potong rambut Ahad lepas..Nabila diserang dengan hebatnya..Aduh..sian aku tgk anak aku nih..mulanya tak perasan..mmg tak rasa langsung nyamuk tuh..dah menghirup darah Nabila dengan sekenyang-kenyangnya..pepagi bangun nak gi mandi..aku on lampu putih..(pasal aku pakai lampu tido)..terkezut aku..tgk muka Nabila dah berbintat-bintat merah..mak ai..Nabila pulak..masa kena gigit tuh..nyenyak la tidonyer..tak sedar apa..pasal dah tido meniarap..nyamuk tu menyerang sebelah pipi je..yang sebelah lagi..tak dapat nak gigit..huhu..Mak dah bising2 kat aku..kata semut la..apa la..cadar tak kibas la sebelum tido..padahal semua aku dah buat..Tapi silap sket je pasal tak pasang ubat nyamuk..Dah lama tak pasang pasal tgk nyamuk cam dah takde..tgk ada balik..siang semalam..mak aku selak2 langsir..terjumpa la nyamuk tuh..apa lagi lumat mak aku kerjakan..kahkahkah..

07 June 2009

Nabila dan Ibu di kolam renang..

Assalamualaikum...wah..kolam renang..Tak tahan betul tajuk entry kali ni.(macam la ibu pandai berenang!).

Sebenarnya aktiviti aku semalam kat rumah takde benda pun..Tak keluar gi mana-mana sebab ayah Nabila keje.Dan tak tau nak plan gi mana-mana..maka timbul la idea ni..dan 'mangsa' nya adalah Nabila..huahhaahaahaa...(ketawa jahat).

Kolam ni atas pemberian Mama Ian..iaitu Jiey..sempena besday Nabila..Dan pada mulanya, bila dipikirkan susah gak nak main kolam ni klu kat umah Mak. Tapi semalam sebab memikirkan bila lagi nak test main kolam tu ngan Nabila..Aku ngan adik aku yang no.4 tu (Yazid)..cuba la mengisi air kat kolam tu..dan tempatnya di ruang tangga tengah kat umah aku.hehe..memang pelik..tapi tu jelah tempat yang sesuai pun..Kalau kat Rawang boleh la main kat depan umah..

Apapun..aku dan Yazid mula mengisi air dalam baldi..dan kitaorg masukkan kat dalam kolam..hehe..banyak keje sket la..pasal pas mandi kena masukkan balik dlm baldi dan buang..Takpe..ni semua untuk Nabila gak..

Mulanya aku risau gak..mana lah tau..dah isi-isi air kat kolam tu..Nabila pulak tak moh main-main..Pasal Nabila ni takut air..sebab tu aku beria nak bagi dia mandi kat kolam ni..biar dia biasa ngan air.Lagipun takut Nabila nangis terpekik-pekik.Almaklumlah..umah flat ni..klu menjerit satu flat dengar..Kang orang kata aku dera anak pulak..huhu..!

Dan bermula la operasi 'merendam' Nabila..Mulanya aku duduk je kat luar kolam tu..biar Nabila berendam sorang..Nabila nangis merengek..huh..tak leh jadik ni..! Aku dengan rasa 'senang hati' masuk mandi dengan Nabila sekali..Barulah Nabila diam..huhu..pandai la anak ibu ni..dia takut agaknya mandi sorang-sorang.

Hehe..Nasib baik muat..besar gak kolam yang Jiey bagi ni..hehe..Lepas tu Nabila ada la merengek-rengek..Tak pulak menangis terpekik-pekik..hehe..kira bagus ni..Aku pun kocak-kocakkan air dengan kaki dia..wah..suka pulak tu..hehe..rasa semangat lak nak main-main ngan Nabila..

Pastu tiba-tiba..jiran aku datang..Dia pelik tengok aku ngan Nabila dok dalam kolam.hehe..Dia tanya aku buat apa..? Aku jawab la..saje nak main-main ngan Nabila..! Ahh..pedulik la apa orang nak kata..Aku nak main-main ngan Nabila..kira ni stimulate gak la kan..huhu...!

Ada lah dalam 15-20 minit aku main-main ngan Nabila dalam air..pastu Nabila bersin..Terus aku angkat dia naik..Yelah..tak leh lama-lama sangat..baru nak belajar..Nanti sok klu Nabila suka..Ibu buat lagi yek..hehe..

Apapun..Aku sangat teruja tengok Nabila..Sebab dulu dia mmg tak suka dengan air..Kalau mandi mesti menangis terpekik-pekik..Sampai jiran sebelah tanya aku buat apa sampai Nabila nangis..huhu..! Ni aku ada amik sket gambar Nabila ngan aku kat kolam..



*Yang Nabila nyer mmg comel la dok kat kolam ni..Tapi ibu dia ..huhu.tak comel langsung..haha!

01 June 2009

Nabila di Emergency Sg.Buloh..

Assalamualaikum..lama rasanya ingin aku masukkan entry ini..tapi kekangan masa dan masalah yang menyebabkan aku terpaksa masukkan entry ini lambat dari yang sepatutnya..

Minggu lepas..aku dan abg telah pun mengalami satu perkara yang aku rasa sangat sukar bagi kami membuat keputusan..Mungkin bagi pada yang membaca atau mengikuti blog Nabila..pasti rasakan perkara ini biasa..tapi tidak bagi kami..Seolah-olah aku menyerahkan nyawa Nabila ke tangan hospital..

Pernah pada entry yang lepas..aku nyatakan aku ingin sekali melakukan EEG test pada Nabila..Dan Rabu lepas..atas cadangan therapist Nabila, Puan Suhana..Aku dan Abg telahpun menelefon Pediatrik..Untuk memaklumkan keadaan sawan Nabila yang semakin kerap..Dan seperti entry lepas juga aku dah sebutkan keadaan sawannya..

Petang Rabu..Abg mengambil keputusan untuk menelefon Pediatrik..dengan tujuan untuk melakukan proses EEG Test.Doktor yang menyambut panggilan Abg..telah pun memberi cadangan agar kami membawa segera Nabila ke Emergency Sg.Buloh..di khuatiri makin teruk dan takut effect pada otaknya nanti.Dan doktor pada mulanya tidak dapat mempercepatkan tarikh temujanji dengan Pediatrik sebab semuanya dah penuh..Kalau diikutkan appointment Nabila sepatutnya bulan 8.Dan sebagai pilihan aku dan abg terpaksa membawa Nabila ke emergency dahalu jika ingin mempercepatkan tarikh temujanji itu.

Dan kemudian doktor menelefon sekali lagi..dan menyatakan tarikh appointment telahpun bertukar..ke 11 Jun 2009.Dan doktor menyarankan kepada Abg sekali lagi untuk membawa Nabila ke Emergency.

Dan selesai itu,abg terus menelefon aku..Dan ketika itu aku masih lagi di pejabat..Luruh air mataku bila mengetahui yang kami tidak dapat memilih apa-apa pilihan melainkan menghantar Nabila ke emergency..Walaupun mudah bagi orang lain..tapi tidak bagi aku..Kerna aku mengetahui prosedurnya nanti..Nabila dicucuk..dan sebagainya..Aargghhh..sekali lagi air mata ku tumpah sehinggakan officemate aku yang nampak..terpinga-pinga dan bertanya sesama sendiri..Dan petang itu juga aku terus bergegas pulang unuk menyiapkan segala keperluan Nabila andai dia terpaksa di tahan di wad untuk pemeriksaan lanjut..

Dan selepas Maghrib, sesudah Abg tiba di rumah mak..terus kami ke Hospital Sg.Buloh.Perasaan ini bercampur-campur..Takut,sedih,bimbang..semuanya bercampur baur..Tapi bila aku merenung wajah Nabila..hatiku sayu..Kasihan anakku..terpaksa melalui semua ini..Nabila pula riang ketika kami dalam perjalanan..Lagi bertambah kesedihan aku..Kalau la dia tahu..mungkin dia juga menangis ketakutan..

Setelah selesai urusan saringan..kami menunggu dengan penuh debar..untuk panggilan giliran Nabila yang bila-bila masa sahaja akan dipanggil..Dalam hati aku..betulkah tindakan aku ini?Aku bertanya berulang kali pada abg..Betulkah doktor menyuruh abg membawa Nabila ke emergency?Puas abg menerangkan kepada aku sehinggakan abg berkata.."Nak anak sihat ke idak?" Adus..pening memikirkan semua ini.

Tak sampai 5 minit pun..Giliran Nabila tiba..dan setelah beri penjelasan pada doktor..aku dan abg disuruh membawa Nabila masuk ke bahagian wad emergency..Dan kami pernah masuk ke situ dulu.Sewaktu membawa Nabila kerana muntah-muntah yang teruk akibat proses MRI yang aku rasakan..suatu yang menakutkan..

Dan perkara yang aku takutkan akan berlaku sebentar lagi..nurse tiba dan berkata ingin mengambil sampel darah Nabila..Untuk pemeriksaan lanjut..Aku dan abg terpaksa menunggu dia balik tirai..dan seperti biasa..Nabila memang tidak suka jika ada orang memaksanya..Sehinggakan Nabila menangis sambil menahan geram pada nurse tersebut.Sakit barangkali. Sebab aku tahu..Nabila mmg susah untuk di cucuk..memandangkan urat-uratnya yang sukar kelihatan sebab..'tembam'..Dan akirnya dapat juga..bila mana aku lihat nurse terkocoh-kocoh keluar dan tangan yang berdarah..kenapa berdarah banyak ni..?

Aku dipanggil masuk..dan kulihat kaki Nabila merah akibat dicengkam kuat oleh nurse tadi..dan ada kesan darah di katil..aduhai..sakitnya ..Dan aku terus menenangkan Nabila..Tangisannya reda bila dalam pelukan aku..

Ramai yang melawat sedara-mara di katil yang bersebelahan dengan Nabila bertanya pada aku tentang Nabila..mereka fikirkan Nabila demam..Dan semua memuji 'kecomelan' Nabila..dan bertanya keadaan Nabila..ada juga yang tak menyangka yang Nabila ni CP..alahai..

Dan tiba-tiba..doktor tadi datang semula..dan menyatakan pada aku untuk mengambil darah Nabila sekali lagi..Hah..! Alamak..aku terpaksa menahan hati lagi...Kenapa mesti dua kali..?Dan aku dan abg terpaksa keluar sekali lagi..Dan hati aku begai meronta-ronta untuk masuk bila aku mendengar tangisan Nabila yang kuat menahan kesakitan..Dan kali ni lama sungguh..Kenapa lama sangat ni..? tak jumpa urat ke? Aduhai doktor..sakitnya hati ini..sebab tu aku tak rela Nabila di bawa ke sini..

Dan sesudah itu..selesai mententeramkan Nabila..aku dipanggil sekali lagi..kali ini aku dikehendaki membawa Nabila untuk X-ray..ermmm..X-ray la pulak..macam-macam..

Selesai prosedur X-ray..aku kembali ke katil semula..menunggu lagi..Dan tak lama selepas itu, doktor dari Pediatrik pula datang..dan mahu aku menceritakan semula sawan Nabila..Menurutnya..setelah mendengar penjelasan aku..dia kata yang Nabila kemungkinan mengalami sawan..bila dilihat keadaannya yang sihat dan cergas selepas sawan..maka, dia memberi kesimpulan yang semua ini sebahagian dari kerosakan otak Nabila..Dan doktor itu perlukan masa untuk mengkaji dan berharap aku dapat tunjukkan dalam bentuk video tentang sawan yang di alamai oleh Nabila bila berada di rumah nanti.Bagaimana aku nak tunjukkan..sedangkan sawan Nabila hanya menyerang sekitar 5 saat..sekejap sgt..Dan aku telah katakan perkara itu kepada doktor dan daktor menyarankan aku supaya mengira kekerapan perkara itu berlaku pada Nabila..

Dan setelah semuanya selesai..doktor memeriksa keputusan ujian darah tadi dan menyatakan semuanya ok..Dan doktor memberi pilihan pada aku sama ada ingin memasukkan Nabila ke wad atau tidak..Sebab keadaan Nabila stabil dan masih dalam kawalan lagi..Dan aku mengambil keputusan untuk TIDAK ke wad..bimbang perkara yang lagi teruk terjadi..Dan malam itu juga abg mengambil time slip..sebagai bukti yang dia cuti emergency..Dan aku yang keletihan kerna selesai semua proses pun dalam tengah malam..juga mengambil keputusan untuk emergency leave esok..Nabila masih lagi mahu tidur bila kami sampai ke rumah..aduh..penatnya..

Dan pastinya..11 jun nanti kami akan ke pediatrik sekali lagi..untuk kes Nabila ini..Sesungguhnya aku rasakan hari itu sangat tidak menggembirakan aku..walaupun aku lihat wajah Nabila yang riang sewaktu di dalam kereta dan ketika di katil pesakit..Wahai Sawan..Pergilah kau.Jangan dekati anakku..Aku sungguh takut sekali dengan benda yang satu ini.Sebab dia boleh 'merampas' Nabila bila-bila masa sahaja dari tangan aku..


24 May 2009

Yasmin Nabilah

Video ini kutujukan khas buat Nabila yang telah berusia setahun..setelah setahun berlalu..segala suka dan duka kami bersama Nabila..akan dikenang sepanjang hayat..Dan kehadirannya telah membawa satu rahmat dan kebahagiaan buat aku dan abg sekeluarga...Doakan Yasmin Nabilah sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah S.W.T..Amin...

21 April 2009

Si Cantik...



Si cantik ibu..Yasmin Nabila..dengan aksi nya yang manja..ala2 mengada.hehe..



p/s : dah lama dah ibu nak upload gambar2 nih..takde kesempatan..yelah.. nak update blog pun cam kelam kabut jer..tu pun buat waktu mlm..apapun..nilah dia Nabila klu ada kat umah..suka senyum sorang2..main sorang..kdg2 jer nak ajak kita main2..suka buat sendiri..!