Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 November 2019

Menguruskan Haid Anak Istimewa..

Assalamualaikum..

Lama kan tak cerita pasal kakak Nabila kan? Bila belek-belek balik post-post lama tahun ni, terperasan saya tak cerita satu hal tentang anak dara saya.

Anak dara.. ye Nabila dah anak dara tau.... tengok tajuk macam wow... berani saya nak cerita hal ni kan.. Tapi untuk knowledge juga. So saya berpegang pada satu perkara itu. UNTUK KNOWLEDGE..

Jangan terkejut anak-anak seperti Nabila akan datang bulan, sama seperti kita yang normal. Tak semua, tapi Nabila antara segelintir anak-anak OKU yang agak cepat juga datang tempoh matang nya..hehehe..

Memang saya dah duga beberapa tahun ni. Perubahan pada tumbesaran Nabila kearah kewanitaan makin terserlah. Malah doktor juga meminta saya bersiap sedia tentang ini. So, memang dijangka juga sebab dia ikut saya..huhuhu.. datang awal haid pada darjah 5 yakni 11 tahun. Memang benar, Nabila datang bulan pada sehari selepas hari lahir dia.. Ngam-ngam umurnya 11 tahun.

Pada saya ada baik dan buruk. Walaupun pada asasnya ia akan lebih menyukarkan saya dalam menguruskannya, tapi yang baiknya, tumbesaran dia bagi proses kitaran haid adalah normal. Kita pun rasa normal bila period ikut waktu dan tiada masalah kewanitaan. Ini bermaksud rahim kakak dalam keadaan baik bagi menghasilkan kitaran haid.

Biasanya sebelum datang bulan, Nabila akan emosi.. Ye sama macam kita.. cuma dia menangis dalam keadaan tidak selesa. Saya memang dah catat kedatangan haidnya, jadi mudah nak tau punca kenapa kakak tantrum menangis tak selesa.

Kami dinasihatkan agar memberi ubat tahan sakit, jika Nabila tak mampu menahan kesakitan itu. Pada saya itu saja cara yang terbaik, kerana dengan keadaan dia yang terlantar, tak mungkin Nabila boleh menonggeng atau buat apa saja yang boleh dibuat oleh kita yang sihat ni bila kesakitan datang bulan menyerang. Kadangkala, terpaksa letakkan dia di dalam buai dengan harapan kesakitan itu akan hilang.

Untuk membersihkannya pula, kami memang tak pakaikan pad wanita sebab Nabila memang pakai pampers. Jadi pampers ditukar dengan kerap dibersihkan. Dalam beberapa bulan ini, memang boleh dikira haidnya berat. Selebihnya, hanya sedikit sahaja. Yang penting saya catat masa kehadiran darah haid tersebut. Dan beberapa perubahan lain juga.

Bila menguruskan hal begini. teringat anak-anak OKU yang mild, tidak terlantar seperti Nabila. Yelah, bila dah period ni, confirm nafsu tu ada. Betul, anak-anak ini memang kita kena selalu tengok. Mereka bukannya tahu pun betapa perkara ini serius dan mereka juga perlu dilindungi.

Moga yang menjaga Nabila terhindar dari sikap yang buruk dan Allah sentiasa lindungi mereka dari pandangan ghairah terhadap Nabila. Aaamiin..

Ok, jumpa lagi ye.. Aamiin...

12 November 2019

Pembedahan Total Thyroidectomy

Assalamualaikum semua..

Tengah bukak laptop ni, alang-alang cerita la satu perkara yang terjadi pada diri saya dalam seminggu dua ni.

Susah benar nak ambil keputusan untuk buat pembedahan ini. Bukan pembedahan untuk Nabila tau. Ni pembedahan saya. Ye SAYA...

Asalnya memang sihat. Memang tak rasa sakit pun. Perasan ada ketulan pada leher pada tahun 2012. Masa tu tengah mengandungkan si Naufal. Tu pun jiran yang tegur. Katanya, leher nampak besar.

Memang tak fikir apalah waktu tu, sebab tak rasa apa-apa. Sakit pun tak. Tapi saya maklumkan juga pada nurse masa buat check up kandungan ketika 8 bulan. Dan ujian darah diambil. Tapi Ujian darah tu boleh hilang pula.

Sebelum nak buat pembedahan csearean (elective) sebab fobia tak nak bersalin normal lagi, saya bagitau pada pakar di Hospital Sungai Buloh. Tapi disebabkan doktor kata ada risiko kalau ada ketulan di leher ni, jadi pembedahan csearean saya ditanggunhkan sehari sebab kena jalani ujian ultrasound dan darah untuk mengesan thyroid.

Tapi hasil ujian, memang ada ketulan, cuma tak membahayakan. Dan jika saya ada masalah ketika bersalin nanti dan perlu full bius, tiada masalah akan timbul kerana saluran trakea saya masih ok.

Bila dah selesai urusan kelahiran Naufal, saya dirujuk sekali lagi ke Jabatan Pembedahan Am, bagi konsultansi berkaitan thyroid saya. Dan doktor mencadangkan agar saya membuat pembedahan bagi membuang throid saya. Setelah diteliti, saya menoak cadangan doktor tersebut memandangkan saya masih sihat dan keadaan anak-anak yang masih kecil dan perlukan saya.

2016, saya mengandungkan Seera pula. Di situ, saya dapati pembengkakan leher makin ketara. Tambah pula, dengan keadaan stress belajar, lagi nampak besar. Risau tetap risau, tapi saya buat biasa je. Sebab tak rasa sakit. Cuma doktor O&G sentiasa memantau keadaan Seera dalam kandungan kerana penghidap thyroid ni, boleh effect pada kandungan.

Setelah Seera di lahirkan, dia diperiksa juga untuk Ujian TFT (tak tau nama penuhnya apa) untuk tentukan paras thyroid Seera normal atau tidak. Alhamdulillah, hormon thyroid Seera normal dan saya pula masih berfikir-fikir untuk check up semula masalah thyroid saya.

2017, saya join group geng Thyroid di Facebook. Dan banyak info saya dapat di sana. Yelah, selama ni banyak benar cerita-cerita kurang enak di dengari. Tapi Bila join suuport group, baru ada kekuatan untuk teruskan pembedahan. Dan hampir 2 tahun, saya buat keputusan untuk lakukan pembedahan ini.

Pada asalnya saya dibedah pada bulan Februari 2019 yang lalu. Tapi Kuasa Allah, kebetulan saya dapat pula jawatan Penolong Pegawai Tadbir tu, terus saya decide untuk tangguhkan dulu pembedahan. Bagi menyelesaikan hal-hal berkaitan penempatan, kursus dan exam saya.

Selesai semuanya, jumpa semula doktor dan terus set tarikh untuk pembedahan. Terfikir juga, adakah betul tindakan saya ini. Tapi kali ni saya tekad. Dan niat untuk sihat kerana Yasmin Nabilah. Even sebelum pejam mata di bilik pembdeahan, wajah yang saya bayang adalah wajah Nabila. dan diikuti wajah Naufal, Seera dan Encik Suami.

Alhamdulillah, 5 November (Selasa) saya dimasukkan ke hospital. dan 6 November jam 5 petang saya disorong ke bilik pembedahan bagi membuang terus kesemua thyroid saya. Rasa nak lari time tu, tapi fikir untuk sihat, saya tekad. Sedar dari pembedahan jam 10 malam, itu pun dikejut oleh nurse yang menjaga. Kemudian sedar Encik Zul ada disebelah, dan tak lama selepas itu, dia pulang ke rumah.

Selang 2 hari, saya dibenarkan pulang. dan kini saya sedang cuti sakit. Kesakitan itu, masih lagi terasa, tapi saya tetap makan ubat tahan sakit seperti yang diarahkan. Dan dah menjadi rutin sekarang ni, saya dikehendaki makan ubat throxine sepanjang hayat saya bagi menggantikan thyriod yang telah dibuang.

Alhamdulillah, saya masih belum merasa sakit. Dan kerana sakit ini juga, saya belajar untuk minum susu. Sebelum ni memamg tak suka betul minum susu. Tapi kali ni, saya tak nak tinggalkan dah. Sebab tak nak rasa kejang atau kebas-kebas, atau sakit yang membataskan saya untuk menguruskan Nabila dan bekerja.

Doakan saya sentiasa sihat ye. Pada mereka yang mempunyai masalah sama, pergilah jumpa doktor. Bila dah buang semua tu, memang rasa lega. Lagi lega kalau hasil keputusan pembedahan itu kita bebas KANSER. Betul. Simpan lama-lama boleh jadi kanser. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk buang.Takuttttttt..

Masa ni baru tukar uniform. Takut susah cakap lah. Tapi debar tu lagi dasat bila tengok gambar bawah ni...

Bila nurse kata, puan ni baju untuk esok ye. Serius takut tangok baju ni.. Saya terus bukak handphone, layan cerita korea...huhuhu

Ni alat untuk tadah darah yang keluar pada leher selepas pembedahan. Memang panjang la wayar dia berbelit-belit dalam baju ni. Dan bekas ni saya masuk dalam poket baju hsopital..hahahaha..
masuk hari kedua, darah pun kering dan tiub ditanggalkan. Rasa ngilu pun ada, tapi rasa lega lah sebab dah takde darah dah kat leher ini. 

Ada gambar lain, tapi tak nak lah tunjuk Kang ada yang seriau. Lagipun aurat lah..hahaha.. kalau nak gambar boleh je google ye. 

Ok, sampai sini saja ye.. InsyaAllah ada masa saya update lagi.. Byyyeeeee!!!!


25 August 2019

Kisah Raya, Exam, Superkids dan Kisah Si Cantik Manis Yasmin Nabilah..

assalamualaikum semua..

Serius 3 tajuk dalam satu entry? Hahahahah.. kronik dah Noina ni.. Maaf lama tak menulis.. Memang banyak benda yang ingin dicoretkan, tapi tulah kekangan masa.


KISAH RAYA AIDILFITRI..

Raya kali ini biasa saja. Memandangkan raya pertama kami, Encik Zul terpaksa bekerja, jadi saya bawa anak-anak pulang Rembau sendirian. Balik hari je. Takde nak tido-tido kampung sebab kakak Nabila bukan jenis yang mudah nak adapt kat rumah orang lain.

Entri ni hanya just simpan kenangan gambar raya tahun 2019 di sini. :)


Raya pertama malam, lepas balik dari Rembau, terus balik ipoh pula. Malam Raya memang dah kat Gombak, so raya kedua di Ipoh pulak..Ni kira gambar raya kedua kami. Masa ni dah siap-siap nak pegi beraya ke rumah Mak Yang.


Dan ini gambar kami. Maaf la gambar kakak memang selalu tak semenggah. huhuhu.. Tengah meragam tak nak duduk. hurm....


KISAH EXAM

Exam ni bukan lah exam apa pun. Bukan sambung belajar tau..huhuh.. Ni exam untuk pengesahan jawatan. 

Seperti yang saya plan sebelum ni, saya akan settlekan semua hal-hal berkaitan pengesahan jawatan baharu saya sebelum saya menjalani pembedahan thyroid bulan 9 nanti. Tarikh pembedahan belum ada lagi, tapi kan mudah kalau hal-hal berkaitan pengesahan jawatan saya selesai sebelum pembedahan tu kan. 

Beberapa minggu selepas tarikh perlantikan tu, saya terus apply untuk menduduki exam pengesahan jawatan. Maka membelilah lagi buku-buku ini..



Kelam kabut cari buku. Seb baik ada semua rujukan yang diperlukan. 

Moga exam nanti lulus. Dah la susah soalannya. Sampai sakit jari jemari menulis jawapan pada kertas exam. huhuhu..

GATHERING DENGAN SUPERKIDS

Serius kadang susah nak jumpa semua. Plan asalnya nak date ngan Ita. Lama tak jumpe. Tapi kami ajak mana-mana yang free untuk jumpa. Maka, terhasil lah gambar-gambar ini.. 





Gambar tahun 2010 (kalau tak silap)

 Gambar 2019.. hahaha.. makin rendah lompatan mereka.. Kurang Abg Long takde dalam gambar. 

Moga ikatan persahabatan kami kekal selamanya.. Anak-anak pun tetap bersahabat seperti mana kami bersahabat kerana kakak dan abg mereka. 


KISAH SI CANTIK MANIS YASMIN NABILAH

Alhamdulillah, kakak  Nabila sihat je. Takde apa yang merungsingkan, cuma biasalah bila dah menginjak umur 11 tahun, tubuh badannya makin besar dan ada sedikit kesukaran untuk saya menguruskannya. 

Last temujanji hari Selasa lepas bersama orthopedic. Dan kami terpaksa mengambil keputusan untuk menolak cadangan doktor untuk melakukan pembedahan pada kaki kakak. Sungguh saya tak mampu untuk menjaga kakak selepas pembedahan itu nanti. Kesakitannya sudah pasti.. dan saya bukanlah orang yang kuat untuk menghadapi masa itu nanti. 

Nampak macam saya selfish, tapi apakan daya. Jauh sudut hati saya, memang saya kesal tak dapat buat yang terbaik untuk Nabila. Saya berdoa agar Allah beri petunjuk pada saya dalam membuat keputusan ini. Sesungguhnya ia bukan satu keputusan yang mudah..

Moga ada cara lain untuk kami membantu kakak. Moga Allah permudahkan urusan kami dan melindungi kakak sentiasa. 

Meh saya belanja gambar kakak yang latest.. 

Lena tidurnya. Kalau tak silap masa ni dia kurang sihat. Kesian kakak.. 

Si cantik manis. :)

Ok, sampai sini saja coretan kali ni. Terima kasih ya sudi singgah sini lagi.. :)

Bye!




31 May 2019

Alhamdulullah.. rezeki anak-anak..

Assalamualaikum semua.

Maaf lama tak mencoret hal kami di sini. Agak busy di tambah berita gembira datang, memang tak sempat nak jenguk ke sini.. 

Ingat entry last saya. Status bertukar ke Lantikan Tetap sebagai Penolong Pegawai Tadbir. Alhamdulillah, 2 April lalu dapat surat pelantikan dari SPA. Memang tak jangka sebenarnya. Bila dapat surat, hati berbelah bahagi sebenarnya. Buntu memikirkan mana nak hantar kakak lepas ni. Sudah pasti saya tidak dapat membawanya lagi ke pejabat. 


30 April 2019, saya ke JAKIM kerana sesi taklimat dan lapor diri dibuat di sana. Berdebar usah ceritalah kerana petang selepas selesai taklimat, penyerahan surat penempatan pula. Dan kami diarah untuk lapor diri di Kementerian masing-masing pada 2 Mei 2019. 

Bukak je surat memang takut sangat. Saya bukak pelahan-lahan, dan mata terpaku melihat nama kementerian pada surat tersebut. Sungguh tak sangka saya kembali ke Kementerian lama. Mungkin hasil dari surat yang saya berikan kepada JPA tempohari. Cuma saya tak berharap kerana tiada balasan dari pihak JPA berhubung rayuan saya untuk kembali ke Jabatan lama. 

2 Mei saya ke MOTAC untuk lapor diri. 3 kekosongan di Kuala Lumpur iaitu JKKN, IB dan Arkib. Saya menyatakan masalah saya kepada pihak HR yang mana saya mahu kembali ke Arkib kerana mudah menguruskan kakak. Kalau ikutkan memang tak boleh dah sebab saya kat Arkib dah 10 tahun.. Tapi disebabkan kakak, saya dapat kembali ke jabatan lama. 

Kalau ikutkan saya mahu berpindah ke Jabatan lain. Sebab ingin merasa environment baru. Tapi kerana kakak, saya pendamkan dulu hasrat tersebut. Mungkin setelah selesai pencarian pengasuh untuk kakak. 

Apapun, alhamdulillah, saya kembali ke Unit saya dan buat tugas-tugas yang lebih mencabar. Apapun moga segala urusan mencari rezeki dipermudahkan dan bertambah lagi pengalaman kerja saya dalam jawatan baru pula.. 

Ok, jumpa lagi di next entry ya..

Bye!!

26 February 2019

Berdebar...

Assalamualaikum semua,

Just a short story today.. :)

Entry sebelum ini saya ada cerita tentang status permohonan jawatan saya dalam SPA kan..

Beberapa minggu lepas, statusnya dah berubah..


Kata calon-calon simpanan lain, status lantikan tetap ni dah confirm dapat. Tapi tengah dalam urusan menanti surat panggilan pula..

Makanya, menunggulah lagi..

Dalam pada yang sama, berharap tidak dapat penempatan yang jauh dari rumah dan mudah untuk saya uruskan Nabila jika berlaku kecemasan.

Tolong doakan saya ye. Agar dipermudahkan segala urusan penempatan dan dapat bekerja dengan orang-orang yang baik-baik dan memahami masalah saya.. Aamiin..

Ok, jumpe lagi.. bye!!

30 January 2019

Tiada lagi Pengasuh...

Assalamualaikum semua..

Ada lagi ke yang baca blog Nabila ni? Bersawang dah sini..

Sori lama tak menulis. Sibuk dengan kerja, anak-anak.. macam-macam lagi..

Khabar Nabila? Alhamdulillah sihat je dia..

tengah merenung nasib.. sebelum tu kena marah dengan ibu.. menangis tah hapa nak tah..susu makan semua dah bagi waktu ni.. :(

Sebenarnya sejak 1 Ogos 2018 lalu, kakak dah jadi salah seorang warga Arkib.. Pengasuh sebelum ni kurang sihat. Kena Breast Cancer.. so offically kakak dah takde sapa nak jaga dia.. 

Puas gak mencari pengasuh lain.. tapi macam susah je dorang nak accept kakak..Yelah faham, kakak bukan macam anak lain. Anak istimewa, sapalah yang berani nak jaga kan?

Rasa dah bergelen air mata ibu ni menangis sebab hal ni. Akal ni dah pikir macam-macam.. nak berhentilah.. nak cuti lah.. Tapi dalam keadaan sekarang ni, berhenti atau cuti bukanlah satu benda yang mudah untuk diputuskan. Saya memang merancang untuk pencen pada umur 40 nanti. Napa 40? Yelah sebab dah syarat JPA camtu. Tambah pulak, saya belum genap 10 tahun berkhidmat. InsyaAllah patutnya 24 Mac nanti genap 10 tahun dah.. tapi sebab saya pernah ambil Cuti Menjaga Anak, Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji.. makanya, kenalah tambah beberapa ratus hari lagi untuk cukupkan 10 tahun perkhidmatan. 

Kalau keje swasta, dah lama cabut tau...huhuhu..sayang sebab nilah.. pencen sok balik-balik dapat kat budak atas tu dengan adik-adik dia.. so nak tak nak terpaksalah saya hadap semua ni..

Makanya sekarang ini, berangkutlah kakak ke office bila ayahnya kena shift siang..huhu..

Baru-baru ini saya dikhabarkan pula tentang ini.. 


Tak pasti lagi dapat ke tidak, tapi dengan khabar nak pakai ramai tahun ini.. Kalau dapat, maka berpening la kepala saya nak cari pengasuh lagi.. :(

Hanya mampu berdoa, moga Allah permudahkan urusan saya.. dan moga saya dapat jawatan tersebut sebelum berpencen nanti.. Aamiin...